Monthly Archives: June 2009

Facebook

facebookSaya telah lama mendengar tentang Facebook dan ramai yang telah menjemput saya ke Facebook mereka. Kesibukan  membuat saya tiada kesempatan untuk mengenali secara dekat kelebihan Facebook. Kenapa saya memilih Facebook dan untuk tujuan apa. Inilah hasil menimba ilmu daripada bengkel inovasi semalam. Sejarah awal Facebook bermula pada Febuary 2004 daripada 3 pelajar Havard Universiti yang bernama Mark Zuckerberg, Dustin Moskovitz and Chris Hughes  . Tujuan asalnya ialah untuk menghubungkan rangkaian antara sama mereka untuk tujuan ilmiah di kampus mereka. Lama kelamaan jumlah ahli bertambah dah lebih sejuta ahli telah mendaftar dalam Facebook.

Ya, saya memilih Facebook bukan sekadar tangkap muat sahaja tetapi saya telah membuat banyak kajian mengenai Facebook dan menemui banyak kelebihan daripada laman sosial yang paling cepat berkembang di dunia ini!!

Peningkatan pengguna Facebook setiap bulan dianggarkan seramai 25 JUTA ORANG dan sekarang ini jumlah pengguna Facebook pada masa kini ialah dianggarkan sudah melebihi 200 JUTA ORANG!!! networkLaman sosial terbesar di dunia! Anda tidak perlu bersusah payah bersosial di laman sosial yang lain.

  • Tiada had umur untuk menggunakan Facebook, prospek anda akan terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
  • Purata seseorang menggunakan Facebook adalah 5-7 jam sehari,jaminan untuk anda mendapat trafik yang tetap.

             Sangat fleksibel dan mudah untuk digunakan, semua orang boleh menggunakan Facebook.

  • Terdapat banyak applikasi yang boleh digunakan untuk mendapatkan trafik, anda boleh beriklan percuma!
  • Ramai selebriti, ahli politik, tokoh korporat, jutawan, ikon dan ahli perniagaan yang menggunakan Facebook.
  • Anda boleh membina kumpulan dan network dengan pantas walaupun anda tidak pernah berjumpa mereka.
  • Ramai ahli perniagaan menggunakan Facebook untuk mempromosi perniagaan mereka.
  • Setiap hari lebih daripada 10,000 produk dibeli melalui Facebook!

Justeru itu saya akan mengkaji Facebook dan menggunakannya untuk tujuan pembelajaran dan hasilnya akan saya bawa ke IDD 2010. Insyaalah. Sila ke face book  & jadi rakan saya 🙂
http://ms-my.facebook.com/people/Bakry-Mohammad/100000004631149

Bakry Mohammad | Reka Lencana Anda
Bakry Mohammad

Advertisements

Hak cipta & Inovasi

Salam untuk semua…

Seperti biasa cuti semester saya banyak menghabiskan masa menimba ilmu secara percuma. Saya merasakan bekerja di UiTM amat bertuah. Apa tidaknya segala kursus adalah percuma termasuk makan. Malah ada kursus yang diikuti mencecah ratusan ringgit jika kita membayarnya sendiri. Jika berkesempatan berkursus di ILQAM Shah Alam diberikannya tempat tinggal bertaraf 3 bintang. Syukur kepada Allah swt kerana diberikan tempat bekerja di UiTM.

Semalam saya mengikuti kursus dan taklimat Inovasi. Nama tidak tersenarai tapi naluri hati cukup kuat untuk turut serta kerana ingin menimba ilmu baru. Saya merakamkan terima kasih kepada Dr. Norzaidi , Pn. Intan & En. Hisyam atas segala ilmu yang dikongsi. Ceramah yang diberi menjadikan saya bersemangat dan teruja.

Saya di tempatkan bersama fasilitator En. Hisyam dalam kumpulan ICT. Taklimat En. Hisyam amat menarik dan teruja. Namun tiba-tiba mata saya terkelip-kelip dan kaku bila melihat sesuatu yang dipaparkan oleh En. Hisyam seakan biasa saya melihatnya. Projek yang dipaparkan memenangi 1 pingat emas dalam pertandingan IDD 2009 & 1 pingat gangsa di ITEX 2009. Wow, hati saya cukup gembira. Namun ianya cuma sementara kerana kejayaan itu tidak membawa apa-apa makna pada saya. Hasil saya telah diambil tanpa izin . Adakah wajar seorang rakan pensyarah yang pernah saya didik mengambil hasil idea dan inovasi saya dan dipertandingkan tanpa kebenaran dan izin saya.

Saya menjadi serba salah samada mahu menghantar surat aduan ke PNC RMI atau tidak. Saya dicadangkan untuk membuat aduan kepada PNC RMI. Namun adakah tindakan saya itu baik untuk semua pihak terutama masa depan pihak yang diadu. Ini kerana soal mencuri hak cipta orang lain adalah salah dari segi undang-undang. Alaihai…boleh tak pengunjung blog dan rakan-rakan memberi pandangan. Saya berdoa agar Allah swt memberi gerak hati saya agar membuat keputusan dan tindakan yang terbaik untuk saya .

RENUNGAN
Sila baca tulisan Dr Jeniri Amir, Pensyarah UNIMAS.

Membina Integriti Penulis

DALAM keghairahan menerbitkan hasil penulisan dan mencipta nama, pelbagai gejala hasil daripada tindakan tidak sihat dan tidak bertatasusila dilakukan oleh pengarang. Antara gejala tersebut ialah penulis menggunakan data, statistik, maklumat, idea, pemikiran, ungkapan, dan bahasa berdasarkan karya pengarang lain tanpa keizinan atau tanpa memaklumkan sumbernya.

Tindakan ini jelas bercanggah dengan etika dan undang-undang hak cipta kerana menceroboh harta intelek pengarang asal. Menciplak karya orang lain merupakan jenayah intelektual dalam dunia kreatif, penulisan, penyelidikan, dan kesarjanaan. Perbuatan itu sama berat dengan jenayah sosial dan dipandang hina dari segi moral dan agama.

Menciplak hampir sama tua dengan kegiatan penulisan, samalah dengan kegiatan pelacuran yang sama tua dengan kehidupan. Isu tersebut sering dibincangkan dalam kalangan sarjana, ilmuwan, penyelidik, pengarang, editor, dan penerbit. Banyak universiti di dalam dan di luar negara yang menyediakan garis panduan penulisan untuk mengelakkan perbuatan itu dan mengenakan tindakan tegas terhadap pelakunya.

Beberapa tahun lalu, perbuatan berkenaan agak berleluasa dan mencetuskan polemik apabila beberapa orang pengarang muda menciplak cerpen dan puisi penulis lain, terutamanya karya penulis mapan. Cerpen, puisi dan karya deskriptif, termasuk esei dan rencana lebih cenderung diciplak, berbanding novel dan drama.

Dari segi undang-undang hak cipta, menciplak merupakan perbuatan meminjam, mengambil dan mengeluarkan semula apa-apa bentuk karya secara keseluruhan atau sebahagian karya berkenaan, sama ada dalam bentuk asal ataupun dalam bentuk terbitan tanpa keizinan pengarang asal. Mengikut Glosari Istilah Kesusasteraan, plagiarisme ialah penciplakan atau kegiatan dalam kesusasteraan, yakni mengambil karya orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan yang dianggap mungkin sudah dilupakan oleh pembaca, lalu diakui oleh penulis itu sebagai karyanya yang asli. Plagiarisme merupakan perbuatan mengemukakan gagasan, pendapat, kesimpulan, fakta, hasil penemuan penyelidikan, dan wacana olahan orang lain sebagai karya sendiri, iaitu tanpa membuat attribution atau menyatakan sumber, atau melakukannya tanpa mengikut konvensi piawai penulisan.

Undang-undang pertama yang memberi hak cipta pengarang ialah Statue of Anne yang diluluskan oleh Parlimen British pada 1710. Pada peringkat awal perundangan, pihak Inggeris memperakukan bahawa pengarang memiliki hak terhadap karyanya berdasarkan prinsip natural justice.

Hak cipta ialah hak eksklusif yang dberikan oleh undang-undang kepada pencipta atau penerima haknya untuk mengawal pengeluaran semula atau berbagai-bagai bentuk penggunaan semula karya berkenaan bagi sesuatu tempoh tertentu. Dengan kata lain, hak cipta ialah berdasarkan premis bahawa para pencipta mempunyai ?hak kepunyaan? terhadap karya mereka. Hak cipta menjadi harta intelek mereka, dan mereka berhak melindunginya. Penulis perlu mendapat izin daripada pengarang asal sesuatu karya jika ia mahu menyedut dan mengubahsuainya.

Mengikut Akta Hak Cipta 1987, karya yang layak mendapat perlindungan hak cipta ialah karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, dan siaran. Dalam konteks ini, ?karya sastera? termasuklah novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, syair, lakonan, drama, arahan pentas, filem, skrip siaran, biografi, karangan, surat, laporan, memorandum, dan artikel.

Mengikut akta ini, karya sastera, muzik, dan seni tidak layak mendapatkan hak cipta, melainkan usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli, telah ditulis, direkodkan atau dijadikan dalam bentuk bahan. Maksudnya, undang-undang ini tidak melindungi idea, tetapi pernyataan atau penzahiran idea itu dilindungi.

Hak cipta mengesahkan bahawa sesuatu karya ialah hak peribadi eksklusif pengarang atau penerbit. Hak eksklusif itu penting kepada penerbit kerana ini akan membolehkannya menjual dan mengedarkan hasil karya tersebut sebanyak dan seluas mungkin. Tanpa undang-undang ini, sesiapa sahaja boleh meniru, mencedok, mencuplik, memplagiat, mencetak rompak dan menyebarkan karya berkenaan sesuka hati.

Menciplak sama buruk dengan perbuatan menyamun. Justeru, hak cipta dapat menggalakkan pengarang untuk berkarya, merangsang mereka untuk berkreativiti, dan seterusnya memelihara nama baiknya. Hak cipta merupakan harta penulis yang melindungi kepentingannya daripada dilanggar oleh pihak lain. Secara khusus, undang-undang ini melindungi karyanya daripada diterbitkan, dicetak, dan diedarkan oleh pihak lain, tanpa kebenarannya.

Pengarang dapat dilindungi dari segi hak ekonomi dan hak moral, justeru mengelakkan dirinya daripada dieksploitasikan atau hasil penat lelahnya diperah oleh pihak lain. Pendapatan penerbitan tentu akan terjejas teruk jika pihak lain boleh menerbitkan, mencetak rompak dengan memplagiat karya pengarang, dengan sesuka hati.

Penerbit akan dapat mengurangkan risiko daripada mengalami kerugian dengan adanya undang-undang ini. Jika perbuatan menciplak dibenarkan, sesiapa sahaja akan melakukan perbuatan itu tanpa perlu bersusah payah, dan akhirnya karya yang beredar di pasaran ialah karya tiruan, ciplakan, dan palsu. Perkara ini tidak membantu pertumbuhan dan perkembangan dunia sastera juga penulisan, yang subur dan sihat.

Tidak akan ada pengarang yang berminat untuk berkarya jika orang lain meraih keuntungan daripada keringatnya. Kita tidak harus membenarkan gejala ?Lembu punya susu, sapi punya nama? dalam bidang penulisan dan kesusasteraan kita ini berleluasa.

Dari segi moral, hak cipta akan merangsang penulis untuk terus berkarya, kerana apabila karyanya diterbitkan, pengarang akan dibayar honorarium atau royalti. Keghairahan pengarang untuk berkarya ekoran daripada ganjaran dan pengiktirafan yang diterimanya memberikan kesan positif terhadap pertumbuhan budaya dan tamadun bangsa. Karya berkenaan akan memperkaya korpus ilmu dalam bidang berkenaan.

Hak moral ini memberikan kepuasan kepada pengarang namun, pengiktirafan tidak akan bermakna jika sesiapa sahaja boleh menceroboh haknya, iaitu boleh memplagiat, meniru, mencedok, mencetak, dan seterusnya …

Satu pengalaman baru berkursus di UiTM Puncak Alam

Salam buat semua pengunjung Alam Maya terutama pelajar yang saya sayangi

Saya menerima beberapa kiriman ucapan sms daripada pelajar. Rupanya final result dah keluar. Saya sentiasa berdoa yang terbaik untuk kalian semua. Apa yang anda capai hari ini adalah apa yang telah anda usahakan. Bersyukur kepada Allah Swt atas apa yang telah dikurnikan kerana kita hanya mampu merancang dan Allah swt yang akan menentukan segalanya.

Ketika jari jemari saya menaip ini saya sedang mengikuti kursus PTK 5 di Kampus Puncak Alam. Telah hampir seminggu saya dan rakan-rakan berkampung di sini. Terkenang nostalgia ketika berada zaman belajar dulu. Kami di sini ditempatkan di Kolel Kediaman Rafflasia  dan tinggal dalam apartment 3 bilik. Saya tinggal sebilik bersama Husrul, rakan lama saya di UiTM Sarawak dulu.

Jangkaan saya sebelum sampai ke sini sama sekali meleset. Saya menjangkakan akan tinggal di suatu tempat yang begitu asing. Tiada kemudahan internet dan akan diganggu mahluk halus kerana sebelum ini tiada siapa yang pernah tinggal di sini. Namun semua igauan jahat itu hilang bila segalanya berjalan dengan baik. Alhamdulliah, penginapan walaupun terpaksa membawa kain selimut sendiri tetapi bilik dilengkapi kemudahan internet dan dewan makan ada wi-fi.

Memandangkan selepas inisemua kursus PTK akan diadakan di Puncak Alam, saya ingin mengingatkan rakan-rakan beberapa perkara penting perlu di bawa bila berada di sana.

1. Utp cable kepada yang kaki internet

2. Bawa nescafe 3 in 1 atau seumpamanya kerana kedai jauh. Perlu kerana nak stay sampai larut malam nak buat assignment.

3. Bawa jug @ cerek elekterik. Senang nak masak air. susan nak turun nak ambil air panas di dewan makan.

4. Bawa bantal sendiri jika perlu. Bantal yang disediakan lembik dan tak selesa.

Itu sahaja yang dapat saya berkongsi pengalaman.

Salam Takziah untuk keluarga I’nal Jantan

Salam buat semua pengunjung AMKTS terutama pelajar UiTM segamat,

Saya kini berada di Puncak Alam. Kami merupakkan sekumpulan manusia yang mula-mula mendiami tempat ini. Hostel kediaman saya betul-betul menghadap gunung. Saya tengah sibuk mengikuti krusus PTK 5.

Namun seminggu sebelum saya sampai ke sini saya menerima berita daripada Pn. Azura, seorang pelajar part 6. Inal Jantan telah terlibat dengan kemalangan dan berada dalam koma ICU neurologi hospital kuala lumpur.[nota: terima kasih kpd Asyikin Johan yang membetulkan maklumat ini]  Tiba-tiba hari ini saya mendapat berita sedih yang beliau telah kembali ke rahmahtulaah.

Saya cukup mengenali beliau sejak beliau berada di part 4. Beliau cukup kretif bila membuat persembahan menggunakan macromedia director. Saya doakan beliau di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. Sama-sama kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau .

[nota: gambar beliau ada dalam entri saya “salam perpisahan buat part.6”. Beliau dalam group advance aguaculture]

%d bloggers like this: