Daily Archives: May 7, 2008

Mari Belajar Buat Blog dengan WordPress.Com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

 

Pada entri yang lalu saya telah menerangkan tentang:

Sebagai sambungan kepada siri membuat blog di , kali ini saya akan memberikan sebuah tutorial ringkas tentang cara-cara membuat blog percuma di WordPress.com

Daftar di WordPress.com

  • Terlebih dahulu, anda haruslah mendaftar di WordPress.com. Pergi ke laman WordPress.com dan klik pada butang “Sign Up Now!”
  • Pendaftaran di WordPress.com adalah sangat mudah. Isikan borang yang diberi dan klik Next setelah selesai. 

    daftar WordPress.com

  • Kini, buka emel anda untuk mengaktifkan akaun WordPress.com tersebut

    daftar WordPress.com

  • WordPress.com akan memaparkan mesej yang menyatakan pendaftaran anda telah berjaya. Kini anda sudah boleh login ke dalam blog anda.

    daftar WordPress.com 

Mulakan Menulis!

  • Setelah anda login, WordPress.com akan memaparkan blog-blog yang anda miliki. Klik mana-mana blog untuk mula menulis.

    Wordpress.con

  • Untuk menulis entri baru, klik pada Write > Post

    Wordpress.com

  • Jika anda ingin sertakan gambar dalam entri tersebut, klik pada butang “Insert image” atau “Add an image”

    Wordpress.com

  • Setelah siap menulis entri anda, klik pada butang Save supaya ia akan dipaparkan pada blog anda.

    Wordpress.com

  • Contoh blog yang dihasilkan:

    Wordpress.com

Buat Page Dalam Blog Anda

  • Berbeza dari entri biasa, Page adalah bahagian khas dalam blog anda. Page akan setiasa kelihatan pada muka hadapan blog, suapaya senang pembaca nak klik. Contohnya page adalah bahagian “Tentang Saya” yang boleh anda isi dengan profil diri anda.

    wordpress-18

  • Untuk membuat satu page baru, pilih Write > Page

    Wordpress.com

Tukar Tema Blog Anda

  • Untuk menukar tema bagi blog anda, pilih Design > Themes. 

    Wordpress.com

  • Di sini anda boleh pilih dari mana-mana tema yang disediakan. Klik pada tema yang anda mahu.

    wordpress-10

  • Pastikan anda klik pada “Activate” bagi mengaktifkan tema baru tersebut.

    Wordpress.com

Ubahsuai Sidebar Anda Dengan Widgets

  • Untuk mengubahsuai sidebar pada blog anda, pilih Design > Widgets.
  • Klik pada Add untuk menambah mana-mana Widgets dan klik Edit untuk mengubahsuai Widgets tersebut. Setelah selesai, klik pada butang “Save Changes”

    Wordpress.com

  • Contoh sidebar yang dihasilkan:

    Wordpress.com

Ok, itulah dia tutorial ringkas mengenai cara penggunaan WordPress.com. Saya harap tutorial ini dapat membantu sesiapa yang baru nak cuba-cuba menulis blog ini. Nantikan pula tutorial membuat blog di WordPress.org menggunakan hosting dan domain sendiri .

Jangan lupa ikuti siri akan datang..

Salam Sayang

Bakry M @ Pak Teh

E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 6

1 Teknik Ampuh Menarik Trafik Dengan Cepat!


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

“Saya sungguh tak percaya, blog dia begitu cepat mendapat trafik dan pengunjung yang kekal. Ramai pulak tu..”.

Itulah kata-kata yang terdetik di hati saya apabila melihat satu hasil yang begitu cepat diterima oleh seorang usahawan internet yang berjaya. Tidak perlu saya sebutkan namanya di sini. Cukup saya menggelar dirinya sebagai Mr. A.

Mr. A sudah lama berkecimpung di dalam usaha membuat duit di internet dengan melakukan beberapa cara. Incomenya beribu-ribu sebulan, bukan RM tapi USD. Setelah lama ‘bermain’ di arena antarabangsa, maka beliau merasakan sudah tiba masanya untuk menabur ilmu dan bakti kepada anak bangsa.

Beliau memulakan langkah dengan mudah seperti mana yang saya nyatakan di dalam Pelan Tindakan Blog pada Pakej Kit Blogger. Dari situ beliau perkenalkan dirinya dan kemudian berkongsi cerita kejayaannya. Beliau mula membantu para newbie yang baru mula ingin berjinak-jinak untuk membuat duit di internet.

Langkah seterusnya, beliau membina blog dan hasilnya… Begitu ramai yang mengunjungi blognya setiap hari sehingga sekarang. Baik, apakah satu teknik ampuh itu?

Jayakan diri anda dahulu di dalam bidang pilihan dan kemudian baru membina blog untuk berkongsi kepakaran anda!

Ya, anda usaha dahulu di dalam sesuatu topik atau bidang sehingga berjaya, kemudian baru membina blog untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang ‘dahagakan’ jalan petunjuk kejayaan. Mungkin setahun? Dua tahun? Atau kurang dari itu untuk anda capai kejayaan terlebih dahulu? Namun percayalah, inilah teknik ampuh yang begitu efektif sekali untuk menarik trafik dengan cepat dan untuk menulis dengan penuh keyakinan sekali.

Anggaplah tempoh usaha untuk mencapai kejayaan di dalam bidang anda itu sebagai satu proses mengumpul ilmu dan pengalaman untuk digunakan pada blog anda kelak. Namun, jika anda adalah seorang yang telah berjaya atau pakar di dalam bidang tertentu, maka masa untuk memiliki blog sudah tiba!

Kejayaan? Jangan salah faham, kejayaan bukan hanya pada kewangan, tapi lebih daripada itu seperti kepakaran yang tinggi di dalam sesuatu perkara. Akhir kata, jika anda sudah berjaya, kejayaan inilah teknik yang begitu ampuh (berkesan) sekali untuk membina keyakinan orang dan seterusnya membina pengunjung setia ke blog anda.


Salam Sayang,

Bakry M @ Pak Teh
  

E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 5

Unsur 3K memberikan kejayaan yang membanggakan kepada seorang anak muda!


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

3K adalah: Kesabaran, Kesungguhan, Konsisten

Tanpa melakukan 3K ini, mungkin seorang anak mudah ini tidak akan dikenali, tidak akan berjaya di dalam impian dan kehendaknya.

Anak muda ini mula menulis blog pada Julai 2005 dan memilih topik perniagaan internet dan juga mengenai keusahawanan. Beliau terus menulis secara konsisten dan begitu bersungguh-sungguh sekali sehingga menghasilkan beberapa post yang ditulis berdasarkan pemikirannya dan juga pembacaan yang dilakukan. Beliau tetap fokus pada topik pilihannya.

Awal september 2005, beliau membeli satu domain name dan kini nama domain itu telah mula dikenali oleh rakyat Malaysia. Daripada blog free, kemudian beliau telah mempunyai blog rasmi dengan nama domain dot com sendiri. Terus dan terus menulis. Terus melakukan beberapa teknik (ada diajar di dalam Pakej Kit Blogger) secara konsisten dan sabar. Kini, sudah lebih setahun beliau masih kekal pada penulisan blognya. Sudah ramai yang mengenalinya.

Siapakah beliau? Anda cuba teka. Itu tidak penting, tetapi pengajaran di sini adalah:

Kesabaran
Penulis blog tersebut begitu bersabar di dalam mengekalkan blognya walaupun apa sahaja badai yang melanda. Blognya sudah berkali-kali dipecah-masuk (hack), namun beliau tetap sabar. Tak cukup kawan, lawan juga ada, namun beliau tetap sabar.

Berkat sifat sabar, hari berganti hari, kita bilangan tulisan beliau di blognya mencecah ratusan artikel! Antara top ten di enjin carian bagi keyword tertentu dan dikenali oleh penggiat bidang yang sama. Sehari selembar benang, akhirnya menjadi kain.

Kesungguhan
Topik yang dipilih untuk blog beliau adalah minatnya dan cita-citanya. Maka untuk mengekalkan blognya, perlunya kesungguhan di dalam menguruskan blog tersebut. Beliau begitu bersungguh-sungguh di dalam mendapatkan ilmu mengenai blogging samada teknik ataupun teknikalnya. Terus menerus belajar dan mencari dengan kesungguhan yang tinggi.

Konsisten
Beliau minat apa yang beliau lakukan. Sebab itu blognya tetap wujud dan dikemaskini secara konsisten. Blognya dibina bukan semata-mata suka-suka atau sekadar cuba-cuba atau trial and error. Beliau akan terus konsisten mengekalkan blognya agar terus berkembang dan berjaya memberikan hasil yang setimpal atas usahanya!

Tip 5 kali ini amat panjang. Jika anda hayati “cerita” di atas, seorang anak muda dengan 3K-nya, maka anda akan faham bahawa, untuk mengekalkan atau mendapatkan blog yang berjaya bukanlah senang atau kadang-kadang tidaklah sesusah mana jika… Jika ada kesungguhan, kesabaran dan konsisten.

Saya tinggalkan anda untuk memikirkan apakah “pengajaran” di sebalik cerita di dalam tip ke-5 ini.

Salam Sayang,
Bakry M @ Pak Teh
  

E-Kulaih 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 3

Tip Mudah Kekalkan Pelawat Setia Blog Anda

Assalamu’alaikum & Salam sejahtera.

Ramai yang kekeringan idea di saat perlunya blog ‘di-isi’ dengan sesuatu tulisan. Pelawat pula asyik tertanya mengapa blog anda tidak dikemaskini. Topik pula semakin lari dan meleret-leret dan jauh dari topik sebenar.

Kini, mereka telah ‘pergi’ jauh dari blog yang mereka selalu kunjungi dan mungkin akan terus tidak lagi mengunjungi blog anda. Enjin carian pula semakin ‘menjatuhkan’ kedudukan anda
di senarai enjin carian. Mahukah begitu terjadi kepada anda?

Ketahuilah, tujuan pertama dan terakhir pelawat ke blog anda adalah untuk mendapatkan informasi terkini mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan topik blog anda. Mereka mahukan tulisan demi tulisan dari anda. Inilah hakikatnya (pengalaman
saya).

Maka pastikan anda sentiasa menghasilkan tulisan walaupun seringkas mana pun. Ia amat bermakna kepada pelawat blog anda terutama pelawat tetap.

Maka, tip ketiga kali ini amat mudah dan ringkas:

Sentiasa kemaskini blog anda terutama menghasilkan tulisan yang ‘fresh’ secara konsisten. Itu sahaja untuk tip ketiga ini. 🙂

Salam Sayang

Bakry M @ Pak Teh

E-Kulaih 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 2

Langkah Pertama Yang Membawa Kejayaan Blog

Assalamualaikum  & Salam sejahtera, 

Tip ke-2 kali ini lebih hebat berbanding tip yang pertama kerana tanpa melakukan tip ini, yang pertama tak akan tercapai. Hebat sangatkah tip kedua ini? Teruskan membaca.

Kebanyakan orang begitu gopoh di dalam melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang diingini. Bila apa yang dilakukan tidak berjaya, maka mulalah menyalah orang lain atau terus berputus-asa. Di manakah silapnya? Silapnya adalah di langkah pertama!

Kesilapan di langkah pertama:

1. Tidak tahu asas-asas blog

2. Tidak menentukan topik blog yang ‘menguntungkan’

3. Tiada pelan tindakan yang tersusun

Tidak tahu asas-asas blog
Pelik tapi benar. Ramai yang tahu membina blog, namun tidak tahu apa itu blog dan perkara–perkara asas berkaitan blog. Umpama memakan sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dimakan tersebut. Sudah tentu ia bahaya bukan? Begitu juga blog, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan memiliki blog yang menguntungkan, anda perlu tahu asas-asas blog yang penting.

Melalui Pakej Kit Blogger, anda akan mendapat satu ebook asas mengenai blog dan pelbagai tips yang efektif dan praktikal di dalamnya, sebagai panduan asas kepada anda sebelum menghasilkan blog sendiri.

Tidak menentukan topik blog yang ‘menguntungkan’
Di dalam Pakej Kit Blogger, pembaca (pembeli) akan ditunjukkan bagaimanakah cara mencari topik yang niche atau menentukan hidup atau mati blog mereka. Panduan lengkap bergambar dan langkah demi langkah yang jelas akan memberikan kefahaman mendalam kepada mereka mengenai cara mencari topik yang sesuai.

Pendek kata, antara sebab utama mengapa blog ‘mati’ di pertengahan jalan adalah kerana salah menentukan topik yang kurang mendapat sambutan atau kurang permintaan.

Tiada pelan tindakan yang tersusun
Bahasa mudahnya adalah, tidak ada perancangan yang teratur, tersusun dan profesional. Pengalaman saya dan apa yang saya perhatikan, salah satu sebab ‘gagalnya’ kebanyakan blogger baru adalah kerana membina blog tanpa dimulai dengan perancangan yang baik. Pendek kata tiada Pelan Tindakan yang bersistematik.

Untuk itu, dalam Pakej Kit Blogger saya sertakan bersama Pelan Tindakan Blog yang menggariskan langkah demi langkah yang tersusun agar blog yang dihasilkan benar-benar terhasil daripada perancangan yang rapi, dan memberikan keputusan yang membanggakan.

Salam SayangIkhlas,
Bakry M @ Pak Teh

E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 4

3 Cara Mudah Mendapatkan Idea Menulis Blog

Assalamualikum & Salam Sejahtera.

Tip ke-3 pada dua hari yang lepas adalah tergantung sebenarnya (tidak lengkap) dan saya sengaja melakukan sebegitu. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana untuk mendapatkan idea menulis? Ya, itulah yang kurangnya pada tip ke-3.

Pada tip siri ke-4 ini, saya akan memberikan 3 cara efektif dan mudah untuk mendapatkan idea menulis yang berkaitan dengan topik blog anda. Tiga cara tersebut adalah:

1. Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog

2. Melawat blog yang sama bidang dengan anda

3. Forum yang berkaitan dengan topik blog

Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog
Untuk cara ini, saya memberikan salah satu cara saya (psst, rahsia ni). Lawati laman web direktori artikel seperti http://ezinearticles.com. Di sana terdapat begitu banyak artikel-artikel yang berlainan kategori, maka pilihlah artikel yang berkaitan dengan blog anda.

Baca beberapa artikel dan daripada pembacaan itu pilih salah satu tajuk artikel yang paling menarik minat anda dan tulis kembali mengikut cara dan gaya anda di blog. Ingat, jangan tiru bulat-bulat artikel tersebut, sebaliknya anda menulis daripada kefahaman selepas anda membaca artikel di laman web itu tadi.

Melawat blog yang sama bidang dengan anda
Anda lakukan lawatan ke beberapa blog lain untuk membaca apa yang ditulis mereka. Dari pembacaan itu, biasanya akan timbul dua perkara di fikiran anda:

1. Mengulas perkara yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis di blog tersebut

2. Mendapat idea atau sesuatu tajuk yang tertentu sebaik sahaja membaca tulisan-tulisan mereka. Perkara kedua ini secara biasanya akan berlaku.

Forum yang berkaitan dengan topik blog
Inilah salah satu cara saya juga. Teknik yang selalu saya guna pakai. Caranya sungguh mudah iaitu anda masuk ke forum yang berkaitan dengan topik blog anda. Selidik dan perhatikan apakah topik panas yang sedang dibincangkan, atau apakah masalah yang sering dipersoalkan oleh ahli forum. Atau sekurangnya, apa sahaja topik dan masalah di forum tersebut. Pilih satu topik dan masalah dan tulis satu artikel di blog anda.

Akhir kata bagi tip 4 ini, pastikan blog anda hidup!

Salam Sayang,
Bakry M @ Pak Teh

E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 7

‘K’ Yang Hilang. Unsur Pelengkap Kepada 3K!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Sebelum ini anda telah diceritakan mengenai seorang anak muda bersama ‘teknik’ 3K-nya. Namun, beliau kini mendedahkan satu lagi K yang rata-rata blogger tidak memilikinya! Katanya lagi, K ini langsung tidak diambil kira di dalam aktiviti ‘blogging’ atau membuat duit di internet itu sendiri. Apakah K itu? Pentingkah unsur K tersebut?

Sebelum kita menyambung cerita mengenai K yang hilang itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih jika anda membaca kesemua 7 siri newsletter mengenai blogging dan membuat duit di internet melalui blog. Siri tips ini tidak akan lengkap tanpa Pakej Kit Blogger bersamanya.

Baik, anak muda itu tadi menyatakan bahawa, jika sesiapa sahaja mempunyai satu unsur K ini dan ditambah lagi dengan K yang lain, mereka akan tidak ada masalah jika mereka menghadapi kegagalan di dalam mencuba dan tidak mudah putus asa jika mereka menghadapi masalah.

Katanya anak muda itu lagi, unsur K yang hilang itu adalah satu “bahan bakar” kepada unsur 3K sebelum ini. Dengan 1 K yang itu, maka sesiapa sahaja akan memiliki Kesabaran, Kesungguhan dan Konsisten. Baiklah, unsur K itu amat mahal untuk didedahkan di sini, namun anak muda itu tidak mahu melihat ramai yang terkungkur. K itu adalah:

KESEDARAN

Pasti anda (atau tidak) dan mungkin ramai yang menyatakan, “alah, kesedaran rupanya.. Macamlah aku tak tahu benda tu”. Satu sahaja yang ingin saya soalkan kepada mereka yang berkata begitu, “jika anda tahu, adakah anda ada kesabaran, kesungguhan dan sifat konsisten di dalam melakukan sesuatu?”. Jika ya, betullah anda sudah memiliki unsur kesedaran tersebut. Dan jika betul, maka insyaAllah anda akan memiliki satu blog yang berjaya.

Mengapa Kesedaran? Orang yang tahu atau sedar apa yang dia lakukan, tidak cepat putus asa, bersabar di dalam mendapatkan hasil, bersungguh di dalam usahanya sebab dia sedar apa yang dia lakukan perlukan kesungguhan. Di sedar dengan sebenar-benar sedar, jelas di hatinya.

Saya sengaja meletakkan unsur-unsur dalaman di dalam siri tip ini, kerana unsur sebegini amat jarang diketengahkan. Kebanyakan orang hanya menumpu pada teknik zahir sahaja, maka tidak pelik jika timbul tekanan pada diri sendiri kerana unsur zahir terlebih berbanding unsur dalaman. Sebab itulah tidak kekal lama di dalam usaha menjana pendapatan di internet akibat adanya ‘tekanan’ yang membuat diri bertambah keliru, hilang pertimbangan, cepat putus asa dan buntu.

Ketahuilah, anda akan mendapat kekuatan di dalam melakukan sesuatu termasuklah di dalam ‘blogging’ walaupun ia tampak mudah. Perkara kecil atau besar, ia mesti dilakukan dengan sebaik-baiknya kerana hasil yang dimahukan hasil yang baik bukan? Perkara kecil atau besar, anda mesti lakukan dengan sebaik-baiknya.

Maka, utamakan unsur dalaman beserta dengan unsur zahir (teknik promosi, pemasaran, hal teknikal) dan insyaAllah walau datang apa sahaja masalah, anda pasti menghadapinya dengan senyuman dan hati yang tenang. Kerana, anda sedar apa yang anda lakukan.

Kata akhir bagi tip ini adalah: “Orang yang sedar di dalam melakukan sesuatu adalah orang yang menggunakan fikirannya sebaik yang mungkin iaitu akal anugerah Ilahi. Dari kesedaran, wujud ciri kesabaran, kesungguhan dan konsisten dalam dirinya KERANA dia sedar apa yang dilakukan memerlukan kesungguhan, kesabaran dan usaha yang istiqamah (konsisten)”.  

Jumpa lagi di emel-emel yang akan datang.

Terima kasih.

Salam Sayang,
Bakry M @ Pak Teh

P/S: Siri 2,3,4,5,6 akan di uptade kemudiaan . Maaf atas segala kekurangan

Motivasi Kejayaan

Kenali Impian Anda

Anda mesti tahu apa anda nak capai, atau apa impian anda. Mengetahui kehendak hati anda, memudahkan anda mengenal pasti impian anda.

Masalah, adakah anda mengenali impian anda? Cuba anda tutup mata anda sekarang. Saya maksudkannya dan bayangkan apa yang anda nak pada saat ini

  • Anda yang sedang lapar, mungkin tengah bayangkan makanan.

  • Pelajar yang homesick, mungkin terbayangkan ibu dan ayah di rumah

  • Seorang pekerja yang tidak bercuti selama setahun, mungkin terbayangkan resort dan suasana tepi pantai yang menyenangkan

  • Seorang peniaga, mungkin membayangkan ramai pembeli hari ini

Secara jujurnya, ini memang terjadi. Tetapi jika saya tanya, apakah yang anda impikan di dalam hidup anda?

Ramai yang akan diam. Ada yang tengok orang lain dan tunggu mereka jawab dulu, baru mereka jawab. Ada yang tiru jawapan orang lain. Cuma segelintir yang akan menjawab dengan bersungguh! Ada pula YANG TAK TAU APA DAN DIAM SAJA.

Ini membezakan orang yang kenal impian hidup mereka dengan yang tidak. Orang yang menjawab dengan bersungguh adalah yang tahu impian mereka. Yang diam langsung tidak tahu mengenainya. Yang memberi jawapan lambat-lambat sahaja, mungkin cuma sekadar menjawab persoalan itu tadi.

Anda bagaimana? Kenal tak impian anda? Anda je yang tahu ..

Salam Kejayaan

Konsep : THE BIG WHY

Kenapa agaknya anda nak kereta besar? Kenapa anda nak rumah banglo 2 tingkat? KEnapa nda nak 10A SPM nanti? Kenapa anda nak masuk universiti? Kenapa anda nak belajar? Kenapa nak itu? Kenapa nak ini?

Kadang-kadang dalam perbualan dengan kawan-kawan, saya bertanyakan mereka secara tak langusng, kenapa anda menyambung pelajaran anda? Kenapa anda bekerja? Kenapa? Mereka akan pandang saya terpinga-pinga, dan tanya saya kembali : ‘ Ai Mal, takkan itu pun kau tak tau?’ Dalam hati saya kata, mana nak tau, itu pasal tanya Mereka kata lagi : ‘ Aku belajar sebab dah ini je yang aku boleh buat pada masa sekarang ni. Mak ayah aku suruh aku masuk universiti. Nak cari kerja nanti, nak gaji besar, kena ada kelulusan tinggi. Belajar pun dah sebab tertulis dalam takdir hidup aku, masa ni, ni la yang aku buat, proceed je la. Tapi kau tau, tired belajar ni. Kadang-kadang malas nak belajar, tapi macam aku kata, kena proceed la. Ni je choice aku sekarang’Perbualan tamat di situ….

Tahukah anda, untuk setiap keputusan yang melibatkan anda dan kehidupan anda, yang anda buat di dalam hidup anda, anda bertanggungjawab sepenuhnya. Tiada perkara seperti anda terpaksa membuat pilihan atau anda tidak ada pilihan. Anda yang menentukan pilihan anda. A winner makes a decision. Jika anda menafikan perkara ini, maknanya anda bukan WINNER yang selalu anda fikirkan. Kita membuat keputusan dan berpegang kepada keputusan kita. Kita ambil risiko. Dont play safe all the time.

Anda perlu tahu apa yang anda nak. Kenapa anda nak kan sesuatu itu. Kenapa dan kenapa?Untuk apa anda melakukan semua ini? Ada orang yang tak suka kerjanya tetapi mereka melakukannya kerana keluarga. Ada keluarga yang perlu di sara. Itu OK. Ada orang mencintai kerjaya mereka dan mereka bekerja dengan keseronokan. Itu sangat OK! Tapi ada juga yang tak tau kenapa mereka bekerja. ITU TIDAK OK. Anda perlu tahu, untuk apa anda melakukan sesuautu ini. Dan lebih berikan perhatian kepada apa sebabnya anda melakukan itu semua. Anda belajar untuk apa? Bekerja untuk apa. Untuk siapa? Apa pentingnya untuk anda?

Anda mesti mempunyai sebab di dalam setiap perkara yang anda putuskan. Ini bermakna, anda perlu berfikir sebelum melakukan keputusan. Kerana apa? Kelak bila berhadapan cabaran, anda ada berhadapan dengan ingatan bahawa anda yang memutuskan hal ini dahulu, dan berusaha untuk menanganinya. Jika tidak, anda akan ada sifat ini : LEPAS TANGAN dan MENYALAHKAN ORANG LAIN

Be responsible to your life. What say you?

SALAM SAYANG..

Bakry M

 

%d bloggers like this: