Monthly Archives: April 2009

Pembantu Peribadi

Salam buat semua….

Minggu ini saya terpaksa bersengkang mata kerana kertas-kertas jawapan peperiksaan akhir telah ada di depan mata. Saya perlu memeriksa kertas soalan akhir ETR300 dan IMD252. Alangkah indahnya jika saya mempunyai seorang pembantu agar dapat menguruskan perkara-perkara lain dan saya boleh menumpukan sepenuh masa untuk memeriksa kertas jawapan dan menyerahkan kepada HEA tepat pada masanya.

Ketika saya bertugas di UiTM Sarawak, tugas saya sebagai Ketua Program amatlah memenatkan. Kami tidak mendapat PA dan semua tugas dar A – Z perlu dilakukan sendiri. Ada ketikanya saya terpaksa bekerja hingga larut malam untuk seminggu untuk menyiapkan beberapa keras kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan. Oleh itu saya memerlukan seorang pembantu peribadi untuk membuat kerja-kerja yang remeh temeh seperti menghantar surat, bayar bil dan mengambil dan menghantar saya di lapangan terbang. Namun saya tidak mampu lagi menggaji seorang pembantu & pemandu peribadi.

Zamri

Zamri

Ketika di Sarawak, saya mempunyai seorang pelajar yang amat rapat dengan saya. Pelajarnya cukup rajin dan berhemah. Akhirnya beliau rapat dengan saya. Mohd Zamri adalah satu-satunya pelajar yang saya anggap macam rakan, adik dan menjadi pembantu peribadi saya. Sebagai pembantu peribadi banyak perkara yang saya berkongsi dengan beliau. Satu-satunya tugas yang beliau cukup suka ialah menghantar dan mengambil saya di lapangan terbang dan menjaga apartment saya ketika saya balik ke semenanjung malaysia. Keberadaan beliau ketika saya di Sarawak banyak membantu saya. Terlalu banyak bantuan dan pertolongan yang beliau hulurkan untuk memastikan kerja-kerja harian saya berjalan lancar dan sempurna. Saya melihat keikhlasan beliau ketika bekerja bersama – sama saya terutama bila tetamu dari Semenanjung bertandang ke Sarawak. Zamri lah yang kami suruh untuk membawa tetamu berulang alik ke hotel , ke pasar satok dan menjemput dan mengambil di lapangan terbang ketika pemandu uitm sibuk. Saya doakan agar beliau sentiasa dirahmati Allah swt dan diberikan ganjaran yang baik. Kini beliau telah pun bekerja. Saya doakan agar beliau dimurahkan rezeki.

Setelah setahun di UiTM Johor, saya merasakan keperluan mempunyai seorang pembantu peribadi adalah amat

Helmi

Helmi

terdesak. Terlalu banyak perkara yang saya perlu uruskan dan saya memerlukan seseorang untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang terbengkalai. Kini saya dibebani dengan skrip buku-buku dan penyelidikan yang belum siap ditaip dan diolah.Saya sentiasa berdoa agar Allah Swt mempermudahkan urusan saya. Akhirnya saya bertemu seseorang yang mampu membantu saya. Saya tidak pasti adakah beliau akan menjadi pembantu peribadi saya. Dalam diam-diam kami menjadi rapat dan semacam ada keserasian antara saya dan beliau. Mungkin ada keserasian kerana beliau juga merupakan pelajar saya semasa di UiTM Sarawak .Akhirnya Helmi menjadi pembantu peribadi saya yang setia. Saya perlukan Helmi untuk menaip skrip-skrip buku saya yang terbengkalai sekian lama. Moga-moga beliau akan dapat memudahkan urusan saya dan beliau gembira bekerja bersama saya.

Salam Perpisahan buat pelajar Sem. 6 ,April 2009

Salam buat semua. Catatan ini khas saya tujukan kepada semua pelajar Sem. 6 , Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Johor , April 2009. Ketika hendak memulakan catatan ini hati dan perasaan saya berasa sebak dan sedih kerana tugas saya telah selesai dan ini bermakna saya akan berpisah dengan kesemua pelajar semester 6 , April 2009. Selama tiga hari bermula 15 April 2009 hingga 17 April 2009 saya dengan tekun melihat dan mendengar setiap persembahan projek akhir ETR300 pelajar semester 6. Terlalu banyak yang ingin saya luahkan dan berkongsi dengan semua pelajar ini. Namun saya akan susun setiap bait-bait ayat agar kesemuanya dapat saya luahkan menerusi blog ini . Maaf jika bicara ini agak panjang khusus untuk kalian yang bakal meninggalkan UiTM Johor ini.Pertamanya, dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari buat semua pelajar part 6 yang mengambil subjek ETR300 andaikata saya ada terkasar bahasa dan perbuatan yang menyinggung perasaan kalian. Sebagai manusia dan hamba Allah saya adalah hamba yang lemah di sisi NYA dan tidak lari daripada membuat kesilapan. Tiada niat di hati saya untuk melakukan semua itu dan jika  ianya berlaku, adalah di luar kawalan diri saya. Mungkin ada ketikanya, saya dilihat terlalu tegas dan garang. Ada ketikanya di dalam kelas, saya dilihat sukar untuk senyum. Namun percayalah, semua itu berlaku tanpa dirancang dan diluar kawalan diri saya serta kelemahan saya. Ada kalanya saya terlalu penat dan letih. Ada kalanya masalah kelas sebelumnya mengganggu emosi saya lalu terbawa-bawa ke kelas kalian. Bukan mencari alasan tapi ianya hakikat. Sekali lagi saya memohon maaf kepada kalian jika ada yang terasa hati atau terasa disisihkan atau mulut saya ini terlalu celupar bila berkata-kata. Namun saya ikhlas dalam menyampaikan ilmu tanpa ada pilih kasih. Bukan niat untuk mencari salah tapi sebagai pendidik saya perlu menegur dan memperbetulkan mana yang salah. Niat saya adalah untuk memajukan bangsa saya sendiri yang semakin hari semakin ketinggalan dalam negara dan tanah akhirnya sendiri. Kehidupan masyarakat bumiputera semakin getir di buminya sendiri terutama orang Melayu. Bangkitlah anak-anak bangsaku untuk masa depan kalian yang lebih cerah. Belajarlah dari kesilapan lalu dan sentiasalah bertaubat agar kita kembali kelandasan yang betul dalam meraih kejayaan untuk keluarga , bangsa dann agama. Ingatlah pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita serta menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Pengorbanan mereka terlalu besar dan janganlah sesekali melukai dan menghampakan harapan mereka. Bukan wang ringgit yang mereka pinta dari kalian. Mereka mahu sekadar kalian menjaga nama baik ibu bapa serta keluarga dan berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang. Saya sering melihat ibu bapa menitiskan air mata kegembiraan ketika saat anak-anak mereka naik ke pentas menerima diploma/ijazah di Dewan Sri Budiman ketika Istiadat Konvokesyen. Saya pasti kalian telah sebelah kaki ke arah itu. Ayuh di saat akhir 10 meter ke garisan penamat ini tetapkan matlamat dan berusahalah dengan lebih gigih agar matlamat dan impian itu tercapai. Jangan lepaskan peluang yang telah ada di depan mata kalian. Saya yakin kalian adalah anak-anak yang baik dan terpilih .  Saya juga ingin mengucapkan tahniah buat kalian semua yang akan menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Belajarlah bersungguh-sungguh selagi hayat dikandung badan.Merancanglah hidup kalian dengan teratur kerana” jika kita gagal merancang kita merancang untuk gagal”. 

Sepanjang 15 minggu mengendalikan subjek ETR300, saya amat seronok dan teruja. Tahniah kepada semua pelajar kerana memberikan komitment dan sokongan sepanjang program yang di adakan. Walaupun hajat untuk ke PD tidak kesampaian tetapi saya anggap ada hikmahnya. Pertama, saya dapat mendengar dan menilai kesemua persembahan projek kumpulan part 6. Keduanya pelajar part 6 sudah tentu gembira kerana wang RM50 yang perlu dibayar telah dipulangkan semua. Tetapi secara jujurnya, saya menyayangi kalian semua dan bangga kalian akhirnya hampir sampai ke garis penamat untuk bergelar graduan. Ada kalanya ketika saya tersedar di malam hari, ketika berdoa selepas selesai solat hajat saya tidak pernah lupa untuk berdoa agar kaliah dipermudahkan dalam urusan untuk memahami subjek ETR300 ini.Saya sentiasa berdoa agar kalian dapat menyiapkan projek akhir dengan baik agar saya dapat memberikan markah yang baik untuk kalian semua. Saya sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua agar sentiasa menjadi umat dan anak yang soleh & soleha. Saya menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan serta memaafkan kalian semua. Apakah ertinya sebuah kejayaan jika kita tidak bersyukur dan berterima kasih kepada pencipta iaitu Allah Swt serta penjaga kita iaitu ibu bapa kita serta guru yang mengajar dan memberi ilmu kepada kita. Berdoalah dan jangan sesekali meninggalkan solat tanda kita bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan. Pesan saya agar kalian sentiasa ingatkan Allah Swt. Ini kerana perjalanan kita masih jauh dan kita sememangnya memerlukan pertolongan Allah Swt agar kita selamat di dunia dan akhirat. Kadangkala kita terleka dan sering terlupa kepada Allah Swt. Namun andaikata suatu hari nanti kalian tergelincir dari landasan akibat lalai dan terleka atau kalian berada dalam kesusahan dan kesempitan hidup atau kalian mahukan pertolongan dan hajat atau kalian tiada tempat untuk mengadu dan merintih. Maka kembalilah ke jalan Allah kerana Allah sentiasa bersama kita waktu kita memerlukan pertolonganNYA. Tiada siapa dapat membantu dan menolong kita ketika kita menghadapi saat-saat kesukaran dalam kehidupan kecuali Allah yang maha pengampun, pengasih dan penyayang. 

Akhirnya saya berasa syukur kehadirat Allah Swt kerana kalian semua telah berjaya membuat pembentangan dengan baik. Saya mengambil masa selama 3 hari dan mengambil masa selama 25 jam untuk menyiapkan kesemua pembentangan projek akhir ETR300. Anda telah lulus dengan jayanya subjek ETR300. Cuma yang membezakannya ialah gred yang anda perolehi. Ada yang akan mendapat A, A-, B+,B, B- . Namun itu sekadar angka. Apa yang lebih penting ialah ilmu yang kalian perolehi dan gunakanlah ilmu ini sebaiknya untuk meneruskan kehidupan kalian nanti.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepad ketiga-tiga wakil kelas (class rep) iaitu DE61 ( Arul), DE62 ( Ct Azzah) & DE63 (Mel) kerana menjadi pembantu dan  orang perantaraan saya dalam menguruskan aktiviti kelas dan sebagai penyampai maklumat. Saya berdoa agar jasa baik kalian dibalas oleh Allah Swt . Terima kasih dan tahniah  juga pada semua jawatankuasa program gerak usahawan di PWTC dan jawatankuasa program bengkel kewangan yang berusaha menjayakan program ini dengan lancar dan berjaya. Semoga jasa anda diberi kebaikan oleh Allah Swt. 

Sepanjang pembentangan projek ETR300, saya dapat menilai dengan baik kesungguhan setiap pelajar dalam menjayakan projek masing-masing. Saya berdoa kepada Allag Swt agar saya berlaku adil kepada semua pihak. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian ketika kalian cuba menyembunyikan banyak fakta daripada saya. Mata saya cepat melihat kesalahan dan kesilapan yang kalian lakukan. Namun ada ketikanya malas untuk diulas serta ditegur kerana ianya telah dimaklumkan. Namun kalian masih membuat kesilapan yang serupa. Saya masih dapat mengawal tahap kesabaran saya . Ada ketikanya kesalahan itu terlalu terserlah maka saya akan melakukan provokasi dengan soalan yang bertubi-tubi. Ada yang mampu menepis dan ada yang  rebah dan menyerah bila diserang habis-habisan. Namun janganlah menganggap anda telah gagal kerana akhirnya saya memberi anda ruang dan peluang untuk memperbaiki dan membetulkan kesilapan itu. Syukur kerana Allah Swt telah membuka hati saya agar berlaku adil dan memberi peluang untuk kalian membetulkan segala kesilapan. Kalian semua amat istimewa di hati saya. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kumpulan yang menyediakan sarapan, makan tengah hari dan minum petang untuk saya sepanjang tiga hari pembentang ETR300 berlangsung. Sesungguhnya saya amat memerlukannya kerana saya perlu tamatkan setiap pembentangan mengikut jadual dan tiada masa untuk keluar minum keculi berehat waktu tengahari untuk solat zuhor. Kepada kumpulan yang menyediakan pisang, buah naga, nugget dan sosej serta memberi cendermata mug dan ayam mainan. Saya ucapkan berbanyak terima kasih. Saya sungguh terharu dengan pemberian ini. 

 

Cenderahati pelajar ETR300

Cenderahati pelajar ETR300

Saya mempunyai almari khas untuk meyimpan semua pemberian pelajar-pelajar kepada saya sepanjang karier menjadi pensyarah. Cuma pisang & buah naga tu kira simpan dalam perut ajelah.Mungkin kalian tertanya-tanya mengapa saya minta semua kumpulan mengambil gambar . Inilah dia gambar-gamabr ceria kalian yang dapat saya muatkan di blog ini untuk tatapan dan kenangan saya bersama kalian. Saya doakan kalian semua berjaya di dunia dan akhirat. Saya juga mengalu-alukan komen kalian di blog saya. Segala komen anda akan sentiasa tersimpan di blog ini dan menjadi memori indah buat saya.

Sekian Wassalam…Bakry, Segamat, April 2009

 Pelajar Sem 6 DIM, UiTM Segamat 

 Gambar Kumpulan Persembahan Part 6 DE1, DE2 & DE3      

G - Herbs Enterprise

G - Herbs Enterprise

Proteen Enterprise

Proteen Enterprise

Halal Farm Enterprise

Halal Farm Enterprise

Agro Corn Enterprise

Agro Corn Enterprise

Chili Chili Enterprise

Chili Chili Enterprise

Multi Nature Sdn.Bhd

Multi Nature Sdn.Bhd

 

 

 
 

 

 

 

Advance Aquaculture Enterprise

Advance Aquaculture Enterprise

 

 

 

 

A Smile Goat

A Smile Goat

Imtiyaz Group

Imtiyaz Group

Ad Dajajah

Ad Dajajah

One Step Agro Farm

One Step Agro Farm

Musfiziazniza Sdn Bhd
Musfiziazniza Sdn Bhd
Ketuk Ketak Enterprise

Ketuk Ketak Enterprise

Permata Bumi Sdn Bhd

Permata Bumi Sdn Bhd

 

Twilight Mushroom Enterprise

Twilight Mushroom Enterprise

Bizleech Group

Bizleech Group

 

Fresh Fruit Enterprise

Fresh Fruit Enterprise

Granddi Flora Enterprise

Granddi Flora Enterprise

 

Tips membentang pesembahan yang menarik.

Hari ini  pelajar berpusu-pusu datang ke bilik saya untuk menunjukkan hasil projek akhir mereka. Kehilangan saya selama seminggu kerana bercuti membuatkan mereka menunggu. Satu kumpulan untuk projek digital resource centre dan satu lagi projek keusahawanan. Sudah kemestian saya memastikan pelajar di bawah selian saya akan membentamgkan projek menggunakan Macromedia Director. Saya ingin berkongsi mengenai tips pembentangan. Ini saya utarakan kerana minggu ini dan minggu depan ramai pelajar saya akan melakukan pembentangan final project mereka. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ini. Tetapi hasil pembacaan dan seminar yang dihadiri, saya kongsi salah satu tips dalam membentang ‘persembahan’ yang menarik. Antara menjadikan diri anda seorang pembentang yang hebat adalah dengan mempunyai suara yang mantap dan lontaran suara yang jelas.

Ingin tips suara yang mantap dan menarik? Apa kata anda ikut tip di bawah:

Ramai mengatakan bahawa beliau dikurniakan suara yang hebat. Tetapi sebenarnya Steve Chandler yang merupakan penulis buku 100 Ways to Motivate Yourself mengatakan ada rahsia di sebalik kemantapan suaranya. Biasanya perjalanan ke tempat seminarnya mengambil masa lebih daripada sejam. Oleh itu, beliau akan menyanyi bagaikan orang gila ketika menujunya. Ternyata perkara tersebut berbaloi.

Mungkin beliau akan dicop gila jika orang lain melihatnya, tetapi risiko yang diambil berbaloi. Dengan menyanyi lebih kuat, suaranya bertambah mantap. Pernafasannya bertambah baik dan suaranya mememenuhi seluruh dewan dengan berkesan.

Selamat mencuma. Saya selalu lakukannya ketika memandu dalam perjalanan ke kuliah.

Hadiah hari lahir

Nur Aqilah tido

 Salam buat semua pengunjung setia Blog saya. Maaf buat semua kerana lama tak update blog ini. Saya tidak berapa sihat sepanjang bulan Mac yang lepas. Tekanan kerja juga faktor utama kerana terpaksa menggantikan kelas agar saya boleh bercuti awal. Saya sudah menjangkakan yang saya akan mula bercuti pada 1 April kerana menurut kiraan doktor , bayi kami akan lahir pada 2 – 6 April dan saya mendoakan agar bayi ini akan lahir pada 5 April. Namun kita mampu merancang Allah SWT yang menentukan.

020420095331Tepat jam 12.30pm tanggal 1 April 2009 bersamaan 5 Rabiul Akhir 1430 hijrah bayi perempuan kami selamat dilahirkan dalam keadaan normal. Beratnya 3.9kg. Ketika saya menanti saat kelahirannya saya lihat terlalu sukar untuk isteri saya menerannya kerana ukurlilit kepalanya 34cm. Syukur kehadirat Allah swt kerana kurnian rezeki yang begitu bermakna buat kami sekeluarga. Saya dan isteri bersetuju menamakan bayi ini Nur Aqilah Basyirah.Ini bermakna Batrisya sudah ada adik perempuan dan dia tidak lagi keseorangan.

Inilah hadiah hari lahir yang penuh bermakna buat saya daripada isteri tersayang. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mendoakan keselamatan isteri dan bayi ini serta kiriman ucapan tahniah yang saya terima menerusi blog ini dan kiriman sms . Terima kasih buat semua.02042009545 18042008581

Amalina Batrisyia & Aqila Basyirah

Amalina Batrisyia & Aqila Basyirah

02042009548

%d bloggers like this: