DM 52

Kerjaya sebagai pensyarah cukup bergaya. Pensyarah boleh mengatur waktunya sendiri untuk mengajar dan mengatur kenaikan pangkat mereka bila-bila masa jika mereka mahu. Malah ada yang telah bergelar Prof. seawal 38 tahun. Semuanya bergantung atas usaha mereka sendiri  tanpa perlu ada budaya mengampu.Saya merancang sebelum umur mencecah 40 tahun saya telah menjadi pensyarah kanan dan melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Allah telah memakbulkan doa dan permintaan saya. Nah..apakah anda tidak percaya bahawa Allah itu maha berkuasa. Malah saya sedang menunggu kelahiran cahaya mata saya pada awal bulan 4 2009. Saya berdoa agar bayi ini lahir pada 5 April 2009 bersempena tarikh lahir saya. Saya berdoa dan menyerahkan segalanya pada Allah. Kita mampu merancang dan Allah menentukan segalanya. Doakan anak  & Isteri saya selamat nanti. Allah swt  itu maha agung dan berkuasa. Segala yang dianugerahkan ini menjadikan saya lebih dekat denganNYA.

Pagi ini ketika saya membuka lotus notes, saya terpaku ketika membaca e-mail dari pengarah ketika mata saya melihat nama saya tersenarai berjaya dalam kenaikan pangkat ke DM52.  Syukur kepada Allah kerana memberikan rezeki ini. Saya dan rakan-rakan juga menerima berpuluh  ucapan tahniah dan sms dari rakan sekerja yang lain. Saat ini saya rasa sungguh terharu di atas sokongan dan kata-kata semangat  yang diberikan. Terasa amat seronok bekerja di UiTM Johor yang bertuah ini.

e-mail penghargan & tahniah daripada Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil

e-mail penghargan & tahniah daripada Prof. Dr. Hj. Muhd Kamil

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan yang berjaya mendapat kenaikan pangkat pada 2009. Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menghantar ucapan tahniah menerusi sms dan e-mail. Saya doakan seluruh warga kerja UiTM Johor dimurahkan rezeki, diberi kekuatan & kesihatatan yang baik serta diberkati Allah Swt.

Posted on February 25, 2009, in E - Catatan Penulis. Bookmark the permalink. 7 Comments.

  1. Tahniah di atas kenaikan pangkat !

  2. Salam Albakri,
    Tahniah di atas pelantikan sebagai pensyarah kanan DM52. Semoga lebih rajin lagi berusaha dan bertaqwa di masa2 mendatang.

  3. salam en. bakri…

    tahniah saya ucapkan….

  4. salam sir…waaa…sir da naik pangkat..tahniah sir..semoga baby ngn ibunya lahir dgn selamat..amin..he3..:)

  5. salam tahniah mudahan murah rezeki lagi, teruskan perjuangan pensyarah sekalian kerana sesungguhnya anakbangsa di ambang kekeliruan dan kesamaran. terpesona dengan acuan barat sini sana segala dan sedang mengalami kekeliruan yg maha dahsyat kesan dari penjajahan semua sistem barat hinggakan bahasapun barat syarat untuk maju katanya. tidak sedarkah mereka kesan ceduk begitu sahaja buku2 rujukan barat yg semestinya ditambah nilai2 barat menjauhi nilai kita sendiri yg mengakrabi Islam menuju kesempurnaan. terjemahan ilmu2 yg banyak amat diperlukan dalam pelbagai bidang ke dalam bahasa dengan penerapan nilai2 melayu dan Islam itu sendiri bagi mengangkat martabat Islam dan bangsa tu sendiri seluruhnya. tidakkah kita sedar kesan dan akibatnya makin jelas lagi nyata. teruskan perjuanganmu sekalian pensyarah sebagai pendidik anakbangsa tidak semata mengajar mengikut sukatan pelajaran semata tetapi berjaya menambah nilai Islam dan bangsa itu sendiri dalam setiap hati kami anakbangsa.

  6. tahniah en bakri ats kenaikan pangkat..semoga en bakri terus success dimasa akan datang..

  7. Bangga atau malu? Kalau DM52 tapi research tak buat…konsultansi tak buat…mengajar pun entah bagus entah tidak? Tapi saya tetap katakan itu rezeki tuan….Alhamdullilah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: