Selamat Hari Ibu

Salam ukhwah buat semua pengikut setia AMKTS…

Hari Ahad ini 9 Mei 2010 kita akan meraikan Hari Ibu. Kesempatan pulang bercuti hari minggu adalah masa terbaik untuk kita bersama keluarga meraikan Hari Ibu ini. Saya sendiri telah mengatur aturcara sambutan Hari Ibu untuk Isteri & Ibu saya. Anda bagaimana? Jika anda ingin menghantar kad menerusi e-mail ini adalah masanya. Di sini saya pautkan laman web E-KAD HARI IBU untuk rujuan kalian.  Saya juga pautkan video Kasih Ibu di sini untuk kita lebih menyayangi ibu kita.

Untuk yang telah berkeluarga  sempena hari ibu  saya ingin berkongsi entri yang saya ambil dari saudari Aniz Hj. Anwar iaitu
Kaunselor & Therapist @ http://anizanwar.com

Jangan Salah Asuh..

” Bagaimana pengaruh gaya asuhan boleh mempengaruhi PERSONALITI INDIVIDU. Nampak macam isu yang simple tapi kalau nak tahu inilah salah satu FAKTOR PENTING sebenarnya dalam mencorakkan KONSEP KENDIRI kehidupan kita.

Saya selalu diajukan dengan soalan…  Saya ada masalah keyakinan diri, kadangtu malu tak bertempat.  Saya ada masalah jerawat yang kronik…allergic… Saya selalu ada perasaan was-was, keliru dan kurang yakin. Bagaimana CARA yang terbaik untuk mengatasi masalah ini? Tentu anda pun nak tahukan?

Kalau kita sesat jalan kena patah balik ke pangkal jalan, itulah pesan orang tua-tua…begitu juga sebenarnya kehidupan kita. Ada masalah berkaitan PERSONALITI kena patah balik tengok MAK AYAH KITA. Lazimnya mereka YANG SIGINIFIKAN & RAPAT merupakan individu yang banyak mempengaruhi pembentukan personaliti kita.

Hemm, disinilah PERI PENTINGNYA ILMU untuk mengenalpasti dan MELUPUSKAN personaliti-personaliti yang kurang molek agar tidak terus diwarisi menjadi penyakit keturunan. Macam yang di atas tadilah kurang keyakinan diri, malu yang tidak bertempat, panas baran, penakut, ego terlalu tinggi, pendendam, pemendam, mudah
mengaku kalah dan sebagainya.

Anda nak tahu sejak bila PERSONALITI mula dibentuk? Dari segi teori sejak berumur 0 tahun hingga 18 tahun, pada tahap ini intra personaliti individu mula dibentuk. Apatu intra personaliti? Intra personalitinie maksudnya PERSONALITI DALAMAN. Disinilah sebenarnya bermulanya Bakry membentuk personaliti membina KEPERCAYAAN DIRI, RASA INISIATIF, MENARIK DIRI, RASA BERSALAH, KEKELIRUAN dan sebagainya.

Saya bagi clue sketlaa kasi jawab sket PERSOALAN yang bermain di fikiran anda…. Cthnya PERINGKAT UMUR 2 HINGGA 3 TAHUN: Pada peringkat ini anak-anak telahpun bermula membentuk personaliti KEBEBASANNYA…saat ini kemahiran psikomotor, pergerakan fizikal sudahpun diperolehi maka proses eksplorasi mereka sudahpun bermula namun sekiranya RASA KEBEBASAN ini selalu disekat, dimomokkan dengan emosi dan andaian negatif yang menakutkan…maka hasilnya adalah anak ini akan membesar menjadi individu YANG PEMALU kerana setiap usaha eksplorasinya ditegur…dikritik…dimarahi…diejek…dengan perkataan-perkataan tidak sewajarnya keluar dari mulut orang dewasa yang berakal.

Hemm, jangan sangka anak kecil tidak punya emosi dan perasaan yer! Malah jiwa mereka lagi bersih dan halus sebenarnya. Dan disinilah KEPENTINGAN sebagai ibubapa mengetahui FASA UMUR DAN SIGNIFIKAN terhadap pembentukan personaliti,dengan keilmuan dan kefahaman GAYA ASUHAN DAN DIDIKAN yang tepat di setiap fasa serta umur yang terlibat berupaya membantu pembentukan peribadi dan personaliti yang lebih hebat dan cemerlang, insyaAllah.

Ilmu inilah nanti insyaAllah dapat membantu anda menjadi ibubapa yang LEBIH BAIK. Tentunya anda inginkan anak-anak anda memiliki keperibadian yang murni dan kecemerlangan akademik disamping nilai keagamaan yang tinggi bagi menjamin kehidupannya yang bahagia dan berjaya bukan sahaja di dunia dan akhirat.

InsyaAllah anda bakal menemui KEINDAHAN DAN POTENSI DIRI yang boleh digilapkan untuk kesejahteraan keluarga yang lebih harmonis dan diredhai Allah, insyaAllah. Keyakinan tentang POTENSI DIRI yang dibekali Ilahi dalam setiap insan dan keyakinan terhadap kekuasaan Allah Yang Maha Agung. Bukan itu sahaja nak ajar anak-anak MIND POWER pun boleh…kehebatan kuasa minda dan doa! Biar mereka MUDAH MENGIKUTI PROSES PEMBELAJARAN, TERANG HATI DAN HEBAT PERSONALITINYA dan YANG PASTI menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah.

InsyaAllah ‘ilmu’ ini nanti anda WARISKAN kepada anak-anak! Remember dalam banyak artikel-artikel saya yang mengupas tentang ‘penyakit keturunan’…cerapan minda dan proses duplikasi. Dengan KESEDARAN untuk membina kehidupan yang lebih sejahtera, harmoni, bahagia, cemerlang dan diredhai Allah harapan juga doa tulus dari saya SEMOGA usaha murni yang dibawakan Klinik Sukses bakal membuka lembaran baru…WAJAH TRANSFORMASI anda serta insan-insan yang dikasihi, insyaAllah!

Stop blaming others! Take incharge to YOUR LIFE! YOU CAN HEAL….YOU CAN CHANGE if you want to…You HOLD the key to your happiness, success, abundance and etc…

People ask me? WHY am I still the same…sana sini berubat, sana sini belajar…dapatkan pertolongan tapi saya rasa sama sahaja? Kenapa??? Law Of Attraction….Give Permission and Let Go!!! Don’t ever fall in love with your PAIN!!! Most of the people who struggles…having private war on themselves because they are AFRAID…they are
afraid to LET GO! And it is HARD for them to forgive sometimes forgive others people that they loved in their life and sometimes FORGIVE TO ONESELF ~ memaafkan diri sendiri yang mungkin juga dibelenggu dan dihantui dengan kekesalan memberi peluang untuk dipermainkan, untuk dilukai, disia-siakan kebaikan dan pengorbanan …benci, geram, marah, sakit hati, kecewa, putus asa yang disimpan dan dipendam.

How to MAKE PEACE to yourlife and others around you… Join me, insyaAllah I will SHOW YOU THE WAY..I will share with you the SECRET!

Looking forward to hear your next hapiness, success, love, abundance a lot of more!

Much more MIRACLES to come to you …THIS is a GIFT from Allah…satu peluang & ruang untuk mengubah wajah transformasi impian anda.

Kenapa saya katakan begitu? Anda berdoa mencari PENAWAR mengubat diri dan hari ini ditemukan jalan dan penawarnya, mengapa perlu bertangguh lagi,mengapa harus anda tidak adil pada diri sendiri?… Jangan sia-siakan anugerah dan perhatian yang telah Allah kirimkan…

Izinkan saya bersama mengiringi penyembuhan anda, penerokaan dunia baru…

New Life begin with you… U’ll love it, insyaAllah!” – Aniz Hj Anwar

So semoga petikan ini dapat kita berkongsi dan mengamalkannya
Selamat Hari Ibu Buat Ibu-Ibu di FPM UiTM Johor,

Bakri, Kondo Puri Aiyu Shah Alam

Posted on May 7, 2010, in E - Catatan Penulis. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: