Pembantu Peribadi

Salam buat semua….

Minggu ini saya terpaksa bersengkang mata kerana kertas-kertas jawapan peperiksaan akhir telah ada di depan mata. Saya perlu memeriksa kertas soalan akhir ETR300 dan IMD252. Alangkah indahnya jika saya mempunyai seorang pembantu agar dapat menguruskan perkara-perkara lain dan saya boleh menumpukan sepenuh masa untuk memeriksa kertas jawapan dan menyerahkan kepada HEA tepat pada masanya.

Ketika saya bertugas di UiTM Sarawak, tugas saya sebagai Ketua Program amatlah memenatkan. Kami tidak mendapat PA dan semua tugas dar A – Z perlu dilakukan sendiri. Ada ketikanya saya terpaksa bekerja hingga larut malam untuk seminggu untuk menyiapkan beberapa keras kerja untuk dibentangkan dalam mesyuarat pengurusan. Oleh itu saya memerlukan seorang pembantu peribadi untuk membuat kerja-kerja yang remeh temeh seperti menghantar surat, bayar bil dan mengambil dan menghantar saya di lapangan terbang. Namun saya tidak mampu lagi menggaji seorang pembantu & pemandu peribadi.

Zamri

Zamri

Ketika di Sarawak, saya mempunyai seorang pelajar yang amat rapat dengan saya. Pelajarnya cukup rajin dan berhemah. Akhirnya beliau rapat dengan saya. Mohd Zamri adalah satu-satunya pelajar yang saya anggap macam rakan, adik dan menjadi pembantu peribadi saya. Sebagai pembantu peribadi banyak perkara yang saya berkongsi dengan beliau. Satu-satunya tugas yang beliau cukup suka ialah menghantar dan mengambil saya di lapangan terbang dan menjaga apartment saya ketika saya balik ke semenanjung malaysia. Keberadaan beliau ketika saya di Sarawak banyak membantu saya. Terlalu banyak bantuan dan pertolongan yang beliau hulurkan untuk memastikan kerja-kerja harian saya berjalan lancar dan sempurna. Saya melihat keikhlasan beliau ketika bekerja bersama – sama saya terutama bila tetamu dari Semenanjung bertandang ke Sarawak. Zamri lah yang kami suruh untuk membawa tetamu berulang alik ke hotel , ke pasar satok dan menjemput dan mengambil di lapangan terbang ketika pemandu uitm sibuk. Saya doakan agar beliau sentiasa dirahmati Allah swt dan diberikan ganjaran yang baik. Kini beliau telah pun bekerja. Saya doakan agar beliau dimurahkan rezeki.

Setelah setahun di UiTM Johor, saya merasakan keperluan mempunyai seorang pembantu peribadi adalah amat

Helmi

Helmi

terdesak. Terlalu banyak perkara yang saya perlu uruskan dan saya memerlukan seseorang untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang terbengkalai. Kini saya dibebani dengan skrip buku-buku dan penyelidikan yang belum siap ditaip dan diolah.Saya sentiasa berdoa agar Allah Swt mempermudahkan urusan saya. Akhirnya saya bertemu seseorang yang mampu membantu saya. Saya tidak pasti adakah beliau akan menjadi pembantu peribadi saya. Dalam diam-diam kami menjadi rapat dan semacam ada keserasian antara saya dan beliau. Mungkin ada keserasian kerana beliau juga merupakan pelajar saya semasa di UiTM Sarawak .Akhirnya Helmi menjadi pembantu peribadi saya yang setia. Saya perlukan Helmi untuk menaip skrip-skrip buku saya yang terbengkalai sekian lama. Moga-moga beliau akan dapat memudahkan urusan saya dan beliau gembira bekerja bersama saya.

Posted on April 30, 2009, in E - Catatan Penulis. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: