Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama..

08102000130_edited1.jpg …..Salam buat semua pengunjung setia Blog Alam Maya,

Perasaan untuk kembali menulis Blog telah lama terpendam. Kita sering memberi alasan tiada masa atau tak cukup masa bila bercakap soal menyiapkan tugasan atau nak membuat sesuatu perkara. Idea datang mencurah-curah tapi bila bab perlaksanaan ..hancur. Justeru itu untuk tahun 2008 ini saya paksakan diri utuk menyiapkan Blog ini juga. Nasib kali ini agak baik kerana dah tak jadi Ketua Program dan dapat pula mengajar subjek IMD 252 – Digital Resource Centre. Kesempatan ini saya ambil bersama-sama student melaksanakan cita-cita yang sekian lama terpendam.Hasilnya dapat menyiapkan dua Blog iaitu Blog Suara Rakyat dan Blog Alam Maya.

Selamat tinggal laman Blog Minangkabau [http://albakri.blogspot.com] yang dah lama tak dikemaskini dan kurang mendapat sambutan lantaran tiada isu yang menarik. Kali ini semangat menulis Blog kian memuncak atas faktor mempunyai akses internet menerusi Celcom 3G yang dilanggan sebanyak RM68.00 sebulan = M2.50 sehari. Terima kasih kepada Celcom. Teknologi ini memudahkan saya mengakses maklumat menggunakan Notebook BENQ Joybook S31V Series dengan mudah walau di mana saya berada. Jadilah dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari.

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Ayat ni ada signifikannya. Ini kerana kita sering bercakap nak buat itu dan ini. Contohnya kita ingin menerbit buku. Buku itu tidak akan wujud jika kita tidak mula menaip ayat yang pertama dan seterusnya hingga buku kita siap. Justeru itu saya perlu mendisplinkan diri saya agar sentiasa membuka Blog Alam Maya ini agar ada saja maklumat yang dapat disalurkan di sini untuk rujukan dan tatapan pengunjung Blog Alam Maya.

Blog Alam Maya akan lebih tertumpu kepada pengalaman dan cetusan rasa penulis dalam melalui kehidupan bersama pelajar, masyarakat dan keluarga .Saya juga akan mengambil isu-isu yang dihantar kepada penulis menerusi e-mail yang diterima jika bersesuaian untuk dikongsi bersama pengunjung setia Blog Alam Maya.Berbanding dengan Blog Suara Rakyat yang lebih tertumpu kepada permasalahan semasa rakyat malaysia yang mahukan kehidupan yang stabil, aman, makmor dan selamat.

Satu pesan saya kepada blogger-blogger . Blog ini bukan dinding-dinding penjara yang boleh diconteng sesuka hati. Maka tulislah di ruangan komen dengan akal dan iman.

Di zaman penerbitan hanya ada dalam format buku dan majalah, tidak semua orang berpeluang menulis. Bagi satu-satu tulisan itu boleh tersiar di majalah atau terbit dalam bentuk buku, hasil tulisan mestilah mencapai standard tertentu.

Bila menulis tolong perhati beberapa perkara. Ini untuk makluman saya juga. Bahasanya kena betul, ejaan sudah tentu, susunan bahasa mesti ada rupa. Saya sering teruja bila mantan Menteri Kekwa Dato Seri Dr. Rais Yatim berucap. Bahasanya jelas dan teratur. Isinya serta fakta padat dan memukau para hadirin mendengarnya.

Dan sudah tentu, idea atau isi kandungan tulisan tersebut mesti jelas dan ada nilai. Berkali-kali saya cuba menulis dan menghantar ke surat khabar dan majalah, tetapi tulisan saya hilang begitu sahaja. Tiada khabar, dan tidak jadi berita. Namun tidaklah pula saya menyumpah seranah. Apa yang saya fikirkan ialah, mengapa artikel saya tidak tersiar. Antara kemungkinan yang ada ialah, artikel saya tidak mencapai kualiti. Mungkin juga saya menghantar artikel yang genrenya tidak menepati genre majalah. Atau saya menulis di luar musim.

Misalnya, pada tahun 2006 dan 2007, saya banyak menulis artikel ilmiah tentang pusat sumber digital untuk disiarkan di Utusan Malaysia. Tetapi menjelang 2008, apabila Malaysia masuk ke musim politik , saya tersedar yang artikel politik bukan bakat saya. Maka artikel yang saya hantar ke Utusan Malaysia tidak lagi tersiar, kerana ia tidak menepati musim. Dan saya pula tidak pandai menulis mengikut musim ketika itu. Jadi saya nak mula dengan Blog dulu.

Tetapi saya tidak patah hati. Saya terus menulis dan menulis. Ada artikel yang saya simpan dengan baik dan baca berulang kali, ada artikel yang saya lega kerana penyebarannya terhad. Tidak semua orang boleh menulis kerana seorang penulis terlebih dahulu mesti lebih banyak membaca daripada menulis. Jika penulis lebih banyak menulis dari membaca, pasti dia segera menjadi penulis yang bankrap. Saya juga terdorong untuk menulis setelah didesak oleh rakan baik saya En.Abu Bakar yang merupakan seorang penulis dan penerbit yang berjaya. Saya terhutang budi kepada beliau kerana berjaya membimbing saya menjadi penulis amatur.

Namun dengan kuasa internet, keadaan jadi berubah. Sesiapa sahaja boleh ada “majalah sendiri, surat khabar sendiri, syarikat penerbitan sendiri dan baca sendiri-sendiri”. Mungkin ia menjadi pemula kepada penyakit “syok sendiri” di dalam penulisan masing-masing.

Tentu sahaja ia bukan salah internet. Ia adalah suatu keadaan yang kita harus terima sebagai sebahagian daripada perkembangan kehidupan manusia.

Untuk diri ini, saya masih berusaha untuk lebih banyak membaca daripada menulis. Membaca juga tidak semestinya sekadar membaca bahan bertulis, tetapi membaca juga bermaksud memerhati, berfikir dan menafsir. Tulisan adalah proses memecahkan idea kepada butir-butir yang disusun agar apa yang dibaca dan difikirkan itu jelas, tersusun dan boleh dikenalpasti hujung pangkalnya.

Disiplin yang saya cuba pakai, ialah memastikan apa yang saya tulis itu mesti TEPAT dan JELAS.

Oleh itu, jika saya tulis “internet sebagai sumber maklumat masa kini”, maka saya anggap saya belum menulis apa-apa yang bermanfaat sehinggalah “menjelaskan apakah itu internet dan kenapa ianya menjadi sumber maklumat kini” itu tertulis di dalam ayat yang jelas, praktikal dan boleh dibuat.

Andai ada yang menyebut “ebakry.wordpress.com” telah meninggalkan asas perjuangan iaitu untuk mendaulatkan bangsa melayu dan memperjuangkan Negara Islam secara bersekongkol dengan DAP”, maka saya menuntut agar komen seperti ini menjelaskan dengan kerangka TEPAT dan JELAS, apakah yang dimaksudkan dengan:

“Asas perjuangan , Daulat, Bangsa Melayu, Mendaulatkan Islam, P erjuangan  Negara Islam dan Bersekongkol”.

Akhir kata jika ada jarum yang patah jangan di simpan di dalam peti . Jika ada silap dan salah jangan di simpan di dalam hati. Sebarang pertanyaan sila e-mail ke bakri88@yahoo.com.

Wassalam 

Admin Alam Maya – Tampin , 29 Mac 2008

Posted on March 27, 2008, in Mukadimah. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. salam ziarah,
    wah, kira ok tulisan sdr tersiar di dada akhbar, sedangkan saya masih bertatih untuk menghantar hasil tinta saya ke mana-mana medium; majalah atau akhbar.
    Mungkin, sdr boleh melorongkan saya jalan?

  2. Benar saudara…perjalanan jauh bermula dgn langkah pertama. Manakan dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyung. Harapan saya agar laman ini akan menyuntik satu inspirasi baru kepada semua pembaca terutama para pelajar melalui kandungannya yang mantap dan bermakna.

  3. Pn. Azura,

    Terima Kasih kerana sudi berkunjung ke Blog Alam Maya. Sekadar berkongsi ilmu dengan para pelajar dan rakan pensyarah. Kalau sudah cukup ilmu nanti nak jadi pakar motivasi kepada pelajar.heee

    Bakry M

  4. perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama..
    kandungan blog en.bakry yang cukup mantap memberikn saya 1 semangat baru untuk bergi lebih jauh daripada di mana saya berada sekarang..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: