Antara Facebook , Anidah @ Adina & saya.

Salam buat semua pengunjung AMKTS yang saya kasihi….

Sebagai pensyarah hubungan saya dengan pelajar hanya rapat  ketika mereka masih menuntut. Saya juga tidak pernah membuat satu perangkaan berapa banyak pelajar telah saya asuh dan didik.  Bila mereka tamat pengajian mereka membawa haluan masing-masing.  Saya tidak ambil kisah apa yang mereka lakukan setelah tamat pengajian. Biasanya hubungan pensyarah dan pelajar akan terhenti di situ.

Saya perlukan sesuatu kaedah yang dapat merapatkan hubungan saya dengan pelajar. Ketika saya menjadi Ketua Program di UiTM Sarawak, saya mengambil pendekatan menggunakan Yahoo Groups untuk memudahkan saya mengenali pelajar yang kian meningkat setiap semester. Ternyata kaedah ini  berhasil. Hingga kini saya mampu mengenali mereka walaupun mereka telah tamat pengajian. Hubungan saya bersama pelajar IS110 UiTM Sarawak bertambah erat bila saya membuka akaun Facebook dan menubuhkan kumpulan Alumni IS110 UiTM Sarawak.

Takdir Allah saya telah dipertemukan semula dengan bekas pelajar saya semasa mengajar di UiTM Shah Alam. Ianya satu hubungan yang amat istimewa kerana kami bertemu di Facebook.  Anidah dan saya dipertemukan setelah hampir lapan tahun terpisah dan dipertemukan dalam jarak yang jauh. Ketika ini nida  [ nota: panggilan mesra utk beliau ] sedang melanjutkan pelajaran diperingkat Master di Tasmania , Australia dlm bidang warisan budaya.

anidah2Semalam saya dan Anidah bersembang melalui aplikasi sembang facebook hampir 4 jam. Banyak yang kami kongsi bersama termasuk rahsia peribadi beliau  [ nota: saya dah janji akan menjaga amanah rahsia yang beliau ceritakan ].  Mengenali nida cukup menarik. Semasa menjadi pelajar beliau hanyalah pelajar biasa-biasa  tetapi kini beliau adalah insan yang cemerlang dan luar biasa. Beliau adalah model graduan UiTM yang boleh dijadikan contoh.  Lantas saya melamar beliau untuk datang ke UiTM Johor untuk memberi motivasi dan berkongsi cerita kejayaan beliau bersama pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor. Saya akan dapatkan tarikh sesuai bila beliau kembali ke tanah air untuk bercuti nanti.

Saya menganggap nida sebagai rakan saya dan bukan pelajar atau bekas pelajar saya. Pengalam hidup yang beliau lalui selepas tamat pengajian menjadikan saya begitu teruja. Kejayaan beliau pada hari ini bukan datang bergolek. Beliau melalui pelbagai suka duka serta rintangan sebelum dapat mengecapi kemanisan hidup. Beliau wanita yang gagah serta berani merempuh segala cabaran. Jiwa beliau cukup kental dan tidak mudah terpedaya dengan tipu daya.  Beliau sentiasa berdoa dan bersyukur atas apa yang beliau kecapi hari ini. Beliau mengenepikan cita-cita demi kasih dan sayangnya kepada ayah yang tercinta. Saya cukup teruja dengan kisah hidup beliau  dan menanti perkongsian pengalaman beliau bersama pelajar saya nanti.

Terlalu banyak yang saya nak berkongi mengenai wanita bernama Anidah bt Hj. Alias ini . Namun cukup setakad ini kerana saya mahu nida  menceritakan sendiri pengalaman beliau di dalam Blog beliau sendiri. Kita  sama-sama berdoa agar Allah mempermudahkan segala apa yang nida cita-citakan.

Sebagai penutup bicara saya ingin mengucapkan tiga perkara buat nida..

1. Saya mengucapkan tahniah kerana telah menjadi pensyarah dan berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Master di Tasmania, Australia.

2. Saya ingin merakamkan takziah buat nida dan keluarga kerana kehilangan ayah tercinta yang telah kembali ke   rahmahtulallah.

3. Saya mengucapkan selamat pengantin baru buat nida dan suami. Semoga jodoh berpanjangan dan dimurahkan rezeki.

Akhir kalam buat nida,  saya mohon jutaan maaf  jika ada tulisan saya ini ada menyinggung perasan nida. Yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang itu adalah kelemahan diri saya sendiri. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersyukur dan berdoalah setiap waktu agar Allah membimbing kita ke jalan yang diredai serta di berkati hidup ini.

Posted on July 18, 2009, in E - Catatan Penulis. Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. http://etadbir.umk.edu.my/webpakar/detail.php?fauzan=laeRopOv

    Anidah Alias kelulusan Master dari UKM bukan Tasmania.
    dia hanya buat case study di Tasmania..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: