MALAYSIA GPS – PORTABLE NAVIGATION DEVICE

As Salam buat semua. Selamat Tahun Baru & Salam Maal Hijrah 1433 hijrah. Saya juga ingin mengucapkan selamat bercuti buat semua warga Malaysia. Sudah tentu cuti-cuti Malaysia ini anda menerima banyak jemputan majlis walmatul urus, berkhatan, khatam quran serta majlis chukur jambul.

Seringkali kita tersesat apabila ingin ke rumah saudaura, rakan dan kenalan kita kerana panduan dan alamat yang kurang jelas atau kita sememangnya kurang mahir atau jarang ke alamat yang ingin dituju.
Kenapa tidak memiliki Alat GPS -Global Positioning System. Sebuah alat untuk menentukan alamat yang ingin dituju menggunakan pemetaan satelite.

JOM MILIKI GPS & WIRELESS REAR VIEW CAMERA DENGAN TAWARAN HEBAT

GPS – RM350

WIRELESS REAR VIEW CAMERA – RM250

PROMOSI HEBAT.- GPS + WIRELESS REAR VIEW CAMERA = RM550.

*PENGEDAR SELURUH MALAYSIA DIPERLUKAN. BERMINAT SILA HUBUNGI BAKRY :013-7733101

ENSIKLOPEDIA SOLAT : MILIKINYA SEKARANG

Salam Buat Semua Pengunjung….
Hampir 75% pengunjung BLOG ini mencari-cari kaedah solat yang betul. Banyak pertanyaan yang selalu diutarakan berkisar soal SOLAT. Kini saya tidak lagi menjawab segala pertanyaan tentang SOLAT. Saya telah temui satu ENSIKLOPEDIA SOLAT YANG KOMPREHENSIF untuk membantu masyarakat islam khususnya memahami tentang RUKUN SOLAT, KAEDAH DAN PERLAKSANAANYA secara teratur.
Nah..kini anda boleh menemui semua jawatan tentang SOLAT…SOLAT DUHA, SOLAT TAHAJUD, SOLAT HAJAT dan beberapa solat sunat yang lain. ENSIKLOPEDIA SOLAT ini menerangkan secara terperinci tentang SOLAT. MILIKINYA SEKARANG @ http://www.iluvurl.com/ensiklopediasolat

JIKA BERMINAT MEMILIKINYA HUBUNGI 019-3343101. HARGA RM100.00 + PENGHANTARAN PERCUMA + PERCUMA SEJADAH BERSAIZ POKET DENGAN KOMPAS ARAH KIBLAT.[NOTA: Untuk penghantaran ke SABAH & SARAWAK Sila tambah RM10.00 untuk kos penghantaran ].

JOM MILIKI ENSIKLOPEDIA SOLAT
ENSIKLOPEDIA SOLAT

JOM MILIKINYA. HARGA : RM 100.00 . PENGHANTARAN PERCUMA DI SELURUH MALAYSIA.!
“Ensiklopedia” berasal daripada perkataan Greek “egkyklios paideia” yang bermaksud ” a circle of instructions” iaitu himpunan maklumat.
Ensiklopedia merupakan koleksi maklumat atau himpunan fakta mengenai setiap cabang ilmu pengetahuan yang disusun mengikut abjad atau mengikut keterangan secara ringkas dan padat. Ensiklopedia berbeza dengan kamus yang hanya mengandungi keterangan mengenai makna perkataan sahaja.

Kelebihan ENSIKLOPEDIA SOLAT ini :
* Maklumat dan ilmu yang berkaitan dengan solat.
* Keistimewaan Ensiklopedia ini berbanding dengan ensiklopedia lain yang ada dalam
pasaran kerana mengandungi pelbagai keterangan daripada aspek Fiqah,
Falsafah, Sejarah & Saintifik.
* Setiap entri disampaikan dengan mengintegrasikan semua aspek ilmu supaya sesuai
utuk rujukan kontemporari.
* Disusun mengikut pendekatan mesra pembara.
* Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambarajah, peta minda
& jadual.
* Semua hadis yang digunakan mempunyai matan, sanad dan no. hadis untuk memudahkan
para pembaca membuat rujukan.

ENSIKLOPEDIA SOLAT ini harus menjadi rujukan yang penting bagi kegunaan Pusat Sumber, Perpustakaan , Universiti, Kolej, Awam, Sekolah, Masjid, Madrasah, Kelas Pengajian serta untuk pemberian Hadiah. Malah setiap rumah harus memilikinya untuk panduan seisi keluarga.

PERCUMA +++ SEJADAH BERSAIZ POKET DAN KOMPAS ARAH KIBLAT

PEN DIGITAL MEMBACA AL-QURAN (QURAN READ PEN)



MAKLUMAT TERKINI PEN DIGITAL ALQURAN SILA KLIK KE BLOG STORMREADERS.BIZ.

RM350 + HADIAH PERCUMA

SETIAP PEMBELIAN SATU SET PEN DIGITAL MEMBACA AL-QURAN AKAN DIHADIAHKAN SEBUAH BUKU BERTAJUK : 101 DOA PARA NABI & RASUL DALAM AL-QURAN : KHASIAT & KHAFIAT BERAMAL KARYA USTAZ HJ.ZAHAZAN MOHAMED (RM25.90)

WAKIL PENGEDAR DIPERLUKAN

SAYA SEDANG MENCARI PENGEDAR DI SELURUH MALAYSIA. SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 016-3987048.

[NOTA :SILIA KLIK SINI UNTUK TEMPAHAN. BOLEH BUAT DI http://stormreaders2ubiz.blogspot.com. ]

Model yang difokuskan adalah MODEL M1 kerana ianya mendapat sambutan yang sangat tinggi. Model ini dilengkapi dengan pen, buku surah, muqqadam dan juga doa.
HARGA PASARAN SATU SET : RM350 (Termasuk kos penghantaran)
BAYARAN SECARA ONLINE BANKING KE : AL-BAKRI MOHAMMAD

*PEN DIGITAL AL QURAN ini merupakan pen digital pertama yang memperolehi kebenaran oleh :
Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al Quran, Kementerian Dalam Negeri :

(KDN : PQ/Q.1001/2.2/QA/319/3/2011)

NO AKAUN : 06010723559520

NO AKAUN : 05021020234046

[Nota : Sila SMS ke 016-3987048 tarikh ,masa & bank, transaksi pembayaran di buat.]

BAHASA MALAYSIA

Sipnopsis:
The Quran Read Pen
adalah pen elektronik yang apabila disentuh di mana-mana surah yang terdapat di dalam al quran yang disediakan, maka pen itu akan membacanya.

Info Mengenai The Quran Read Pen:

1)Kitab Al Quran yang lengkap 30 juzuk.

2)Tidak perlu bimbang atau risau akan masalah penggunaanya kerana pen ini amatlah mudah digunakan kerana hanya perlu meletakkan pen tersebut di mana-mana surah,maka pen ini akan membacanya.

3)Boleh mengubah bacaan qari.Terdapat beberapa qari yang boleh dipilih antaranya Sheikh Saad Al-Ghamidy,Sheikh Misyari Rashid,Sheikh Abdul Rahman As Sudais dan Sheikh Abdul Al-Matrud.

4)Pen ini juga boleh menukar bahasa dengan cara menekan button “translate”.Ia dapat menukar ke bahasa english.Selain itu terdapat juga button mp3 untuk memainkan irama-irama nashid.Terdapat juga button untuk memperlahankan atau menguatkan suara.

5)Antara accessories yang disertakan sekali dalam kotak ini adalah earphone,cable usb dan juga user manual.

Definisi:
AL-QURAN READ PEN ialah pen yang BOLEH MEMBACA AL-QURAN tetapi ia tidak boleh menulis. Apabila read pen ini disentuh pada mana-mana Ayat Al-Quran atau pada mana-mana Surah, maka pen tersebut akan membacanya. Ayat-ayat Al-Quran dibaca oleh beberapa orang Qari terkenal dari Masjidil Haram seperti Sheikh Saad Al-Ghamidy Sheikh Misyari Rashid Sheikh Abdul Rahman As Sudais Sheikh Abdul Al-Matrud Dan lain-lain

Kenapakah kita harus memiliki AL-QURAN READ PEN?

1. ReadPen mempunyai keistimewaan membaca ayat per ayat dan surah per surah. Sentuh saja mata pen pada mana-mana Ayat atau Surah, pen ini akan mengeluarkan bacaan mengkut Qari mana yang kita pilih.

2. Tidak tahu atau kurang faham membaca Al-Quran tidak lagi menjadi alasan untuk kita malas membaca dan mempelajari nya, kerana kita boleh mempelajarinya dari bacaan yang di baca oleh Qari-qari yang dipilih.

3. Al-Quran lengkap 114 surah / 30 juz.

4. ReadPen juga berfungsi sebagai MP3 untuk memainkan lagu-lagu seperti nashyid, Nama-nama Allah, Talbiah dan sebagainya yang boleh di download dari komputer ke dalam ReadPen ini.

5. ReadPen boleh disambungkan kepada pembesar suara supaya dapat mendengar dengan lebih kuat atau boleh juga disambungkan terus ke pembesar suara masjid atau surau tanpa memerlukan CD atau TAPE. Pen juga boleh disambung kepada earphon telinga untuk mendengar sendiri tanpa gangguan orang lain.

Kegunaan Al-Quran Read Pen ini adalah seperti:

1. Meningkatkan mutu bacaan Al-Quran.

2. Menghafal Al-Quran. 3. Hantaran Perkahwinan

4. Cenderahati perpisahan

5. Sumbangan kepada Masjid/Madrasah

6. Sedekah / Zakat.(pemberian seorang anak kepada ibu bapa)

Kelebihan:
*Mudah digunakan & senang dibawa.
*Sesuai untuk semua golongan.
*Membantu menyempurnakan ibadah.
*Menambah keyakinan apabila membaca al-Quran.
*Membantu melancarkan bacaan al-Quran.
*Amat sesuai dijadikan hadiah yang sangat bermakna buat orang yang dikasihi, majlis pertunangan & perkahwinan, ulangtahun kelahiran dll.

# Kami juga boleh mengurus penghantaran untuk hadiah kepada rakan anda untuk majlis tertentu. Penghantaran percuma termasuk Kad Ucapan. Sila tulis maklumat yang ingin disampaikan.

ARAHAN PENGGUNAAN

Pembelajar Arahan :

Ciri-ciri Produk :

•Qaris Pra – Loaded / Audio :
1.Al – Sudais & Al – Shuraim
2.Saad Al – Ghamidi
3.Rashid Al – Afasy
4.Quran Terjemahan Audio
5.Belajar Quran Buku dan Dua dll

•Qaris Lebih ( boleh menyalin dari dibekalkan CD ) .
1.Hussary
2.Abdul-Basit
3.Maher Al-Muaiqly
4.Al-Hudhaifi

•Lengkap Kitab Suci Quran di telaga font dicetak di atas kertas berharga Uthmaniyyah dengan penutup yang indah .
•Dapat point dan membaca Ayah atau Surah dari Quran Lengkap
•Bekerja hanya dengan yang diberikan buku dicetak Quran .
•Kemampuan untuk menyimpan audio MP3 tambahan dalam pena pilihan anda
•Boleh memilih dari bacaan yang berbeza dari 3 suara Qari terkenal
•Pilih Surat dari Quran atau berasingan Surah Kad Indeks
•Pilih / Play berbeza Dua penggunaan sehari – hari menggunakan kad yang disediakan
•Kawalan kelantangan suara dari Pen
•Built – in bateri isi ulang ( dengan charger atau USB )

M1 PEN DEVICE

CD IMAM TAMBAHAN


MUKQADDAM BELAJAR AL QURAN


MANUAL PENGGUNA


INDEKS SURAH


ALAT BANTUAN PENDENGARAN (EAR PHONE)


KABEL USB

Pembungkusan ini merangkumi buku cetak tambahan untuk pelajar . Guna Pen untuk menyentuh dan belajar tentang hal – hal yang berikut :

•Belajar Bahasa Arab Pelajaran untuk Pemula
•Doa ilustrasi
•Morning & Evening Daily Duas / permohonan
•Dipilih Sura : Sura Ya’Seen , Sura Mulk dll
•Juz Amma

Cara menggunakan :

Enam butang pada Pen menyediakan operasi yang mudah :

•[Power/MP3]. Tekan lama untuk menghidupkan / mematikan peranti . Tekan sekali untuk masa yang singkat untuk bertukar-tukar ke mod MP3 .

•[V+].
Tekan berulang kali untuk meningkatkan kelantangan

•[V-]. Tekan berulang kali untuk mengurangkan kelantangan

•[Sound]. Tekan untuk menukar Qari / Switch Penjabaran / Switch untuk Pelajar Arahan

•[Repeat]. Tekan untuk mengulang Ayat yang sama lagi

•[Play/Pause]. Gunakan untuk memainkan / jeda waktu audio saja .

ENGLISH

INTRODUCTION:

Quran Read Pen is an assistive reading device that is designed for Muslims / non-Muslims learning to recite Holy Quran which Includes built-in speaker and headphones. It hides a unique technology that scans and pronounces Quran Page / Sura / Aya from printed Quran. This powerful tool fits in a pocket and has an intuitive, friendly interface.

DESCRIPTION:

Islamic features:

#7 complete reciters of complete Holy Qur’an by Al-Afasy, Ajmi, Abdul Basit, Al-Me’aqli and Ayyub etc

#Can increase translation (English, Urdu, French, Spanish, Turkish,Chinese and so on more than 10 semantic translation #Complete Holy Quran Book in well printed Othmani font on precious paper with beautiful cover.

#Read Pen can read any page, Sura or Aya by only touching the text in the Holy Qur’an Book. #Simple and easy way for people with reading difficulties, learning disabilities or dyslexia to get immediate word support when they are reciting.

#Perfect for those who want to learn how to Recite (Read) Holy Quran without a teacher especially for non-Arabic People.

#With the help of Read Pen, children and adults can conveniently recite Holy Quran anywhere any time.

Other features:
*built in speakers *2GB TF flash memory
*PC connection. USB allows the user to connect with the PC
*Effective working time after fully-charged: over 6 hours
*It will automatically power off if not in use for 3 minutes
*Storing and playing MP3 files

HOW TO USE:

With the auditory support provided by the Quran Read pen, frustration and embarrassment disappear. Both struggling and fluent readers rapidly improve their skills in: Fluency / Vocabulary / Comprehension / Spelling / Pronunciation / Academic vocabulary / Grammatical structure

1. Recite the complete Aya by touching anywhere on the Aya text

2. Recite the whole Sura by touching the Sura title

3. Recite the whole page by touching on the page number

4. Re-touching the Aya /Sura /Page will again recite the particular parts for memorizing purpose

Packing Details:

Pen Size: ergonomic 13.3cm x 3cm x 2cm Gross weight: 1.2kg (including Box & all accessories) Box Dimension: 22.5cm*19cm*7.8cm

Package Accessories:
1.Earphone
2.User Manual
3.USB cable

PRODUCT PRICE:
1 Pieces = RM350 / pieces (Retail)
10 Pieces = RM280 / pieces (Retail)
20 pieces = RM250 / pieces (Wholesale)
50- 100 pieces = RM230 / pieces (Wholesale)

PLEASE CONTACT :

H/P : BAKRY (016-3987048)
E-Mail : stormreaders2biz@gmail.com

Kenaikan Harga Barang Makin Terasa

Den nak keutara isu kepenggunaan..Alahai…baru minggu lepas den boli nasi kukus di kota damansara harganya RM5.00 sebungkus tapi o mang aiii dah naik rm5.50. Den boli jugak laa tapi dalam keadaan yang merungut :-( . Tanya penjual dia kata ” Bang..harga barang semua dah naik “..mudah jawapan si peniaga dan meletakkan beban kenaikan barang pada pengguna. Dalam hati berkata…Berhenti makan nasi kukus walaupun ianya satu kegemaran. Bila harga minyak naik maka semua harga barang naik hatta harga hartanah juga semakin naik..Nasib baik den dah boli rumah.

Untuk menyedapkan hati..Di Malaysia ini ramai yang mati kerana terlebih makan. Justeru itu situasi ini perlu dikawal. Harga barang akan tetap naik tapi kita kena kawal perbelanjaan. Kurangkan makan diluar dan berjimat dalam perbelanjaan. Jadilah pengguna yang bijak ! Kalau tidak tak sampai akhir bulan poket dah kosong terutama yang ada keluarga yang besar..Apo nak den kato….buekla kojo part time @ business part time macam den ni.

Apo Nak Den Kato

Penjenamaan semula Blog Alam Maya: Kehidupan Tanpa Sempadan ke Alam Maya : Apo Nak Den Kato..Ok ke

Sesuatu Blog itu perlu melalui perubahan mengikut citarasa setempat. Anak Nogori Sembilan dan kini menetap di Tampin, N.Sembilan. Jiwa kenegerian kian menebal lantas tag line Blog ter arah ke situ. Apa Nak Saya Kata (Apo Nak Den Kato) membawa maksud sesuatu perkara yang nak diucapkan..cakap aje la. Mesej yang ingin di ucapkan lebih kepada isu semasa tanpa ada batas Bangsa, Agama, Budaya & Politik.

Terima Kasih kepada Naim pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Segamat yang memberi sentuhan grafik yang menarik utuk Banner Blog ini. Saya mudah bekerja dengan beliau kerana sentuhan Grafik Photoshop beliau kemas dan cantik.

Semoga Tag line Blog yang baru ini mampu memjenamakan semula Blog ini ke arah lebih bermaklumat.

Selamat Membaca Blog Alam Maya : Apo Nak Den Kato

Dapatkan Buku Motivasi, Agama dan Pendidikan Secara Online

Salam buat semua….

Dapatkan buku-buku best seller penerbit Telaga Biru secara online. Sila ke http://www.stormreaders.net/success @

http://stormreaders2ubiz.blogspot.com untuk melihat buku-buku terkini dari Telaga Biru.

Jom Membaca !

JOM KE KEDAI BUKU SAYA


JOM KE KEDAI BUKU BAKRI @
www.stormreaders.net/success

Assalammualaikum saudara dan saudari yang dihormati, salam ukhwah….

Terlebih dahulu, saya ucapkan syabas di atas minat saudara/saudari untuk mengetahui PROGRAM STORMREADERS yang menjurus ke arah menjalankan tanggungjawab “Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim), yang terletak di bahu setiap orang Muslim!Program ini disertai oleh ikon-ikon Telaga Biru, Ust Zahazan Mohamed, Dr Abdul Basit, Dr Zulkifli, Ust Mohamad Abdullah, Ust Mohd Nizam, Ustz Nik Salida, Ust Abdul Rahman, Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Ustz Dato Siti Nor Bahyah, Ust Wan Akasyah, Dr Irfan Khairi, Ust Zamri, Dato Hj Ismail Kamus, Dr HM Tuah dan ramai lagi.

Secara asasnya Pelan Pemasaran Stormreaders adalah PELAN JUALAN memandangkan Stormreaders mempunyai kekuatan pada produk yang terbukti BOLEH DIJUAL dan ada MARKET/PERMINTAAN. Untuk makluman, produk Stormreaders bukanlah produk-produk baru dan sebelum ini ianya telah pun dijual secara konvensional oleh penjual-penjual buku termasuklah MPH, POPULAR dan lain-lain tokoh buku.

Lebih istimewa, di Stormreaders produk-produk ini masih dijual pada harga PASARAN, tidak seperti kebanyakkan MLM lain yang menjual produk pada harga yang tidak berasas! Program Stormreaders adalah 100% patuh SYARIAH dan lebih istimewa lagi ada BONUS “OVERRIDING” selepas meninggal dunia (mati), iaitu ilmu-ilmu yang bermanfaat yang telah kita sebarkan melalui penjualan bahan-bahan ilmu ini, InsyaALLAH…

Setelah mendaftar, saudara/saudari akan menerima keperluan-keperluan perniagaan iaitu kedai dan pejabat maya ( e-store dan e-net), katalog dan kit permulaan perniagaan. Dengan kelengkapan ini, saudara/saudari boleh promosikan e-store tuan secara online dan pada masa yang sama saudara/saudari juga boleh MENJAJA SECARA KATALOG yang dibekalkan kepada kenalan-kenalan saudara/saudari samada rakan sekerja, sepejabat, jiran-tetangga, ahli keluarga dan sanak saudara dan sesiapa sahaja, untuk membuat jualan secara “offline”.

Untuk aktif dalam rangkaian, saudara/saudari boleh mulakan langkah dengan mendaftar sebagai PENGEDAR. Saudara/saudari perlu sediakan maklumat-maklumat seperti dalam pdf file “member profile” yang saya emailkan bersama ini untuk pendaftaran.

Bayaran ialah RM90 Keahlian + Tempahan Produk sebanyak 100cp. Bayaran RM90 Keahlian ini adalah untuk perkara berikut:-

RM30 – KAD AHLI merangkumi Insuran Takaful Kemalangan Diri sebanyak RM30k dan Khairat Kematian
RM3k - TAHUNAN.

RM30 - SEWA KEDAI MAYA ( e-store www.stormreaders.net/[nama-kedai] ) dan SEWA PEJABAT MAYA ( e-net, akan dapat login ID, Password dan E-Wallet )- TAHUNAN.

RM30 – KIT PERNIAGAAN ( Borang Keahlian untuk sponsor ahli baru, Katalog, Borang pesanan buku, buku resit, Profile Syarikat termasuklah Pelan Pemasaran, tips-tips dan maklumat-maklumat lain ) - SEKALI SAHAJA.

Manakala mata 100cp pula “lesen” menjadi PENGEDAR dan membolehkan saudara/saudari membuat PENAJAAN (SPONSOR ) Rakan Pengedar Baru. Nilai RM untuk 100cp ini bergantung kepada kombinasi buku-buku yang saudara/saudari tempah. Bersama-sama ini saya sertakan pdf senarai buku yang available dan nilai cp untuk setiap buku. Saudara/saudari boleh tinjau e-katalog di e-store saya ( www.stormreaders.net/success ) tetapi di e-store ini maklumat cp tidak dinyatakan.

Setelah menjadi PENGEDAR, saudara/saudari layak menjana 5 hingga 9 jenis PENDAPATAN yang terdapat di dalam Pelan Pemasaran yang disediakan :-

1) Komisen harian jualan e-store peribadi sebanyak 20% daripada nilai setiap jualan.

2) Bonus overriding bulanan e-store tajaan sebanyak 10% dengan syarat e-store peribadi saudara/saudari mencapai jualan minima berjumlah  RM500 dalam bulan tersebut.

3) Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan e-store global, dengan syarat e-store peribadi saudara/saudari mencapai jualan minima berjumlah RM1000 dalam bulan tersebut.

4) Komisen jualan peribadi sebanyak RM15 apabila saudara/saudari menaja/memperkenalkan rakan Pengedar Baru. Saudara/saudari boleh menaja seberapa ramai rakan Pengedar Baru selagi mampu, tiada limit.

5) Bonus overriding jualan kumpulan sebanyak RM45 untuk gabungan 3 rakan Pengedar Baru dari rangkaian yang berasingan dibawah saudara/saudari. Perkembangan rangkaian ini tidak dihadkan bilangan tingkatnya ( level ), tetapi bonus ini dihadkan kepada maksima RM4500 seminggu atau 100 gabungan.

- bonus harian = RM45/ Gabungan ( 100 : 100 : 100 )

4 PENDAPATAN lagi akan layak diperolehi apabila saudara/saudari maju ketahap PENGARAH.

PENDAFTARAN hanya boleh dibuat secara “ONLINE” oleh Pengedar yang telah berdaftar ( seperti saya ). Untuk pendaftaran, saudara/saudari perlu membuat bayaran yang diperlukan RM90 + NILAI TEMPAHAN BUKU 100cp terlebih dahulu. Bayaran boleh dibuat ke akaun CIMB 06010723559520 (AL BAKRI MOHAMMAD)type here -Bakry Mohammad 14/06/2010 16:09 -Bakry Mohammad 14/06/2010 16:09 . Sesudah saya terima bayaran dan maklumat yang diperlukan, saya akan terus PROCEED PENDAFTARAN saudara/saudari. Sejurus selepas pendaftaran, saudara/saudari akan terima Login ID dan Password serta URL untuk kedai maya (e-store) melalui email dan boleh mula bergiat aktif mempromosikan e-store saudara/saudari. Manakala produk yang ditempah untuk 100cp tadi akan diposkan kepada saudara/saudari bersama-sama dengan kit perniagaan ( kos pos ditanggung oleh Stormreaders ). Saudara-saudari juga boleh pilih untuk collect produk-produk tersebut di HQ Stormreaders di Damansara Damai.

Percaya atau tidak, saudara/saudari tidak akan rugi walau sedikit pun jika menyertai program ini kerana :-

1) Saudara/saudari membeli produk Stormreaders pada harga pasaran, untuk menambah ilmu pengetahuan, motivasi diri dan keluarga.

2) Menambah koleksi buku-buku ilmiah yang berkualiti tinggi dari segi content dan persembahan dan membawa cahaya ( ILMU ) ke dalam rumah yang menjadi bahan rujukan apabila perlu.

3) Secara tidak langsung telah menjana “HASANAH”, menjalankan kerja-kerja “DA’EI” (BERDAKWAH ) dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui jualan bahan-bahan ilmiah yang berkualiti.

4) Mengeratkan SILATURRAHIM melalui pembinaan RANGKAIAN.

5) Menyumbang ke arah budaya membaca ( bahan-bahan ilmu yang berfaedah ) dikalangan masyarakat ( IANYA BERMULA DARI SETIAP KITA ).

6) Stormreaders baru sahaja membuka keahlian pada 01.12.2009 yang lepas. Setakat ini, baru ada hampir 4000 orang ahli yang telah berdaftar. Rangkaian masih terlalu “mentah” jika dibandingkan dengan syarikat MLM lain yang telah mencapai ratusan ribu ahli. INILAH PELUANG
KITA MENJADI ORANG YANG TERAWAL.

7) Syarikat 100% milik BUMIPUTERA ISLAM, perniagaan khusus untuk umat ISLAM untuk memajukan ekonomi umat ISLAM.

8) Pelan 100% berasas dan patuh
SYARIAH,
jauh dari unsur gharar, syubhah dan kezaliman. Pendapatan yang diperolehi adalah jelas dan nyata sumbernya dan didasari oleh akad-akad yang sah. Rezeki halal lagi toyyibah, memberi ketenangan jiwa!..

9) hmmm… terlalu banyak kalau nak terus disebut, termasuklah boleh dapat tax exemption ( pengecualian cukai ) untuk buku yang kita beli…

Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila sms 016-3987048 atau email success@stormreaders.com

Ikhlas,

AL BAKRI MOHAMMAD

Storm BizPartners

Email: bakri88@gmail.com

H.P : 016-3987048

Solat Sunat Istikharah : Menetapkan Keputusan

Salam Ukhwah buat semua rakan alam maya…

Saya didatangi banyak persoalan daripada rakan, ahli keluarga , saudara mara dan rakan alam maya berhubung bagaimana menetapkan keputusan pilihan yang mereka harus lakukan. Seringkali di kalangan ahli keluarga dan saudara mara bertanyakan soal pemilihan bila memilih tawaran yang diterima dan sebagainya.

Saya sering memberi pandangan pada setiap keputusan yang ingin dilakukan tetapi itu bukanlah jawapan saya. Bilamana rakan Guru Besar daripada Sarawak bertanyakan adakah harus dia menerima tawaran belajar ke peringkat PhD, saya sekadar memberi pandangan sahaja. Selebihnya saya menganjurkan mereka melakukan Solat Sunat Istikhrah yang sering kita abaikan bilamana berada dalam persimpangan dalam merungkai persoalan kehidupan .

Untuk merungkai persolan tersebut  saya merujuk kepada catatan tulisan Syeikh Amru Khalid & Syeikh Sulaiman bin Nasih Al-Ulwan dan di terjemah oleh Syeikh Abu Muhammad Tolha Al- Khairi dalam bukunya ” Qiayamul Lail Wa Nawafil & Khulasah Solatul Lail” ( Solat Malam Menggamit Kedamaian) terbitan Al-Bayan 2009.

Dalam membuat sesuatu keputusan dan ketetapan , dianjurkan kita melakukan Solat Sunat Istikharah.  Solat Sunat Istikharah adalah solat memohon petunjuk daripada Allah. Dengan kata lain memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penetuan atau pilihan. Dikerjakan dua rakaat. Selepas salam baca Surah Al-Fatihah , dihadiahkan kepada Rasulullah saw, para sahabat nabi, para wali Allah dan kaum muslimin dan muslimat.”

Kerjakannya dua rakaat:-

a. Lafaz niatnya “ Sahaja aku Solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”.

b. Rakaat pertama baca Surah Al-Fatihah dan kemudian baca Surah Al-Kafirun

c. Rakaat ke dua baca Al-Fatihah dan selepas iti baca Surah Al-Ikhlas

d. Ketika sujud terakhir hendaklah baca:

Ertinya :” Maha Suci Engkau tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

e. Selepas salam baca Surah Al-Fatihah kepada Rasulullah saw, para sahabat nabi, para wali Allah dan kaum muslimin dan muslimat.

f. Akhir sekali baca doa Istikharah iaitu (maksudnya )

Ya Allah hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Dan hamba memohon memberi kepastian dengan ketentuan-Mu dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar dan Agung . Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini baik bagi hamba maka berikanlah perkara ini kepada hamba , kemudian berikanlah keberkatan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerah-Mu.”

Lakukan bersungguh-sungguh. Semoga Allah akan memberikan petunjuk menerusi gerak hati kita .Semoga kita dirahmati dan diberkati dalam kita memilih jalan kehidupan.

Bakry. Shah Alam

Google: Alat bantuan memasarkan perniagaan.

Salam buat semua pengunjung AMKTS…

Cuti sekolah telah bermula dan pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama keluarga. Cuti hujung minggu banyak dihabiskan untuk menghadiri jamuan serta kenduri perkahwinan anak rakan serta saudara mara.

Ketika saya membeli pasir untuk membuat sedikit pengubahsuaian rumah, harganya mencecai RM200.00. Pasir pun kita kena beli sedangkan ianya hasil bumi kurnian Allah swt yang telah tersedia ada. Ketika kecil kita sering mandi sungai bersama rakan-rakan. Tidak pernah terfikir di kalangan orang melayu bahawa pasir sungai ini mampu menjadikan kita seorang jutawan sedangkan rumah-rumah orang Melayu hampir kesemuanya berhampiran dekat sungai. Kita masih tertinggal dari segi ekonomi kerana kita tidak pandai mencari peluang. Mengapa bangsa lain boleh menjadi kaya dalam komuniti yang sebahagian besarnya terdiri orang Melayu? Jawapannya ialah kita tidak pandai mengambil peluang di bumi kita sendiri. Kita hanyalah mahu menjadi TUAN sahaja. Sebab itu kita tidak habis-habis memperjuangkan KETUAN MELAYU . Alaihai..nanti orang akan kutuk saya menghina bangsa MELAYU iaitu bangsa nenek moyang dan ibu bapa saya. Kita perlu berubah…

Saya dan isteri sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan ekonomi keluarga menerusi perniagaan. 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan. Saya pernah mengajar subjek  keusahawan di universiti tapi agak malu kerana mengambil contoh-contoh perniagaan yang diusahakan oleh orang lain tetapi tidak diri sendiri. Malu..malu ..malu jika seorang pensyarah hanya pandai mengajar dan mengeluarkan pelbagai fakta dan teori tapi diri sendiri tidak mempraktikkan apa yang diajar.

Bertolak dari situ saya perlu melakukan sesuatu mengikut peluang dan pasaran semasa.  Saya melihat majlis perkahwinan dan jamuan adalah aktiviti yang sentiasa berlangsung setiap bulan dan kemuncaknya waktu cuti sekolah. Setiap majlis atau jamuan memerlukan buah tangan @ ‘goodies’ untuk diberi kepada para tetamu. Kalau dulu bunga telur mendominasi cenderahati tuan rumah ketika majlis perkahwinan tetapi kemodenan telah merubah corak dan pelbagai buah tangan untuk tetamu. Justeru itu saya dan isteri memilih untuk menjadikan muffin & cupcake sebagai produk pemasaran untuk diberikan kepada tetamu untuk apa jua majlis yang dianjurkan.

Memulakan sesuatu mestilah dengan perancangan dan ilmu. Justeru itu kami bergabung tenaga untuk merealisasikan impian. Isteri saya buat muffin dan saya buat pemasaran dan jualan. Isteri saya telah mengikuti kelas bakeri, membeli buku-buku berkaitan. Bagaimana pula peranan saya untuk memasarkan produk-produk tadi? Alahai …malunya nak nak menjual. Saya juga sibuk dengan tugas belajar dan mengajar. Adakah usaha saya terbantut..? TIDAK…saya mempunyai kemahiran dan ilmu IT.  Saya akan menggunakan kelebihan ini.. Langkah pertama ialah saya membina Blog untuk membuat pengiklanan produk isteri saya menerusi URL @ http://linabakery@blogspot.com . Saya juga telah membuat e-mail agar senang berurusan bersama pelanggan. Namun alat bantuan GOOGLE seperti iGoogle banyak membantu saya. Untuk itu saya telah ke kedai buku MPH untuk membeli buku tulisan saudara Zamri Mohamad iaitu Urus Bisnes Dengan Google . Wah..saya mempelajari ilmu dan pengalaman baru menggunakan segala alatan yang disediakan oleh Google dalam pemasaran perniagaan. Nampaknya saya hanya perlu duduk di rumah dan tak perlu keluar pergi menjual produk muffin , kek dan cupcake isteri saya.  Cukuplah dengan notebook dan jalur lebar P1W1Max yang akan mampu menyampaikan maklumat produk perniagaan ke isi rumah di negara ini. Kita lihat hasilnya nanti…berdoalah kepada-NYA agar usaha ini membawa berkat.

Bakry,..Tampin N.Sembilan

Rawatan Gigi

Saya masih ingat lagi ketika masih dibangku sekolah rendah cikgu sering mengatur jadual ke klinik gigi yang telah tersedia di sekolah. Rekod rawatan dan cabut gigi ada dalam simpanan doktor. Itu dulu…30 tahun yang lampau. Saya juga tidak ingat bila kali terakhir saya membuat rawatan di klinik gigi. Kalau nak cabut gigi biasanya guna kaedah sendiri iaitu goyang-goyang dan terus tercabut. Bila semakin berusia keadaan gigi terutama gusi mula berdarah. Makanan sering terselit dicelah-celah gigi. Mulut kadang kala berbau akibat sisa-sisa makanan yang terlekat di celah gigi.

Saya sudah beberapa kali merancang untuk membuat scaling iaitu membuang karang-karang yang ada di gigi. Seringkali faktor masa menjadi taruhan dan sikap bertangguh-tangguh membawa saya terus lupa untuk membuat rawatan gigi. Kesempatan berjumpa rakan lama, Kak Tipah yang bertugas sebagai kerani di Klinik Gigi UiTM Shah Alam telah menggerakkan hati saya kembali membuat rawatan gigi yang telah bertangguh sekian lama. Menurut Kak Tipah inilah masa yang sesuai kerana cuti semester keadaan klinik gigi agak lengang. Kalau di Klinik Kerajaan sudah tentu protokolnya agak birokasi dan akan menunggu masa giliran dan temujanji yang agak lama.

Akhirnya jam 2pm semalam saya bertekad untuk membuat rawatan gigi. Betul..proses membuat rawatan di Klinik Gigi UiTM agak mudah. Setelah Doktor gigi memeriksa tahap kesihatan gigi saya beliau memutuskan saya perlu membuat scaling sahaja iaitu membuang karang yang telah lama bersarang di celah-celah gigi. Prosesnya tak perlulah saya ceritakan..takut-takut nanti ada yang tak berani nak buat scaling. Cukuplah saya katakan selamat dan berbaloi. Kini gigi saya bersih dan cantik. Rawatan sususlan seterusnya ialah 21hb Jun nanti. Kebersihan mencerminkan perwatakan dan peribadi kita. Harga yang saya perlu bayar cuma RM15.00 sahaja. Kalau klinik swasta mungkin saya perlu keluar notr RM50 untuk rawatan dan layanan yang sama saya terima di Klinik Gigi UiTM. Terima kasih buat kakitangan Klinik Gigi UiTM .

Bakry, Puri Aiyu Shah Alam

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.