E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 7

‘K’ Yang Hilang. Unsur Pelengkap Kepada 3K!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Sebelum ini anda telah diceritakan mengenai seorang anak muda bersama ‘teknik’ 3K-nya. Namun, beliau kini mendedahkan satu lagi K yang rata-rata blogger tidak memilikinya! Katanya lagi, K ini langsung tidak diambil kira di dalam aktiviti ‘blogging’ atau membuat duit di internet itu sendiri. Apakah K itu? Pentingkah unsur K tersebut?

Sebelum kita menyambung cerita mengenai K yang hilang itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih jika anda membaca kesemua 7 siri newsletter mengenai blogging dan membuat duit di internet melalui blog. Siri tips ini tidak akan lengkap tanpa Pakej Kit Blogger bersamanya.

Baik, anak muda itu tadi menyatakan bahawa, jika sesiapa sahaja mempunyai satu unsur K ini dan ditambah lagi dengan K yang lain, mereka akan tidak ada masalah jika mereka menghadapi kegagalan di dalam mencuba dan tidak mudah putus asa jika mereka menghadapi masalah.

Katanya anak muda itu lagi, unsur K yang hilang itu adalah satu “bahan bakar” kepada unsur 3K sebelum ini. Dengan 1 K yang itu, maka sesiapa sahaja akan memiliki Kesabaran, Kesungguhan dan Konsisten. Baiklah, unsur K itu amat mahal untuk didedahkan di sini, namun anak muda itu tidak mahu melihat ramai yang terkungkur. K itu adalah:

KESEDARAN

Pasti anda (atau tidak) dan mungkin ramai yang menyatakan, “alah, kesedaran rupanya.. Macamlah aku tak tahu benda tu”. Satu sahaja yang ingin saya soalkan kepada mereka yang berkata begitu, “jika anda tahu, adakah anda ada kesabaran, kesungguhan dan sifat konsisten di dalam melakukan sesuatu?”. Jika ya, betullah anda sudah memiliki unsur kesedaran tersebut. Dan jika betul, maka insyaAllah anda akan memiliki satu blog yang berjaya.

Mengapa Kesedaran? Orang yang tahu atau sedar apa yang dia lakukan, tidak cepat putus asa, bersabar di dalam mendapatkan hasil, bersungguh di dalam usahanya sebab dia sedar apa yang dia lakukan perlukan kesungguhan. Di sedar dengan sebenar-benar sedar, jelas di hatinya.

Saya sengaja meletakkan unsur-unsur dalaman di dalam siri tip ini, kerana unsur sebegini amat jarang diketengahkan. Kebanyakan orang hanya menumpu pada teknik zahir sahaja, maka tidak pelik jika timbul tekanan pada diri sendiri kerana unsur zahir terlebih berbanding unsur dalaman. Sebab itulah tidak kekal lama di dalam usaha menjana pendapatan di internet akibat adanya ‘tekanan’ yang membuat diri bertambah keliru, hilang pertimbangan, cepat putus asa dan buntu.

Ketahuilah, anda akan mendapat kekuatan di dalam melakukan sesuatu termasuklah di dalam ‘blogging’ walaupun ia tampak mudah. Perkara kecil atau besar, ia mesti dilakukan dengan sebaik-baiknya kerana hasil yang dimahukan hasil yang baik bukan? Perkara kecil atau besar, anda mesti lakukan dengan sebaik-baiknya.

Maka, utamakan unsur dalaman beserta dengan unsur zahir (teknik promosi, pemasaran, hal teknikal) dan insyaAllah walau datang apa sahaja masalah, anda pasti menghadapinya dengan senyuman dan hati yang tenang. Kerana, anda sedar apa yang anda lakukan.

Kata akhir bagi tip ini adalah: “Orang yang sedar di dalam melakukan sesuatu adalah orang yang menggunakan fikirannya sebaik yang mungkin iaitu akal anugerah Ilahi. Dari kesedaran, wujud ciri kesabaran, kesungguhan dan konsisten dalam dirinya KERANA dia sedar apa yang dilakukan memerlukan kesungguhan, kesabaran dan usaha yang istiqamah (konsisten)”.  

Jumpa lagi di emel-emel yang akan datang.

Terima kasih.

Salam Sayang,
Bakry M @ Pak Teh

P/S: Siri 2,3,4,5,6 akan di uptade kemudiaan . Maaf atas segala kekurangan

Posted on May 7, 2008, in E-Kuliah, Jom Bijak IT. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: