Mari belajar buat Blog

 

Apakah Itu Blog?

image

Kebelakangan ini, saya sering menerima emel yang bertanyakan tentang bagaimana nak buat laman web atau blog sendiri. Nampaknya semakin ramai yang berminat untuk menyertai dunia blog ini. Anda pun nak ikut serta? Jom! Terlebih dahulu, mari kita kenal apakah itu blog.

Apakah Itu Blog?

Blog juga adalah satu jenis laman web. Namun, berbeza dari laman web biasa, artikel-artikel baru harus sentiasa ditambah dari masa ke semasa. Ada yang menulis blog setiap minggu, dan ada juga yang menulis blog setiap hari. Dalam blog juga, pembaca boleh memberikan komen dan maklum balas terhadap hasil tulisan anda.

Mengapa Nak Buat Blog?

Tidak dapat dinafikan bahawa kini, blog lebih cepat popular berbanding laman web biasa. Jadi, lebih ramai orang yang mula untuk membuat blog dengan pelbagai tujuan, antaranya ialah:

  • Sebagai diari dan catatan harian
  • Tempat berkongsi ilmu pengetahuan
  • Berbicara hal politik (Anwar Ibrahim dan Khir Toyo pun ada blog sendiri ^^)
  • Sumber pendapatan, iaitu sebagai cara untuk buat duit secara online

Antara contoh-contoh blog adalah Saifulislam yang mengajak kita berfikir, Affuan.net yang memberi tips tentang bisnes Internet, dan juga KNizam Artwerk yang membawa anda ke tempat-tempat makan yang menarik. Tak lupa juga pada SembangKomputer.com yang mengandungi banyak tips-tips mengenai komputer :p

Mudahnya Menggunakan Blog!

Adakah anda perlu menjadi seorang pakar IT untuk memulakan blog? Tidak sama sekali! Cukuplah jika anda pandai menaip dan menggunakan Internet, anda sudah mampu untuk memiliki sebuah blog (^_^). Contohnya seperti di bawah ni:

Anda hanya perlu taip artikel anda…

blog-01

Dan ianya akan diletakkan dalam blog anda. Mudah kan ^^

image

Pendek kata, anda tak perlu bimbang mengenai design blog anda (boleh didapati dengan percuma), ataupun bahagian sidebar (kat sebelah kanan tu) yang nampak macam kompleks. Tiada kod-kod yang susah yang perlu dihafal. Cubalah sendiri, barulah anda tahu bahawa memulakan blog tidaklah sesusah mana.

Blog Percuma dan Blog Berbayar

Sekarang anda dah mula berminat dan teringin nak buat satu blog, tapi nak buat kat mana ye? Ok, ada dua pilihan untuk membuat blog, iaitu blog percuma dan blog berbayar.

Blog Percuma

Boleh didapati dari laman web seperti WordPress.com dan Blogspot. Laman web seperti ini menyediakan domain name dan hosting percuma. Alamat blog anda biasanya berakhir dengan penyedia blog tersebut, contohnya http://ahmadmarzuki.blogspot.com ataupun http://ahmadmarzuki.wordpress.com.

Blog seperti ini biasanya mempunyai had-had yang tertentu. Ianya lebih sesuai untuk blog yang tidak berdasarkan keuntungan, contohnya blog peribadi ataupun blog kelab peminat. Ia juga sesuai sebagai tempat cuba-cuba jika anda ingin belajar buat blog.

Blog Berbayar

Bagi blog seperti ini, anda haruslah membeli sendiri domain name dan hosting untuk blog anda, contohnya dari DataKL atau Exabytes. Anda bebas untuk memilih alamat bagi blog tersebut, contohnya www.ahmadmarzuki.com. Tiada had yang dikenakan, dan anda bebas untuk buat apa sahaja ke atas blog anda.

Jika anda serius dalam membuat blog, gunakan blog berbayar. Harga tak mahal sangat pun, RM160 setahun pun boleh dapat.

WordPress.org vs WordPress.com

Ramai yang keliru antara WordPress.org dan WordPress.com. Di sini saya ingin menerangkan perbezaan di antara keduanya.

WordPress adalah sebuah software yang digunakan untuk membina blog. Banyak lagi software lain yang terdapat pada masa ini, tetapi WordPress adalah yang paling bagus dan meluas digunakan. Laman web rasmi bagi sistem WordPress ini adalah di www.wordpress.org.

Laman web WordPress.com pula adalah sebuah perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh syarikat Automattic. Ia juga menggunakan software WordPress. Namun sebagai blog percuma, blog-blog yang dibuat di WordPress.com mempunyai had-had yang tertentu. Contohnya, anda tak boleh meletak iklan-iklan yang menggunakan Javascript.

Pendek kata, apabila saya bercakap tentang plugin ataupun theme terbaru WordPress, ia adalah berkaitan dengan software WordPress yang digunakan pada blog berbayar, dan BUKAN pada servis blog percuma di WordPress.com

Jadi, Apa Pilihan Anda?

Sudahkah anda tentukan blog apa yang anda ingin tulis? Dan perkhidmatan blog manakah yang anda akan guna? Dalam entri akan datang, saya akan ceritakan satu-persatu mengenai langkah-langkah membuat blog menggunakan WordPress.com dan Blogspot. Bagi mereka yang serius, jangan bimbang kerana entri mengenai WordPress.org juga akan menyusul. Tunggu ya ^^

       Sumber: http://sembangkomputer.com

Posted on April 20, 2008, in Jom Bijak IT. Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. penjelasan tentang blog sangat sedikit sekali. kalau bisa yang panjang lebar biar yang belum jelas makin jelass

  2. V Seli bin Haji Rani

    bila nak start….?

    cepat sikit…

  3. bingung neh,,mo buat blog kek gimana,,,

  4. I suggest you to put facebook likes button.

  5. kalo saya pribadi lebih memilh blogspot. Cz
    setelah adanya Google penguin. Blog-blog blogspot menjadi lebih mendominasi di Google.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: