Daily Archives: May 8, 2008

E-Motivasi – Permulaan Kejayaan

Dua Perkara Penting di Permulaan Perjalanan Ke Arah Kejayaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Ada dua perkara penting yang orang lupa dalam kehidupan yang sibuk ini. Pertamanya adalah menetapkan impian. Oleh kerana mereka sibuk dengan rutin harian, mereka lupa apa yang mereka mahukan. Sehinggalah satu hari mungkin mereka terfikir secara sengaja atau tidak, maka terpacullah soalan seperti ini : ‘ Apa yang aku nak dalam hidup ini?’

Kemudian setelah mereka mula menyenaraikan impian hidup mereka. Mereka akan mula mengubah kehidupan mereka. Maka mereka berhadapan satu lagi masalah besar. Mereka ragu-ragu akan kebolehan mereka mencapainya. Timbul pula soalan seperti ini : ‘ Boleh ke aku capai semua tu?’

Bila saya menulis sesuatu di blog ini, ia adalah berdasarkan kepada pengalaman hidup saya sendiri. Dan juga melalui pembacaan serta pemerhatian dari semasa ke semasa. Bagi saya, permulaan kejayaan itu sendiri memerlukan dua perkara ini. Yakni, matlamat di susuli kepercayaan kepada diri

Matlamat menjadikan perjalanan seharian kita mempunyai hala tuju. Setelah kita punya hala tuju, kita akan bergerak ke arahnya. Sayangnya bila kita di datangi dugaan, kita akan merasakan bahawa, bolehkah aku capai? Di situ nanti ada antara kita akan mula mempersoalkan kebolehan diri sendiri. Mempersoalkan kebolehan mereka sama ada mereka mampu, layak atau tidak dan sebagainya.

Sebab itu juga saya meletakkan syarat kepercayaan pada diri sendiri itu di tempat kedua. Ketidakpercayaan anda pada diri anda, yang gemar saya katakan sebagai kepercayaan lama yang salah, perlu anda robohkan dan ganti dengan kepercayaan yang baru.

Bila anda percaya diri anda, anda punyai matlamat, anda akan berpadu dengan jiwa anda. Anda menjadi kukuh dan stabil. Dan pada tika itu, datang apa sahaja dugaan, anda tidak akan putus asa. Anda mungkin jatuh, tapi anda tetap bangkit. Itu adalah lumrah perjalanan kejayaan. Punyai saat jatuh bangun yang memberi pengajaran dan keseronokan.

Jika anda tidak punyai kepercayaan kepada diri anda sendiri, maka apabila anda jatuh, anda mula menunding jari pada orang lain. Anda menunding jari pada diri sendiri. Anda menyalahkan takdir, anda menyalahkan banyak benda. Maka anda sendiri menarik lebih banyak situasi kegagalan kepada anda. Anda tidak cuba bangkit, maka anda fokus pada kegagalan. Maka sebab itu orang yang tidak percaya pada diri mereka, tidak berganjak ke mana-mana. Mereka kekal di satu titik yang sama.

Kini anda sudah ketahui, untuk anda berjaya, pertamanya anda perlu punyai matlamat, kedua anda perlu percaya kepada diri anda. Percaya tanpa berbelah bahagi. Anda tidak mungkin mampu meraih kepercayaan orang lain, sekiranya anda sendiri tidak percaya diri anda )

Salam Kejayaan!~

Bakry M @ Pak Teh

Blogger Sebagai Kerjaya Sepenuh Masa

LiewCF – Blogger Malaysia Berjaya

Artikel ini saya ambil dari Blog Mawarde – http://www.blogsendiri.com  untuk koleksi peribadi saya.

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Apa khabar anda semua? Semoga sihat dan terus bersemangat untuk menjalankan aktiviti seharian anda. Hari ini saya berasa sedih kerana Blogger Malaysia – Raja Petera pengendali Blog Malaysia Today dipenjara tanpa bicara. Namun saya ingin menceritakan tentang kerjaya Blogger..

Mungkin ramai yang tidak tahu atau kurang tahu, betapa seronoknya menjadi seorang blogger. Dan kali ni, saya suka untuk sama-sama kongsi dengan anda semua, kisah salah seorang blogger Malaysia, yang merupakan blogger sepenuh masa yang pertama di Malaysia. Maksudnya, beliau hanya menjadikan blognya sebagai kerja hariannya. Menarik, bukan? )

Bernama Liew Cheon Fong atau LcF, memiliki blog sendiri yang terkenal di Asia Tenggara, iaitu LiewCF.com. Merupakan bekas ‘programmer’ dan ‘webmaster’ yang profesional, beliau akhirnya menjadikan hobinya dalam aktiviti blogging sebagai bidang sepenuh masa pada 9 September 2005. Walaupun pada awalnya ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya, (kerana blogger bukannya satu pekerjaan bagi mereka), malah ada yang mengejeknya, tapi, beliau tidak pernah luntur semangat. Ada juga yang mempersendakan bahasa Inggerisnya yang agak lemah. Hm, sebenarnya tak kurang juga yang memberikan galakan kepadanya.

Bayangkan, ketika dia ambil keputusan tu, tak pernah ada seorang rakyat Malaysia pun yang berjaya meraih pendapatan lumayan sebagai blogger. Lagipun, kita pun tahu, jika kita kerja makan gaji, ‘confirm’ ada gaji dan boleh ambil gaji pada setiap bulan. Tapi, menukar kerja kepada ‘blogger’, memang keputusan yang perit baginya, kerana pendapatan sebagai blogger, tak diketahui berapa yang bakal diraihnya. Mungkin untung. Mungkin juga rugi.

Mujurlah keluarganya masih memberi sokongan kepadanya, walaupun mereka tak tahupun apa itu blog dan blogger, sehinggalah kini, mereka masih tidak tahu kenapa dan bagaimana Liew boleh mendapat cek setiap bulan, yang berkali-kali ganda lebih tinggi daripada gaji tetapnya sebelum ini! Menarik, bukan? Malah, bukan itu sahaja. Liew kini mempunyai banyak masa untuk berasama keluarga dan saudara mara, dan mempunyai kebebasan pergi ke mana saja dia suka! Enjoy, kan?

Semangat inilah yang kita nak pupuk. Tak takut untuk menghadapi risiko. Juga membuktikan kepada kita betapa besarnya potensi sebagai seorang blogger.

Tapi, jangan salah sangka. Liew juga ada buat sedikit perancangan sebelum berhenti kerja tetap pada 18 Ogos 2005. Beliau mengumpulkan gajinya dengan jumlah 6 bulan gaji. Sebab apa? Tujuannya untuk back up jika ada masalah pada awal-awal penglibatannya sebagai blogger sepenuh masa.

Bagaimana dengan anda pula? Rasa tercabar tak? Liew pun orang Malaysia. Kita rasa berbangga dengannya. Tapi, bukan sekadar untuk kita berbangga, tapi ambillah ia sebagai perangsang dan motivasi kepada kita. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Saya harap, dengan sedikit kupasan yang tak seberapa ini, dapat menyedarkan kita betapa hebatnya peluang menjadi seorang blogger. ) So..jom kita buat Blog dan selalu kemaskini Blog kita..

Salam Sayang..

Bakri M @ Pak Teh

 

Sanggup Bayar $1 Juta Untuk Berjaya

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Tapi, apa kata kalau saya tunjuk anda bagaimana ada syarikat yang sanggup bayar $1.5 Juta kepada Mr. DT untuk memberi ucapan dengan hanya kerana memberi ucapan selama beberapa jam? Wah, banyak bukan.

(Mungkin anda semua dah terfikir-fikir dalam kepala berapa yang dia akan dapat jika hanya memberi 1 ucapan setiap hari. ;) )

Bayaran tersebut adalah bayaran yang termahal di dunia mengatasi nama-nama besar yang lain seperti Blair, Reagan dan sebagainya, yang mana bayaran bagi setiap ucapannya bernilai $250,000.00 bagi setiap ucapan, dan itupun dah terlalu banyak!

Mr. DT yang saya maksudkan ini, adalah orang yang bertanggungjawab dan berperanan utama dalam siri realiti TV untuk ahli perniagaan yang terkenal dengan kata-kata “You Are Fired!” dalam setiap siri episod, iaitu ‘Apprentice’, beliau adalah Donald Trump. Saya rasa anda semua sudah kenal sangat dengan beliau, dan saya rasa tak perlu lagi saya berceloteh panjang tentang latar belakang beliau yang penuh dengan kebijaksanaan dan kecekapan dalam pengurusan & perancangan perniagaan.

donald-trump.jpg

Kenapa sampai begitu sekali Learning Annex, salah sebuah syarikat hartanah sanggup membayar beliau sebegitu banyak?

Antara lain, ini komen mereka tentang ucapan Donald Trump : –

“Saya telah melakukan perkara macam ni selama 30 tahun (iaitu mengupah tokoh ternama untuk memberikan ucapan). Tiada ahli perniagaan yang lebih hebat dari Donald Trump bila bercakap. Dia memang betul-betul menarik perhatian ramai orang di seluruh dunia (dengan ucapannya)!” kata Bill Zanker, pengasas syarikat Learning Annex.

Dalam tahun 2005, Zanker membayar Donald Trump dengan bayaran setinggi $1 Juta. Manakala dalam tahun 2006-2007, Zanker menjemput Donald sebanyak 17 kali, dengan setiap ucapan ceramahnya dibayar $1.5 Juta. Kira sendiri kalau 17 kali ceramah X $1.5 Juta.

Apa istimewanya Donald Trump? Ini komen Jones :

“Orang yang paling popular sekarang adalah mereka yang ‘Cakap Serupa Bikin’ (bukan hanya berteori semata-mata.) …Saya tak mahu seorang penasihat untuk menarik pelanggan, tetapi saya mahu seseorang yang telah terbukti berjaya menarik pelanggan.

Lihat, betapa pentingnya jika kita buat apa yang kita cakap. Barulah orang percaya. Daripada anda hanya mempromosi cara-cara buat duit semata-mata, lebih baik anda bertindak dengan apa yang anda tahu untuk buat duit. Tetapi tak salah juga bagi kita jika kita mengamalkan apa yang kita buat, dan dalam masa yang sama, kita juga mengajar orang lain. Asalkan anda bertindak, itu sudah berbaloi.

Daripada 100 orang yang mendengar sesuatu teori cara-cara pemasaran perniagaan internet yang betul, hanya 10 orang sahaja yang akan bertindak. Baki 90 lagi, hanya menelan air melihat kejayaan orang lain.Ini adalah masalah sejagat. Dan inilah juga membezakan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal.

Artikel ini saya ambil dari Blog :- http://www.blogsendiri.com

 

 

Lagi Tips Dalam Buat Blog

Cipta ‘Signature’ Sendiri

Bagi usahawan internet, malah untuk blogger sekalipun, mereka perlu mempunyai identiti tersendiri. Identiti ini akan membezakan kita dengan orang lain, membina kredibiliti kita di hadapan orang lain dan sekaligus membolehkan ramai orang mengingati kita.

Terdapat beberapa cara, yang saya rasa ramai di kalangan kita sudah mengetahuinya, cuma belum disenaraikan dengan baik. Di sini saya suka untuk kongsi dengan anda semua beberapa tips untk membina ‘keunikan’ kita sendiri.<!–[endif]–>

Pertama, menggunakan nama ‘nickname’ yang mudah diingati. Contoh yang paling mudah adalah Smart Zul dan Team Flarebiz. Anda pun boleh cuba mereka satu nama agar mudah diingati dan mempunyai ‘keunikan’ tersendiri.

Walau bagaimana pun, ada juga yang hanya menggunakana nama penuhnya, seperti Irfan Khairi dan Azizi Ali. Itupun jika nama anda tidak terlalu panjang dan tidak terlalu kompleks (maafkan saya jika ada yang terasa ye. Bukan nak buat sesiapa terasa pun, Just perkongsian). Malah, nama saya Mawardee pun, memang dah tak ada sambungan lain dah lepas nama ni. ;)

Kedua, mempunyai laman web atau blog utama sebagai trademark. Jika saya, mungkin blogsendiri.com ini sebagai blog utama saya. Bagaimana pula dengan anda?

Ketiga, membuat tandatangan online sendiri, atau signature sendiri. Ini bertujuan menunjukkan anda mempunyai identiti tersendiri. Anda boleh letakkan tandatangan anda yang dah di’customize’ dengan paten yang tetap, pada akhir laman web jualan anda, atau pada pengenalan dalam ebook pdf anda, atau pelbagai lagi cara anda yang tersendiri untuk meletakkan ’signature’ anda. Ini signature baru saya, yang saya akan gunakan sampai bila-bila untuk urusan online :

 

<!–[if !vml]–>signature.jpg<!–[endif]–>

Untuk membuat signature anda sendiri, anda boleh mencipta sendiri dengan PERCUMA di link berikut :

http://www.mylivesignature.come

Hanya ikut langkah yang mereka sediakan satu persatu, dan anda akan perolehi tandatangan anda itu dalam format fail .jpg dengan segera. Mungkin ini alternatif yang baik bagi mereka yang tidak mahu menggunakan Adobe Photoshop dan tidak tahu font tulisan yang sesuai untuk membuat tandatangan anda sendiri. )

Salam Sayang..

Bakri M @ Pak Teh

 

%d bloggers like this: