Daily Archives: April 4, 2012

Garam : Amalan Pemakanan Rasulullah S.A.W

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

 

 HARGA GARAM MAKAN BUKIT HIMALAYA (Pink) – RM10.00 I peket (Penghantaran PERCUMA). Berminat hubungi 019 3343101 @ Beli Secara Online di www.successmall.net

Kandungan Garam bukit

.100% Asli – Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia:

Hydrogen, Lithium,Beryllium, Boron,Carbon, Nitrogen,Oxygen,Fluoride,Sodium,  Magnesium,Aluminum, Silicum, Phosphorus,sulfur,Chloride,Calcium,Scandium,Titanium,Vanadium,    Chromium,Manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,Selenium,Bromine, Rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,Silver, Cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,Praseodymium, Samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,Lutetium, Hafnium,tantalum, fungsten,rhenium. Osmium,iridium,platinum,gold ,mercury ,Thallium,Lead, bismuth,Polonium, Astatine, Francium, Radium, Actinium, Thorium, Protactinium, Uranium,Neptunium and Plutonium.

Maklumat di bawah adalah dari Natural Resources, Inc., pengarang buku, “Water & Salt, The Essence of Life” oleh Dr. Barbara Hendel, MD and Biophysicist, Peter Ferreira.

Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sejak berjuta-juta tahundahulu sehingga garam bukit terjadi. Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi . Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya . Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink , oren kemerah-merahan . Lagi banyak kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Samalah seperti berlian .

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai ” Raja Garam atau emas putih ” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja . Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya . Dari sudut geologi garam ini juga dikenali sebagai ” halite ” ( garam biasa ) yang berkomposisikan sodium klorida .NACL . 

Kuasa Garam Untuk Bertukar

Dari kaca mata sains , garam mempunyai nilai yang unik . Berbanding struktur kristal yang lain , struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk . Semasa kristal Kuarza direndam ke dalam air ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal .Sungguh pun kristal boleh membekalkan tenaga, corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air , yang dengan mudahnya terlarut . Kristal Kuarza berkeadaan kekal . Ia terlalu kaku untuk larut atau dikaitkan dengan polaritinya .

Apabila garam larut dalam air , ia mencair semasa itu terbentuklah sole ( so-lay ) . Sole adalah berupa bukan air bukan juga garam. Sebaliknya apabila berlaku proses penyejatan sole menjadi garam semula .Perubahan garam ini tidak menentukan yang ia tidak semestinya berlaku proses metabolise dalam badan kita . Kanji akan bertukar menjadi gula , protein akan menjadi asid amino dan lemak pula bertukar menjadi gliserin dan asid . Garam tetap garam . Ia secara terus dapat digunakan didalam sel badan dalam bentuk ion yakni sole .Semua makanan mesti berpecah mengikut polaritinya supaya badan dapat menggunakannya. Tetapi garam terus kekal dalam bentuk asalnya malah ia memasuki bahagian otak kita . Garam dan Aktiviti otakMalah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku .
Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya . Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif . Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .
Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan , dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan. Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ .Bagaimana Garam Boleh Bertukar Menjadi Sodium Klorida ?Dengan kewujudan perkembangan industri , garam asli telah mengalami pembersihan kimia dan berkurang menjadi kombinasi sodium dan klorida . Mineral penting dan jejak unsurnya telah dibuang menjadi tidak asli lagi. Walau bagaimana pun sodium klorida adalah tidak asli, terasing dan bahan kurang menyihatkan dan tiada persamaan dengan garam .
Sama dengan gula putih bertapis , garam suatu ketika dahulu dianggap emas putih ,telah bertukar menjadi racun putih ! Walau bagaimanapun , ada sebab penting terakhir dibiarkan bersama dengan unsur-unsur asli lain yang ditemui dalam badan kita . Sodium klorida adalah bahan yang bersifat agresif iaitu bio-kimia, dimana sentiasa mencari persamaan setara untuk menghasilkan kesannya.
 
Persamaan semulajadi seperti potassium, kalsium magnesium , dan mineral lain serta jejak unsur , menunjukkan dari segi sudut biofizikal , corak frekuensi tertentu. Corak ini menentukan corak struktur geometri dalam badan kita . Apabila struktur ini hilang kita adalah tanpa tenaga dan tidak hidup. Garam tidak sepatutnya digunakan sebagai penambah perisa dalam makanan , tetapi kerana corak vibrasinya yang sama seperti tubuh kita ! Emas Putih Kepada Racun PutihSebagaimana biasanya kegunaan garam didapur , begitulah juga hubungan jumlah penyakit dengan garam harian . Hidup adalah mustahil tanpa garam. Tetapi penggunaan garam boleh membunuh kita . Mengapa begitu??? Ini kerana garam biasa kita tidak mengandungi apa-apa yang sama dengan garam kristal yang sedang kita perkatakan di sini. Garam pada hari ini bukanlah garam biasa tetapi sodium klorida . 
Garam asli sepatutnya terdiri daripada bukan hanya dua tetapi lengkap dengan semua unsur semulajadinya . Ini ada persamaan dengan unsur yang dibina oleh badan kita dan semulajadinya ditemui wujud dari ” laut dahulukala ” dimana semua hidupan bermula.
Yang menariknya , darah kita berbentuk sole , mengandungi sama larutan garam sebagaimana laut dahulukala iaitu cecair terdiri dari air dan garam. Nisbahnya kepekatannya sama , sebagaimana wujud berakhirnya hidup laut dahulukala . Sole ini mengalir menerusi lebih dari 56,000 batu aliran air dan salur darah menerusi hidupan kita dengan desakan graviti , terapung , mengawal dan mengimbang tugas dalam badan kita.
 
Bagaimana Garam Membebankan Tubuh kita
Badan kita memerlukan 0.007 auns garam sehari . Sebahagian daripada kita mengalami kekurangan garam, walaupun kita terlebih penuh dengan sodium klorida. Apabila penggunaan garam kita kurang dari 0.007 auns sehari , berlaku ketagihan garam. Mengikut purata perkapita penggunaan garam harian di US adalah antara 0.4 hingga 0.7 auns. Walau bagaimanapun , badan kita hanya mampu mengumuhkan 0.17 auns hingga 0.25 auns sehari menerusi buah pinggang bergantung kepada umur , resam badan dan jantina.
 
Badan mengenalpasti garam biasa sebagai racun bersel dan bukan bahan semulajadi dan mahu memusnahkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk berkumuh. Dalam hampir semua produk pengawetan, garam digunakan sebagai salah satu proses mengawet. Jadi dengan menambah garam pada bahan yang sedia awet, badan menerima lebih garam dari jumlah yang sepatutnya dikumuhkan. Akibat Penggunaan Garam Biasa.Kesan menggunakan garam biasa telah membentuk keasidan edema yang tinggi atau lebihan cecair dalam tisu badan punca penyebab terjadinya selulit. Sebab itulah doktor melarang kita mengambil garam lebih. Untuk setiap .035 auns sodium klorida yang tidak boleh dimusnahkan oleh badan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan garam itu. 
Kalau kandungan masih terlalu tinggi pengkristalan semula berlaku semasa badan menggunakan semula protin lemak haiwan yang tidak dicernakan ( non-degradable ) biasanya terdapat dalam susu ) yang juga tidak berguna dan tidak dapat dilupus atau dimusnahkan . Protin inilah yang digunakan oleh badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan garam. Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah mengikat dirinya dengan sodium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang .
 
Inilah yang menimbulkan pelbagai jenis penyakit Artritis , gout ( sengal tulang ) , karang buah pinggang dan pundi hempedu ( gall bladder ) . Pengkristalan ini merupakan jalan penyudah keselamatan untuk sel badan dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan mahupun keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Dalam jangka masa panjang ia meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak dapat dikumuhkan.
Berminat Hubungi : 019 3343101 @ Beli Online di www.successmall.net
 

LAMPU GARAM BUKIT SEBAGAI TERAPI MINDA

Lampu Garam Bukit Tulen Himalaya Terapi Kristal

Lampu Garam Bukit

Lampu Kristal garam Himalaya bentuknya cantik dan efektif membersihkan udara dengan mengeluarkan ion negative yang kuat,secara ilmiah terbukti meningkatkan kesehatan tubuh,lingkungan dan sesamanya.Juga bersifat hygroscopic dengan mengurangi partikel-partikel udara,virus dan bakteri yang berterbangan di udara .

Lampu garam bukit yang bersinar juga membawa kesegaran dan kenyamanan di kamar tidur,ruang tamu ,ruang dapur,ruang tunggu di rumah sakit, lobi hotel,spa atau salon,atau tempat banyak orang berkumpul dan menghabiskan waktu yang banyak.Gunakan dan letakkan lampu garam bukit di meja, dekat komputer ,di atas meja tempat tidur.Cubalah di rumah dan ion-ion akan bekerja untuk anda.

Ilmuwan,designer interior mulai meneliti kristal garam bukit untuk kesehatan,kegunaan ion dan untuk keindahan lingkungan.Kebudayaan kuno zaman 327 BC (Aleksander agung) mengetahui efek yang luar biasa pada kristal garam himalaya.Kita juga tahu bahwa mereka tidak hanya “lampu kristal yang cantik…” Lampu garam bukit biasanya mengurangi alergi,yang diakibatkan oleh bakteri,juga meningkatkan energi di udara,kesembuhan dengan cahaya yang keluar dari lampu garam bukit, dan lagi udara yang bersih baik bagi anda.Efektif membersihkan udara tanpa bayak peralatan,ganti filter atau tagihan listrik yang mahal. Asma,alergi,sakit kepala,dengkur,stress,kelelahan dan masih banyak lagi masalah yang bisa menjadi alasa untuk menggunakan lampu garam bukit. Hasil yang paling segera terjadi adalah ionic area yang di timbulkan oleh kristal garam.

Lampu Terapi Garam Bukit berasal dari pegunungan Himalaya, perbatasan antara Pakistan dan India. Garam ini telah terbentuk secara alamiah sejak 256 juta tahun yang lalu. Menurut penelitian laboratorium, garam ini empunyai kandungan elemen bio fizik yang dapat meningkatkan kesehatan tubuh manusia, diantaranya: menghasilkan ion negatif untuk membersihkan udara menjadi neutral, murah efektif dan sehat, berfungsi untuk meneutralkan dan mengimbangi gelombang/frekuensi elektromagnetik, dan sebagai terapi cahaya warna yang menghasilkan 600-700 nanometer.

Apa Fungsi & khasiat Lampu Garam Bukit

Mengembalikan ion negatif seperti dikawasan pergunungan dan air terjun yang secara natural memiliki kesegaran udara dan dapat mengurangkan bakteri yang beredar di udara sekitarnya. Mengimbangi pengeluaran ion-ion positif yang merusak kwalitas udara dan kesehatan akibat penggunaan alat-alat elektronik seperti komputer, tv, radio dan AC termasuk asap rokok. Menurut penelitian dari institut penyelidikan biofisika dari Jerman, bahawa pengeluaran uap dari lampu ini bisa mengembalikan kwalitas udara dan meningkatkan ion negative 3 kali lebih banyak.

Menurut Dr. Albert P. Krueger dari Universiti California, kwalitas ion yang baik bisa membunuh bakteria dalam udara dengan cepat. Disamping itu dapat mengurangi kemungkinan terjangkitnya bakteria tersebut pada individu yang lain. Dapat mengurangkan beberapa penyakit seperti sinus, migrain, sakit kepala, dengkuran, demam, gejala asma, alergik, flu, gangguan pernafasan, mengurangkan susah tidur (insomnia), meningkatkan daya tahan tubuh dan menambah produktiviti bekerja serta meningkatkan konsentrasi. Mengurangi bau, mencegah radiasi.

Lampu Garam Bukit menghasilkan Ion Negatif apabila di pasang dengan Lampu. Khasiat Lampu Garam Bukit- Kami hanya fokus kepada Lampu Garam Bukit Bentuk Piramid- Harga RM50.00.
Lampu Garam Bukit Himalaya Berbentuk Bulat Bersaiz 4 inci ini adalah menggunakan Kabel USB. Lampu Model USB ini mengeluarkan 6 cahaya. Harga RM45.00. 
Berminat hubungi 019-3343101 . Penghantaran Percuma Jika Beli 3 Unit. Beli Secara Online @  http://www.successmall.lot.my
FAKTA LAMPU GARAM BUKIT

 1.Membantu mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma, stroke

2. Menstabilkan dan mempertingkatkan kualiti udara

3. Membantu mengurangkan sebahagian besar bakteria dalam udara

4. Ion Negatif di kenali sebagai “Vitamin Udara”

5. Membersihkan udara dari debu debunga

6. Menghilangkan bau yang kurang enak dan asap

7. Mengurangkan tekanan serta keletihan kronik.

8. Menghilangkan pening dan migraine, resdung,demam panas, batuk dan selsema

9. Ketenangan di dalam kawasan rumah, pejabat

10. Menghilangkan bau busuk dan kurang menyenangkan dengan cepat.

11. Menjadikan tidur anda lebih lena serta segar apabila bangun dari tidur

12. Mengurangkan gangguan nyamuk dan serangga kecil

13. Fikiran menjadi lebih fokus terutama bila melakukan ulangkaji (anak-anak)

14. Membebaskan segala ancaman radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh peralatan letrik.

15. Jarang mengidapi demam, batuk dan selesema
Kajian saintifik menunjukkan Lampu Garam Bukit Tulen boleh meningkatkan ion Negatif (Vitamin Udara) sehingga 300% di Eropah. Pengamal Homeopathy menggunakan Lampu Garam Bukit Tulen dalam rawatan mereka.Dr. Albert P. Kruger, seorang ahli mikrobiologi dan ahli patologi ujikaji di Universiti California, mendapati kualiti ion negetif yang kecil boleh membunuh dan menyingkirkan bakteria dalam udara dengan cepat. Ia dapat mengurangkan jangkitan kepada manusia.

Tepi Katil

Selamat digunakan sebagai lampu malam yang cantik dan menjadikan malam anda suasana yang harmoni dan romantik.

Pejabat

Dapat meningkatkan tahap kosentrasi kerja di samping membersihkan ruang udara dan mengurangkan tekanan.

Bilik Bacaan

Mewujudkan suasana yang menyegarkan dalam proses pembelajaran atau bacaan yang lebih lama.

Tepi Komputer atau Meja Pejabat

Sangat sesuai dan bukan sahaja cantik malah dapat mengurangkan radiasi daripada skrin monitor.

Bilik Rawatan atau Terapi

Mewujudkan suasana yang tenang dan membersihkan udara di sekitar bilik.

Ruang Rehat atau Ruang Tamu

Samada di rumah mahupun di pejabat, menjadi satu hiasan yang cantik dan dapat menikmati suasana harmoni

Kawasan Merokok

Dapat menghilangkan bau yang kurang menyenangkan dengan cepat

Feng Shui

Menambah tenaga di dalam bilik apabila diletakkan di tempat-tempat yang strategik.

Dimana Lampu Terapi Garam Harus Diletakkan?

  • Di ruang tamu, ruang makan terutama diruang tidur.
  • Ruangan bilik yang terdapat alat-alat elektronik seperti komputer, AC dan alat-alat elektronik lainnya,
  • Untuk membantu meningkatkan konsentrasi dan mengurangi stress dalam bekerja.
  • Ruangan kelas untuk meningkatkan kecerdasan dan kekuatan berfikir para pelajar dan guru.
  • Klinik dan hospital digunakn untuk mengurangi kuman dan bakteri yang beredar.

Rock Salt atau dikenal sebagai Garam Bukit hanya terdapat dikawasan Asia dan Eropa. Adalah bukit garam batu yang terbentuk secara alami kira-kira 256 juta tahun yang lalu. Garam akan melunturkan atau memecah kotoran dan berkhasiat sebagai pembersih. Garam yang digunakan dalam masakan adalah yang telah diproses menjadi natrium klorida . Garam yang diproses akan mengakibatkan masaalah darah tinggi jika dimakan secara berlebihan. Selain garam yang digunakan sebagai penambah perasa dalam makanan, garam yang disebut Garam Bukit kini menjadi pilihan banyak orang karena khasiatnya.

CARA PENJAGAAN

Batu garam mengandungi bahan “hygroscope” bermakna ia mengeluarkan cecair dari persekitaran, oleh itu jauhkan ia daripada air.

Letakkan di temapt kering atau hawa dingin pada setiap masa.

Tidak sesekali meletakkan lampu di kawasan luar yang terdedah pada cahaya. Ia akan menyebabkan batu garam menjadi lembap. Dengan memasang lampu membolehkan ia kering dengan cepat.

Lampu batu garam boleh dipasang setiap masa untuk pengudaraan yang bagus

KUASA MINDA SEPARA SEDAR UNTUK CAPAI IMPIAN ANDA

BAGAIMANA MENCAPAI SEGALA HASRAT DAN IMPIAN ANDA.Jadi, bagaimana kita hendak menjadi sebagaimana yang kita fikirkan?
Ini petuanya :

Setiap masa (sekerap mungkin) gambarkan dalam pemikiran kita seolah-olah kita telah menjadi orang yang ki…ta ingin jadi, kemudian rangsangkan urat saraf kita untuk merasai dan bertindak mengikut gambaran mental sebagai orang yang kita ingin jadi, melalui minda separuh sedar kita, yang amat berkuasa memproses impian kita!

Untuk Berjaya, kita mesti mempunyai gambaran mental diri kita orang yang berjaya. Kita tidak mungkin Berjaya sekiranya kita mempunyai gambaran mental mengenai diri sendiri sebagai orang yang gagal – gambaran sebagai orang yang gagal ketika ini dan juga masa akan datang!

Ini adalah Undang-undang Alam

UNDANG-UNDANG PERSAMAANKita tidak boleh berfikir mempunyai gambaran mental mengenai sesuatu perkara dan kemudiannya menjadikan diri kita sesuatu yang lain daripada apa yang kita gambarkan.

Kita tidak boleh memikirkan kemiskinan dan kemudian menjadi kaya. Kita tidak boleh memikirkan kebencian dan kemudian merasai kasih.

Oleh yang demikian, kehendak pertama bagi memenuhi gesaan naluri (yang di luar kesedaran, kita sememangnya memilikinya) ialah dengan menggambarkan dalam mental bahawa diri kita sebenarnya adalah menjadi seperti apa yang kita fikirkan.

Kerana ‘Pemikiran Kita’ (Gambaran Mental) mengawal kehidupan kita dan menentukan masa depan kita.

 
ANDA DILAHIR UNTUK MENCIPTA KEKAYAAN

Pemikiran separuh sedar kita merupakan pusat jana kuasa yang menggerakkan urat saraf dan anggota badan kita untuk bertindak menghasilkan keputusan-sekiranya kita memberi arahan matlamat yang berunsurkan… kejayaan, maka ia akan berfungsi sebagai mekanisme kejayaan dan begitu juga sebaliknya.

Berhati-hatilah memilih matlamat dan ‘mengisi minda’, kerana anda akan menjadi seperti apa yang anda fikirkan!

Fikirkan Boleh..Katakan Boleh..Pasti Kita Boleh Mencipta Kekayaan

 
 
Sumber: Facebook Datuk Dr.Maznah Hamid

TUNGKU MODEN MENGGUNAKAN BANTAL PANAS

PENGENALAN

BAGAIMANAKAH ANDA MERAWAT SAKIT PINGGANG YANG MELAMPAU, ATAU KAKI DAN BADAN SENTIASA LENGUH? KETIDAKSELESAAN SEMASA SENGGUGUT ATAU SEMASA MENGANDUNG/LEPAS BERSALIN?

ADAKAH ANDA AKAN MENGHABISKAN WANG KE RUMAH TUKANG URUT ATAU SAUNA ATAU ADAKAH ANDA AKAN MENGAMBIL JALAN MUDAH DENGAN MENELAN PIL PAINKILLER ATAU PIL SEWAKTU DENGANNYA YANG TIDAK ELOK UNTUK JANGKA MASA PANJANG.

DALAM MASA TAK SAMPAI 5 MINIT, SEMUA MASALAH TERSEBUT AKAN SELESAI DAN ANDA AKAN DAPAT MENJIMATKAN WANG ANDA.PENYELESAIAN KEPADA MASALAH TERSEBUT ADALAH DENGAN MENGGUNAKAN TUNGKU MODEN.

KERANA DENGAN ANDA MEMPUNYAI TUNGKU MODEN YANG ANDA BOLEH GUNAKAN DIRUMAH, PEJABAT, DALAM KENDERAAN ATAU DIMANA-MANA DAN PADA BILA-BILA MASA SAHAJA KERANA BENTUKNYA SEPERTI BANTAL BABY YANG KECIL DAN MUDAH DIBAWA KEMANA-MANA.

IANYA ADALAH ADAPTASI DARI TUNGKU TRADISIONAL YANG DIGUNAKAN OLEH ORANG TUA DAHULU YANG SEMEMANGNYA DIKETAHUI UMUM BERKESAN UNTUK PERAWATAN TRADISIONAL.

MAHUKAH KITA MEMBAKAR TUNGKU BESI DIATAS DAPUR API SELAMA 1/2 JAM DAN KEMUDIAN MEMBALUTNYA DENGAN KAIN TAMBAHAN PULA TUNGKU TERSEBUT MENGELUARKAN ASAP DAN BAU YANG TIDAK MENYENANGKAN.

TUNGKU MODEN YANG HANYA MEMAKAN MASA 5 MINIT UNTUK DICAS DAN KEPANASANNYA TAHAN SEHINGGA 2 JAM-KE 4  JAM SEBELUM BETUL-BETUL SEJUK.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Bantal Panas ini mendapat banyak info yang positif  bagi  kawan-kawan yang telah guna.  Fungsi dia cam tungku tapi telah dimodenkan dan menyenangkan lagi penggunaannya.
Sangat baik untuk kita sekeluarga ni…. cam promote laks… hihihi.. apasalahnya dak…. untuk kebaikan kita semua. Dalamnya mengandungi cecair garam yng cukup terkenal dengan pengubatan sufi.  Garam terlalu banyak penggunaan dia… Contohnya Rasulullah saw akan makan secubit garam sebelum menjamah makanan lain..

Pasal kegunaan garam… orang dulu-dulu kalau mengalami lenguh-lenguh badan, dorang akan tuam dengan garam panas.  camni cara-cara dia:
Beli 2 kilo garam kasar, goreng dalam kuali biar betul-betul panas.  Goreng dengan api sederhana dan hati-hati sebab garam akan meletup sekali sekala.  hehehe… bila dah cukup panas, bungkus ngan suratkhabar lama, dibalut pula ngan kain batik.  Tekapkan kat tempat sakit seperti belakang, kaki, bahu etc… fuhhh… lepas tu mmg lega… hilang bisa sakit… kalau amalkan selalu InsyaAllah, akan sembuh lenguh2 tu… veen selalu buat dulu… sbb veen ada slip disk… Alhamdulillah, lega… tp kena byk minum air sbb terasa kering tekak dan bergaram dalam mulut ni… garam menyerap dalam tubuh…tetapi sekarang guna tungku garam jer…. kalau lenguh peha tu, pakai seluar yang ada poket tu, balutkan garam panas kecik-kecik dan masukkan dalam poket seluar… sambil-sambil tu boleh buat kerja lain… tak perlu  ler nak baring jer….

Fungsi bantal garam :
1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Membantu mengurangkan berat badan.
8. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
9. Mengurangkan masalah perut kembung.
10. Melegakan bahagian tulang patah

Berat = 1.7kg++ setiap satu.. berat gak ni…

Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut.
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:
Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 – 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 – 3 jam

HARGA RM30.00(PENGHANTARAN PERCUMA)

BERMINAT SILA HUBUNGI 019-3343101 @ BELI SECARA ONLINE DI www.successmall.net

TENAGA PIRAMID

TENAGA PIRAMID

Pendahuluan

Kami adalah pengedar Lampu Garam Himalayan Bentuk Piramid. Harga RM50.00. Sila hubungi 019-3343101

 PYRA – tenaga
 MID – tertumpu
 = PYRAMID – Tenaga yang Tetumpu
Anda mungkin mengetahui tentang kewujudan piramid di dunia ini tetapi pernahkan anda mendengar mengenai daya dan tenaga yang dihasilkan daripada piramid yang ada di muka bumi ini ? Bagaimana tenaga ini terhasil dan bagaimana kaedah untuk menggunakannya untuk memenuhi keperluan seharian kita ?

Tenaga Piramid merupakan bentuk tenaga mistik yang masih lagi dikaji oleh penyelidik mengenainya. Namun telah ramai yang menggunakan tenaga tersebut dan terbukti keberkesanannya. Pengunaan tenaga ini tidak dikaitkan dengan sebarang amalan keagamaan kerana ia bersifat semulajadi dan universal. Percaya atau tidak tentang keupayaan tenaga Piramid ini adalah bergantung sejauh mana anda dapat menggunakan tenaga ini mengikut kaedah yang ditunjukkan. Ingat, piramid tidak berkuasa tetapi tenaga yang ada di dalamnya adalah anugerah Allah untuk kita ,sebagai khalifah di muka bumi ini untuk menggunakannya.

Tenaga yang terdapat di dalam binaan Piramid hanya merujuk kepada tenaga , daya dan kuasa yang terdapat di alam semesta ciptaan Allah . Ia sama seperti tenaga tenaga lain yang diketahui oleh sains seperti tenaga cahaya, mekanikal, bunyi , cahaya dan sebagainya. Bezanya Cuma sains moden tidak mengiktiraf tenaga piramid sebagai satu tenaga dalam erti kata sains moden kerana para saintis tidak dapat menjelaskan mengapa terdapatnya kuasa di dalam binaan piramid atau mengapa tenaga dan daya dapat disalurkan dan dikumpulkan dengan hanya menggunakan sebuah piramid.Secara saintifiknya, bahagian tajam atau runcing yang menghala ke atas akan menarik ion-ion atau tenaga dari atmosfera sebagaimana bahagian tajam yang dipasang di atas bumbung struktur tinggi untuk menarik pancaran kilat ke bumi. Bahagian di bawah bentuk tajam atau runcing pula akan mengumpulkan tenaga yang berada di bawahnya sebagaimana terdapatnya kebocoran di lapisan ozon tertentu di atmosfera kerana bahagian tersebut merupakan bahagian yang meruncing berbanding bahagian lapisan ozon yang lain.Kesimpulannya struktur binaan piramid akan menarik tenaga dari alam ini dan mengumpulkannya di dalam binaannya serta akan dipancarkan ke empat penjuru mengikut penjuru yang ada pada binaan piramid. Pancaran tenaga itu tidak dapat berbuat apa apa kecuali difokuskan dengan penggunaan minda kita yang juga merupakan sebahagian daripada pancaran gelombang yang boleh diubahsuai mengikut keadaan. Sebagai contoh, pancaran cahaya matahari tidak dapat membakar kecuali kita menggunakan kanta untuk memokuskan pancaran menjadi terkumpul dan membakar objek yang disinarinya.Dengan menghalakan diri anda kepada piramid yang terdapat di Mesir atau di mana mana sahaja di alam ini, atau ke permukaan piramid yang anda bina sendiri ( daripada kadbod ), akan berlakulah perkara-perkara yang mengagumkan serta dapat menyelesaikan masalah kehidupan anda.

KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN
 
Barang dan objek yang diletakkan di dalam piramid akan :-

Mengekalkan warna bunga ros
Mengekalkan ketajaman pisau cukur
Mengering dan mengekalkan bentuk serta buah epal
Mengekalkan kilauan barang – barang perhiasan
Mengekalkan kesegaran susu segar dalam masa yang lebih panjang
Membantu perkembangan pokok
Meningkatkan rasa / aroma kopi dan jus buah buahan
Mengeringkan daging dan makanan mentah tanpa mngubah rasanya
Meningkatkan kualiti tidur dan rehat
Meningkatkan daya penyembuhan penyakit
Memudahkan proses meditasi dan menenangkan fikiran

PENETAPAN LOKASI PIRAMID

1. Mengikut unjuran Utara – Selatan. Gunakan kompas untuk penentuan
2. Jauh daripada sumber elektrik, medan magnet dan elektrostatik                                                                                                            3. Tempat yang tidak menjadi tumpuan ramai
4. Tempat yang tenang dan bebas daripada kebisingan
5. Tempat yang kedudukan piramid tidak akan diganggu oleh orang lain.
6. Boleh diletakkan di luar rumah tetapi ada perlindungan daripada panas dan hujan
7. Di atas permukaan yang rata.
8. ’Bersihkan’ energi tempat untuk perletakan Piramid sebelum meletaknya di lokasiberkenaan kerana energi negatif yang sedia ada di lokasi berkenaan akan mempengaruhi energi yang akan dipancarkan oleh piramid berkenaan
9. Sebagai penambahan, letakkan beberapa kristal terpilih di sekitar piramid serta gunakan wangi wangian di sekitarnya untuk menambahkan lagi keberkesanan tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
10. Sekarang, andaikan lokasi berkenaan adalah tempat yang istimewa dan jauhi daripada berkata sesuatu yang negatif, emosi yang negatif serta perbuatan yang tidak sepatutnya di lokasi berkenaan kerana semua ini akan mempengaruhi tenaga yang dipancarkan oleh piramid.
11. Seeloknya, lakukan solat dan aktiviti kerohanian seperti berzikir dan membaca al Quran di lokasi berkenaan.
12. Tenaga Piramid boleh digunakan mengikut kaedah yang akan diterangkan dan keperluan yang anda mahukan.Apakah yang akan berlaku bila piramid telah berada di lokasi yang betul ?

Setelah di tempatkan di lokasi yang tepat, maka anda akan dapati tidak ada apa apa yang akan berlaku. Ini samalah seperti mana anda meletakkan kedudukan antena TV di tempat yang betul, tidak ada apa apa yang akan berlaku pada TV anda.

Ingatlah bahawa piramid adalah sebuah alat seperti antena TV. Maka untuk mendapatkan hasil yang berkesan, anda perlu membuat penyelarasan gelombang iaitu dengan menggunakan kekuatan minda ataupun kekuatan daya pemikiran anda iaitu FOKUS MINDA terhadap kemahuan yang anda hajati.
RAHSIA PERMUKAAN PIRAMID
1. Permukaan Utara – Kekayaan Kebendaan ( Fizikal )

Permukaan Utara dapat dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh dilihat dan disentuh. Dengan membuat penyelarasan keserasian diri anda dengan gelombang tenaga yang dipancarkan oleh piramid berkenaan, maka anda dapat menggunakannya untuk mencapai kehendak anda berkaitan kebendaan atau material. Walau bagaimanapun perlu diingat bahawa tenaga piramid mematuhi hukum alam, maka anda tidak seharusnya mengambil sikap tamak dan takbur dalam mengejar impian keduniaan ini.

2. Permukaan Timur – Perasaan kasih Sayang dan Kedamaian Jiwa ( Emosi )

Perasaan kasih sayang di sini tidak bermaksud atas dorongan nafsu seks tapi adalah nilai kasih sayang yang abadi serta semulajadi. Sebagai contoh untuk menguatkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan ikatan rumah tangga, kedamaian dalam kehidupan dan seumpamanya.

Jangan disalahgunakan Tenaga Permukaan Timur ini dengan berhajat agar sesaorang yang tidak sukakan anda akan menjadi sebaliknya hingga ke tahap sukar melupakan anda. Ini menyeleweng dari tujuan sebenarnya pengunaan tenaga piramid yang berkaitan dengan hukum alam.

3. Permukaan Selatan – Perlindungan dan Penyerangan

Permukaan Selatan mempunyai daya tenaga yang kuat. Ini kerana Permukaan Selatan mewakili simbul API. Jesteru itu tenaga permukaan ini dapat digunakan bagi tujuan kebaikan dan kejahatan. Perlu diingatkan bahawa di dalam hukum karma dan alam, setiap perbuatan ada balasan serta kesannya kepada diri kita sendiri. Maka berhati hatilah dalam menggunakan Tenaga Permukaan Selatan ini dalam kehidupan seharian.

Walaupun tenaga ini boleh digunakan untuk perlindungan dan penyerangan, penggunaan sebagai perlindungan adalah lebih baik. Penggunaan tenaga secara penyerangan hanya dapat digunakan secara defensif iaitu mengembalikan tenaga negatif yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita dan bukannya memancarkan tenaga untuk merosakkan orang lain.

4. Permukaan Barat – Kesihatan dan Kekuatan

Permukaan Selatan ini mewakili simbol AIR yang bersifat suci lagi menyucikan. Dengan Tenaga Permukaan Barat ini, anda boleh menggunakannya untuk tujuan rawatan dan juga menambahkan kekuatan tubuh badan. Perlu diingat, penggunaan Tenaga Penyembuhan ini hanyalah bersifat ”supplementary effort”, maka untuk itu ubat-ubatan dan makanan tambahan berkhasiat masih diperlukan untuk mempercepatkan lagi penyembuhan diri anda.

  
sumber : AURA ASSHIFA ( http://auraasshifa.blogspot.com/ )
 
%d bloggers like this: