8 G Pada lelaki yang dibenci wanita

1. Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam lah dia betul semua, dan sebagainya).
Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut. 

 

2. Ganas

(kaki pukul,dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yang dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita. 

 

3. Gementar

(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dan sebagainya) Contohnya,depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yang dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar. 

 

4. Gabrah

(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara. 

 

5. Gentleman tiada

(langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dan sebagainya) Kalau masa bercinta tak gentleman,inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi. 

 

6. Gerumal  

 

(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat untuk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita.Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah. 

 

7. Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll). Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal.Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik. 

 

8. Gatal  

 

(miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri). Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu.Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak

Posted on August 14, 2008, in Motivasi Minda. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: