E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 6

1 Teknik Ampuh Menarik Trafik Dengan Cepat!


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

“Saya sungguh tak percaya, blog dia begitu cepat mendapat trafik dan pengunjung yang kekal. Ramai pulak tu..”.

Itulah kata-kata yang terdetik di hati saya apabila melihat satu hasil yang begitu cepat diterima oleh seorang usahawan internet yang berjaya. Tidak perlu saya sebutkan namanya di sini. Cukup saya menggelar dirinya sebagai Mr. A.

Mr. A sudah lama berkecimpung di dalam usaha membuat duit di internet dengan melakukan beberapa cara. Incomenya beribu-ribu sebulan, bukan RM tapi USD. Setelah lama ‘bermain’ di arena antarabangsa, maka beliau merasakan sudah tiba masanya untuk menabur ilmu dan bakti kepada anak bangsa.

Beliau memulakan langkah dengan mudah seperti mana yang saya nyatakan di dalam Pelan Tindakan Blog pada Pakej Kit Blogger. Dari situ beliau perkenalkan dirinya dan kemudian berkongsi cerita kejayaannya. Beliau mula membantu para newbie yang baru mula ingin berjinak-jinak untuk membuat duit di internet.

Langkah seterusnya, beliau membina blog dan hasilnya… Begitu ramai yang mengunjungi blognya setiap hari sehingga sekarang. Baik, apakah satu teknik ampuh itu?

Jayakan diri anda dahulu di dalam bidang pilihan dan kemudian baru membina blog untuk berkongsi kepakaran anda!

Ya, anda usaha dahulu di dalam sesuatu topik atau bidang sehingga berjaya, kemudian baru membina blog untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang ‘dahagakan’ jalan petunjuk kejayaan. Mungkin setahun? Dua tahun? Atau kurang dari itu untuk anda capai kejayaan terlebih dahulu? Namun percayalah, inilah teknik ampuh yang begitu efektif sekali untuk menarik trafik dengan cepat dan untuk menulis dengan penuh keyakinan sekali.

Anggaplah tempoh usaha untuk mencapai kejayaan di dalam bidang anda itu sebagai satu proses mengumpul ilmu dan pengalaman untuk digunakan pada blog anda kelak. Namun, jika anda adalah seorang yang telah berjaya atau pakar di dalam bidang tertentu, maka masa untuk memiliki blog sudah tiba!

Kejayaan? Jangan salah faham, kejayaan bukan hanya pada kewangan, tapi lebih daripada itu seperti kepakaran yang tinggi di dalam sesuatu perkara. Akhir kata, jika anda sudah berjaya, kejayaan inilah teknik yang begitu ampuh (berkesan) sekali untuk membina keyakinan orang dan seterusnya membina pengunjung setia ke blog anda.


Salam Sayang,

Bakry M @ Pak Teh
  

Posted on May 7, 2008, in E-Kuliah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: