Category Archives: Blog

Wajah & Aplikasi Baru IMS Yahoo Groups

Sejak memenangi pingat emas dalam IID Johor 2009 fikiran saya tidak duduk diam. Tugas menjadi lebih berat kerana kriteria untuk bertanding di IID Shah Alam perlu melalaui proses yang rumit. Produk perlu di patent dan perlu ada penyelidikan ke atasnya. Sudah dua malam saya tidur lewat untuk membuat sedikit pencarian bahan di Internet untuk prodak Penasihat Akademik dan Yahoo Groups. Hasilnya amat memuaskan. Saya berasa lega dan bersyukur kepadaNya. Allah swt mempermudahkan segalanya. Hasilnya saya telah menukar paparan IMS Yahoo Groups. YahooYG Groups akan menjadi eLearning kepada pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor. Saya menyeru kepada semua pelajar mendaftar menjadi pengguna IMS Yahoo Groups. Pensyarah adalah pengguna pertama akan menjalani latihan penggunaan IMS Yahoo Groups. Saya berdoa usaha saya ini akan memberi satu ilmu baru kepada warga fakulti. Jangan lupa sentiasa ke IMS Yahoo Groups @ http://groups.yahoo.com/group/imsjohor

Buku Blog

Masa malam yang ada dan berjauhan dari keluarga perlu digunakan sepenuhnya. Untuk tahun 2009 ini saya berazam untuk menerbitkan sebuah buku Blog [nota: tajuk sebenar belum pasti].

Semalam ketika sedang mengemaskini kandungan buku Blog ini, saya didatangi oleh dua orang rakan serumah iaitu  Syed Izzaddin dan Ust. Dziauddin. Mereka begitu teruja bila saya menerangkan peranan besar yang boleh dimainkan oleh blog dalam kehidupan seorang pensyarah. Saya mencadangkan kepada semua rakan agar memindakan semua artikel anda di dalam http://www.scribd.com. Ini penting untuk perkongsian maklumat. Beliau mahu buku ini cepat dicetak. Ini membuat saya teruja dan bersemangat untuk mempercepatkan proses penghasilan buku blog ini. Doakan saya sihat dan kuatkan semangat untuk menyiapkan buku ini.

Documents

E-Kulaih 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 3

Tip Mudah Kekalkan Pelawat Setia Blog Anda

Assalamu’alaikum & Salam sejahtera.

Ramai yang kekeringan idea di saat perlunya blog ‘di-isi’ dengan sesuatu tulisan. Pelawat pula asyik tertanya mengapa blog anda tidak dikemaskini. Topik pula semakin lari dan meleret-leret dan jauh dari topik sebenar.

Kini, mereka telah ‘pergi’ jauh dari blog yang mereka selalu kunjungi dan mungkin akan terus tidak lagi mengunjungi blog anda. Enjin carian pula semakin ‘menjatuhkan’ kedudukan anda
di senarai enjin carian. Mahukah begitu terjadi kepada anda?

Ketahuilah, tujuan pertama dan terakhir pelawat ke blog anda adalah untuk mendapatkan informasi terkini mengenai apa sahaja yang berkaitan dengan topik blog anda. Mereka mahukan tulisan demi tulisan dari anda. Inilah hakikatnya (pengalaman
saya).

Maka pastikan anda sentiasa menghasilkan tulisan walaupun seringkas mana pun. Ia amat bermakna kepada pelawat blog anda terutama pelawat tetap.

Maka, tip ketiga kali ini amat mudah dan ringkas:

Sentiasa kemaskini blog anda terutama menghasilkan tulisan yang ‘fresh’ secara konsisten. Itu sahaja untuk tip ketiga ini. 🙂

Salam Sayang

Bakry M @ Pak Teh

%d bloggers like this: