Satu pengalaman baru berkursus di UiTM Puncak Alam

Salam buat semua pengunjung Alam Maya terutama pelajar yang saya sayangi

Saya menerima beberapa kiriman ucapan sms daripada pelajar. Rupanya final result dah keluar. Saya sentiasa berdoa yang terbaik untuk kalian semua. Apa yang anda capai hari ini adalah apa yang telah anda usahakan. Bersyukur kepada Allah Swt atas apa yang telah dikurnikan kerana kita hanya mampu merancang dan Allah swt yang akan menentukan segalanya.

Ketika jari jemari saya menaip ini saya sedang mengikuti kursus PTK 5 di Kampus Puncak Alam. Telah hampir seminggu saya dan rakan-rakan berkampung di sini. Terkenang nostalgia ketika berada zaman belajar dulu. Kami di sini ditempatkan di Kolel Kediaman Rafflasia  dan tinggal dalam apartment 3 bilik. Saya tinggal sebilik bersama Husrul, rakan lama saya di UiTM Sarawak dulu.

Jangkaan saya sebelum sampai ke sini sama sekali meleset. Saya menjangkakan akan tinggal di suatu tempat yang begitu asing. Tiada kemudahan internet dan akan diganggu mahluk halus kerana sebelum ini tiada siapa yang pernah tinggal di sini. Namun semua igauan jahat itu hilang bila segalanya berjalan dengan baik. Alhamdulliah, penginapan walaupun terpaksa membawa kain selimut sendiri tetapi bilik dilengkapi kemudahan internet dan dewan makan ada wi-fi.

Memandangkan selepas inisemua kursus PTK akan diadakan di Puncak Alam, saya ingin mengingatkan rakan-rakan beberapa perkara penting perlu di bawa bila berada di sana.

1. Utp cable kepada yang kaki internet

2. Bawa nescafe 3 in 1 atau seumpamanya kerana kedai jauh. Perlu kerana nak stay sampai larut malam nak buat assignment.

3. Bawa jug @ cerek elekterik. Senang nak masak air. susan nak turun nak ambil air panas di dewan makan.

4. Bawa bantal sendiri jika perlu. Bantal yang disediakan lembik dan tak selesa.

Itu sahaja yang dapat saya berkongsi pengalaman.

2 Responses

  1. yeke??sy rasa facilities kat sini ckup bgus..kira ok dah dsdiakan bntal dan tilam+katil..lau kat kmpus2 uitm..bntl kna bwa sndiri taw…

  2. Hi,

    Kepada siapa siapa yang ingin menyewa bilik di suajana utama sila panggil 013-3399452 Keith. Rumah ialah rumah hujung yang ada tanah lapang dengan pokok buah-buahan.

Leave a Reply