ANDA BERTANYA USTAZ MENJAWAB MENGENAI SOLAT

Saya sering menerima pertanyaan mengenai hal-hal tentang solat d ruang Alam Maya ini. Adakalanya saya mampu menjawab sekitar ilmu yang saya ada. Saya pernah menyarankan untuk membeli Buku Ensiklopeda Solat terbitan Telaga Biru Berharga RM100.00. Kini saya menemui sebuah buku yang mampu menjawab beberapa persolan tentang solat yang sering ditanya oleh anda d Alam Maya in. Buku ANDA BERTANYA USTAZ MENJAWAB MENGENAI SOLAT dtulis oleh Ustaz Rohidzr Idris yang telah menulis beberapa buah buku tentang solat termasuk Ensklopedia Solat. Buku ini telah diterbitkan oleh PTS berharga RM40.00. Harus dimiliki oleh semua umat islam sebagai rujukan peribadi dan keluarga. Buku in dsusun dalam bentuk soal jawab bergambar kerana hanya dengan konsep ini penulis dapat membangkitkan pelbaga persoalan remeh temeh yang tidak disentuh dalam penerbitan lain tetap sering terjad kepada pembaca. Anda boleh beli secara online di www.successmall.net

Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.
Solat juga menjalinkan hubungan langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain.
Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. Mencari kesempurnaan dalam solat, pembaca perlu terlebih dahulu memahami, solat adalah ibadah paling istimewa. Solat adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah.
PTS Islamika Sdn Bhd kini menerbitkan buku Anda Bertanya Ustaz Menjawab Perihal Solat bagi menjelaskan secara mendalam perihal solat. Buku ini juga disusun secara istimewa dalam bentuk soal jawab bergambar. Melalui konsep bergambar ini, penulis dapat membangkitkan pelbagai persoalan remeh temeh yang tidak disentuh dalam buku-buku lain, tetapi sering terjadi kepada pembaca.
“Buku ini bukan buku pertama saya dalam subjek solat, malah yang ketiga. Sebelum ini saya menulis buku Soal Jawab Remeh Temeh tentang Solat dan Ensiklopedia Solat. Kedua-dua buku ini membahaskan solat dengan cara berbeza. Buku pertama berbentuk soal jawab dan buku kedua pula adalah buku rujukan lengkap bergambar.
“Melalui konsep soal jawab, saya dapat mengetengahkan pelbagai persoalan yang biasa dialami siapa sahaja dalam solat. Metode ini tidak memerlukan saya menghuraikan satu persatu bab solat dari awal hingga akhir. Sudah tentu pembaca yang sudah mengerjakan solat berpuluh tahun juga tidak berminat mengetahui perkara terlalu asas dalam solat. Tetapi persoalan yang sering dihadapi pembaca adalah perkara yang remeh,” jelas penulisnya, Ustaz Rohidzir Rais.
Berdasarkan maklum balas pembaca buku ini, Ustaz Rohidzir rumuskan teknik soal jawab berdasarkan senario ini lebih mudah diterima pembaca. Beliau menjelaskan, Ensiklopedia Solat pula adalah buku rujukan yang padat dengan gambar sebagai panduan pembaca.
Pengalaman menulis buku, artikel dan rencana sebelum ini menyedarkan beliau betapa sukarnya menggambarkan peristiwa atau perbuatan melalui tulisan terutama apabila terpaksa menerangkan kadar perbuatan, kadar masa dan jarak.
“Sudah tentu keadaan ini berlaku kerana pemahaman setiap orang berbeza bagi perkara yang subjektif seperti ini. Namun begitu, melalui Ensiklopedia Solat, semua masalah itu dapat diselesaikan melalui gambar fotografi dan lukisan. Pembaca tidak perlu lagi memeningkan kepala membaca ulasan panjang lebar. Lihat sahaja pada gambar-gambar, dengan mudah ilmu dapat disampaikan. Saya kira ini adalah buku panduan solat terlengkap dan interaktif pernah dihasilkan dalam bahasa Melayu,” jelas beliau lanjut.
Saya mendoakan agar kerja keras saya dan rakan-rakan yang berhempas pulas menyiapkan buku ini diterima sebagai amal kebajikan buat kami di negeri sana nanti.

Posted on April 29, 2012, in Buku Pilihan and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: