E-Motivasi – Permulaan Kejayaan

Dua Perkara Penting di Permulaan Perjalanan Ke Arah Kejayaan

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Ada dua perkara penting yang orang lupa dalam kehidupan yang sibuk ini. Pertamanya adalah menetapkan impian. Oleh kerana mereka sibuk dengan rutin harian, mereka lupa apa yang mereka mahukan. Sehinggalah satu hari mungkin mereka terfikir secara sengaja atau tidak, maka terpacullah soalan seperti ini : ‘ Apa yang aku nak dalam hidup ini?’

Kemudian setelah mereka mula menyenaraikan impian hidup mereka. Mereka akan mula mengubah kehidupan mereka. Maka mereka berhadapan satu lagi masalah besar. Mereka ragu-ragu akan kebolehan mereka mencapainya. Timbul pula soalan seperti ini : ‘ Boleh ke aku capai semua tu?’

Bila saya menulis sesuatu di blog ini, ia adalah berdasarkan kepada pengalaman hidup saya sendiri. Dan juga melalui pembacaan serta pemerhatian dari semasa ke semasa. Bagi saya, permulaan kejayaan itu sendiri memerlukan dua perkara ini. Yakni, matlamat di susuli kepercayaan kepada diri

Matlamat menjadikan perjalanan seharian kita mempunyai hala tuju. Setelah kita punya hala tuju, kita akan bergerak ke arahnya. Sayangnya bila kita di datangi dugaan, kita akan merasakan bahawa, bolehkah aku capai? Di situ nanti ada antara kita akan mula mempersoalkan kebolehan diri sendiri. Mempersoalkan kebolehan mereka sama ada mereka mampu, layak atau tidak dan sebagainya.

Sebab itu juga saya meletakkan syarat kepercayaan pada diri sendiri itu di tempat kedua. Ketidakpercayaan anda pada diri anda, yang gemar saya katakan sebagai kepercayaan lama yang salah, perlu anda robohkan dan ganti dengan kepercayaan yang baru.

Bila anda percaya diri anda, anda punyai matlamat, anda akan berpadu dengan jiwa anda. Anda menjadi kukuh dan stabil. Dan pada tika itu, datang apa sahaja dugaan, anda tidak akan putus asa. Anda mungkin jatuh, tapi anda tetap bangkit. Itu adalah lumrah perjalanan kejayaan. Punyai saat jatuh bangun yang memberi pengajaran dan keseronokan.

Jika anda tidak punyai kepercayaan kepada diri anda sendiri, maka apabila anda jatuh, anda mula menunding jari pada orang lain. Anda menunding jari pada diri sendiri. Anda menyalahkan takdir, anda menyalahkan banyak benda. Maka anda sendiri menarik lebih banyak situasi kegagalan kepada anda. Anda tidak cuba bangkit, maka anda fokus pada kegagalan. Maka sebab itu orang yang tidak percaya pada diri mereka, tidak berganjak ke mana-mana. Mereka kekal di satu titik yang sama.

Kini anda sudah ketahui, untuk anda berjaya, pertamanya anda perlu punyai matlamat, kedua anda perlu percaya kepada diri anda. Percaya tanpa berbelah bahagi. Anda tidak mungkin mampu meraih kepercayaan orang lain, sekiranya anda sendiri tidak percaya diri anda )

Salam Kejayaan!~

Bakry M @ Pak Teh

Posted on May 8, 2008, in Motivasi Minda. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: