KENALI GELOMBANG OTAK ANDA

Tenaga elektromagnetik pada diri kita mengandungi informasi yang membenarkan otak dan tubuh berfungsi. Getaran elektromagnetik ini pada otak ditafsirkan didalam bentuk gelombang beta, alfa, theta, delta dan gamma. Setiap bentuk gelombang itu adalah refleksi tahap kesedaran manusia. Fikiran sedar adalah aktif hanya ketika bentuk gelombang otak berada di dalam keadaan beta. Potensi manusia yang terkunci didalam minda separa sedar hanya boleh diakses ketika minda berada didalam bentuk gelombang alfa, theta dan delta.

Gambarajah 1: Pusat minda sedar (kawasan kuning) dan separa sedar (kawasan coklat)

Sebelum kita bincangkan tentang bentuk gelombang otak, mari kita mendapatkan gambaran kasar tentang lokasi pusat minda sedar dan separa sedar.
Dalam halaman minda separa sedar, kita telah bincangkan tentang di dalam diri anda ada dua insan:

  • Insan pertama adalah ciptaan minda sedar. Berdasarkan gambarajah di atas, kawasan kuning yang merupakan sebahagian besar dari otak adalah pusat bagi minda sedar – iaitu pusat insan yang pertama. Setiap kali kita berfikir, setiap bentuk tindakkan dan perasaan yang kita miliki membentuk neuron dan rangkaianya di kawasan ini. Rutin kehidupan, attitud, pengalaman pancaindera, emosi yang kita rasa, kebolehan mengadili setiap benda, habit yang kita amalkan (dan semua aspek diri kita) pada setiap saat adalah semata-mata pengaturcaraan neuro-kimia yang berkomunikasi di dalam otak melalui rangkaian neuron atau neuronet di kawasan kuning ini.
    Ini bermaksud, neuro-kimikal dalam rangkaian neuron minda sedar adalah acuan personaliti diri kita yang dikenali selama ini. Personaliti ini bertugas seperti pengawal yang mengadili dan mengkelasifikasikan semua pengalaman dari dunia luar untuk proses selanjutnya dalam otak.
    Pendek kata, insan pertama adalah tidak lebih dari personaliti ilusi yang dicipta oleh neuro-kimikal di neuronet minda sedar ini.
Setiap buah fikiran, perasaan dan tindakan mencetuskan neuro-kimia dan mencipta neuronet dalam otak. Meditasi melumpuhkan neuronet minda sedar dan mengaktifkan neuronet yang terhubung terus dengan Tuhan.
  • Insan kedua pula adalah insan minda separa sedar. Pusat bagi minda separa sedar dikatakan terletak di serebelum. Walaupun serebelum merupakan bahagian yang kecil terletak di belakang bawah otak, kandungan selnya melangkaui jumlah yang terletak di pusat minda sedar. Sel granul yang berada di dalam serebelum dianggarkan sebanyak 50 bilion dan sekali gus menjadikan 3/4 dari sel otak adalah sel granul serebelum. Ada juga yang mengatakan jika kita mengguris serebelum dengan hujung kuku kita dan meletakkannya di bawah mikroskop, kita akan mendapati jumlah sel di hujung kuku itu melebihi jumlah sel yang terdapat di seluruh kawasan pusat minda sedar.
    Ringkasnya, meskipun pusat minda sedar pada otak lebih luas dari pusat minda separa sedar, ia hanya melakukan 10 peratus tugas yang mampu dilaksanakan oleh minda separa sedar. Selepas minda sedar mengadili input dari pancaindera, informasi itu dihantar ke minda separa sedar. Minda separa sedar tidak mengadili apa-apa input. Tugasnya hanyalah melaksanakan arahan mengikut acuan neuronet minda sedar.

Gelombang Otak: Bagaimana Minda Sedar dan Separa Sedar Berkomunikasi

Kita telah mendapat sedikit gambaran tentang di mana pusat minda sedar dan separa sedar berada. Kini mari kita lihat bagaimana kedua-duanya berkomunikasi.

Setiap aktiviti yang berlaku pada otak wujud didalam bentuk tenaga elektromagnetik. Getaran elektromagnetik ini diukur dan ditafsirkan kedalam bentuk frekuensi. Dari frekuensi itu, getaran dibaca dalam bentuk gelombang yang terhasil dari otak. Terdapat 5 jenis bentuk gelombang otak – beta, alfa, thetha, delta dan gamma (lihat gambarajah 2).
 
Kelima-lima gelombang otak ini adalah refleksi tahap kesedaran kita. Sebagai contoh, ketika otak sedang aktif menjalani kehidupan harian, gelombang beta biasanya yang paling dominan antara semua gelombang tadi. Ini bererti ketika kita menjadi insan minda sedar, beta adalah gelombang yang paling banyak terhasil dalam otak.
 
Gelombang alfa pula adalah gelombang transisi dari minda sedar ke separa sedar. Perubahan kesedaran dari beta ke alfa menenangkan kita. Alfa adalah getaran yang lebih perlahan dari beta.
 
Jika getaran ini diperlahankan lagi, kita akan berada digelombang theta.
 
Gelombang theta adalah gelombang di pintu masuk minda separa sedar dimana kita bermimpi ketika tidur. Gelombang ini mencetuskan beberapa neuro-kimikal yang penting bagi memori, kreativiti dan pengalaman integratif.
 
Lebih perlahan dari theta ialah gelombang delta. Gelombang ini selalunya terhasil ketika tidur tanpa mimpi. Keadaan tidur tanpa mimpi adalah tahap separa sedar yang dalam. Tubuh memperbaiki dirinya ketika minda berada di tahap ini.
 
Gelombang gamma pula adalah gelombang yang membenarkan komunikasi diantara bahagian-bahagian otak. Gelombang ini kecil dan sangat laju. Meskipun ada pakar yang menganggap gelombang ini sebagai gelombang tinggi beta, kesannya terhadap emosi adalah positif. Bagi mereka yang telah lama bermeditasi, gelombang ini adalah lebih banyak dari mereka yang tidak bermeditasi. Saintis percaya penghasilan gelombang gamma secara ideal membuatkan kita lebih fokus, tinggi I.Q, mempunyai kesedaran keesaan Tuhan dan naluri kasihan belas yang tinggi.

sumber : Mind Development Centre (http://www.mindec.com )

Posted on March 16, 2012, in Minda Separuh Sedar. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: