Monthly Archives: March 2011

Kenaikan Harga Barang Makin Terasa

Den nak keutara isu kepenggunaan..Alahai…baru minggu lepas den boli nasi kukus di kota damansara harganya RM5.00 sebungkus tapi o mang aiii dah naik rm5.50. Den boli jugak laa tapi dalam keadaan yang merungut 😦 . Tanya penjual dia kata ” Bang..harga barang semua dah naik “..mudah jawapan si peniaga dan meletakkan beban kenaikan barang pada pengguna. Dalam hati berkata…Berhenti makan nasi kukus walaupun ianya satu kegemaran. Bila harga minyak naik maka semua harga barang naik hatta harga hartanah juga semakin naik..Nasib baik den dah boli rumah.

Untuk menyedapkan hati..Di Malaysia ini ramai yang mati kerana terlebih makan. Justeru itu situasi ini perlu dikawal. Harga barang akan tetap naik tapi kita kena kawal perbelanjaan. Kurangkan makan diluar dan berjimat dalam perbelanjaan. Jadilah pengguna yang bijak ! Kalau tidak tak sampai akhir bulan poket dah kosong terutama yang ada keluarga yang besar..Apo nak den kato….buekla kojo part time @ business part time macam den ni.

Apo Nak Den Kato

Penjenamaan semula Blog Alam Maya: Kehidupan Tanpa Sempadan ke Alam Maya : Apo Nak Den Kato..Ok ke

Sesuatu Blog itu perlu melalui perubahan mengikut citarasa setempat. Anak Nogori Sembilan dan kini menetap di Tampin, N.Sembilan. Jiwa kenegerian kian menebal lantas tag line Blog ter arah ke situ. Apa Nak Saya Kata (Apo Nak Den Kato) membawa maksud sesuatu perkara yang nak diucapkan..cakap aje la. Mesej yang ingin di ucapkan lebih kepada isu semasa tanpa ada batas Bangsa, Agama, Budaya & Politik.

Terima Kasih kepada Naim pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Segamat yang memberi sentuhan grafik yang menarik utuk Banner Blog ini. Saya mudah bekerja dengan beliau kerana sentuhan Grafik Photoshop beliau kemas dan cantik.

Semoga Tag line Blog yang baru ini mampu memjenamakan semula Blog ini ke arah lebih bermaklumat.

Selamat Membaca Blog Alam Maya : Apo Nak Den Kato

%d bloggers like this: