Pensyarah Lama Vs Pensyarah Baru

Semester ini jumlah pelajar yang mendaftar di UiTM Johor agak ramai iaitu sekitar 1400 orang. Sudah tentu tugas untuk membuat jadual waktu menjadi sukar. Ini melibatkan kelas dan tenaga pengajar. Kadangkala pensyarah terpaksa mengajar lebih daripada masa yang diperuntukkan.

Ketika saya menjadi Ketua Program di Sarawak, saya memulakan program dengan hanya 12 orang pelajar dan 2 pensyarah termasuk saya. Bila pelajar bertambah setiap semester saya memerlukan pensyarah baru dan berpengalaman. Namun hampir tiada pensyarah baru yang berpengalaman sanggup bertugas di UiTM Sarawak. Akhirnya hampir semua pensyarah di bawah pengawasan saya adalah pensyarah yang baru tanpa pengalaman mengajar.

Namun saya melihat walaupun mereka ini pensyarah baru tetapi mereka lebih gigih bekerja daripada pensyarah lama & berpengalaman. Mereka kuat bekerja tanpa mengira masa. Ketika pensyarah lama balik mengejar masa untuk mengambil anak di sekolah, mereka masih setia di pejabat membuat tugasan . Mereka setia hingga ke malam menghadiri aktiviti pelajar ketika kelibat pensyarah lama tidak pernah kelihatan dalam setiap aktiviti pelajar.  Kita sering membezakan pensyarah baru & pensyarah lama . Jika dilihat hasil kerja & kretiviti serta sumbangan kepada UiTM , di lihat pensyarah baru lebih banyak idea dan hasilnya.  Namun ada kalanya sumbangan mereka ini diperlekehkan.

Sikap sesetengah ketua yang mengamalkan pilih kasih @ kroni dalam menentukan perjalanan jadual waktu pensyarah serta memilih kroni dalam memberi kerja lebih masa @ part time amatlah tidak berintergriti. Saya memandang rendah jika mempunyai ketua sebegini. Sering kedudukan seseorang pensyarah itu dikategorikan antara lama dan baru. Dalam memberi sesuatu peluang kategori ini dijadikan KPI sedangkan ada kalanya orang baru tetapi berpengalaman lebih layak. Seharusnya kebolehan pensyarah itu dinilai dari segi sumbangan serta kebolehan serta komitmentnya kepada fakulti. Saya sudah masak dengan politik pejabat. Jadilah ketua yang adil dan saksama dalam menjalankan tugas agar tidak di soal di akhirat nanti.

Oleh itu kita jangan membezakan pensyarah baru dan lama. Apa yang lebih penting kita melihat siapa yang boleh bekerja dan meyumbang idea serta tenaga untuk anak bangsa, negara dan UiTM khususnya.

Posted on July 9, 2009, in E - Catatan Penulis. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. assalamualaikum wrt wbt..

    saya akan menamatkan pengajian ijazah saya tahun depan dan bercadang untk menjadi pensyarah..

    being a lecturer has a always been my dream as i really want to contribute something to the youth..and i figured academia is the best and efficient medium to achieve that..

    sya berminat nak tahu pendapat prof., which one is the best. bekerja di universiti baru, atau established universiti; in terms of how well can we contribute, the rate of career development, and yeah, karenah birokrasi… org kata universiti lama2 ni senioriti nya lebih sikit..so..i would like to hear your two cents, of course if you don’t mind…

    thank you very much

    wassalam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: