Google: Alat bantuan memasarkan perniagaan.

Salam buat semua pengunjung AMKTS…

Cuti sekolah telah bermula dan pelbagai aktiviti dapat dilakukan bersama keluarga. Cuti hujung minggu banyak dihabiskan untuk menghadiri jamuan serta kenduri perkahwinan anak rakan serta saudara mara.

Ketika saya membeli pasir untuk membuat sedikit pengubahsuaian rumah, harganya mencecai RM200.00. Pasir pun kita kena beli sedangkan ianya hasil bumi kurnian Allah swt yang telah tersedia ada. Ketika kecil kita sering mandi sungai bersama rakan-rakan. Tidak pernah terfikir di kalangan orang melayu bahawa pasir sungai ini mampu menjadikan kita seorang jutawan sedangkan rumah-rumah orang Melayu hampir kesemuanya berhampiran dekat sungai. Kita masih tertinggal dari segi ekonomi kerana kita tidak pandai mencari peluang. Mengapa bangsa lain boleh menjadi kaya dalam komuniti yang sebahagian besarnya terdiri orang Melayu? Jawapannya ialah kita tidak pandai mengambil peluang di bumi kita sendiri. Kita hanyalah mahu menjadi TUAN sahaja. Sebab itu kita tidak habis-habis memperjuangkan KETUAN MELAYU . Alaihai..nanti orang akan kutuk saya menghina bangsa MELAYU iaitu bangsa nenek moyang dan ibu bapa saya. Kita perlu berubah…

Saya dan isteri sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan ekonomi keluarga menerusi perniagaan. 9/10 rezeki itu datang dari perniagaan. Saya pernah mengajar subjek  keusahawan di universiti tapi agak malu kerana mengambil contoh-contoh perniagaan yang diusahakan oleh orang lain tetapi tidak diri sendiri. Malu..malu ..malu jika seorang pensyarah hanya pandai mengajar dan mengeluarkan pelbagai fakta dan teori tapi diri sendiri tidak mempraktikkan apa yang diajar.

Bertolak dari situ saya perlu melakukan sesuatu mengikut peluang dan pasaran semasa.  Saya melihat majlis perkahwinan dan jamuan adalah aktiviti yang sentiasa berlangsung setiap bulan dan kemuncaknya waktu cuti sekolah. Setiap majlis atau jamuan memerlukan buah tangan @ ‘goodies’ untuk diberi kepada para tetamu. Kalau dulu bunga telur mendominasi cenderahati tuan rumah ketika majlis perkahwinan tetapi kemodenan telah merubah corak dan pelbagai buah tangan untuk tetamu. Justeru itu saya dan isteri memilih untuk menjadikan muffin & cupcake sebagai produk pemasaran untuk diberikan kepada tetamu untuk apa jua majlis yang dianjurkan.

Memulakan sesuatu mestilah dengan perancangan dan ilmu. Justeru itu kami bergabung tenaga untuk merealisasikan impian. Isteri saya buat muffin dan saya buat pemasaran dan jualan. Isteri saya telah mengikuti kelas bakeri, membeli buku-buku berkaitan. Bagaimana pula peranan saya untuk memasarkan produk-produk tadi? Alahai …malunya nak nak menjual. Saya juga sibuk dengan tugas belajar dan mengajar. Adakah usaha saya terbantut..? TIDAK…saya mempunyai kemahiran dan ilmu IT.  Saya akan menggunakan kelebihan ini.. Langkah pertama ialah saya membina Blog untuk membuat pengiklanan produk isteri saya menerusi URL @ http://linabakery@blogspot.com . Saya juga telah membuat e-mail agar senang berurusan bersama pelanggan. Namun alat bantuan GOOGLE seperti iGoogle banyak membantu saya. Untuk itu saya telah ke kedai buku MPH untuk membeli buku tulisan saudara Zamri Mohamad iaitu Urus Bisnes Dengan Google . Wah..saya mempelajari ilmu dan pengalaman baru menggunakan segala alatan yang disediakan oleh Google dalam pemasaran perniagaan. Nampaknya saya hanya perlu duduk di rumah dan tak perlu keluar pergi menjual produk muffin , kek dan cupcake isteri saya.  Cukuplah dengan notebook dan jalur lebar P1W1Max yang akan mampu menyampaikan maklumat produk perniagaan ke isi rumah di negara ini. Kita lihat hasilnya nanti…berdoalah kepada-NYA agar usaha ini membawa berkat.

Bakry,..Tampin N.Sembilan

Posted on June 7, 2010, in E-Business. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Terima kasih kerana sudi membaca Urus Bisnes dengan Google. Saya doakan agar Allah limpahi rezeki yang berpanjang buat Tuan sekeluarga.

    Mohon izin memetik sebahagian daripada entri ini untuk dipaparkan dalam buku saya. Url juga disertakan. Mudah-mudahan lebih ramai akan masuk ke blog ini dan mengikuti perkembangan bisnes suami isteri ini.

    • Menerima kunjungan penulis hebat seperti saudara Zamri Mohamadadalah satu penghormatan buat blogger kerdil macam saya. Terima KAsih atas doa tuan semoga kita dipermudahkan segalanya. Buku tuan amat bermakna kepada sesiapa yang mahu memulakan perniagaan menerusi internet. Mudah difahami oleh sesiapa sahaja dengan langkah demi langkah.

  2. Zaman sekarang semuanya dah jadi mudah dengan adanya internet..😉 Semoga anda sentiasa success.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: