Sentuhan Syima Fuyoo

Salam buat semua…

Jika ada rezeki dan diizinkan oleh Allah swt saya hanya ada 1 bulan lagi di UiTM Johor sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Ini adalah destinasi saya yang terakhir dalam meniti tangga menimba ilmu.  Namun ramai rakan-rakan yang tertanya-tanya..”Bakri, jadi ke you nak further study? Buat kerja macam tak jadi nak sambung belajar je..” Itulah pandangan rakan-rakan yang melihat kesibukan saya akhir-akhir ini.

Sememangnya saya teramat sibuk akhir-akhir ini demi memastikan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor dilihat satu fakulti yang disegani. Saya amat bangga dengan semangat sepasukan pensyarah yang berjaya membawa nama baik fakulti sehingga berjaya memenangi beberapa anugerah & kejayaan semester ini.  Dalam IID 2009 misalnya fakulti berjaya merangkul 4 pingat emas, dalam pertandingan KIK peringkat UiTM Johor kita muncul sebagai Johan, dimajlis Anugerah Dekan baru-baru ini kita juga menyapu bersih 3 anugerah yang diperuntukkan. Mungkin akan menyusul beberapa kejayaan lagi sebelum menutup tirai semester ini. Sama-samakita doakan kejayaan akan datang.  Inilah antara sebab saya begitu bersemangat untuk menjadikan Fakulti Pengurusan Maklumat ini lebih gemilang.

Justeru itu saya mahu maklumat berasaskan laman sesawang @ Web Base menjadi satu budaya menimba ilmu dan berkomunikasi dalam kehidupan pelajar dan pensyarah. Justeru itu saya mewujudkan IMS Yahoo Groups dan mahu

Syima

Syima Fuyoo

menggunakan Blog sebagai satu wadah saluran maklumat kepada pelajar dan pensyarah. Kesibukan saya tidak membataskan harapan dan cita-cita saya. Saya bertuah kerana saya mempunyai ramai pelajar yang berkebolahan mengendalikan laman Blog. Saya mengintai-intai calon yang sesuai lalu saya memilih Nur Hayatul Syima Binti Hanifah@ Syima sebagai orang yang dapat memberi sedikit sentuhan pada Blog IMS. Kepercayaan yang saya berikan tidak sia-sia. Beliau sememangnya seorang pengendali Blog yang hebat. Sentuhannya mengkagumkan dan saya tidak perlu banyak menghantar SMS untuk memberi arahan. Tahniah dan Terima Kasih kepada Syima. Lihatlah perubahan kepada Blog IMS @ http://www.imsjohor.blogspot.com .ims

Posted on November 6, 2009, in Aktiviti Pelajar, E - Catatan Penulis. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Thank you sir,sy rasa bertuah dpt menguruskan blog IMS.
    sy sangat2 berminat dlm penulisan & pngendalian blog.
    peluang dipilih utk mguruskan Blog IMS,satu
    peluang keemasan utk sy.
    sy akan cuba yg terbaik.TQ

  2. sir.saya sebagai kawan baik syima rasa bangga sgt sebab kwan saya jadi pengurus blog IMS.
    go syima go!
    =]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: