Monthly Archives: January 2009

SlideShare – Simpanan maklumat powerpoint

Slide Share khas untuk pensyarah, guru & penceramah
View bakri88's profile on slideshare

Saya begitu teruja bila terjumpa secara kebetulan laman web @ sesawang slideshare ini di Internet. Lantas terus menjadi bahan cerita saya hari ini.

Saya begitu kagum dan teruja untuk berkongsi dengan rakan pengunjung Alam Maya tentang kegunaan slideshare ini. Disamping itu banyak sample design powerpoint yang anda boleh  download di sini. Kegunaannya cukup banyak terutama kepada pensyarah dan guru yang sering menggunakan powerpoint sebagai bahan mengajar. Jika anda terlupa, tertinggal atau hilang slide powerpoint anda maka anda boleh download dari slideshare ini. Anda juga boleh berkongsi slide powerpoint anda dengan pelajar atau rakan anda. Selamat mencuba ilmu baru ini dari SlideShare. Sekali lagi saya menawarkan diri untuk memberi latihan secara percuma kepada sesiapa yang berminat. Ehem..tak mahal ,cukuplah sekadar membayar upah minyak kereta, makan minum dan penginapan . Berminat sila hubungi saya di talian:- 0163987048 @ e-mail ke saya di :- Albakri@johor.uitm.edu.my. Ini ilmu Allah, jadi tak bolehlah kedekut untuk  berkongsi.

Scribd – Dokumen Digital

Promosi Blog dengan Scribd

Profile

Scribd adalah sebuah web @ laman sesawang dari sekian banyak web penyedia layanan promosi dokumen  secara percuma. Scribd secara bebas dapat digunakan oleh siapa saja asalkan mahu menjadi ahlinya. Scribd membenarkan sesiapa saja yang ingin mempromosikan dokumen dalam bentuk MS Word, MS Power Point, MS Excel, file pdf dan Rich Format text(RTF) dengan penambahan  .doc, .docx, .ppt, .pptx, .xls,xlsx, .pdf,.ps, .txt dan .Rtf

Saya sangat teruja untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang sedang mengikuti pengajian PhD bagaimana Scribd membantu dalam menyimpan semua artikel yang kita gunakan untuk literature review. Lebih menarik semua ini kita adakan dalam satu Blog khusus untuk topik PhD kita. Ini akan saya tunjukkan nanti bila saya memulakan PhD saya nanti. Tunggu ya..

Lo…Yang dipromosikan adalah dokumen, bukan blognya?  Tapi kalau judul materinya Promosi Blog? Iya betul. Melalui dokumen yang kita promosikan, kita sisipkan nama blog/website kita. Alasannya, jika ada orang yang membuka dokumen kita dan membaca isinya, Dan mereka menganggap bermanfaat, maka orang tersebut akan berusaha untuk mengunjungi blog/website kita. Atau melalui dokumen yang kita promosikan melalui scribd kita arahkan orang untuk mengunjungi blog/website kita secara langsung. Nah daripada saya panjang lebar menjelaskan, lebih baik langsung saja pada langkah-langkah pendaftaran dan penggunaann scribd yang dapat anda lihat pada slide dokument di bawah ini.

[Nota : Saya berminat untuk memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat untuk belajar buat Blog dan Scribd. Soal bayaran cukuplah sekadar lepas makan minum, penginapan dan duit minyak saya. Tuan/Puan boleh hubungi saya di 016-3987048 @ e-mail saya :- Albakri@johor.uitm.edu.my. ]

Documents

Groups

Profile

Buku Blog

Masa malam yang ada dan berjauhan dari keluarga perlu digunakan sepenuhnya. Untuk tahun 2009 ini saya berazam untuk menerbitkan sebuah buku Blog [nota: tajuk sebenar belum pasti].

Semalam ketika sedang mengemaskini kandungan buku Blog ini, saya didatangi oleh dua orang rakan serumah iaitu  Syed Izzaddin dan Ust. Dziauddin. Mereka begitu teruja bila saya menerangkan peranan besar yang boleh dimainkan oleh blog dalam kehidupan seorang pensyarah. Saya mencadangkan kepada semua rakan agar memindakan semua artikel anda di dalam http://www.scribd.com. Ini penting untuk perkongsian maklumat. Beliau mahu buku ini cepat dicetak. Ini membuat saya teruja dan bersemangat untuk mempercepatkan proses penghasilan buku blog ini. Doakan saya sihat dan kuatkan semangat untuk menyiapkan buku ini.

Documents

PhD – Khabar dari Melbourne, Australia

Seorang sahabat semasa bertugas di UiTM Sarawak telah pun berlepas ke Melbourne , Aus melanjutkan pelajaran di Deakin University , Melbourne. Tuan Hj. Abdul Jabbar telah menunaikan fardu Haji dalam usia yang muda [nota; Haji Muda]. Beliau  masih bujang  dan belum berpunya. Saya doakan beliau cepat bertemu jodoh [ nota: maaf kalau dia sudah berpunya].
Kami sering bertanya khabar walaupun jauh beribu batu. Kemudahan ICT memudahlkan kami berdailog, berbincang dan bertukar fikiran. Sesekali kami berbual menerusi Yahoo Messanger. Saya amat tertarik sepotong ayat doa yang beliau kirimkan untuk panduan saya agar beroleh Universiti yang baik serta Supervisor yg bertimbangrasa [nota: sehingga kini saya belum membuat keputusan Universiti mana yang saya pilih dan calon Supervisor saya]. Doanya cukup indah dibaca ..

“Ya Allah, Berilah aku Universiti dan tempat belajar yang baik,supervisor yang baik,tempat tinggal yang baik,kemudahan belajar yang baik, pensyarah yang baik, rakan yang baik, jiran yang baik dan rezeki yg baik”

Doa dari sahabat e-mail Pn. Raja Adzrin, Perth Australia

“Akhirnya saya berdoa, “Wahai Tuhan kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah kefahaman kami. Lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu, dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau berikan cahaya kepada matahari dan bulan, dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu wahai yang Paling Pengasih” Amin….

Di sini saya ingin menambah keberkatan doa. Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Terbukti dalam apa hal terutama mencari panduan hidup kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulliah, menurut Hj. Jabbar beliau dipermudahkan dalam segala hal semasa membuat PhD.

Saya doakan beliau berjaya di dunia dan akhirat..

“Ya Allah Selamatkan Umat Islam di Bumi Palestin”..

Berdoalah untuk Keselamatan Umat Islam Di Palestin.

 

Walau sebilion kesalan, marah dan seranah tidak mungkin membantu rakyat Palestin. For those who are Muslim, please print, recite this doa everytime you free. It’s taken from Us. Zaharuddin website & E-Mail Us. Abdul Rahman UiTM Johor.

 

QUNUT NAZILAH   

 

Berikut adalah cadangan Qunut Nazilah dengan baris serta sebutan yang telah saya usahakan agar boleh dibaca oleh orang ramai. 

 

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنَثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفُدُ ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّارِ مُلْحَقٌ ، اَللَّهُمَّ عَذِّبَ الكَفَرَةَ وَأَهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ

 

Allaahumma innaa nasta’iiuka wa nu’minu bika, wa natawakkalu ‘alaika wa nathnii ‘alaikal khaira wa laa nakfuruka, Allaahumma iyyaaka na’budu, wa laka nusollii wa nasjudu, wa ilaika nas’aa wa nahfudu, narju rahmataka wa nakhsyaa ‘adzaabaka, inna ‘adzaabakal jadda bilkuffaari mulhaq, Allaahumma ‘addzzibil kafarata wa ahlal kitaabillatziina yasudduuna ‘an sabiilik

 

Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”   

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ  

اَللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمِ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم, خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ, وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّار, يَا جَبَّار ويَا مُنْتَقِمَ، اَللَّهُمَّ أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لاَ يَرُدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِيْنَ

Allaahumma inna naj’aluka fi nuhuuri a’daainaa, na na’uudzu bika min syuruurihim, Allaahumma munzilal kitaabi, wa mujriyassahaabi, wa haazimal ahzaabi, ihzimil yahuudal ghoosibiinal muhtalliina wansurnaa ‘alaihim wa zalzilhum. Allaahumma baddid syamlahum wa farriq jam’ahum wa syattit kalimatahum, khoolif baina quluubihim wa zalzil aqdaamahum, wa sallit ‘alaihim kalban min kilaabika ya qahhar, ya jabbar, wa ya muntaqim, Allaahumma anzil bihim ba’saka la yaruddu ‘anil qaumil mujrimiin

 

Maksudnya : “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.   

Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa”.

اَللَّهُمَّ انْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُوْدِ..اَللَّهُمَّ انْصُرْناَ عَلَيْهِمْ فِيْ كُلِّ مَكَانٍ..اَللَّهُمَّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اَللَّهُمَّ أَحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدِهِمْ فِي نُحُوْرِهِمْ وَتَدْبِيْرِهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اَللَّهُمَّ اْجْعَلِ المَلاَئِكَةَ تُعِيْنُ المُسْلِمِيْنَ ..اَللَّهُمَّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اَللَّهُمَّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ   

Allaahumman suril muslimiina wal mujaahidiina ‘alal yahuudi, Allaahumman surnaa ‘alaihim fi kulli makaan, Allaahumma arinaa fiihim ‘ajaa’iba qudratika, Allaahumma ahsihim ‘adadan, waqtulhum badadan wa laa tughoodir minhum ahadaa, Allaahummaj’alhum ghaniimatan lilmuslimiin, Allaahummaj’al silaahahum fii suduurihim wa kaidihim fii nuhuurihim wa tadbiirihim tadmiiran lahum, Allaahummaj’alil malaaikata tu’iinul muslimiin, Allaahumma saddid ramyahum, Alaahumma saddid rosoosohum

 

Maksudnya : “Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka”.   

 

 اَللَّهُمَّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاداَللَّهُمَّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَناَ فِي لُبْناَن وَفِلَسْطِين وَاَفْغَانِسْتَان وَالعِرَاق وَمَالِيْزِيَا وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المُسْلِمِيْنَ    

 

Alaahumma ahlikhum kamaa ahlakta irama wa ‘aad, Allaahumma subba ‘alaihim sauto ‘adzaabi fainnahum afsaduu fil bilaad wa qotalul ‘ibaad, Allaahummansur ikhwaananaa fi lubnaan wa filastiin wa afghaanistaan wal ‘iraaq wa maliziyaa wa jamii’i bilaadilmuslimiin

 

Maksudnya : “Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Malaysia dan seluruh negara umat Islam”.

 

 

Bermulanya Travelog Phd

Surat tawaran biasiswa PhD

Sukar sekali untuk menggambarkan perasaan gembira bila menerima surat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Walaupun saya menerimanya agak lewat berbanding dengan rakan yang lain kerana pertukaran status penempatan daripada Split Programme [Nota: Program Berkembar bersama University of Melbourne, Aus.]  ke Local  [ Dalam Negara] atas bantuan dan sokongan  Dekan [Nota : Prof. Madya Dr. Adnan Jamaluddin].

Pada mulanya hati saya memang kuat dan teruja untuk melanjutkan pelajaran di Luar Negara , namun setelah mengambil banyak perkara terutama soal keluarga lantas  saya melupakan hasrat itu. Lebih dari itu sebenarnya kami terlalu gembira dapat tinggal berdekatan dengan Mak & Abah di Tampin [Nota: Kami tinggal di Tmn.Gunung Mas dan Mak/Abah di Tampin Jaya]. Ada ketenangan dan kedamaian di sini, disamping dapat bersolat berjemaah, membaca Surah Yassin berjemaan setiap Khamis malam dan menghadiri kuliah subuh setiap pagi Ahad bersama Ust. Idris . Terlalu sukar untuk dilepaskan peluang sebegini. Inilah hasil berkat penghijraan dari UiTM Swk ke UiTM Segamat. Apakah peluang-peluang beramal sebegini akan dapat saya nikmati jika saya berhijrah ke Luar Negara..sudah tentu Alllah Swt tahu yang terbaik untuk hambanya yang sentiasa berdoa memohon dipermudahkan perjalanan hidupnya.

Saya amat bersyukur kehadirat Allah S.w.t di atas rezeki yang dikurniakan  ini. Doa yang sentiasa saya panjatkan kepada Allah Swt selepas setiap solat telah dimakbulkan. Syukur Alhamdulliah…Inilah berkat tidak putus-putus doa memohon pertolongan kepada allah swt.

Kini apa yang perlu dilakukan ialah melakukan proses penempatan Universiti, menduduki IELTS sekurang-kurangnya mendapat band 5 dan yang penting ialah mencari supervisor yang dapat menolong , membantu dan membimbing agar matlamat memiliki PhD dan bergelar DR tercapai.

Seluruh keluarga gembira bila berita ini disampaikan. Inilah hadiah tahun baru hijrah dan hadiah buat Mak & Abah. Abah & Mak cukup gembira dan saya dapat melihat kedua-duanya mengalirkan air mata gembira yang tak dapat disembunyikan. Insyallah, peluang ini tidak akan dipersiakan. Ini perjuangan maruah diri dan keluarga kerana Mak & Abah pasti gembira jika dalam ramai anak-anaknya ada seorang yang berjaya menyambung pelajaran hingga ke peringkat PhD.

Mulai hari ini seluruh mental , fizikal , rohani & jasmani akan memberi tumpuan yang lebih ke arah persiapan untuk memulakan pengajian  di peringkat PhD. Persiapan yang rapi penting agar semuanya berjalan lancar. Buat rakan-rakan, doakan saya berjaya. Saya juga mendokan rakan-rakan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa memberikan galakan, sokongan dan doa .

%d bloggers like this: