Monthly Archives: October 2009

Wajah & Aplikasi Baru IMS Yahoo Groups

Sejak memenangi pingat emas dalam IID Johor 2009 fikiran saya tidak duduk diam. Tugas menjadi lebih berat kerana kriteria untuk bertanding di IID Shah Alam perlu melalaui proses yang rumit. Produk perlu di patent dan perlu ada penyelidikan ke atasnya. Sudah dua malam saya tidur lewat untuk membuat sedikit pencarian bahan di Internet untuk prodak Penasihat Akademik dan Yahoo Groups. Hasilnya amat memuaskan. Saya berasa lega dan bersyukur kepadaNya. Allah swt mempermudahkan segalanya. Hasilnya saya telah menukar paparan IMS Yahoo Groups. YahooYG Groups akan menjadi eLearning kepada pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor. Saya menyeru kepada semua pelajar mendaftar menjadi pengguna IMS Yahoo Groups. Pensyarah adalah pengguna pertama akan menjalani latihan penggunaan IMS Yahoo Groups. Saya berdoa usaha saya ini akan memberi satu ilmu baru kepada warga fakulti. Jangan lupa sentiasa ke IMS Yahoo Groups @ http://groups.yahoo.com/group/imsjohor

Advertisements

IID & PhD

Tugas dan amanah mengajar semester ini telah selesai. Alahai malasnya nak memeriksa kertas peperiksaaan ahir pelajar apatah lagi menyemak semua final report ETR 300 pelajar. Saya mahu menumpukan 2 perkara buat masa ini iaitu Projek IID dan pengajian PhD. Soal KIK saya serahkan pada rakan yang lain. Mereka lebih arif apa yang perlu dilakukan. Kebetulan Projek IID dan KIK mempunyai persamaan.

Saya seronok membuat 2 perkara ini kerana ianya adalah sebahagian penyelidikan PhD saya. Semua ini datang secara kebetulan ketika saya amat runsing memikirkan tajuk PhD. Setiap malam saya berdoa dan terus berdoa agar Allah swt mempermudahkan perjalanan PhD saya ini. Saya amat bersyukur padaNya kerana diberi petunjuk dan saya amat teruja dengan topik yang saya akan terokai ini.

iid dgn tetamu

Tetamu bergambar bersama pemenang Gold Medal

iid group 2

Bersama kumpulan pelajar

Siang tadi saya berjaya memujuk dan menyakinkan Tim. Pengarah Jaringan Industri dan Penyelidikan untuk membawa Projek IID Yahoo Groups mewakili Johor ke Shah Alam. Saya perlu memanfaatkan sebaiknya peluang dan ruang yang diberi. Saya berdoa agar Allah swt mempermudahkan segalanya. Akhirnya Fakulti Pengurusan Maklumat akan membawa dua produknya bertanding ke IID di UiTM Shah Alam 2010. Warga Fakulti dan rakan-rakan doakan kejayaan kami membawa pingat emas ke UiTM Johor. Sokongan dan Doa kalian adalah pembakar semanagat kami.

Masa untuk meraikan kejayaan…

Bulan Oktober merupakan Majlis Konvokesyen untuk kebanyakkan IPTA di Malaysia dan tidak terkecuali UiTM. Bulan ini saya akan menghadiri dua majlis konvokesyen di UiTM iaitu untuk meraikan pelajar Program Khas Pengsiswazahan Guru Besar (PKPGB) dan pelajar Diploma IS110 dari UiTM Sarawak & UiTM Johor.

Perlawaan rakan-rakan dan bekas pelajar Program Pengsiswazahan Guru Besar (PKPGB) UiTM Sarawak untuk bersama meraikan kejayaan mereka di Konvokesyen ke 71 tidak dapat saya elakkan.  Mereka datang jauh dari Sarawak ke Malaya ( rujukan orang sarawak kepada semenanjung Malaysia) untuk ke pentas Dewan Sri Budiman UiTM Shah Alam  menerima segulung Ijazah.  Dalam tiga tahun yang lepas mereka telah bersabar, berkorban dan berdoa agar mereka mampu menamatkan perjalanan yang getir. Mereka adalah orang yang telah ada tanggungjawab kepada keluarga dan kerjaya. Dalam usia menjangkau 45 tahun ke atas mereka terlalu gagah untuk menuntut ilmu. Buktinya ramai yang mendapat Ijazah kelas pertama dan kelas ke dua tertinggi. Mereka adalah contoh kepada generasai muda. Saya amat kagum dengan semangat jitu yang ada pada setiap graduan guru besar dari Sarawak ini. Sekalung tahniah dan syabas buat mereka. Semoga segala ilmu yang telah dipelajari dapat dicurahkan kepada anak-anak demi bangsa, agama dan negara. Saya dapat melihat keriangan dan kegembiraan di wajah mereka sewaktu mengatur langkah masuk ke Dewan Sri Budiman dan dengan penuh bergaya sewaktu meniti pentas menerima Ijazah . Semoga kalian semua menjadi Guru Besar yang cemerlang. Tahniah & Syabas.  Majlis Konvo pkpgb2Majlis konvo pkpgb3

Saya juga berkesempatan untuk bersama pelajar Diploma IS110 dari UiTM Sarawak dan Johor untuk bersama mereka meraikan kejayaan di hari yang penuh bermakna. Saya dapat memerhatikan mereka dari atas pentas dan sempat melambaikan tangan ketika mereka semua berdiri menerima perarakan pensyarah masuk ke Dewan Sri Budiman. Seronok dapat berjumpa, bersalaman dan bergambar bersama mereka. Inilah hasil yang telah dituai selama tiga tahun berada di kampus. Ramai di antara mereka telah melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Pesan saya, gunakan peluang ini sebaik mungkin agar dapat meraih Ijazah Kelas Pertama nanti. Kerajaan pun telah berjanji menukar taraf pinjaman PTPTN kepada biasiswa kepada pelajar yang mendapat kelas pertama. Saya ucapkan tahniah dan mendoakan kejayaan yang lebih cemerlang buat kalian semua.

irni & bakri di konvo 71Saya amat gembira juga bila dapat bersama bekas pelajar diploma saya yang kini telah pun menjadi pensyarah di Fakulti yang sama. Irni adalah kesinambungan dalam menabur bakti kepada adik-adik yang lain agar menjadi insan yang sempurna dan berjaya. Kepada semua graduan Diploma Pengurusan Maklumat saya ucapkan selamat maju jaya. Inilah masa untuk meraikan kejayaan anda.Jangan lupa mendoakan yang terbaik buat ibu bapa dan guru-guru yang telah berjasa kepada kalian. Tahniah dan Selamat Maju Jaya.konvo1 71

Kepada bekas pelajar saya di UiTM  Sarawak yang telah  bergelar  graduan Sarjana Muda Pengurusan Maklumat, saya ucapkan tahniah. Sesungguhnya masa berlalu begitu pantas dan kalian semua telah meninggalkan alam pengajian dan memulakan satu alam baru iaitu alam pekerjaan. Bekerjalah dengan baik. Usahlah memilih pekerjaan. Selalu berdoa dan percayalah bahawa rezeki itu ditangankonvo2 71 Allah Swt.  Sentiasa bekerja dengan gigih, tabah dan jujur. Saya yakin kalian akan mendapat pekerjaan yang baik. Mohonlah pada Nya. Lakukan banyak  solat hajat sebelum temuduga. Semoga Allah mempermudahkan segalanya. Saya doakan kalian berjaya di dunia dan akhirat. Kalau makan nasi minyak tu jangan lupa jemput  saya ..

%d bloggers like this: