Category Archives: Al-Quran Tajwid Dan Terjemahan

ALQURAN TAJWID DAN TERJEMAHAN

ALQURAN TAJWID DAN TERJEMAHAN
Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Sahih dan Indeks Tematik

Keunikan Al-Quran Ini

1) Resam Uthmani beserta Tajwid Kod Warna

Resam rasmi Malaysia. Diwarnakan beberapa huruf dan tanda bacaan bagi mewakili hukum tajwid tertentu bagi memudahkan kita di dalam pembelajaran membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul.

-panduan tajwid kod warna

1.Huruf warna biru(cyan) tidak perlu dilafazkan
2.Mim kecil warna merah di antara dua kalimah, menunjukkan hukum iqlab, suara mendengung 2 harakat.
3.Sabdu warna merah di atas huruf Nun dan Mim ialah wajibul ghunnah, suara mendengung 2 harakat.
4.Sabdu warna hijau di atas huruf , menunjukkan hukum bighairi ghunnah (tanpa dengung)
5.Alif, Wau, Ya atau Alif kecil warna hitam, ialah mad thabi’i, Suara memanjang selama 2 harakat.
6.Tanda Panjang warna merah di atas huruf mad, ialah mad muttasil dengan kadar 4/5 harakat.
7.Tanda Panjang warna hijau di atas huruf mad, ialah man munfasil dengan kadar 4/5 harakat.
8.Tanda Panjang warna hijau di atas huruf mad, ialah mad silah kubra dengan kadar 4/5 harakat.
9.Tanda Panjang warna jingga di atas huruf mad, ialah mad lazim/farqi dengan kadar 6 harakat.
10.Baris dua tak selari, Nun dan Mim warna merah menunjukkan adanya bacaan idgham.
11.Baris dua tak selari, Nun dan Mim warna hijau menunjukkan adanya bacaan ikhfa’
12.Baris dua selari, Nun dan Mim warna hitam menunjukkan adanya bacaan idzhar.
13.Tanda sukun berwarna hijau di atas huruf-huruf qalqalah menunjukkan adanya suara memantut

2) Asbabun Nuzul (Sebab turunnya ayat)

Ayat Al-Quran diturunkan secara bertahap tahap dan mengikut peristiwa. Jadi, bagi ayat ayat tertentu, disertakan sebab sebab turunnya ayat tersebut bagi kita memahami dengan lebih dalam makna ayat itu.

3) Hadis Sahih

Hadis hadis sahih yang berkaitan dengan tema perbahasan ayat Al-Quran bagi menambah kefahaman makna ayat tersebut.

4) Indeks Tematik

Indeks pencarian tema tema perbahasan tertentu di dalam Al-Quran merangkumi semua perkara. Ia memudahkan kita di dalam mencari ayat ayat tertentu yang membahaskan perkara perkara tertentu seperti hukum fara’id, akidah, muamalah dan sebagainya.

5) Kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Al-Quran ini telah disemak oleh Lembaga Tashih Al-Quran KDN dan telah mendapat kelulusan untuk diterbitkan.

 

Terbitan:
HUMAIRA BOOKSTORE ENTERPRISE
No.7, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang
43000, Kajang, Selangor

%d bloggers like this: