Travelog PhD – Antara Harapan Dan Cabaran

Memempunyai PhD dan bergelar Dr. tidak pernah terlintas di hati saya. Apatah lagi minat ke arah itu belum terbuka. Bagi saya mendapat Sarjana dan menjadi pensyarah sudah memadai. Setidak-tidak mendapat kenaikan pangkat ke DM 52 dan dapat anjakan. Itu sudah cukup. Inilah antara harapan saya sebelum ini.

Terasa asing dan tidak layak rasanya untuk saya memohon biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di usia yang menjangkau 39 tahun serta tanpa ilmu yang cukup. Terus terang saya katakan bahawa saya cukup jahil dalam bidang penyelidikan, kaedah penyelidikan apatah lagi persediaan membuat PhD . Apabila iklan biasiswa diiklankan saya masih lagi mengaru-garu kepala samada untuk memohon atau pun tidak. Hasrat di hati ada namun kekuatan dan semangat itu belum cukup kuat. Maka di sinilah bermulanya travelog PhD : Antara harapan Dan Cabaran.

Di mana agaknya saya mendapat kekuatan untuk membuat PhD dan bagaimana kekuatan itu datang. Saya bagaikan seorang insan yang sedang lemas terkapai-kapai  mencari sesuatu untuk berpaut. Sudah tentu saya memerlukan satu dahan kayu yang kuat untuk saya berpaut agar tidak lemas di bawa arus sungai yang deras. Justeru saya kembali ke jalan Allah dan saya yakin pada Allah swt lah saya berpaut memohon pertolongan agar diberi kekuatan, petunjuk serta dipermudahkan segala kesukaran.

Saya sedar saya belum cukup persiapan untuk mengharungi cabaran sebagai calon PhD. Tidak banyak penyelidikan dibuat serta tidak banyak kertas kerja yang pernah di persembahkan di dalam  mahu pun di luar negeri. Namun memandangkan usia telah menjangkau 38 tahun [Nota: Salah satu syarat untuk mendapat biasiswa PhD UiTM mestilah berumur dibawah 40 tahun ketika memohon ]dan peluang itu perlu saya ambil sebelum terlambat. Maka saya bertekad untuk menghantar borang permohonan melalui online e-biasiswa. Berkat doa kepanya, Allah S.W.T telah memberi kekuatan dan jalan untuk saya memohon biasiswa PhD ini.

Selepas itu setiap hari saya selepas solat saya tidak putus-putus berdoa agar Allah S.W.T memudahkan urusan permohonan ini dan memberi kejayaan terhadap permohonan untuk mendapatkan biasiswa Phd ini. Saya gagahkan diri ini untuk bangun sepertiga malam untuk bersolat tahjud , taubat dan hajat agar dipermudahkan segala urusan permohonan ini. Inilah yang tidak pernah saya lakukan dalam hidup saya apabila ingin memohon sesuatu hajat kecali soalat hajat. Kali ini semagat saya cukup berbeza. Inilah agaknya cabaran untuk saya memperolehi PhD.  Akhirnya saya tersenarai dalam ditemuduga. Saya bersyukur dan menitiskan air mata tanda gembira dan bersyukur dengan pertolongan Allah S.W.T. Nampaknya Allah S.W.T memperkenankan doa saya. 

Kecerian jelas terpacar di wajah saya kerana harapan untuk mendapatkan biasiswa PhD itu semakin jelas. Lantas saya berjumpa mak dan abah memohon agar mendoakan kejayaan saya. Abah dan Mak bersungguh-sungguh solah hajat dan berdoa agar saya berjaya di dalam temuduga nanti. Dengan sedikit persiapan dan doa kepada Allah SWT saya ke UiTM Shah Alam untuk menyahut cabaran PhD. Ketika saya sampai di ruang legar bilik temuduga saya lantas membaca surah Al-Insyaraah [Alam Nasyrah : Melapangkan – Surat yang ke 94 : 8 ayat] . Lantas hati saya cukup tenang dan redha apa juga keputusan yang akan diterima. Justeru apabila nama dipanggil , saya melangkah dengan hati yang tenang dan bersemangat. Walaupun keputusannya agak positif namun saya tidak mahu mengharap sehingga surat hitam putih dikeluarkan oleh pihak bahagian latihan & biasiswa UiTM. Jika keputusannya positif bermakna inilah nikmat yang Allah S.W.T berikan keatas hambanya yang selalu memohon dan meminta pertolongan  kepadanya. Namun jika sebaliknya saya rehda dengan ketentuan Ilahi. Allah SWT tahu jawapannya dan ada hikmah disebaliknya. Saya terus berdoa “Ya Allah, permudahkanlah urusan permohonan ku ini. Berikanlah kejayaan dalam temuduga ku ini”. Amin..

Nota : Dikesempatan ini saya ingin memberi  penghargaan kepada insan-insan yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kedua ibu bapa yang terlalu banyak berkorban untuk saya, isteri serta anak tersayang, keluarga, Dr. AJ Dekan [Fakulti Pengurusan Maklumat], Dr. Kamil [Pengarah UiTM Johor], En. Abu Bakar , En. Zainal , En. Husrul serta semua yang membantu tetapi tidak saya nyatakan nama kalian. Semoga Allah SWT akan membalas budi baik kalian.

Posted on November 13, 2008, in Travelog Phd. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. salam,
    terima kasih kerana menulis pengalaman sebegini kerana senario ini sedang berlaku kepada diri saya dan saya dalam kecelaruan untuk memilih proposal juga sedang mencari kekuatan potensi diri sendiri.

  2. Assalamualaikum

    Ini juga masalah yg sedang saya hadapi.semoga perkongsian ini memberi 1 input buat saya.

  3. Sama dengan keadaan saya yang dah berkeluarga, berumur 40 dan tak pernah buat apa-apa kajian. Hanya kawan-kawan dan allah yang memahami dan memberi semangat.

  4. Zulkifli bin yusoff

    terima kasih.. bersemangat sikit…rsanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: