Bina Keyakinan Diri

Sifat tabah itu boleh dipupuk? (Untuk mereka yang sedang gagal)

Dipetik dari laman web… http://www.noorizamshah.com

April 11, 2007

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi.

Bercakap tentang ketabahan itu memanglah semuanya baik dan bagus. Tetapi bagaimanakah seseorang itu boleh memupuk sifat ketabahan? Bagaimanakah pula ada orang yang tabah menghadapi segala kemungkinan, manakala yang lain pula mudah benar mengaku kalah apabila mengalami masalah.

Apabila kita jatuh tersungku dan tiada seorang pun daripada kawan-kawan kita yang boleh ditemui, apabila kita tiada tempat mengadu, siapakah yang boleh membantu kita?

Saya tidak mahu menulis panjang mengenai aspek kerohanian, tetapi saya ingin menyentuh tentang bahagian diri kita yang boleh membantu kita apabila kita gagal – iaitu MINDA kita.

Ya! Minda kitalah satu-satunya benda yang mampu mengheret kita keluar daripada lembah kekecewaan (cewah ayat… :)). Bukan sahabat kita, bukan ibu bapa kita dan bukan juga pasangan kita. Mereka semua hanya boleh memberi galakan tetapi hanya minda kita sahaja yang mampu membantu kita di waktu sedemikian.

Melainkan minda kita “melihat” keputusan berjaya di penghujung jalan, kita tidak akan kehilangan semangat untuk terus bertahan. Kebanyakan orang apabila gagal putus harapan, bukan sahaja dari segi kebendaan tetapi juga dari segi jiwa mereka. Di sinilah terletak bahayanya.

“Berpeganglah pada impian anda (matlamat anda), Kerana kalau matlamat lenyap, anda umpama burung cedera yang tiada bersayap”.

Anda seharusnya membebaskan diri anda daripada hasil dan keadaan anda kini dan menetapkan minda anda pada sasaran yang anda inginkan. Bayangkan orang yang anda ini menjadi (seperti Tan Sri Mokthar Al-Bukhary). Rasakan bagaimana. Rasakan perasaan serba kaya dan serba mewah.

Lakukan ini selalu biar apa pun yang berlaku di dunia nyata dan anda akan menyaksikan dunia nyata anda beransur-ansur berubah mengikut kemahuan fikiran dalam anda. Ya! anda kini dapat mengawal diri dan keadaan dalam hidup anda. Demikianlah caranya seseorang yang gagal mula berubah menjadi seorang yang berjaya!

Posted on August 21, 2008, in Motivasi Minda. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: