Salam. Ramai yang menghantar e-mail kepada saya bertanyakan bagaimana doa yang terbaik untuk solat duha. Di sini saya sertakan doa yang selalu saya amalkan. Saya akan update maklumat ini dari masa ke semasa untuk panduan anda.
Baca ketika sujud yang terakhir – 3 kali

Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
DOA DISIPLINKAN ANAK
“Rabbana hab lana min azwajina wa zurriyatina qurrata a’ayun, wajaalna lill mutaqiina imama”
Maksudnya: “Ya Tuhan kami berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertakwa“

Solat Tahajjud ialah solat sunat yang didirikan setelah terbangun dari tidur,walaupun tidur sebentar. Waktunya antara isyak sampai Subuh.Waktu utama dari satu sampai Subuh. Jumlah rakaat tidak terbatas,paling kurang dua rakaat.Jadi cara melakukan hendaklah tiap dua rakaat gengan satu salam.
Banyak ganjaran yang diperolehi bila selalu mendirikan Solat Tahajjud. Antara lain mudah mendapat rezeki dan doa dimakbulkan Allah.
Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Pada rakaat pertama ucaplah Al-Fatihah
Selepas itu surah Al-Kafirun
Rakaat kedua ucaplah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas 
Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali,iaitu

Ertinya: “Oh Tuhanku masukkanlah aku daripada pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran juga dan kurniakanlah bagiku daripadamu seorang penolong “
Selepas memberi salam ucaplah doa :


Ertinya : ” Ya Allah bagimu segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagimulah segala puji,Engkaulah raja penguasa langit dan bumi. Bagi Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi., Engkaulah yang hak dan janjimu adalah benar ,dan perjumpaanmu itu adalah hak dan firmanmu adalah benar dan syurga adalah hak dan neraka adalah hak dan nabi-nabi itu hak benar , dan Nabi Muhammad SAW adalah benar ,dan saat hari kiamat itu benar .Ya Allah kepadamulah kami berserah diri(bertawakal), kepada Engkau jualah kami kembali, dan kepadamulah kami rindu,dan kepada engkaulah kami berhukum .
Ampunilah kami atas kesalahan yang sudah kami lakukan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan”. Engkaulah tuhan yang terdahulu dan tuhan yang terakhir .Tiada Tuhan melainkan engkau Allah Rabbul’alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah”
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
Filed under: Uncategorized


Hi, nice post. I have been wondering about this topic,so thanks for writing. I will certainly be coming back to your site. Keep up the good posts
salam, nak tanya masa sujud akhir nak baca atau tak perlu baca 40 kali ya hayum ya quayum birahmatika istaggisu la illa ha illa anta.
terima kasih
assallammualaikum..
saya ingin bertanya bgaimana cre utk saya contact anda,selain drpd blog ini..
spya saya dpt betanyakan soalan yg agak private bg saya..
boleh hubungi saya melalui email : Albakri@johor.uitm.edu.my
salam,ana nak bertanya..adakah wajib untuk membaca surah al-kafirun dan surah al-ikhlas dan doa akhir pada sujud rakaat kedua sebanyak 3kali itu?….sekiranya tidak membacanya hanay niat di awal solat untuk sembahyang sunat tahajjud..adkah solat itu tidak lagi dinamakan solat tahajjud?..
salam , maksud “Semasa sujud akhir pada rakaat kedua ucapkanlah sebanyak tiga kali ” bermaksud membacanya smase sujud atau selepas sujud ?
alhamdulillah,,Tuhan memberi saya kekuatan untuk menunaikannya… janganlah Kau berhenti dari memberi kami yakni hambaMu petunjuk dan hidayah,,amin
[...] Solat Sunat Duha dan Sunat Tahajjud Posted on 13/10/2009 by orgkrs Cara Solat Sunat Duha dan Sunat Tahajjud Posted on May 4, 2009 by [...]
Akum kalau tak baca doa akhir pada sujud akhir boleh tak?
Akum kalau tak baca doa akhir pada sujud akhir solat tahajjud boleh tak? s
Akum kalau tak baca doa akhir pada sujud akhir solat tahajjud boleh tak?
maaf, tapi saya ingin bertanya..
ayat manakah yang merupakan ayat bagi tafsiran :
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”
terima kasih
di sini sini saya nak bertanya semasa solat time bla kta nak mintak doa?