Catatan Buat Pengunjung AMKTS

Salam Ukhwah Buat Semua Pengunjung AMKTS.

Saya mula berjinak-jinak dengan penulisan Blog pada awal tahun 2005 ketika bertugas di UiTM Sarawak. Blog saya yang pertama saya namakan MINANGKABAU. Namun ianya sekadar suka-suka dan kesungguhan menulis agak lesu. Ketika saya bertugas di UiTM Johor, demam pilihanraya bermula iaitu pada tahun 2008. Minat yang mendalam untuk mengetahui perkembangan politik tanahair membawa saya membaca banyak blog-blog pro kerajaan dan pembangkang. Media arus baru ini membawa satu gelombang tsunami politik tanahair yang akhirnya melihat perubahan landskap politik tanahair. Justeru itu saya dapat merasakan bahawa orang muda lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui Internet dan Blog . Ianya adalah kaedah baru dalam menyampaikan rasa hati dan pandangan tanpa sekatan. Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri menggunakan blog untuk memberi pandangan peribadinya terhadap urus takbir Negara setelah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bermula bulan Mac 2008 saya telah mula menjadi Blogger yang aktif. Tulisan saya agak bebas dan isu sekitar masalah semasa, motivasi, soal ibadat dan agama, perjalan hidup serta pandangan peribadi. Melihat Statistik Blog AMKTS saya kini menunjukkan penunjung seramai 39,800. Saya juga menerima banyak komen dan pandangan daripada pengunjung AMKTS. Namun ingin saya jelaskan saya bukanlah pakar motivasi atau ustasz yang mampu menyaipaikan ilmu dan sebagai pakar rujuk. Ilmu yang saya lontarkan adalah hasil bacaan, ilmu yang diambil dari kuliah agama, pandangan pakar motivasi dan pengalaman hidup. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung AMKTS dan kesudian kalian meninggalkan komen di setiap entri saya. Saya sentiasa bersifat terbuka dan positif. Komenlah..saya tidaka akan memadamkannya walaupun pahit untuk diterima. Justeru saya ingin menjawab pandangan saudara Darah Jebat yang member komen pada entri saya di DM52, Kenali Penulis dan Membentuk Kumpulan Penyelidik. Bukan tidak boleh menerima kritikan dan pandangan atau menegak benang yang basah namun sekadar member penjelasan . Antara komen Darah Jebat adalah berikut:-

“Bangga atau malu? Kalau DM52 tapi research tak buat…konsultansi tak buat…mengajar pun entah bagus entah tidak? Tapi saya tetap katakan itu rezeki tuan….Alhamdullilah!”- Darah Jebat

Jawapan saya mudah, setiap rezeki yang kita perolehi adalah dengan izin Allah swt. Namun dalam proses kenaikan pangkat ke DM52 juga bukanlah atas dasar bodek atau kroni. Kenaikan pangkat ke DM52 bermula dengan keperluan lulus tahap 4 atau 3 dalam Ujian PTK. Kenaikan Pangkat perlu melalui proses permohonan yang memerlukan pengisian dokumen. Kenaikan Pangkat ke DM52 mempunyai 7 kategori yang diberi markah setiap hasil yang dinyatakan. Akhirnya satu jawatankuasa penilai akan bermesyuarat untuk menentukan kelulusan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kenaikan Pangkat di Shah Alam. Tugas saya adalah memohon kenaikan pangkat dan bergantung kepada Allah swt agar dipermudahkan. Allah swt yang menentukan adakah saya layak untuk menerima rezeki ini atau tidak! Adakah jika tidak membuat research, konsultasi , pembentangan kertas kerja saya layak diberi kenaikan pangkat? Atau adakah saya merasuah atau menggunakan pengaruh menteri untuk ke naikan pangkat? Bagaimana Darah Jebat mengukur bagus atau tidak seseorang guru atau pensyarah dalam pengajarannya. Adakah Darah Jebat telah melihat report card pencapaian saya sebagai pensyarah. – Bakry

” Orang gagal suka berbincang mengenai orang lain. Orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang cemerlang suka berbincang mengenai isu atau perkara yang dapat mengubah dirinya atau perkara yang dapat mengubah dunia.” – Dr.

“Bang..bukan cara itu nak tubuh satu komitee penyelidikan… sampai 2014 pun tak terbit! Kalau terbit pun kena perlekeh. JAdi buangkan ego anda sebagai pensyarah lama, penulis blog berbakat…pergilah melutut dekat dekan, profesor kata nak berguru dengan mereka. Jangan Abang pula yang nak jadi tok guru kepada pensyarah muda….nanti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Maaf kalau terkasar bahasa! Percayalah saya pun macam abang juga….telah lalui perit jerih PhD” – Darah Jebat

Alaihai..niat murni saya begitu mudah disalah ertikan. Pembentukan kumpulan penyelidik adalah strategi saya. Saya menjemput rakan-rakan menyertai saya tampa paksa dan saya nyatakan hasrat saya melalui e-mail. Tiada paksaan! Mereka sememangnya perlukan satu kumpulan untuk bergerak bersama-sama menuju matlamat yang sama. Saya nyatakan kepada semua ahli bahawa saya juga masih belajar dan kita sama-sama belajar. Perkongsian ilmu bersama ahli adalah adari sumber bahan bacaan dan kuliah yang saya hadiri. Saya tidak bergantung kepada seorang individu untuk mendapat ilmu. Tok Guru saya ramai. Saya suka bertanya! Percayalah..pengalaman saya sesuatu yang tidak dibukukan. Saya suka berkongsi. Justeru itu pensyarah muda ini memerlukan pandangan dan pengalaman pensyarah senior. Dalam kerjaya saya bermula dari bawah dan telah bertugas hingga ke Sarawak di dalam agensi kerajaan dan swasta. Untuk saya naik dari satu tangga ke satu tangga memakan masa yang lama. Saya telah mula bekerja seusia 21 tahun. Kini usia saya mencecah 40 tahun. Salahkah saya berkongsi pengalaman pada pensyarah muda yang berusia sekitar 26 – 30 tahun. Adakah berkongsi pengalaman itu dikatakan ego, berlagak dan tunjuk sombong? Saya bukan mengajar ajaran sesat! Kami berkongsi ilmu dan berpandukan rujukan-rujukan ilmiah serta merujuk kepada sumber-sumber yang pakar dalam sesuatu bidang samada melalui e-mail atau bertanyakan secara spontan. Setiap yang saya lakukan saya mohon agar Allah swt mempermudahkannya. Saya banyak bergantung pada Allah swt dalam segala hal. Alhamdullilah Allah swt melapangkan saya dalam setiap kebuntuan dan masalah ketika membuat PhD ini. Insyallah..saya yakin dengan kumpulan yang saya pimpin. Kami sedang berusaha kea rah apa yang telah kami tetapkan. Kami akan buktikan hasilnya nanti pada sang darah Jebat! – Bakry

” Tuhan menjelaskan di dalam Quran surah An-Najmi ayat 39 yang bermaksud. “Sesungguhnya seseorang itu akan dapat apa yang diusahakan”

“Kenapalah itm di hati lagi….tak mau berubah ke? tak mau jadi lebih maju ke…come on MELAYU” darah Jebat

Jawapan saya mudah…Allah Swt yang menetukan segalanya dalam hidup ini. Ketika kecil saya berminat menjadi Peguam . Saya belajar bersungguh-sungguh hingga ke tingkatan enam untuk menjadi Peguam. Ianya tidak begitu. Kita mampu merancang tapi allah swt ada perancangannya. Allah swt tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Ramai yang bercita-cita tinggi dan berusaha keras kea rah itu. Tapi berapa peratus yang mampu mencapai citi-cita mereka. Adakah kalau kita graduan dari luar negara kita dikatakan maju! Apakah kemodenan, kemewahan , kekayaan dan rumah besar itu dikatakan telah maju! Kemajuan kita hanya akan diukur oleh Allah swt nanti di Padang Mahsyar. Kita tidak mampu membawa semua kemajuan itu ke dalam kubur nanti. Kemajuan kita adalah amalan yang kita lakukan untuk menentukan arah pintu kita ke syurga atau neraka. IPTA/IPTS atau menara gading manapun di dunia ini adalah sekadar tempat menimba ilmu sahaja!Nah..apasalahnya menuntut ilmu di UiTM. Ilmu Allah swt umpama lautan yang luas. Yang kita perolehi hanyalah setitik air yang ada di hujung jari. Bacalah buku Dato’ Dr. Fazilah Kamsah & ahmad Fadzli Yusuf dalam ” KUASA HIJRAJ KUASA UNTUK BERUBAH”..

“Setinggi-tinggi terbang bangau akan hinggap jua di belakang kerbau. Justeru , ikutlah perangai bangau yang kenal harga diri, ingat asal usul dan sentiasa mengenang budi. Jangan ikut resmi bangau yang suka menyalahkan orang lain.”

Sebagai hamba Allah, saya Cuma manusia yang tidak lari dari membuat dosa dan kesilapan. Tulisan saya sekadar member penjelasan dan lahir dari pandangan fikiran saya. Saya mohon maaf jika tulisan ini akan mengguris hati mana-mana pihak. Saya mohon maaf pada Garah Jebat jika penjelasan saya membuatkan anda terguris hati. Saya mohon keampunan pada Allah swt .

Bakri, Puri Aiyi Shah Alam

Posted on June 3, 2010, in E - Catatan Penulis. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: