Monthly Archives: October 2008

Kenapa Ujian Seberat Ini…Khas buat PM Wajidi Kerni

Semalam saya menerima sms dari rakan guru besar di Sarawak. Cikgu Hamdana menerusi khidmad pesanan ringkas SMS menyatakan En. Wajidi rakan pensyarah di UiTM Sarawak sedang di rawat di Hospital Besar Sarawak. Keadaan agak tidak stabil kerana hampir seminggu di rawat di hospital..Saya cukup mengenali beliau yang merupakan rakan serumah ketika saya berada di Sarawak.

Lantas saya berpesan pada Cikgu Hamdana dan rakan guru besar di Sarawak agar segera mengadakan majlis solat hajat dan bacaan surah Yaasin di masjid. Dikala rakan kita diuji oleh Allah swt kita perlu berdoa agar rakan kita cepat sembuh dan kembali pulih. Lakukan segera dan berpakatlah demi hadiah kita terhadap guru kita. Saya meminta penghulu untuk mengaturkan majlis ini dengan meminta bantuan Imam UiTM Sarawak mengetui tugas ini pada khamis malam jumaat esok (30 Oktober 2008). Pandai-pandailah kaum hawa mengatur juadah selepas selesai majlis ini.Alaihai…derma aje RM5 seorang..yang penting ikhlas. Air bacaan surah Yassin tu serahkan kepada En. Wajidi agar berkat doa kita pada Ilahi, beliau mampu sembuh. Saya akan melakukan perkara yang sama..bersolat & berdoa agar En. Wajidi kembali sembuh…Ingatlah wahai rakan..

KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Semoga En.Wajidi tabah dan tenang menghadapi dugaan Allah s.w.t. Kepada rakan yang melawat beliau sampaikan salam saya..

Amin..- bakry uitm johor

Nota: Cikgu Hamdana merupakan Guru Besar di Sek Keb Kelawit.

Advertisements

Peperiksaan akhir kembali lagi…

Tanggal 29 Okt 2008 bersamaan 29 Shawal 1429 semua pelajar UiTM Segamat terutama pelajar IS110 akan menduduki ujian serta peperiksaan akhir. Saya yakin saat ini para akan merasa ketegangan serta keresahan dalam diri  mereka. Saya juka yakin pada saat ini ramai pelajar sudah melakukan pelbagai usaha bagi memastikan kejayaan cemerlang milik mereka.

Kejayaan dalam peperiksaan sering digunakan sebagai kayu pengukur untuk melihat keupayaan seseorang pelajar dalam memastikan mereka mampu merai gred A atau GPA 4.00 sepanjang pembelajaran di kampus. Ia juga tiket untuk mereka melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Di saat ini para pelajar selalu diingatkan agar sentiasa mempersiapkan mereka daripada segi mental, fizikal, emosi dan rohani.

Sektor pekerjaan tentu akan terbuka luas kepada calon yang cemerlang. Jika mereka masih leka dan selesa dengan apa yang ada, pasti anak kita akan ketinggalan dalam pelbagai bidang. Pelajar hari ini kelihatan semakin kurang menunjukkan minat membaca. Masih ramai pelajar yang menjadikan buku hanya teman ketika menjelang peperiksaan, sedangkan budaya membaca ini perlu dipupuk dan dijadikan amalan harian. 

Apa pun perancangan yang dibuat, jika pelajar sendiri tidak bersikap positif dan memandang serius nasibnya, pasti segala-galanya akan sia-sia.

Banyakkan melakukan amalan kerohanian seperti berpuasa, solat hajat, berdoa dan membaca surah Yasin ketika anda hampir menduduki peperiksaan. Amalan ini dapat membantu memberi semangat dan keyakinan kepada pelajar.

Seterusnya bertawakal kepada Allah selepas kita melakukan pelbagai usaha bagi mencapai apa yang dihajatkan. Firman Allah yang bermaksud: “Apabila kamu bercita-cita maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal.”

“SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR & SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN”

 p/s: Untuk semua pelajar saya telah saya halalkan segala ilmu dan dimaafkan segala kesilapan..Amin

Ujian Allah S.W.T kepada hamba yang dikasihi.

Salam buat semua pengunjung…

Hari ni seorang rakan menyatakan masalahnya pada saya. Beliau merupakan seorang pekerja yang rajin dan sering berusaha utk menjadi yang terbaik. Namun beliau kesal kerana hanya kesilapan kecil beliau dihukum dan prestasi tahunan diberi bawah 80%. Justeru saya mahu beliau membaca tulisan di bawah yang saya ambil daripada Norakmal Jasni aka Dik Mal dari blog motivasikejayaan.com.. Buat Su, sentiasa tabah dan sentiasa reda dan bertawakal kepada Allah s.w.t..

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI? “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST? “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”. -Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!! “… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 87

Dalam hidup, kadang-kadang kita ada di atas, kadang-kadang kita jatuh di bawah. Sedangkan laut ada pasang surutnya, begitu juga matahari ada terbit dan tenggelam nya. Ia semuanya berputar mengikut resam. Jadi, jangalah runsing apabila di timpa kesusahan. Merasa susah, adalah sifat biasa seorang manusia, dan bila anda rungsing, berpeganglah pada ajaranNya. –

Perkara Ajaib di Dalam Minda

Mendapat e-mail dari seorang rakan….menarik link motivasi ini lantas saya ambil utk berkongsi dengan pengunjung Alam maya..
Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda
http://www.iluvislam.com
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
dihantar oleh: putribalqisz

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.

 

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

 

 

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.



Dipetik daripada buku “Membina Imaginasi Cemerlang”, ms 123-126.

Selamat Hari Raya..



::Kad Ucapan Raya Percuma

Assalamu’alaikum Semua Rakan Alam Maya,

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma,
saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan
selamat hari raya kepada anda.

Jika pulang ke kampung atau di dalam sebarang
perjalanan, berhati-hatilah jika anda memandu.

Di kesempatan ini juga, saya & keluarga ingin memohon sejuta
kemaafan kepada anda jika terdapat sebarang salah
dan silap selama ini.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

Albakri Mohammad & Keluarga

%d bloggers like this: