Membentuk Kumpulan Penyelidik

Salam ukwah buat semua pengunjung AMKTS…

Ketika baru menjawat jawatan pensyarah, saya menjangka hanya tertumpu kepada pengajaran sahaja. Bidang penyelidikan begitu asing pada saya. Malah pensyarah senior di Fakulti Pengurusan Maklumat tidak pernah menjemput bersama menjalankan penyelidikan. Akhirnya saya terus leka tanpa membuat apa-apa sumbangan dalam penulisan dan penyelidikan. Masalah mula timbul bila semua perkara ini diperlukan dalam proses kenaikan pangkat. Nasib saya agak baik kerana semasa berkhidmat di UiTM Sarawak saya bersahabat dengan rakan di fakulti lain yang banyak membimbing dan meletakkan nama saya dalam projek perundingan dan penyelidikan mereka. Namun dalam bidang pengurusan maklumat hasilnya  boleh dikira sebelah jari sahaja.

Melanjutkan pengajian di peringkat PhD banyak mengajar dan membuka mata saya dalam bidang penulisan dan penyelidikan sebenarnya. Justeru itu saya mahu berkongsi ilmu ini dengan beberapa pensyarah baru di Fakulti Pengurusan Maklumat yang saya yakin boleh memberkan komitment. Hasilnya, saya menjemput mereka  bersama saya dalam membentuk kumpulan penyelidikan dan penulisan . Saya telah menjemput Cik Siti Nuur-Ila,En. Isma  & Pn. Rahayu. Dalam Mesyuarat yang pertama saya telah letakkan satu KPI serta sasaran untuk kumpulan kami hingga akhir tahun 2011 kami akan menyiapkan :-

  1. Dua buku terbitan UPENA
  2. Empat Pembentangan kertas kerja di Konferensi
  3. Dua penyelidikan
  4. Satu Projek perundingan

Saya telah mengagih-agihkan tugas kepada ahli kumpulan dan saya yakin pensyarah muda ini faham dan bersemanagat untuk melakukannya. Saya nyatakan bahawa” insyallah penatnya nanti tentu berbaloi-balaoi”. Kata tanpa di kota tidak bermakna. Justeru itu saya mengarahkan mereka untuk mengisis borang memohon Dana Penyelidikan. Dari sini kami akan bergerak mengikut fasa-fasa yang akan digariskan nanti.

Kita hanya mampu berusaha dan jangan lupa perancangan itu perlu diiringi doa dan munajat kepada NYA. Saya menyeru kepada ahli kumpulan saya agar tidak putus-putus berdoa agar apa yang kita rancang dan usahakan dipermudahkan oleh Allah swt. Cara terbaik ialah melakukan solat malam. Dalam riwayat Abu Hurairah r.a maksudnya ” Allah, Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam ketika masih tinggal sepertiga malam yang terakhir sambil berfirman: “Adakah sesiapayang berdoa (pada waktu ini), maka Aku akan perkenankannya? Adakah sesiapa yang ngin meminta sesuatu (pada waktu ini) maka Aku akan kurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin memohon ampun (pada waktu ini) maka aku akan ampunkannya”. Bersama kita berdoa agar niat murni dan perancangan kita dipermudahkan.

” Pendidikan yang paling praktikal ialah melatih diri kita untuk melakukan apa yang harus dilakukan, bila dan sama ada kita mahu atau suka melakukannya atau tidak. LAKSANAKANLAH !

Semoga kejayaan milik kita.

Bakry, Taman Bunga Raya Segamat Johor

Posted on May 5, 2010, in Penyelidikan. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Bang..bukan cara itu nak tubuh satu komitee penyelidikan… sampai 2014 pun tak terbit! Kalau terbit pun kena perlekeh. JAdi buangkan ego anda sebagai pensyarah lama, penulis blog berbakat…pergilah melutut dekat dekan, profesor kata nak berguru dengan mereka. Jangan Abang pula yang nak jadi tok guru kepada pensyarah muda….nanti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Maaf kalau terkasar bahasa! Percayalah saya pun macam abang juga….telah lalui perit jerih PhD

  2. Terima kasih atas ulasan saudara “darah jebat”. Ilmu sedikit yang saya ada adalah milik Allah swt dan saya sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman bersama rakan pensyarah. Niat yang ikhlas dan bukan untuk ego sebagaimana tuduhan saudara. Bukan juga untuk menjadi Tok Guru tetapi sekadar membimbing rakan atas pengalaman yang telah dilalui. Semoga Allah memberkati usaha saya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: