Monthly Archives: June 2010

JOM KE KEDAI BUKU SAYA


JOM KE KEDAI BUKU BAKRI @
www.stormreaders.net/success

Assalammualaikum saudara dan saudari yang dihormati, salam ukhwah….

Terlebih dahulu, saya ucapkan syabas di atas minat saudara/saudari untuk mengetahui PROGRAM STORMREADERS yang menjurus ke arah menjalankan tanggungjawab “Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim), yang terletak di bahu setiap orang Muslim!Program ini disertai oleh ikon-ikon Telaga Biru, Ust Zahazan Mohamed, Dr Abdul Basit, Dr Zulkifli, Ust Mohamad Abdullah, Ust Mohd Nizam, Ustz Nik Salida, Ust Abdul Rahman, Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Ustz Dato Siti Nor Bahyah, Ust Wan Akasyah, Dr Irfan Khairi, Ust Zamri, Dato Hj Ismail Kamus, Dr HM Tuah dan ramai lagi.

Secara asasnya Pelan Pemasaran Stormreaders adalah PELAN JUALAN memandangkan Stormreaders mempunyai kekuatan pada produk yang terbukti BOLEH DIJUAL dan ada MARKET/PERMINTAAN. Untuk makluman, produk Stormreaders bukanlah produk-produk baru dan sebelum ini ianya telah pun dijual secara konvensional oleh penjual-penjual buku termasuklah MPH, POPULAR dan lain-lain tokoh buku.

Lebih istimewa, di Stormreaders produk-produk ini masih dijual pada harga PASARAN, tidak seperti kebanyakkan MLM lain yang menjual produk pada harga yang tidak berasas! Program Stormreaders adalah 100% patuh SYARIAH dan lebih istimewa lagi ada BONUS “OVERRIDING” selepas meninggal dunia (mati), iaitu ilmu-ilmu yang bermanfaat yang telah kita sebarkan melalui penjualan bahan-bahan ilmu ini, InsyaALLAH…

Setelah mendaftar, saudara/saudari akan menerima keperluan-keperluan perniagaan iaitu kedai dan pejabat maya ( e-store dan e-net), katalog dan kit permulaan perniagaan. Dengan kelengkapan ini, saudara/saudari boleh promosikan e-store tuan secara online dan pada masa yang sama saudara/saudari juga boleh MENJAJA SECARA KATALOG yang dibekalkan kepada kenalan-kenalan saudara/saudari samada rakan sekerja, sepejabat, jiran-tetangga, ahli keluarga dan sanak saudara dan sesiapa sahaja, untuk membuat jualan secara “offline”.

Untuk aktif dalam rangkaian, saudara/saudari boleh mulakan langkah dengan mendaftar sebagai PENGEDAR. Saudara/saudari perlu sediakan maklumat-maklumat seperti dalam pdf file “member profile” yang saya emailkan bersama ini untuk pendaftaran.

Bayaran ialah RM90 Keahlian + Tempahan Produk sebanyak 100cp. Bayaran RM90 Keahlian ini adalah untuk perkara berikut:-

RM30 – KAD AHLI merangkumi Insuran Takaful Kemalangan Diri sebanyak RM30k dan Khairat Kematian
RM3k TAHUNAN.

RM30 – SEWA KEDAI MAYA ( e-store www.stormreaders.net/[nama-kedai] ) dan SEWA PEJABAT MAYA ( e-net, akan dapat login ID, Password dan E-Wallet )- TAHUNAN.

RM30 – KIT PERNIAGAAN ( Borang Keahlian untuk sponsor ahli baru, Katalog, Borang pesanan buku, buku resit, Profile Syarikat termasuklah Pelan Pemasaran, tips-tips dan maklumat-maklumat lain ) – SEKALI SAHAJA.

Manakala mata 100cp pula “lesen” menjadi PENGEDAR dan membolehkan saudara/saudari membuat PENAJAAN (SPONSOR ) Rakan Pengedar Baru. Nilai RM untuk 100cp ini bergantung kepada kombinasi buku-buku yang saudara/saudari tempah. Bersama-sama ini saya sertakan pdf senarai buku yang available dan nilai cp untuk setiap buku. Saudara/saudari boleh tinjau e-katalog di e-store saya ( www.stormreaders.net/success ) tetapi di e-store ini maklumat cp tidak dinyatakan.

Setelah menjadi PENGEDAR, saudara/saudari layak menjana 5 hingga 9 jenis PENDAPATAN yang terdapat di dalam Pelan Pemasaran yang disediakan :-

1) Komisen harian jualan e-store peribadi sebanyak 20% daripada nilai setiap jualan.

2) Bonus overriding bulanan e-store tajaan sebanyak 10% dengan syarat e-store peribadi saudara/saudari mencapai jualan minima berjumlah  RM500 dalam bulan tersebut.

3) Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan e-store global, dengan syarat e-store peribadi saudara/saudari mencapai jualan minima berjumlah RM1000 dalam bulan tersebut.

4) Komisen jualan peribadi sebanyak RM15 apabila saudara/saudari menaja/memperkenalkan rakan Pengedar Baru. Saudara/saudari boleh menaja seberapa ramai rakan Pengedar Baru selagi mampu, tiada limit.

5) Bonus overriding jualan kumpulan sebanyak RM45 untuk gabungan 3 rakan Pengedar Baru dari rangkaian yang berasingan dibawah saudara/saudari. Perkembangan rangkaian ini tidak dihadkan bilangan tingkatnya ( level ), tetapi bonus ini dihadkan kepada maksima RM4500 seminggu atau 100 gabungan.

bonus harian = RM45/ Gabungan ( 100 : 100 : 100 )

4 PENDAPATAN lagi akan layak diperolehi apabila saudara/saudari maju ketahap PENGARAH.

PENDAFTARAN hanya boleh dibuat secara “ONLINE” oleh Pengedar yang telah berdaftar ( seperti saya ). Untuk pendaftaran, saudara/saudari perlu membuat bayaran yang diperlukan RM90 + NILAI TEMPAHAN BUKU 100cp terlebih dahulu. Bayaran boleh dibuat ke akaun CIMB 06010723559520 (AL BAKRI MOHAMMAD)type here -Bakry Mohammad 14/06/2010 16:09 -Bakry Mohammad 14/06/2010 16:09 . Sesudah saya terima bayaran dan maklumat yang diperlukan, saya akan terus PROCEED PENDAFTARAN saudara/saudari. Sejurus selepas pendaftaran, saudara/saudari akan terima Login ID dan Password serta URL untuk kedai maya (e-store) melalui email dan boleh mula bergiat aktif mempromosikan e-store saudara/saudari. Manakala produk yang ditempah untuk 100cp tadi akan diposkan kepada saudara/saudari bersama-sama dengan kit perniagaan ( kos pos ditanggung oleh Stormreaders ). Saudara-saudari juga boleh pilih untuk collect produk-produk tersebut di HQ Stormreaders di Damansara Damai.

Percaya atau tidak, saudara/saudari tidak akan rugi walau sedikit pun jika menyertai program ini kerana :-

1) Saudara/saudari membeli produk Stormreaders pada harga pasaran, untuk menambah ilmu pengetahuan, motivasi diri dan keluarga.

2) Menambah koleksi buku-buku ilmiah yang berkualiti tinggi dari segi content dan persembahan dan membawa cahaya ( ILMU ) ke dalam rumah yang menjadi bahan rujukan apabila perlu.

3) Secara tidak langsung telah menjana “HASANAH”, menjalankan kerja-kerja “DA’EI” (BERDAKWAH ) dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui jualan bahan-bahan ilmiah yang berkualiti.

4) Mengeratkan SILATURRAHIM melalui pembinaan RANGKAIAN.

5) Menyumbang ke arah budaya membaca ( bahan-bahan ilmu yang berfaedah ) dikalangan masyarakat ( IANYA BERMULA DARI SETIAP KITA ).

6) Stormreaders baru sahaja membuka keahlian pada 01.12.2009 yang lepas. Setakat ini, baru ada hampir 4000 orang ahli yang telah berdaftar. Rangkaian masih terlalu “mentah” jika dibandingkan dengan syarikat MLM lain yang telah mencapai ratusan ribu ahli. INILAH PELUANG
KITA MENJADI ORANG YANG TERAWAL.

7) Syarikat 100% milik BUMIPUTERA ISLAM, perniagaan khusus untuk umat ISLAM untuk memajukan ekonomi umat ISLAM.

8) Pelan 100% berasas dan patuh
SYARIAH,
jauh dari unsur gharar, syubhah dan kezaliman. Pendapatan yang diperolehi adalah jelas dan nyata sumbernya dan didasari oleh akad-akad yang sah. Rezeki halal lagi toyyibah, memberi ketenangan jiwa!..

9) hmmm… terlalu banyak kalau nak terus disebut, termasuklah boleh dapat tax exemption ( pengecualian cukai ) untuk buku yang kita beli…

Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila sms 016-3987048 atau email success@stormreaders.com

Ikhlas,

AL BAKRI MOHAMMAD

Storm BizPartners

Email: bakri88@gmail.com

H.P : 016-3987048

Advertisements

Solat Sunat Istikharah : Menetapkan Keputusan

Salam Ukhwah buat semua rakan alam maya…

Saya didatangi banyak persoalan daripada rakan, ahli keluarga , saudara mara dan rakan alam maya berhubung bagaimana menetapkan keputusan pilihan yang mereka harus lakukan. Seringkali di kalangan ahli keluarga dan saudara mara bertanyakan soal pemilihan bila memilih tawaran yang diterima dan sebagainya.

Saya sering memberi pandangan pada setiap keputusan yang ingin dilakukan tetapi itu bukanlah jawapan saya. Bilamana rakan Guru Besar daripada Sarawak bertanyakan adakah harus dia menerima tawaran belajar ke peringkat PhD, saya sekadar memberi pandangan sahaja. Selebihnya saya menganjurkan mereka melakukan Solat Sunat Istikhrah yang sering kita abaikan bilamana berada dalam persimpangan dalam merungkai persoalan kehidupan .

Untuk merungkai persolan tersebut  saya merujuk kepada catatan tulisan Syeikh Amru Khalid & Syeikh Sulaiman bin Nasih Al-Ulwan dan di terjemah oleh Syeikh Abu Muhammad Tolha Al- Khairi dalam bukunya ” Qiayamul Lail Wa Nawafil & Khulasah Solatul Lail” ( Solat Malam Menggamit Kedamaian) terbitan Al-Bayan 2009.

Dalam membuat sesuatu keputusan dan ketetapan , dianjurkan kita melakukan Solat Sunat Istikharah.  Solat Sunat Istikharah adalah solat memohon petunjuk daripada Allah. Dengan kata lain memohon petunjuk tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat sesuatu penetuan atau pilihan. Dikerjakan dua rakaat. Selepas salam baca Surah Al-Fatihah , dihadiahkan kepada Rasulullah saw, para sahabat nabi, para wali Allah dan kaum muslimin dan muslimat.”

Kerjakannya dua rakaat:-

a. Lafaz niatnya “ Sahaja aku Solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala”.

b. Rakaat pertama baca Surah Al-Fatihah dan kemudian baca Surah Al-Kafirun

c. Rakaat ke dua baca Al-Fatihah dan selepas iti baca Surah Al-Ikhlas

d. Ketika sujud terakhir hendaklah baca:

Ertinya :” Maha Suci Engkau tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

e. Selepas salam baca Surah Al-Fatihah kepada Rasulullah saw, para sahabat nabi, para wali Allah dan kaum muslimin dan muslimat.

f. Akhir sekali baca doa Istikharah iaitu (maksudnya )

Ya Allah hamba memohon agar memilihkan mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Dan hamba memohon memberi kepastian dengan ketentuan-Mu dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang Besar dan Agung . Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu dan Tuhanlah yang amat mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini baik bagi hamba maka berikanlah perkara ini kepada hamba , kemudian berikanlah keberkatan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan penghidupan hamba dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan di mana saja hamba berada, jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerah-Mu.”

Lakukan bersungguh-sungguh. Semoga Allah akan memberikan petunjuk menerusi gerak hati kita .Semoga kita dirahmati dan diberkati dalam kita memilih jalan kehidupan.

Bakry. Shah Alam

Google: Alat bantuan memasarkan perniagaan.

Salam buat semua pengunjung AMKTS…

Cuti sekolah telah bermula dan pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama keluarga. Cuti hujung minggu banyak dihabiskan untuk menghadiri jamuan serta kenduri perkahwinan anak rakan serta saudara mara.

Ketika saya membeli pasir untuk membuat sedikit pengubahsuaian rumah, harganya mencecai RM200.00. Pasir pun kita kena beli sedangkan ianya hasil bumi kurnian Allah swt yang telah tersedia ada. Ketika kecil kita sering mandi sungai bersama rakan-rakan. Tidak pernah terfikir di kalangan orang melayu bahawa pasir sungai ini mampu menjadikan kita seorang jutawan sedangkan rumah-rumah orang Melayu hampir kesemuanya berhampiran dekat sungai. Kita masih tertinggal dari segi ekonomi kerana kita tidak pandai mencari peluang. Mengapa bangsa lain boleh menjadi kaya dalam komuniti yang sebahagian besarnya terdiri orang Melayu? Jawapannya ialah kita tidak pandai mengambil peluang di bumi kita sendiri. Kita hanyalah mahu menjadi TUAN sahaja. Sebab itu kita tidak habis-habis memperjuangkan KETUAN MELAYU . Alaihai..nanti orang akan kutuk saya menghina bangsa MELAYU iaitu bangsa nenek moyang dan ibu bapa saya. Kita perlu berubah…

Saya dan isteri sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan ekonomi keluarga menerusi perniagaan. 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan. Saya pernah mengajar subjek  keusahawan di universiti tapi agak malu kerana mengambil contoh-contoh perniagaan yang diusahakan oleh orang lain tetapi tidak diri sendiri. Malu..malu ..malu jika seorang pensyarah hanya pandai mengajar dan mengeluarkan pelbagai fakta dan teori tapi diri sendiri tidak mempraktikkan apa yang diajar.

Bertolak dari situ saya perlu melakukan sesuatu mengikut peluang dan pasaran semasa.  Saya melihat majlis perkahwinan dan jamuan adalah aktiviti yang sentiasa berlangsung setiap bulan dan kemuncaknya waktu cuti sekolah. Setiap majlis atau jamuan memerlukan buah tangan @ ‘goodies’ untuk diberi kepada para tetamu. Kalau dulu bunga telur mendominasi cenderahati tuan rumah ketika majlis perkahwinan tetapi kemodenan telah merubah corak dan pelbagai buah tangan untuk tetamu. Justeru itu saya dan isteri memilih untuk menjadikan muffin & cupcake sebagai produk pemasaran untuk diberikan kepada tetamu untuk apa jua majlis yang dianjurkan.

Memulakan sesuatu mestilah dengan perancangan dan ilmu. Justeru itu kami bergabung tenaga untuk merealisasikan impian. Isteri saya buat muffin dan saya buat pemasaran dan jualan. Isteri saya telah mengikuti kelas bakeri, membeli buku-buku berkaitan. Bagaimana pula peranan saya untuk memasarkan produk-produk tadi? Alahai …malunya nak nak menjual. Saya juga sibuk dengan tugas belajar dan mengajar. Adakah usaha saya terbantut..? TIDAK…saya mempunyai kemahiran dan ilmu IT.  Saya akan menggunakan kelebihan ini.. Langkah pertama ialah saya membina Blog untuk membuat pengiklanan produk isteri saya menerusi URL @ http://linabakery@blogspot.com . Saya juga telah membuat e-mail agar senang berurusan bersama pelanggan. Namun alat bantuan GOOGLE seperti iGoogle banyak membantu saya. Untuk itu saya telah ke kedai buku MPH untuk membeli buku tulisan saudara Zamri Mohamad iaitu Urus Bisnes Dengan Google . Wah..saya mempelajari ilmu dan pengalaman baru menggunakan segala alatan yang disediakan oleh Google dalam pemasaran perniagaan. Nampaknya saya hanya perlu duduk di rumah dan tak perlu keluar pergi menjual produk muffin , kek dan cupcake isteri saya.  Cukuplah dengan notebook dan jalur lebar P1W1Max yang akan mampu menyampaikan maklumat produk perniagaan ke isi rumah di negara ini. Kita lihat hasilnya nanti…berdoalah kepada-NYA agar usaha ini membawa berkat.

Bakry,..Tampin N.Sembilan

Rawatan Gigi

Saya masih ingat lagi ketika masih dibangku sekolah rendah cikgu sering mengatur jadual ke klinik gigi yang telah tersedia di sekolah. Rekod rawatan dan cabut gigi ada dalam simpanan doktor. Itu dulu…30 tahun yang lampau. Saya juga tidak ingat bila kali terakhir saya membuat rawatan di klinik gigi. Kalau nak cabut gigi biasanya guna kaedah sendiri iaitu goyang-goyang dan terus tercabut. Bila semakin berusia keadaan gigi terutama gusi mula berdarah. Makanan sering terselit dicelah-celah gigi. Mulut kadang kala berbau akibat sisa-sisa makanan yang terlekat di celah gigi.

Saya sudah beberapa kali merancang untuk membuat scaling iaitu membuang karang-karang yang ada di gigi. Seringkali faktor masa menjadi taruhan dan sikap bertangguh-tangguh membawa saya terus lupa untuk membuat rawatan gigi. Kesempatan berjumpa rakan lama, Kak Tipah yang bertugas sebagai kerani di Klinik Gigi UiTM Shah Alam telah menggerakkan hati saya kembali membuat rawatan gigi yang telah bertangguh sekian lama. Menurut Kak Tipah inilah masa yang sesuai kerana cuti semester keadaan klinik gigi agak lengang. Kalau di Klinik Kerajaan sudah tentu protokolnya agak birokasi dan akan menunggu masa giliran dan temujanji yang agak lama.

Akhirnya jam 2pm semalam saya bertekad untuk membuat rawatan gigi. Betul..proses membuat rawatan di Klinik Gigi UiTM agak mudah. Setelah Doktor gigi memeriksa tahap kesihatan gigi saya beliau memutuskan saya perlu membuat scaling sahaja iaitu membuang karang yang telah lama bersarang di celah-celah gigi. Prosesnya tak perlulah saya ceritakan..takut-takut nanti ada yang tak berani nak buat scaling. Cukuplah saya katakan selamat dan berbaloi. Kini gigi saya bersih dan cantik. Rawatan sususlan seterusnya ialah 21hb Jun nanti. Kebersihan mencerminkan perwatakan dan peribadi kita. Harga yang saya perlu bayar cuma RM15.00 sahaja. Kalau klinik swasta mungkin saya perlu keluar notr RM50 untuk rawatan dan layanan yang sama saya terima di Klinik Gigi UiTM. Terima kasih buat kakitangan Klinik Gigi UiTM .

Bakry, Puri Aiyu Shah Alam

Catatan Buat Pengunjung AMKTS

Salam Ukhwah Buat Semua Pengunjung AMKTS.

Saya mula berjinak-jinak dengan penulisan Blog pada awal tahun 2005 ketika bertugas di UiTM Sarawak. Blog saya yang pertama saya namakan MINANGKABAU. Namun ianya sekadar suka-suka dan kesungguhan menulis agak lesu. Ketika saya bertugas di UiTM Johor, demam pilihanraya bermula iaitu pada tahun 2008. Minat yang mendalam untuk mengetahui perkembangan politik tanahair membawa saya membaca banyak blog-blog pro kerajaan dan pembangkang. Media arus baru ini membawa satu gelombang tsunami politik tanahair yang akhirnya melihat perubahan landskap politik tanahair. Justeru itu saya dapat merasakan bahawa orang muda lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui Internet dan Blog . Ianya adalah kaedah baru dalam menyampaikan rasa hati dan pandangan tanpa sekatan. Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri menggunakan blog untuk memberi pandangan peribadinya terhadap urus takbir Negara setelah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bermula bulan Mac 2008 saya telah mula menjadi Blogger yang aktif. Tulisan saya agak bebas dan isu sekitar masalah semasa, motivasi, soal ibadat dan agama, perjalan hidup serta pandangan peribadi. Melihat Statistik Blog AMKTS saya kini menunjukkan penunjung seramai 39,800. Saya juga menerima banyak komen dan pandangan daripada pengunjung AMKTS. Namun ingin saya jelaskan saya bukanlah pakar motivasi atau ustasz yang mampu menyaipaikan ilmu dan sebagai pakar rujuk. Ilmu yang saya lontarkan adalah hasil bacaan, ilmu yang diambil dari kuliah agama, pandangan pakar motivasi dan pengalaman hidup. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung AMKTS dan kesudian kalian meninggalkan komen di setiap entri saya. Saya sentiasa bersifat terbuka dan positif. Komenlah..saya tidaka akan memadamkannya walaupun pahit untuk diterima. Justeru saya ingin menjawab pandangan saudara Darah Jebat yang member komen pada entri saya di DM52, Kenali Penulis dan Membentuk Kumpulan Penyelidik. Bukan tidak boleh menerima kritikan dan pandangan atau menegak benang yang basah namun sekadar member penjelasan . Antara komen Darah Jebat adalah berikut:-

“Bangga atau malu? Kalau DM52 tapi research tak buat…konsultansi tak buat…mengajar pun entah bagus entah tidak? Tapi saya tetap katakan itu rezeki tuan….Alhamdullilah!”- Darah Jebat

Jawapan saya mudah, setiap rezeki yang kita perolehi adalah dengan izin Allah swt. Namun dalam proses kenaikan pangkat ke DM52 juga bukanlah atas dasar bodek atau kroni. Kenaikan pangkat ke DM52 bermula dengan keperluan lulus tahap 4 atau 3 dalam Ujian PTK. Kenaikan Pangkat perlu melalui proses permohonan yang memerlukan pengisian dokumen. Kenaikan Pangkat ke DM52 mempunyai 7 kategori yang diberi markah setiap hasil yang dinyatakan. Akhirnya satu jawatankuasa penilai akan bermesyuarat untuk menentukan kelulusan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kenaikan Pangkat di Shah Alam. Tugas saya adalah memohon kenaikan pangkat dan bergantung kepada Allah swt agar dipermudahkan. Allah swt yang menentukan adakah saya layak untuk menerima rezeki ini atau tidak! Adakah jika tidak membuat research, konsultasi , pembentangan kertas kerja saya layak diberi kenaikan pangkat? Atau adakah saya merasuah atau menggunakan pengaruh menteri untuk ke naikan pangkat? Bagaimana Darah Jebat mengukur bagus atau tidak seseorang guru atau pensyarah dalam pengajarannya. Adakah Darah Jebat telah melihat report card pencapaian saya sebagai pensyarah. – Bakry

” Orang gagal suka berbincang mengenai orang lain. Orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang cemerlang suka berbincang mengenai isu atau perkara yang dapat mengubah dirinya atau perkara yang dapat mengubah dunia.” – Dr.

“Bang..bukan cara itu nak tubuh satu komitee penyelidikan… sampai 2014 pun tak terbit! Kalau terbit pun kena perlekeh. JAdi buangkan ego anda sebagai pensyarah lama, penulis blog berbakat…pergilah melutut dekat dekan, profesor kata nak berguru dengan mereka. Jangan Abang pula yang nak jadi tok guru kepada pensyarah muda….nanti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Maaf kalau terkasar bahasa! Percayalah saya pun macam abang juga….telah lalui perit jerih PhD” – Darah Jebat

Alaihai..niat murni saya begitu mudah disalah ertikan. Pembentukan kumpulan penyelidik adalah strategi saya. Saya menjemput rakan-rakan menyertai saya tampa paksa dan saya nyatakan hasrat saya melalui e-mail. Tiada paksaan! Mereka sememangnya perlukan satu kumpulan untuk bergerak bersama-sama menuju matlamat yang sama. Saya nyatakan kepada semua ahli bahawa saya juga masih belajar dan kita sama-sama belajar. Perkongsian ilmu bersama ahli adalah adari sumber bahan bacaan dan kuliah yang saya hadiri. Saya tidak bergantung kepada seorang individu untuk mendapat ilmu. Tok Guru saya ramai. Saya suka bertanya! Percayalah..pengalaman saya sesuatu yang tidak dibukukan. Saya suka berkongsi. Justeru itu pensyarah muda ini memerlukan pandangan dan pengalaman pensyarah senior. Dalam kerjaya saya bermula dari bawah dan telah bertugas hingga ke Sarawak di dalam agensi kerajaan dan swasta. Untuk saya naik dari satu tangga ke satu tangga memakan masa yang lama. Saya telah mula bekerja seusia 21 tahun. Kini usia saya mencecah 40 tahun. Salahkah saya berkongsi pengalaman pada pensyarah muda yang berusia sekitar 26 – 30 tahun. Adakah berkongsi pengalaman itu dikatakan ego, berlagak dan tunjuk sombong? Saya bukan mengajar ajaran sesat! Kami berkongsi ilmu dan berpandukan rujukan-rujukan ilmiah serta merujuk kepada sumber-sumber yang pakar dalam sesuatu bidang samada melalui e-mail atau bertanyakan secara spontan. Setiap yang saya lakukan saya mohon agar Allah swt mempermudahkannya. Saya banyak bergantung pada Allah swt dalam segala hal. Alhamdullilah Allah swt melapangkan saya dalam setiap kebuntuan dan masalah ketika membuat PhD ini. Insyallah..saya yakin dengan kumpulan yang saya pimpin. Kami sedang berusaha kea rah apa yang telah kami tetapkan. Kami akan buktikan hasilnya nanti pada sang darah Jebat! – Bakry

” Tuhan menjelaskan di dalam Quran surah An-Najmi ayat 39 yang bermaksud. “Sesungguhnya seseorang itu akan dapat apa yang diusahakan”

“Kenapalah itm di hati lagi….tak mau berubah ke? tak mau jadi lebih maju ke…come on MELAYU” darah Jebat

Jawapan saya mudah…Allah Swt yang menetukan segalanya dalam hidup ini. Ketika kecil saya berminat menjadi Peguam . Saya belajar bersungguh-sungguh hingga ke tingkatan enam untuk menjadi Peguam. Ianya tidak begitu. Kita mampu merancang tapi allah swt ada perancangannya. Allah swt tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Ramai yang bercita-cita tinggi dan berusaha keras kea rah itu. Tapi berapa peratus yang mampu mencapai citi-cita mereka. Adakah kalau kita graduan dari luar negara kita dikatakan maju! Apakah kemodenan, kemewahan , kekayaan dan rumah besar itu dikatakan telah maju! Kemajuan kita hanya akan diukur oleh Allah swt nanti di Padang Mahsyar. Kita tidak mampu membawa semua kemajuan itu ke dalam kubur nanti. Kemajuan kita adalah amalan yang kita lakukan untuk menentukan arah pintu kita ke syurga atau neraka. IPTA/IPTS atau menara gading manapun di dunia ini adalah sekadar tempat menimba ilmu sahaja!Nah..apasalahnya menuntut ilmu di UiTM. Ilmu Allah swt umpama lautan yang luas. Yang kita perolehi hanyalah setitik air yang ada di hujung jari. Bacalah buku Dato’ Dr. Fazilah Kamsah & ahmad Fadzli Yusuf dalam ” KUASA HIJRAJ KUASA UNTUK BERUBAH”..

“Setinggi-tinggi terbang bangau akan hinggap jua di belakang kerbau. Justeru , ikutlah perangai bangau yang kenal harga diri, ingat asal usul dan sentiasa mengenang budi. Jangan ikut resmi bangau yang suka menyalahkan orang lain.”

Sebagai hamba Allah, saya Cuma manusia yang tidak lari dari membuat dosa dan kesilapan. Tulisan saya sekadar member penjelasan dan lahir dari pandangan fikiran saya. Saya mohon maaf jika tulisan ini akan mengguris hati mana-mana pihak. Saya mohon maaf pada Garah Jebat jika penjelasan saya membuatkan anda terguris hati. Saya mohon keampunan pada Allah swt .

Bakri, Puri Aiyi Shah Alam

Talian Hayat Untuk Gaza

Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean.PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel  atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

 

Apa tindakan kita? Adakah kita hanya mampu mendengar sahaja? Ya, kita tidak mempunyai kudrat untuk berlayar ke Gaza mahupun mempunyai bantuan kewangan membantu rakyat Gaza yang kian tersepit . Namun apakah kita juga tidak mampu ke masjid menyertai solat hajat dan berdoa agar rakan dan sukarelawan kita berada dalam keaadaan selamat! Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia. Cukuplah dengan kemalangan demi kemalangan, pembunuhan demi pembunuhan yang semakin menjadi-jadi. Jom kita solat hajat beramai-ramai, kita berkumpul di masjid setiap waktu untuk sama solat berjemaah. Kita kurangkan majlis hiburan. Ingatlah rakan-rakan kita yang telah ditawan oleh Israel laknatullah.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah. Ikuti perkembangan talian hayat untuk gaza @ http://www.lifeline4gaza.org

%d bloggers like this: