Monthly Archives: December 2008

PTK 4 : Tempat untuk membuat jaringan rakan sekerja

Salam…

Alahai…curi masa sikit masa presentation PTK untuk menulis. Dah 5 hari berkampung di UiTM Shah Alam dan bermastautin di Prescott Hotel bermula 17 Dis dan akan berakhir 24 dis 2008.

PTK adalah syarat untuk naik pangkat & gaji. Rasanya kalau ditanya rakan-rakan PTK hampir kesemuanya mengikuti PTK untuk naik pangkat dan kenaiakn gaji. Tidak ramai ingin mengambilnya jika sekadar krusus tanpa ganjaran keran masanya terlalu lama. Untuk yang telah bersuami dan beristeri sudah tentulah kerinduan itu amat terasa kerana berjauhan. Namun demi masa depan keluarga ianya dilupakan seketika.

Bagi saya saat ini amat seronok kerana dapat berjumpa ramai kawan. Kesempatan bertugas di beberapa kampus cawangan dan induk menjadikan saya begitu teruja berjumpa kawan lama. Kepada rakan PTK 4 ambilan Dis 2008 saya mengucapkan selamat berjaya.

Nah…nilah gambar yang sekian lama saya tunggu untuk diuplod dalam blog saya. Terima kasih bayak-banyak pada Hj. Saudi. Dr. Zaini & Salina. Susah nak hantar kata Hj. Saudi kerana e-mail saya ditendang semula. Akhirnya dapat juga..Alhamdulliah..[nota: senarai nama akan saya update kemudian]

ptk-4-satu

Peserta PTK 4

Dari Kiri – Kanan(berdiri)

Dari Kiri – Kanan (duduk)

Tn. hj Saudi. penghulu PTK 4

Tn. Hj Saudi. penghulu PTK 4 Dis. 2008

Peserta PTK 4 dec 2008

Peserta PTK 4 Dec 2008 bergambar bersama penilai.

Rakan-rakan Phd

211120083512Salam buat semua rakan pengunjung Alam Maya…

Kesibukan tidak boleh diberikan alasan untuk tidak menulis dalam blog ini. Namun itulah alasan yang ingin saya beri kerana lama menyepi. Kesibukan tugas hakiki sebagai pensyarah sedikit sebanyak mencuri masa saya untuk mecatat sesuatu untuk tatapan penggunjung. Malah bulan 12  cukup memenatkan kerana terpaksa mengikuti pelbagai krusus.

Mood saya masih lagi ingin bercerita kisah perjalan PhD. Sepanjang krusus PhD saya berkesempatan bertemu ramai rakan-rakan samada yang baru ingin mengambil PhD , sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD dan hampir tamat viva PhD. Kesemua ini begitu signifikan pada saya yang bakal menerima surat tawaran untuk mengikuti pengajian PhD. Bertemu dengan Laila rakan sekuliah semasa Krusus PhD Research Method menggambarkan kami akan mendahului rakan sekelas yang lain. Di waktu yang sama saya juga berjumpa rakan dari UiTM Sarawak yang sedang mengikuti pengajian PhD seperi yusri dan Ibrahim Morsidi. Bertemu dan bertanya khabar banyak bercerita sekitar pengalaman mengharungi proses menghadapi liku-liku sebagai calon PhD.

Saya berdoa akan semua rakan-rakan PhD akan berjaya. Buat Laila insyaallah anda akan berjaya melanjutkan pelajarah di peringkat Phd. Yang lain saya doakan selamat berjaya.

%d bloggers like this: