Monthly Archives: July 2009

ESQ 2 : Perkataan syukur yang dilupai

Salam hormat buat semua pengunjung AMKTS terutama anak-anak di UiTM Johor yang saya kasihi.

Beberapa orang pelajar baru semester satu berjumpa dengan saya dan mengeluh kerana tidak berminat mengikuti kursus yang ditawarkan. Saya berkata pada mereka ini. Tak bersyukurkah rezeki yang Allah beri kepada anda. Kita merancang tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah apa yang telah Allah kurniakan…

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat kolej
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat Masuk Universiti
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

“Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!”

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa…lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat serta pelajar sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..

Kondo Puri Ayu, Batrisyia & Swimming Pool

Salam perpaduan buat semua pengunjung setia AMKTS.  Syukur & terima kasih atas sokongan kalian terhadap blog ini.

Ketika ramai pensyarah takut untuk bertugas di Sarawak, saya lantas menawarkan diri secara suka rela. Saya sukakan cabaran. Di Sarawak saya mendapat sahabat-sahabat dari semenajung yang cukup baik  dan ramah. Badron adalah sahabat hidup dan mati saya. Beliaulah yang banyak membantu saya dari mula datang hingga saya kembali bertugas ke semenanjung. PM Hj. Shaharudin [ nota : Pak Din ] adalah sifu saya dalam penyelidikan & konsultasi & Jalil Lob adalah tempat  rujukan saya [ nota : pensyarah kontrak undang-undang dari Singapore ]. Insan-insan ini adalah teman saya bergelak dan ketawa, suka dan duka serta teman makan minum bersama..Saya doakan mereka semua sentiasa dirahmati oleh Allah swt.

Ketika di Sarawak saya & isteri jatuh hati kepada perabut kayu jati kerana harganya jauh lebih murah daripada Malaya [ nota: panggilan Semenanjung oleh orang Sarawak ]. Akhirnya rumah kami dipenuhi dengan perabut kayu jati. Isteri saya amat gelisah ketika saya melahirkan hasrat untuk berpindah ke Semenanjung. Di mana nak letak semua perabut ini sedangkan rumah kami di semenanjung telah penuh dgn perabut. Oleh itu kami memerlukan satu rumah baru untuk meletakkan semua perabut ini jika berpindah ke Semenanjung nanti. Dengan pinjaman kerajaan yang belum terpakai lagi kami bersetuju membeli sebuah Kondo di Shah Alam. Kami membeli Kondo Puri Ayu yang terletak di Batu 3 Shah Alam kerana beberapa sebab. 1. Lokasinya terletak berdekatan stesyen komuter Batu tiga. 2. Memudahkan kami membeli belah kerana Pasaraya Tesco & Pasaraya Giant hampir 500 m dari Kondo Puri Ayu. 3. Kami suka sangat pergi sunday market berhampiran Stadium Melawati Shah Alam sebab setiap hari Ahad ada Car Boot Sale.

Namun yang penting sekali dalam pilihan kami ialah Kondo Puri Ayu mempunyai kolam renang yang cantik. Nak beli rumah ada kolam renang tak mampu lagi. Kami telah menghadiahkan Kondo ini kepada Batrisyia. Untungnya dia, kecil-kecil dah ada harta. Mulai setiap hari Ahad akan datang Batrisyia akan memulakan kelas renangnya di Kondo Puri Ayu Shah Alam

batrisyia di swimming pool

Pesanan untuk anak didik ku..

Salam ukhwah untuk semua pengunjung AMKTS. Bicara ini khas untuk semua anak didik ku…

25 pesanan luqmanul hakim

01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – orang – orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.

11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 -Janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 – Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 – Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Pesan saya…jadilah manusia yang berilmu

Antara Facebook , Anidah @ Adina & saya.

Salam buat semua pengunjung AMKTS yang saya kasihi….

Sebagai pensyarah hubungan saya dengan pelajar hanya rapat  ketika mereka masih menuntut. Saya juga tidak pernah membuat satu perangkaan berapa banyak pelajar telah saya asuh dan didik.  Bila mereka tamat pengajian mereka membawa haluan masing-masing.  Saya tidak ambil kisah apa yang mereka lakukan setelah tamat pengajian. Biasanya hubungan pensyarah dan pelajar akan terhenti di situ.

Saya perlukan sesuatu kaedah yang dapat merapatkan hubungan saya dengan pelajar. Ketika saya menjadi Ketua Program di UiTM Sarawak, saya mengambil pendekatan menggunakan Yahoo Groups untuk memudahkan saya mengenali pelajar yang kian meningkat setiap semester. Ternyata kaedah ini  berhasil. Hingga kini saya mampu mengenali mereka walaupun mereka telah tamat pengajian. Hubungan saya bersama pelajar IS110 UiTM Sarawak bertambah erat bila saya membuka akaun Facebook dan menubuhkan kumpulan Alumni IS110 UiTM Sarawak.

Takdir Allah saya telah dipertemukan semula dengan bekas pelajar saya semasa mengajar di UiTM Shah Alam. Ianya satu hubungan yang amat istimewa kerana kami bertemu di Facebook.  Anidah dan saya dipertemukan setelah hampir lapan tahun terpisah dan dipertemukan dalam jarak yang jauh. Ketika ini nida  [ nota: panggilan mesra utk beliau ] sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Master di Tasmania , Australia dlm bidang warisan budaya.

anidah2Semalam saya dan Anidah bersembang melalui aplikasi sembang facebook hampir 4 jam. Banyak yang kami kongsi bersama termasuk rahsia peribadi beliau  [ nota: saya dah janji akan menjaga amanah rahsia yang beliau ceritakan ].  Mengenali nida cukup menarik. Semasa menjadi pelajar beliau hanyalah pelajar biasa-biasa  tetapi kini beliau adalah insan yang cemerlang dan luar biasa. Beliau adalah model graduan UiTM yang boleh dijadikan contoh.  Lantas saya melamar beliau untuk datang ke UiTM Johor untuk memberi motivasi dan berkongsi cerita kejayaan beliau bersama pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor. Saya akan dapatkan tarikh sesuai bila beliau kembali ke tanah air untuk bercuti nanti.

Saya menganggap nida sebagai rakan saya dan bukan pelajar atau bekas pelajar saya. Pengalam hidup yang beliau lalui selepas tamat pengajian menjadikan saya begitu teruja. Kejayaan beliau pada hari ini bukan datang bergolek. Beliau melalui pelbagai suka duka serta rintangan sebelum dapat mengecapi kemanisan hidup. Beliau wanita yang gagah serta berani merempuh segala cabaran. Jiwa beliau cukup kental dan tidak mudah terpedaya dengan tipu daya.  Beliau sentiasa berdoa dan bersyukur atas apa yang beliau kecapi hari ini. Beliau mengenepikan cita-cita demi kasih dan sayangnya kepada ayah yang tercinta. Saya cukup teruja dengan kisah hidup beliau  dan menanti perkongsian pengalaman beliau bersama pelajar saya nanti.

Terlalu banyak yang saya nak berkongi mengenai wanita bernama Anidah bt Hj. Alias ini . Namun cukup setakad ini kerana saya mahu nida  menceritakan sendiri pengalaman beliau di dalam Blog beliau sendiri. Kita  sama-sama berdoa agar Allah mempermudahkan segala apa yang nida cita-citakan.

Sebagai penutup bicara saya ingin mengucapkan tiga perkara buat nida..

1. Saya mengucapkan tahniah kerana telah menjadi pensyarah dan berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Tasmania, Australia.

2. Saya ingin merakamkan takziah buat nida dan keluarga kerana kehilangan ayah tercinta yang telah kembali ke   rahmahtulallah.

3. Saya mengucapkan selamat pengantin baru buat nida dan suami. Semoga jodoh berpanjangan dan dimurahkan rezeki.

Akhir kalam buat nida,  saya mohon jutaan maaf  jika ada tulisan saya ini ada menyinggung perasan nida. Yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersyukur dan berdoalah setiap waktu agar Allah membimbing kita ke jalan yang diredai serta di berkati hidup ini.

ESQ 1 : Kisah Balang Kaca

Salam buat semua pengunjung AMKTS terutama pelajar yang saya kasihi. Saya akan cuba membawa kisah tauladan pada setiap minggu yang saya namakan ESQ agar kalian dapat mengambil pengajaran daripada kisah yang dipaparkan.

Seorang pensyarah di IPTA  yang bernama Dr. Izwan kelihatan sudah bersedia memulakan kelas falsafah beliau. Suasana di dewan kuliah sunyi sepi dan para pelajar nampaknya sudah bersedia mendengar syarahan daripada Dr. Izwan.

Kelihatan di atas meja Dr. Izwan terdapat sebuah balang kaca yang besar dan secawan air kopi yang sungguh harum aromanya. Tanpa berkata apa-apa, Dr. Izwan meletakkan beberapa biji bola golf ke dalam balang kaca tersebut sehingga penuh. Kemudian, Dr. Izwan bertanya, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. Para pelajarnya menjawab, “Ya, balang kaca itu sudah penuh”.

Kemudian, Dr Izwan memasukkan beberapa biji manik ke dalam balang tersebut dan menggoncangkannya. Manik-manik tersebut mengisi ruang-ruang kosong di celah-celah bola golf di dalam balang tersebut. Dr. Izwan bertanya lagi,”Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya.

Kemudian, Dr. Izwan mengisi pula balang tersebut dengan pasir pula. Dengan mudah pasir-pasir tersebut mengisi ruang-ruang yang masih ada di dalam balang kaca tersebut. Dr. Izwan tanpa segan silu bertanya lagi,, “Wahai para pelajarku, adakah balang kaca ini sudah penuh?”. “Ya”, jawab para pelajarnya yang nampaknya agak keliru dan terasa seperti diperbodohkan.

Kemudian, dengan yakin Dr. Izwan mengisi balang kaca tersebut dengan air kopinya. Kedengaran suara seperti orang ketawa kecil. Suasana di dalam dewan kuliah mula hingar-bingar seketika. Dr. Izwan sambil tersenyum sinis bertanya,”Adakah balang kaca ini sudah penuh?. Para pelajarnya menjawab, “Ya, sudah penuh”.

Seorang pelajar Dr. Izwan mengangkat tangan sambil bangun dan bertanya,”Kenapakah Dr. Izwan berbuat demikian?”. “Baiklah saya akan terangkan sebabnya… balang kaca ini melambangkan kehidupan kita semua. Bola golf itu pula melambang perkara-perkara yang paling penting yang perlu diisi ke dalam kehidupan kamu seperti agama kamu, amal ibadah, pelajaran, ibubapa, keluarga dan sekiranya tiada perkara lain pun kehidupan kamu tetap juga penuh. Manik-manik kecil itu pula umpama perkara-perkara keperluan kamu seperti rumah, kereta, pangkat dan sebagainya. Begitu juga pasir tersebut melambangkan perkara-perkara kecil yang lain dalam kehidupan kamu”, jawab Dr. Izwan dengan yakin dan gayanya yang tersendiri.

“Cuba kamu bayangkan jika balang kaca tersebut diisi bermula dengan pasir, sudah tentu ruang untuk bola golf dan manik amat terbatas. Begitulah juga kehidupan, jika kita hanya menghabiskan tenaga dan masa hanya kepada perkara kecil dan remeh… pasti dan pasti kita tiada lagi ruang masa dan tenaga untuk perkara-perkara yang penting dan bermanfaat”, Dr. Izwan menyambung.

Tiba-tiba seorang pelajarnya bertanya, “Habis… air kopi tu melambang apa pula?”. Sambil tersenyum Dr. Izwan menjawab, “Walau sesibuk mana pun kamu semua, ketahuilah bahawa kamu masih lagi punya waktu untuk minum secawan kopi bersama ibubapamu.

Wahai kawan-kawanku sekalian… jika kamu berasa kehidupan ini terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan sehingga anda merasakan masa selama 24 jam itu tidak cukup… sebenarnya anda silap! Berfikirlah dengan akal berpandukan Iman di dalam hati… tentukan yang mana satukah prioriti. Jangan lupa fahami sedalam-dalamnya tafsiran surah Al-‘Asr!!!.

sumber:-iLuvislam.com

“Cukuplah” & “Bersyukurlah”

Seringkali kita mengeluh tentang kecukupan keperluan hidup kita. Ada kalanya kita mengeluh bila kita membandingkan antara apa yang kita ada dan orang lain ada. Perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan harian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam-macam seolah-olah itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?

Seperti firman Allad dlm surah al baqarah:216
“… boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui..”
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap-harapkan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang-kurangnya ‘just nice’. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat.

Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?

Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for).Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.

Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru-baru ini. Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? ‘Grass is always greener on theother side’. Kan? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.

Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang-bayang. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia
(bayang-bayang) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.

Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan,tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan part time. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat-dapat sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.

Atau setidak-tidaknya dapat banyak part time. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi… Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba-tiba dia dapat banyak sangat part time. Hari-hari balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.

Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak buat part time. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main-main dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni… Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala-galanya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan…

Sesuatu yang terbaik bagi kita belum tentu terbaik bagi Allah. Hidup ini adalah pilihan.Setiap apa yang kita lakukan merupakan pilihan.

Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti,saudara-saudara semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara-saudara sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?

Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu’alam…

Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu.Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…

Akhir kata, berlajarlah untuk berkata cukup dan bersyukur dengan apa yang allah kurniakan…..

Qiyamullail, Doa & Infaq (Sedekah)

Qiyamullail , Doa & Infaq

Allah Swt adalah Tuhan alam semesta. Dialah Yang mengatur segala urusan makhluk di bumi maupun di langit. Dialah Tuhan Yang Mampu menghidupkan dan mematikan. Di tangan-Nya terletak segala kebaikan. Beruntunglah manusia yang sungguh menjadi hamba-Nya. Hamba yang dicintai dan diridhai-Nya. Sehingga setiap tindak-tanduk, laku dan pekerjaan yang ia kerjakan akan selalu mendapat pertolongan-Nya.

Allah Swt berfirman .

Yang Artinya : “Hambaku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan ibadah nafilah (sunnah) hingga Aku jatuh cinta kepadanya. Bila Aku sudah mencintainya, maka Aku akan menjadi pendengaran dimana ia mendengar. Aku akan menjadi penglihatan dimana ia menglihat. Aku akan jadi tangan dengannya ia menggenggam. Aku akan menjadi kaki dengannya ia berjalan.” HR. Bukhari.

Demikianlah manusia yang menjadi hamba Allah sekaligus mendapatkan kecintaan-Nya. Hidupnya akan penuh dengan berkah dan bahagia dunia serta akhirat. Dalam banyak kesempatan, Allah Ta’ala menggambarkan kebiasaan para hamba-Nya yang shalihin. Seperti tergambar pada ayat berikut:

Yang artinya: “Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menginfakkan rezeki yang Kami berikan.” QS. 32:16

Mengambil kesimpulan dari ayat di atas maka ada 3 cara kaum shalihin untuk mendekatkan diri kepada Allah Swt. Ketiganya adalah:

Qiyamullail, Berdoa dan Berinfak! Ketiga hal ini, bila dijalankan dengan kesungguhan dan istiqamah maka akan mendatangkan kecintaan Allah Swt dan pertolongan-Nya.

Qiyamullail, merupakan sebuah ibadah shalat malam yang kedudukannya adalah satu tingkat dibawah shalat fardhu. Dia begitu utama dan amat dianjurkan. Sebab, pada saat itu Allah Swt turun ke langit dunia hanya untuk menjumpai para hamba-Nya yang shalih.

Rasulullah Saw bersabda,

Jika telah berlalu pertengahan atau dua pertiga malam, Allah Swt turun ke langit dunia dan berfirman, ‘Adakah hamba-Ku yang meminta, pasti diberikan permintaannya. Adakah hamba-Ku yang berdo’a, pasti akan terkabulkan. Adakah hamba-Ku yang memohon ampunan, pasti akan diampunkan.’ Peristiwa ini terjadi hingga waktu Fajar datang.” HR. Muslim .

Do’a, adalah sebuah hubungan komunikasi antara seorang hamba dengan Sang Pencipta. Bagai sebuah mantra sulap, maka doa pun akan terkabulkan! Sebagaimana janji Allah Swt dalam ayat-ayat berikut:

“Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.” QS.2:186 “Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.” QS. 40:60

Infak, adalah manifestasi rasa syukur seorang hamba atas anugerah Tuhan yang pernah ia terima. Infak ini pun akan membuat pertolongan Allah Swt segera datang kepadanya. Rasulullah Saw bersabda,

“Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya…, Barangsiapa menolong urusan saudaranya (berinfak/bersedekah), maka Allah akan menolong segala urusannya. Barangsiapa yang menyelesaikan sebuah kekalutan seorang muslim, maka dengannya Allah akan melenyapkan kekalutan dirinya pada hari kiamat…” Hadits Muttafaq Alaihi.

Ketiga cara ini merupakan sebuah metod yang sistematik untuk meraih pertolongan Allah Swt. Ia merupakan sebuah entiti utuh dan berwujud satu-kesatuan. Bila rangkaian 3 ibadah ini dilakukan secara bersamaan, maka Insya Allah pertolongan Tuhan pun akan terwujud. Terdapat dalam kitab hadits Riyadhus Shalihin sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Siang itu seorang petani di kebun kurma meratapi kebunnya. Banyak sudah pohon yang tak menghasilkan disebabkan tanah kering tak punya air berkecukupan. Tak lama kemudian ia mengambil sikap. Ia angkat kedua tangannya dan menengadahkan kepalanya ke arah langit. Ia pasrahkan akan nasibnya dan mengadukan permasalahannya kepada Tuhan Yang Teramat Kuasa. Lama ia lakukan itu sambil berdiri. Ia yakin bahwa Allah Ta’ala mendengarkan pintanya. Benar saja, Allah Swt tidak akan menyia-nyiakan harapan serta permintaan hamba-Nya. Sejenak berselang, beberapa awan datang beriringan. Bagai ijabah atas do’anya, awan itu bergkumpul semakin tebal hingga berwarna kehitaman. Sang petani merasa girang. Ia tahu sebentar lagi akan turun hujan. Namun sayang, seketika ia mendengar suara dari langit yang mengatakan, “Wahai awan, bergeraklah ke kebun si Fulan!” Sejurus kemudian, bergeraklah awan meninggalkan petani yang tengah berdiri di kebunnya. Kelihatan kegusaran  ia mendapati hal ini. Seolah tak menerima ketentuan, ia pun berlari mengikuti kemana awan itu pergi.

Benar saja, akhirnya awan itu berhenti. Awan kemudian menurunkan segala air yang dikandungnya di atas sebuah kebun yang amat rimbun. Lebat pohonnya serta buahnya. Di kebun tersebut, air tidak pernah kekurangan. Si petani berdiri terdiam dengan rasa sesal dan tanda tanya. Sejenak berselang, kemudian ia dapati ada sesosok pria yang ia duga adalah pemilik kebun beruntung. Di bawah derasnya hujan, si petani menghampiri pemilik kebun lalu mengucapkan salam kepadanya. Salam pun terbalas, dan pembicaraan pun dimulai. Petani berbicara, “Saudaraku, apakah anda bernama si Fulan (ia menyebut sebuah nama yang ia dengar dari suara yang bersumber dari langit)?!” Seolah terkejut  namanya telah diketahui oleh orang yang belum ia kenal, si pemilik kebun bertanya balik, “Dari mana anda tahu nama saya?” Maka petani pun menceritakan kisahnya. Usai menjelaskan, sang petani bertanya kembali kepada pemilik kebun, “Saudara, apa yang kau lakukan sehingga namamu disebut di langit dan rezekimu bisa datang berlimpah tanpa susah?” Pemilik kebun menghela nafas. Sejenak ia berpikir, kemudian ia pun berujar, “Saudara…, tidak seorang pun yang mengetahui hal ini dan aku pun enggan memberitahukannya. Sebab engkau telah datang kemari dan mengetahui hal ini, aku pun akan menceritakan sebuah rahasia yang senantiasa aku lakukan.” “Apa itu, saudaraku?!” sang petani menunggu  penuh rasa teruja. “Ketahuilah…, setiap kali tanah ini memberikan hasil, sepertiganya aku sedekahkan. Sepertiganya lagi aku makan bersama keluarga. Sementara sepertiga sisanya, aku kembalikan ke kebun ini sebagai tambahan modal. Itulah yang aku kerjakan, dan rupanya Allah Ta’ala memberi keberkahan.” pemilik kebun menjelaskan rahasianya.

Subhanllah! Rupanya inilah yang tidak dimiliki oleh si petani. Benar, ia telah berdoa kepada Allah Swt agar hujan membasahi kebunnya, dan Allah Swt pun mengabulkan perkenannya dengan mendatangkan awan. Namun keampuhan ibadah sunnah seperti qiyamul lail dan do’a belum akan terasa dampaknya, sebelum manusia melakukan infak atau sedekah di jalan Allah Swt. Maka awan pun memilih untuk bergerak dan menurunkan airnya bagi orang yang bisa mengerjakan ketiga cara ini sekaligus; Qiyamul Lail, Do’a dan Infak! Semoga saya dan Anda dapat melakukannya bersamaan. Amien.

Pensyarah Lama Vs Pensyarah Baru

Semester ini jumlah pelajar yang mendaftar di UiTM Johor agak ramai iaitu sekitar 1400 orang. Sudah tentu tugas untuk membuat jadual waktu menjadi sukar. Ini melibatkan kelas dan tenaga pengajar. Kadangkala pensyarah terpaksa mengajar lebih daripada masa yang diperuntukkan.

Ketika saya menjadi Ketua Program di Sarawak, saya memulakan program dengan hanya 12 orang pelajar dan 2 pensyarah termasuk saya. Bila pelajar bertambah setiap semester saya memerlukan pensyarah baru dan berpengalaman. Namun hampir tiada pensyarah baru yang berpengalaman sanggup bertugas di UiTM Sarawak. Akhirnya hampir semua pensyarah di bawah pengawasan saya adalah pensyarah yang baru tanpa pengalaman mengajar.

Namun saya melihat walaupun mereka ini pensyarah baru tetapi mereka lebih gigih bekerja daripada pensyarah lama & berpengalaman. Mereka kuat bekerja tanpa mengira masa. Ketika pensyarah lama balik mengejar masa untuk mengambil anak di sekolah, mereka masih setia di pejabat membuat tugasan . Mereka setia hingga ke malam menghadiri aktiviti pelajar ketika kelibat pensyarah lama tidak pernah kelihatan dalam setiap aktiviti pelajar.  Kita sering membezakan pensyarah baru & pensyarah lama . Jika dilihat hasil kerja & kretiviti serta sumbangan kepada UiTM , di lihat pensyarah baru lebih banyak idea dan hasilnya.  Namun ada kalanya sumbangan mereka ini diperlekehkan.

Sikap sesetengah ketua yang mengamalkan pilih kasih @ kroni dalam menentukan perjalanan jadual waktu pensyarah serta memilih kroni dalam memberi kerja lebih masa @ part time amatlah tidak berintergriti. Saya memandang rendah jika mempunyai ketua sebegini. Sering kedudukan seseorang pensyarah itu dikategorikan antara lama dan baru. Dalam memberi sesuatu peluang kategori ini dijadikan KPI sedangkan ada kalanya orang baru tetapi berpengalaman lebih layak. Seharusnya kebolehan pensyarah itu dinilai dari segi sumbangan serta kebolehan serta komitmentnya kepada fakulti. Saya sudah masak dengan politik pejabat. Jadilah ketua yang adil dan saksama dalam menjalankan tugas agar tidak di soal di akhirat nanti.

Oleh itu kita jangan membezakan pensyarah baru dan lama. Apa yang lebih penting kita melihat siapa yang boleh bekerja dan meyumbang idea serta tenaga untuk anak bangsa, negara dan UiTM khususnya.

Wi-Fi

wifiBeberapa minggu yang lepas saya terpandang beberapa device Wi Fi telah dipasang disetiap level bagunan uitm johor. Bukan itu sahaja, kebanyakkan tempat seperti masjid, dewan kuliah dan cafeteria pun dipasang device wifi .

Kini impian dan harapan warga uitm johor untuk mengakses internet secara percuma di mana jua mereka berada di kampus terlaksana. Terima kasih kepada Pengurusan UiTM & Unit IT yang telah berusaha mengadakan kesemua kemudahan ini untuk warga UiTM Johor.

Saya berharap kita menggunakan kemudahan ini sebaik mungkin terutama untuk tujuan pembelajaran.

%d bloggers like this: