Sejak memenangi pingat emas dalam IID Johor 2009 fikiran saya tidak duduk diam. Tugas menjadi lebih berat kerana kriteria untuk bertanding di IID Shah Alam perlu melalaui proses yang rumit. Produk perlu di patent dan perlu ada penyelidikan ke atasnya. Sudah dua malam saya tidur lewat untuk membuat sedikit pencarian bahan di Internet untuk prodak Penasihat Akademik dan Yahoo Groups. Hasilnya amat memuaskan. Saya berasa lega dan bersyukur kepadaNya. Allah swt mempermudahkan segalanya. Hasilnya saya telah menukar paparan IMS Yahoo Groups. Yahoo
Groups akan menjadi eLearning kepada pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor. Saya menyeru kepada semua pelajar mendaftar menjadi pengguna IMS Yahoo Groups. Pensyarah adalah pengguna pertama akan menjalani latihan penggunaan IMS Yahoo Groups. Saya berdoa usaha saya ini akan memberi satu ilmu baru kepada warga fakulti. Jangan lupa sentiasa ke IMS Yahoo Groups @ http://groups.yahoo.com/group/imsjohor
Filed under: Uncategorized

Salam, saya cadangkan anda pergi ke MMU. Lihat bagaimana Academic Advisor System di sana beroperasi. Mungkin anda akan dapat byk idea dari sana. Di sana ada sistem yang komprehensif dan ianya dinamakan sebagai ICEMS (Integrated Computerized Electronic Management System). AAS hanyalah sebahagian kecil daripada sistem tersebut. Sistem key in markah mereka jauh lebih senang dari apa yg kita sedang bermati-matian tgh buat skrg di UiTM.
TQ my friend. Idea yg baik