Doa…doa…doa dan terus berdoa

Doa individu merupakan saluran terbaik bagi membina kecerdasan emosi dan spritual ke arah merdekakan diri kepada Tuhan. Kejernihan dan kebersihan hati yang di bina menerusi ketulusan dan doa meningkatkan kecemerlangan diri individu kearah kehidupan yang diredhai Tuhan. Kecerdasan spritual membina ketulusan hati.
 
Doa itu otak ibadat
 
Doa adalah paling mujarab bagi membanteras kegelisahan dan memberi ketabahan serta percaya pada diri sendiri.
 
Doa adalah senjata bagi orang-orang yang tidak bersenjata.
 
Jangan berdoa supaya anda mendapat tugas sesuai dengan tenagamu, tetapi berdoalah supaya anda mendapat kekuatan yang sesuai dengan tugasmu.
 
Hendaklah sentiasa berdoa kerana doa itu menimbulkan ketenteraman jiwa, ketenteraman jiwa itu adalah perubatan.
 
Doa Adalah Intipati Kepada Segala Ibadah
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: ” Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”

 

Riwayat at-Tirmizi
 
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.
ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.
iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

Posted on September 23, 2008, in Motivasi Minda. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: