|
Assalamualikum & Salam sejahtera, Berjumpa kita semula dalam siri ke 3 mari belajar buat Blog. Saya minta maaf kalau lambat menyambung siri Mari Belajar Buat Blog kerana sibuk dengan tugas sebagai pensyarah. Siri ke 3 saya akan mulakan dengan tajuk di bawah:- BUAT BLOG PERCUMA DENGAN BLOGSPOT Pada entri yang lepas, anda telah mengetahui tentang apa itu blog serta kelebihannya. Kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat blog menggunakan Blogger (juga dikenali sebagai Blogspot). Artikel ini bukanlah satu tutorial yang lengkap, ianya lebih kepada pengenalan bagi sesiapa yang beru nak berjinak-jinak dengan komputer dan blog. Tak nak cakap banyak, jom teruskan! Daftar di BlogspotUntuk menggunakan Blogspot, anda haruslah mempunyai satu akaun Google terlebih dahulu (contohnya Gmail atau Orkut). Jika anda mempunyai akaun Google, anda boleh terus sign in pada laman web Blogspot. Jika tidak, anda perlu terlebih dahulu, mendaftar di Blogspot. Pergi ke laman web Blogspot dan klik pada butang “Create Your Blog Now“. Kemudian, ikuti 3 langkah mudah berikut:
Setelah ketiga-tiga langkah tersebut berjaya, mesej seperti di bawah ini akan dipaparkan, menandakan blog anda telah berjaya dibina: Mulakan Menulis!Kini blog anda telah sedia dibina. Anda boleh mula menulis entri baru di bahagian “Posting > Create”.
Sekarang, tulislah apa sahaja yang anda mahu. Setelah selesai, klik pada “Publish post” dan entri tersebut akan dipaparkan pada blog anda.
Berikut adalah contoh blog yang dihasilkan. Mudahkan? Ubahsuai Rupa Blog AndaDalam Blogspot, bahagian sidebar biasanya digunakan untuk meletakkan profil anda, arkib, link ke blog atau laman web lain, dan sebagainya. Untuk mengubahsuai bahagian sidebar ini, pergi kepada “Layout > Page Elements”
Klik pada “Add a Page Element” untuk menambahkan bahagian-bahagian baru pada sidebar anda. Setelah siap, klik pada butang “Save” dan ia akan dipaparkan pada blog anda.
Ok, Sampai di Sini DuluSaya kira cukuplah sampai di sini dahulu pengenalan tentang cara-cara nak buat blog menggunakan Blogspot. Selebihnya, terserahlah kepada kreativiti dan semangat anda untuk menerokai pelbagai fungsi yang boleh ditambah ke dalam blog Blogspot anda. InsyaAllah jika saya ada tips menarik untuk Blogspot, saya akan kongsikan bersama. Salam Sayang..:) Bakry M |
Filed under: Jom Bijak IT





Salam perkenalan. Terima kasih di atas tunjuk ajar, saya baru je belajar untuk membuat blog, tip dari anda amat berguna untuk saya ikuti. Syukran jazilan.
thanks…nanti buku saya dah keluar beli ya
Masaalah saya ialah macam mana nak show/hide link.Maksudnya bila kita klik tajuk kita (content di sembunyi),kita boleh membaca content yang tersembunyi.
saya dah buat blog…mcm ne nak cheak blog….maksudnya nak tengok sama ada ia dah dipostkan atau belum….
makasih banyak……..
trims