Daily Archives: February 25, 2009

DM 52

Kerjaya sebagai pensyarah cukup bergaya. Pensyarah boleh mengatur waktunya sendiri untuk mengajar dan mengatur kenaikan pangkat mereka bila-bila masa jika mereka mahu. Malah ada yang telah bergelar Prof. seawal 38 tahun. Semuanya bergantung atas usaha mereka sendiri  tanpa perlu ada budaya mengampu.Saya merancang sebelum umur mencecah 40 tahun saya telah menjadi pensyarah kanan dan melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Allah telah memakbulkan doa dan permintaan saya. Nah..apakah anda tidak percaya bahawa Allah itu maha berkuasa. Malah saya sedang menunggu kelahiran cahaya mata saya pada awal bulan 4 2009. Saya berdoa agar bayi ini lahir pada 5 April 2009 bersempena tarikh lahir saya. Saya berdoa dan menyerahkan segalanya pada Allah. Kita mampu merancang dan Allah menentukan segalanya. Doakan anak  & Isteri saya selamat nanti. Allah swt  itu maha agung dan berkuasa. Segala yang dianugerahkan ini menjadikan saya lebih dekat denganNYA.

Pagi ini ketika saya membuka lotus notes, saya terpaku ketika membaca e-mail dari pengarah ketika mata saya melihat nama saya tersenarai berjaya dalam kenaikan pangkat ke DM52.  Syukur kepada Allah kerana memberikan rezeki ini. Saya dan rakan-rakan juga menerima berpuluh  ucapan tahniah dan sms dari rakan sekerja yang lain. Saat ini saya rasa sungguh terharu di atas sokongan dan kata-kata semangat  yang diberikan. Terasa amat seronok bekerja di UiTM Johor yang bertuah ini.

e-mail penghargan & tahniah daripada Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil

e-mail penghargan & tahniah daripada Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan yang berjaya mendapat kenaikan pangkat pada 2009. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menghantar ucapan tahniah menerusi sms dan e-mail. Saya doakan seluruh warga kerja UiTM Johor dimurahkan rezeki, diberi kekuatan & kesihatatan yang baik serta diberkati Allah Swt.

Advertisements

Pensyarah & Pembangunan Pelajar

Sejak berpindah dari UiTM Shah Alam ke UiTM Sarawak Kampus Samarahan, aktiviti pembangunan bersama pelajar agak kurang saya jalankan. Kesibukan tugas memegang jawatan pentadbiran sebagai Ketua Program membataskan saya terlibat secara langsung dengan aktiviti pembangunan pelajar seperti PPKP.

Semasa di UiTM Shah Alam, memikul tugas sebagai Pegawai Pembangunan Pelajar amat mencabar tetapi menarik. Berdamping dengan pelajar yang pelbagai karenah mendewasakan saya mengenal naluri dan jiwa anak-anak remaja. Di Kolej Cempaka Kenanga saya telah terlibat dengan pelbagai program seperti Expedisi ke Taman Negara, Gunung Kinabalu, OPKIM, lawatanke luar negara seperti Korea , Thailand dan Indonesia serta program-progam amal. Akhirnya hubungan saya dengan pelajar terlalu akrab bagai ayah dan anak. Ramai yang telah bergraduan dan berjaya. Hubungan saya dengan bekas pelajar tetap rapat hingga ke hari ini. Ada yang telah berumahtangga.

Sabtu lepas, 22/02/2009, saya terlibat dengan modul 3 PPKP di UiTM Segamat. Saya berasa seronok dengan karenah serta idea kretif pelajar part 3 UiTM Segamat. Saya rasa terhibur atas kerjasama yang pelajar berikan. Inilah hasil kerja tangan mereka semua.

hasil kretiviti pelajar

hasil kretiviti pelajar. Hasil terbuang menjadi menarik

shera membentangkan hasil minit mesyuarat kumpulan

shera membentangkan hasil minit mesyuarat kumpulan

%d bloggers like this: