Bermulanya Travelog Phd

Surat tawaran biasiswa PhD

Sukar sekali untuk menggambarkan perasaan gembira bila menerima surat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Walaupun saya menerimanya agak lewat berbanding dengan rakan yang lain kerana pertukaran status penempatan daripada Split Programme [Nota: Program Berkembar bersama University of Melbourne, Aus.]  ke Local  [ Dalam Negara] atas bantuan dan sokongan  Dekan [Nota : Prof. Madya Dr. Adnan Jamaluddin].

Pada mulanya hati saya memang kuat dan teruja untuk melanjutkan pelajaran di Luar Negara , namun setelah mengambil banyak perkara terutama soal keluarga lantas  saya melupakan hasrat itu. Lebih dari itu sebenarnya kami terlalu gembira dapat tinggal berdekatan dengan Mak & Abah di Tampin [Nota: Kami tinggal di Tmn.Gunung Mas dan Mak/Abah di Tampin Jaya]. Ada ketenangan dan kedamaian di sini, disamping dapat bersolat berjemaah, membaca Surah Yassin berjemaan setiap Khamis malam dan menghadiri kuliah subuh setiap pagi Ahad bersama Ust. Idris . Terlalu sukar untuk dilepaskan peluang sebegini. Inilah hasil berkat penghijraan dari UiTM Swk ke UiTM Segamat. Apakah peluang-peluang beramal sebegini akan dapat saya nikmati jika saya berhijrah ke Luar Negara..sudah tentu Alllah Swt tahu yang terbaik untuk hambanya yang sentiasa berdoa memohon dipermudahkan perjalanan hidupnya.

Saya amat bersyukur kehadirat Allah S.w.t di atas rezeki yang dikurniakan  ini. Doa yang sentiasa saya panjatkan kepada Allah Swt selepas setiap solat telah dimakbulkan. Syukur Alhamdulliah…Inilah berkat tidak putus-putus doa memohon pertolongan kepada allah swt.

Kini apa yang perlu dilakukan ialah melakukan proses penempatan Universiti, menduduki IELTS sekurang-kurangnya mendapat band 5 dan yang penting ialah mencari supervisor yang dapat menolong , membantu dan membimbing agar matlamat memiliki PhD dan bergelar DR tercapai.

Seluruh keluarga gembira bila berita ini disampaikan. Inilah hadiah tahun baru hijrah dan hadiah buat Mak & Abah. Abah & Mak cukup gembira dan saya dapat melihat kedua-duanya mengalirkan air mata gembira yang tak dapat disembunyikan. Insyallah, peluang ini tidak akan dipersiakan. Ini perjuangan maruah diri dan keluarga kerana Mak & Abah pasti gembira jika dalam ramai anak-anaknya ada seorang yang berjaya menyambung pelajaran hingga ke peringkat PhD.

Mulai hari ini seluruh mental , fizikal , rohani & jasmani akan memberi tumpuan yang lebih ke arah persiapan untuk memulakan pengajian  di peringkat PhD. Persiapan yang rapi penting agar semuanya berjalan lancar. Buat rakan-rakan, doakan saya berjaya. Saya juga mendokan rakan-rakan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa memberikan galakan, sokongan dan doa .

Posted on January 8, 2009, in Travelog Phd. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. tahniah bakry kerana dapat PhD . dan tahniah juga kerana melupakan hasrat ke luar negara, lagi cepat dapat kanan ..

    FYI, ramai geng geng ngko kat FPM ada blog ..

    • salam…thanks layari blog saya. Boleh saya dapat maklumat tuan. Lebih baik jika disertakan blog sekali jika ada. Utk tujuan network rakan FPM boleh beritahu saya siapa yang ada blog lagi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: