E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 5

Unsur 3K memberikan kejayaan yang membanggakan kepada seorang anak muda!


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

3K adalah: Kesabaran, Kesungguhan, Konsisten

Tanpa melakukan 3K ini, mungkin seorang anak mudah ini tidak akan dikenali, tidak akan berjaya di dalam impian dan kehendaknya.

Anak muda ini mula menulis blog pada Julai 2005 dan memilih topik perniagaan internet dan juga mengenai keusahawanan. Beliau terus menulis secara konsisten dan begitu bersungguh-sungguh sekali sehingga menghasilkan beberapa post yang ditulis berdasarkan pemikirannya dan juga pembacaan yang dilakukan. Beliau tetap fokus pada topik pilihannya.

Awal september 2005, beliau membeli satu domain name dan kini nama domain itu telah mula dikenali oleh rakyat Malaysia. Daripada blog free, kemudian beliau telah mempunyai blog rasmi dengan nama domain dot com sendiri. Terus dan terus menulis. Terus melakukan beberapa teknik (ada diajar di dalam Pakej Kit Blogger) secara konsisten dan sabar. Kini, sudah lebih setahun beliau masih kekal pada penulisan blognya. Sudah ramai yang mengenalinya.

Siapakah beliau? Anda cuba teka. Itu tidak penting, tetapi pengajaran di sini adalah:

Kesabaran
Penulis blog tersebut begitu bersabar di dalam mengekalkan blognya walaupun apa sahaja badai yang melanda. Blognya sudah berkali-kali dipecah-masuk (hack), namun beliau tetap sabar. Tak cukup kawan, lawan juga ada, namun beliau tetap sabar.

Berkat sifat sabar, hari berganti hari, kita bilangan tulisan beliau di blognya mencecah ratusan artikel! Antara top ten di enjin carian bagi keyword tertentu dan dikenali oleh penggiat bidang yang sama. Sehari selembar benang, akhirnya menjadi kain.

Kesungguhan
Topik yang dipilih untuk blog beliau adalah minatnya dan cita-citanya. Maka untuk mengekalkan blognya, perlunya kesungguhan di dalam menguruskan blog tersebut. Beliau begitu bersungguh-sungguh di dalam mendapatkan ilmu mengenai blogging samada teknik ataupun teknikalnya. Terus menerus belajar dan mencari dengan kesungguhan yang tinggi.

Konsisten
Beliau minat apa yang beliau lakukan. Sebab itu blognya tetap wujud dan dikemaskini secara konsisten. Blognya dibina bukan semata-mata suka-suka atau sekadar cuba-cuba atau trial and error. Beliau akan terus konsisten mengekalkan blognya agar terus berkembang dan berjaya memberikan hasil yang setimpal atas usahanya!

Tip 5 kali ini amat panjang. Jika anda hayati “cerita” di atas, seorang anak muda dengan 3K-nya, maka anda akan faham bahawa, untuk mengekalkan atau mendapatkan blog yang berjaya bukanlah senang atau kadang-kadang tidaklah sesusah mana jika… Jika ada kesungguhan, kesabaran dan konsisten.

Saya tinggalkan anda untuk memikirkan apakah “pengajaran” di sebalik cerita di dalam tip ke-5 ini.

Salam Sayang,
Bakry M @ Pak Teh
  

Posted on May 7, 2008, in E-Kuliah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: