Category Archives: E – Catatan Penulis

Peristiwa Israk & Mikraj bukti kukuh kehidupan di akhirat

Maklumat ni dipetik daripada Blog:- http://www.islamituindah.my

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Maha suci Allah yang menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Israk, ayat 1)

Israk adalah perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem, manakala Mikraj pula perjalanan Rasulullah SAW menuju ke langit ketujuh, Sidratul Muntaha, ‘Arasy dan Singgahsana (Kursi) Allah dan menerima wahyu dari Allah Yang Maha Besar.

Peristiwa ini menunjukkan kepentingan masjid dalam kehidupan umat Islam sebagai pusat pembinaan ummah dari aspek kerohanian, mental dan fizikal sekali gus pemangkin kebangkitan umat.

Di masjid itulah, umat Islam memulakan kehidupan seharian mereka seterusnya meneruskan kelangsungan hidup dengan cemerlang seperti diasaskan Rasulullah SAW seperti firman Allah bermaksud: Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid Allah itu ialah orang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat itu) maka diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah, ayat 18)

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan peristiwa biasa dan bukan sekadar perjalanan melihat kehebatan alam semesta. Lebih dari itu, perjalanan Israk dan Mikraj mempunyai hikmah cukup mendalam bagi Rasulullah SAW secara peribadi dan umat Islam keseluruhannya.

Imam Fakhrurrazi dalam Tafsir al-Kabir menyatakan, apa yang dimaksudkan firman Allah dalam surah al-Isra’ memberi pengertian Allah mahu memperlihatkan apa disediakan sebagai balasan kepada hamba-Nya di akhirat, keindahan syurga dan kecelakaan neraka.

Baginda SAW diperjalankan dengan makhluk Allah bernama Buraq menjelajah bumi dan angkasa menyaksikan petala langit, diperlihatkan Kursi, Arasy, kekuasaan dan kebesaran Allah, maka ini menambahkan keimanan dan keyakinan dalam jiwa Baginda untuk terus berusaha menyampaikan risalah tauhid.

Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu pada malam itu. Ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril

Pensyariatan solat secara langsung daripada Allah sekali gus mengangkat martabat dan nilai solat di sisi Allah. Solat adalah tiang agama, sesiapa mendirikan solat maka dia mendirikan agama. Sebaliknya sesiapa meninggalkan solat bermakna meruntuhkan agama.

Pendek kata, perumpamaan ibadat solat dalam kehidupan Muslim ibarat sungai mengalir di depan rumah yang kita mandi lima kali sehari bagi membersihkan diri. Ini perumpamaan dibuat Rasulullah bagi menggambarkan kelebihan solat.

Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang, sekali gus mempamerkan kekuasaan serta keagungan Allah.

Begitulah penghayatan menyeluruh seharusnya difahami dan dipraktikkan oleh setiap Muslim dalam kehidupan seharian melalui peristiwa bersejarah Israk dan Mikraj. Ia bertindak sebagai pemangkin ke arah pengukuhan akidah, pengamalan ibadat secara konsisten dan perhiasan akhlak terpuji untuk meraih keredaan Ilahi serta kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat.

Tanggal 27 Rejab setiap tahun, umat Islam di seluruh pelosok dunia akan menyambut peristiwa Israk dan Mikraj. Majlis memperingati peristiwa itu disambut penuh meriah dengan majlis ceramah supaya umat Islam mengambil iktibar terkandung dalam peristiwa terbabit.

Khasiat Buah Kurma

Khasiat Buah Kurma

Ramai antara kita nak tahu atau perlu tahu kenapa kita perlu makan kurma. Kenapa kita hanya membeli buah kurma pada bulan Rammadan sahaja sedangkan ianya perlu dimakan setiap hari.

1. KESIHATAN

A. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Penyakit Jantung & Kencing Manis

Berdasarkan kajian Prof. Madya Asiah Zain, Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan rsiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (BERITA HARIAN, SELASA, 20 FEBRUARI, 2001)

B. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan.

Prof. Madya Asiah juga berkata buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang keshatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga.

C. Membunuh Kuman Dalam Badan.

Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barangsiapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

2. KECERDASAN DAN KECERGASAN

A. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbesaran.

Menurut Prof. Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

B. Tenaga Segera

Maksud Firman Allah s.w.t. di dalam Surah Maryam: Ayat 25-26:

“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu”.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah s.w.t. menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran.

Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :

“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.

“Melentur buluh biar dari rebungnya”. Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

A. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran.

Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya;

“Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma”.

B. Makanan Yang Paling Sempurna.

Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. :

“Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan”.

Dengan sebab itulah Prof. Madya Asiah menyatakan lagi “Pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian”.

==========================================

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :

“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

Tafsirnya : “Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.”
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :

“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.

(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : “Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala

Andaikata Hari Kiamat sudah hampir

As Salam buat rakan & pembaca Alam Maya ;

Semalam ada dengar-dengar tentang gempa bumi kuat yang melanda negara jiran di Sumatera? Ada sesetengah tempat dekat Malaysia, turut merasai gegaran ini, termasuklah dekat rumah saya. Ada rasa gegaran…… Cuak pun adalah juga…huhu. Saya yakin, bagi orang yang beriman, mereka semua tahu ini adalah petunjuk bahawa bumi sudah sakit, kiamat sudah dekat ! Dekat sini saya nak bawa satu persoalan…..Apa nak buat jikalau esok kiamat? Ok….buat pengetahuan anda, persoalan ini telah dibincang secara tak langsung lebih 1000 tahun dahulu. Lebih kurang 1000 tahun dahulu, Saidina Umar Al-Khattab telah memberitahu dengan tegas dan yakin, “Jikalau di tangan aku ada sebutir biji benih, dan aku tahu keesokan harinya akan kiamat, nescaya aku akan tanam biji benih tersebut”. ! Itulah dia sikap orang yang beriman sejati ! Kalau ikut logik, esok dah kiamat, buat apa tanam pokok lagi. Bila kiamat nanti, habislah pokok tu, sia-sia sahaja ! Itu logik kita. Tengok logik orang positif pula ! Orang positif sentiasa berfikir, apakah lagi perkara MULIA dan POSITIF yang boleh dibuat dalam kehidupannya. Orang positif tahu, bahawa, apa yang penting adalah usaha ! Result ditangan Allah. Yang penting usaha sehabis baik ! Contohnya, kita tahu yang kita ni tak pandai cakap, so bila nak buat marketing tergagap-gagap. Satu hari kita beranikan diri, pergi jumpa orang, dan cerita tetang produk kita kepada orang tersebut. Ikut logik kita, takkan ada orang yang akan beli produk yang kita promot sebab kita tergagap-gagap. Tapi, hey…mana tahu, kalau ada orang produk kita? Tak cuba tak tahu kan? Saya sendiri pernah beli sebuah produk kerana saya rasa kagum dengan semangat dia nak berniaga. Barang yang saya beli tu, saya letak merata-rata je. Maksudnya, orang beli tak beli cerita belakang ! Apa yang penting usaha ! Well…saya harap, mesej saya jelas dan sampai kepada anda ! Teruskan berusaha ! Life must go on ! Jadi yang terbaik dunia akhirat k…

Banyakkan Baca Al-Quran. Beli Al-Quran Pen Digital @ www.successmall.net

 

Bila Ini Sujud Terakhirku…

 Nukilan ini saya ambil dari rakan yang mengirimnya di Facebook…terimakasih kerana izinkan perkongsian.

Ya Allah..Dalam sujud terakhirku
Kuteriakkan asma’Mu sekeras-kerasnya
Agar runtuh… dinding kesombongan dalam hatiku
Biar tenggelam segala kejahilanku..

Ya Rabbi
Dalam sujud terakhirku
Ku menangis sejadi-jadinya
Biar kering air mata ini
Namun basah ladang hati yang gersang..

Ya Rahman
Dalam sujud terakhirku
Kulihat semua dosa yang membayangiku
Kelam mencengkam jiwa yang lusuh…

Ya Mujib..
Aku berlindung di atas nama-Mu dan kekuasaanMu..
Peliharalah diri dan hatiku
Agar ia mampu membesar dengan baik
Redhalah daku menjadi sayap kiri perjuangan..
Biarlah daku menyemarakkanya..
Kan ku teguh menatang serikandi ummah..

Ya Rahim
Dalam sujud terakhirku
Biarkan daku patah dalam cahaya-Mu
Biarkan kumusnahkan titik-titik kemunafikanku
Agar daku kembali ke dalam pelukan hidayah-Mu

Ya Allah..
Aku akui keagungan-Mu..
Namun hatiku sering leka..
Jahiliah seringkali bertakhta dijiwaku..
Aku mohon agar diberikan hati yang baru..
Hati yang sering terikat dengan-Mu..
Yang sentiasa rindu dan takut pada-Mu..

Ya Malik..
aku berharap diri ini belum terlewat..
Untuk aku kembali sujud dan bertaubat kepada-Mu..
Ampunkan segala dosa-dosaku
Di atas setiap keterlanjuranku
Janganlah Engkau panggil daku tika diri ini masih berlumuran noda..
Kasihanilah daku, Ya Allah
Bantulah daku dalam menempuh jalan rasul2Mu..
Dalam usaha mencari firdaus-Mu..

Ya Allah Hanya kepada-Mu lah terletaknya harapanku
Biarkanku hirup nafasku sekali lagi
Hanya untuk menyebut nama-Mu dan kekasih-Mu tercinta
Sesungguhnya aku adalah kepunyaan Allah
Dan kepada-Nya jualah aku pasti kembali….Amiin ya Rabbal ‘alamin..See More

SBPA BATAL DAN KEMBALI KE SSM

Ini adalah ulasan dan Intipati ucapan PM diperhimpunan khas penjawat awam, antara yang tergempar adalah pembatalan SBPA

1.SBPA BATAL

2.Penubuhan suruhanjaya Khas Penambahbaikkan SSM

3.Pelarasan gaji

-Gred 1-54>13%
-Gred khas A/B/C-9%
-Turus 2 dan 3-8%
-turus 1 dan KSN -7%

4.kekal SSM dengan Jadual gaji matrik diganti dengan Jadual gaji min-max dengan kenaikan tahunan RM80-320.Jusa -kekal ikut kenaikan SSM.

5.COLA kawasan B dan C naik RM50(150/250)

6.Insentif wilayah,pendalaman dan kritikal diteruskan.

7.Pegawai pendidikan dikekalkan time based…

 

NOTA: sumber facebook bakrym:-

Semua Kakitangan Awam telah maklum SBPA telah di BATALKAN dan kembali semula ke SSM dengan kenaikan golongan pelaksana, pengurusan & proffesional sebanyak 13%. Apa pun kita terima ketentuan rezeki ini dengan penuh bersyukur dan jangan mengeluh dan mengeluarkan komen dan kata-kata negetif kerana ianya menampakkan kita sebenarnya tidak bersyukur apa yang kita miliki. Cukupnya rezeki kita adalah atas KEBERKATANNYA. Lihat para petani & nelayan. Adakalanya rezeki mereka sekadar cukup makan tapi mereka tak mengeluh namun nampak bahagia dan ceria bersama keluarga. BELAJARLAH BERSYUKUR..

PELANCARAN KEDAI MAYA :SUCCESSMALL.NET

As Salam Buat Semua Peminat & Pengunjung Blog ALAM MAYA..

Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas sokongan anda kepada BLOG ALAM MAYA.
Kini sebagai satu usaha DAKWAH saya kepada masyarakat, saya telah melancarkan KEDAI ONLINE SUCCESSMALL.NET yang bertujuan memudahkan masyarakat islam di MALAYSIA untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang bermutu serta prodak berasakan HALAL & TOYYIBA. Anda boleh membuat pembelian secara online melalui URL:- http://www.successmall.net.
Semoga usaha saya ini mendapat sokongan daripada anda semua. Segala pandangan dan sokongan terhadap usaha saya ini saya ucapkan ribuan terima kasih.

Apo Nak Den Kato

Penjenamaan semula Blog Alam Maya: Kehidupan Tanpa Sempadan ke Alam Maya : Apo Nak Den Kato..Ok ke

Sesuatu Blog itu perlu melalui perubahan mengikut citarasa setempat. Anak Nogori Sembilan dan kini menetap di Tampin, N.Sembilan. Jiwa kenegerian kian menebal lantas tag line Blog ter arah ke situ. Apa Nak Saya Kata (Apo Nak Den Kato) membawa maksud sesuatu perkara yang nak diucapkan..cakap aje la. Mesej yang ingin di ucapkan lebih kepada isu semasa tanpa ada batas Bangsa, Agama, Budaya & Politik.

Terima Kasih kepada Naim pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Segamat yang memberi sentuhan grafik yang menarik utuk Banner Blog ini. Saya mudah bekerja dengan beliau kerana sentuhan Grafik Photoshop beliau kemas dan cantik.

Semoga Tag line Blog yang baru ini mampu memjenamakan semula Blog ini ke arah lebih bermaklumat.

Selamat Membaca Blog Alam Maya : Apo Nak Den Kato

Catatan Buat Pengunjung AMKTS

Salam Ukhwah Buat Semua Pengunjung AMKTS.

Saya mula berjinak-jinak dengan penulisan Blog pada awal tahun 2005 ketika bertugas di UiTM Sarawak. Blog saya yang pertama saya namakan MINANGKABAU. Namun ianya sekadar suka-suka dan kesungguhan menulis agak lesu. Ketika saya bertugas di UiTM Johor, demam pilihanraya bermula iaitu pada tahun 2008. Minat yang mendalam untuk mengetahui perkembangan politik tanahair membawa saya membaca banyak blog-blog pro kerajaan dan pembangkang. Media arus baru ini membawa satu gelombang tsunami politik tanahair yang akhirnya melihat perubahan landskap politik tanahair. Justeru itu saya dapat merasakan bahawa orang muda lebih cenderung mendapatkan maklumat melalui Internet dan Blog . Ianya adalah kaedah baru dalam menyampaikan rasa hati dan pandangan tanpa sekatan. Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri menggunakan blog untuk memberi pandangan peribadinya terhadap urus takbir Negara setelah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Bermula bulan Mac 2008 saya telah mula menjadi Blogger yang aktif. Tulisan saya agak bebas dan isu sekitar masalah semasa, motivasi, soal ibadat dan agama, perjalan hidup serta pandangan peribadi. Melihat Statistik Blog AMKTS saya kini menunjukkan penunjung seramai 39,800. Saya juga menerima banyak komen dan pandangan daripada pengunjung AMKTS. Namun ingin saya jelaskan saya bukanlah pakar motivasi atau ustasz yang mampu menyaipaikan ilmu dan sebagai pakar rujuk. Ilmu yang saya lontarkan adalah hasil bacaan, ilmu yang diambil dari kuliah agama, pandangan pakar motivasi dan pengalaman hidup. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengunjung AMKTS dan kesudian kalian meninggalkan komen di setiap entri saya. Saya sentiasa bersifat terbuka dan positif. Komenlah..saya tidaka akan memadamkannya walaupun pahit untuk diterima. Justeru saya ingin menjawab pandangan saudara Darah Jebat yang member komen pada entri saya di DM52, Kenali Penulis dan Membentuk Kumpulan Penyelidik. Bukan tidak boleh menerima kritikan dan pandangan atau menegak benang yang basah namun sekadar member penjelasan . Antara komen Darah Jebat adalah berikut:-

“Bangga atau malu? Kalau DM52 tapi research tak buat…konsultansi tak buat…mengajar pun entah bagus entah tidak? Tapi saya tetap katakan itu rezeki tuan….Alhamdullilah!”- Darah Jebat

Jawapan saya mudah, setiap rezeki yang kita perolehi adalah dengan izin Allah swt. Namun dalam proses kenaikan pangkat ke DM52 juga bukanlah atas dasar bodek atau kroni. Kenaikan pangkat ke DM52 bermula dengan keperluan lulus tahap 4 atau 3 dalam Ujian PTK. Kenaikan Pangkat perlu melalui proses permohonan yang memerlukan pengisian dokumen. Kenaikan Pangkat ke DM52 mempunyai 7 kategori yang diberi markah setiap hasil yang dinyatakan. Akhirnya satu jawatankuasa penilai akan bermesyuarat untuk menentukan kelulusan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa Kenaikan Pangkat di Shah Alam. Tugas saya adalah memohon kenaikan pangkat dan bergantung kepada Allah swt agar dipermudahkan. Allah swt yang menentukan adakah saya layak untuk menerima rezeki ini atau tidak! Adakah jika tidak membuat research, konsultasi , pembentangan kertas kerja saya layak diberi kenaikan pangkat? Atau adakah saya merasuah atau menggunakan pengaruh menteri untuk ke naikan pangkat? Bagaimana Darah Jebat mengukur bagus atau tidak seseorang guru atau pensyarah dalam pengajarannya. Adakah Darah Jebat telah melihat report card pencapaian saya sebagai pensyarah. – Bakry

” Orang gagal suka berbincang mengenai orang lain. Orang sederhana suka berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di sekitarnya. Orang cemerlang suka berbincang mengenai isu atau perkara yang dapat mengubah dirinya atau perkara yang dapat mengubah dunia.” – Dr.

“Bang..bukan cara itu nak tubuh satu komitee penyelidikan… sampai 2014 pun tak terbit! Kalau terbit pun kena perlekeh. JAdi buangkan ego anda sebagai pensyarah lama, penulis blog berbakat…pergilah melutut dekat dekan, profesor kata nak berguru dengan mereka. Jangan Abang pula yang nak jadi tok guru kepada pensyarah muda….nanti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Maaf kalau terkasar bahasa! Percayalah saya pun macam abang juga….telah lalui perit jerih PhD” – Darah Jebat

Alaihai..niat murni saya begitu mudah disalah ertikan. Pembentukan kumpulan penyelidik adalah strategi saya. Saya menjemput rakan-rakan menyertai saya tampa paksa dan saya nyatakan hasrat saya melalui e-mail. Tiada paksaan! Mereka sememangnya perlukan satu kumpulan untuk bergerak bersama-sama menuju matlamat yang sama. Saya nyatakan kepada semua ahli bahawa saya juga masih belajar dan kita sama-sama belajar. Perkongsian ilmu bersama ahli adalah adari sumber bahan bacaan dan kuliah yang saya hadiri. Saya tidak bergantung kepada seorang individu untuk mendapat ilmu. Tok Guru saya ramai. Saya suka bertanya! Percayalah..pengalaman saya sesuatu yang tidak dibukukan. Saya suka berkongsi. Justeru itu pensyarah muda ini memerlukan pandangan dan pengalaman pensyarah senior. Dalam kerjaya saya bermula dari bawah dan telah bertugas hingga ke Sarawak di dalam agensi kerajaan dan swasta. Untuk saya naik dari satu tangga ke satu tangga memakan masa yang lama. Saya telah mula bekerja seusia 21 tahun. Kini usia saya mencecah 40 tahun. Salahkah saya berkongsi pengalaman pada pensyarah muda yang berusia sekitar 26 – 30 tahun. Adakah berkongsi pengalaman itu dikatakan ego, berlagak dan tunjuk sombong? Saya bukan mengajar ajaran sesat! Kami berkongsi ilmu dan berpandukan rujukan-rujukan ilmiah serta merujuk kepada sumber-sumber yang pakar dalam sesuatu bidang samada melalui e-mail atau bertanyakan secara spontan. Setiap yang saya lakukan saya mohon agar Allah swt mempermudahkannya. Saya banyak bergantung pada Allah swt dalam segala hal. Alhamdullilah Allah swt melapangkan saya dalam setiap kebuntuan dan masalah ketika membuat PhD ini. Insyallah..saya yakin dengan kumpulan yang saya pimpin. Kami sedang berusaha kea rah apa yang telah kami tetapkan. Kami akan buktikan hasilnya nanti pada sang darah Jebat! – Bakry

” Tuhan menjelaskan di dalam Quran surah An-Najmi ayat 39 yang bermaksud. “Sesungguhnya seseorang itu akan dapat apa yang diusahakan”

“Kenapalah itm di hati lagi….tak mau berubah ke? tak mau jadi lebih maju ke…come on MELAYU” darah Jebat

Jawapan saya mudah…Allah Swt yang menetukan segalanya dalam hidup ini. Ketika kecil saya berminat menjadi Peguam . Saya belajar bersungguh-sungguh hingga ke tingkatan enam untuk menjadi Peguam. Ianya tidak begitu. Kita mampu merancang tapi allah swt ada perancangannya. Allah swt tahu apa yang terbaik untuk umatnya. Ramai yang bercita-cita tinggi dan berusaha keras kea rah itu. Tapi berapa peratus yang mampu mencapai citi-cita mereka. Adakah kalau kita graduan dari luar negara kita dikatakan maju! Apakah kemodenan, kemewahan , kekayaan dan rumah besar itu dikatakan telah maju! Kemajuan kita hanya akan diukur oleh Allah swt nanti di Padang Mahsyar. Kita tidak mampu membawa semua kemajuan itu ke dalam kubur nanti. Kemajuan kita adalah amalan yang kita lakukan untuk menentukan arah pintu kita ke syurga atau neraka. IPTA/IPTS atau menara gading manapun di dunia ini adalah sekadar tempat menimba ilmu sahaja!Nah..apasalahnya menuntut ilmu di UiTM. Ilmu Allah swt umpama lautan yang luas. Yang kita perolehi hanyalah setitik air yang ada di hujung jari. Bacalah buku Dato’ Dr. Fazilah Kamsah & ahmad Fadzli Yusuf dalam ” KUASA HIJRAJ KUASA UNTUK BERUBAH”..

“Setinggi-tinggi terbang bangau akan hinggap jua di belakang kerbau. Justeru , ikutlah perangai bangau yang kenal harga diri, ingat asal usul dan sentiasa mengenang budi. Jangan ikut resmi bangau yang suka menyalahkan orang lain.”

Sebagai hamba Allah, saya Cuma manusia yang tidak lari dari membuat dosa dan kesilapan. Tulisan saya sekadar member penjelasan dan lahir dari pandangan fikiran saya. Saya mohon maaf jika tulisan ini akan mengguris hati mana-mana pihak. Saya mohon maaf pada Garah Jebat jika penjelasan saya membuatkan anda terguris hati. Saya mohon keampunan pada Allah swt .

Bakri, Puri Aiyi Shah Alam

Talian Hayat Untuk Gaza

Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean.PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel  atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

 

Apa tindakan kita? Adakah kita hanya mampu mendengar sahaja? Ya, kita tidak mempunyai kudrat untuk berlayar ke Gaza mahupun mempunyai bantuan kewangan membantu rakyat Gaza yang kian tersepit . Namun apakah kita juga tidak mampu ke masjid menyertai solat hajat dan berdoa agar rakan dan sukarelawan kita berada dalam keaadaan selamat! Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia. Cukuplah dengan kemalangan demi kemalangan, pembunuhan demi pembunuhan yang semakin menjadi-jadi. Jom kita solat hajat beramai-ramai, kita berkumpul di masjid setiap waktu untuk sama solat berjemaah. Kita kurangkan majlis hiburan. Ingatlah rakan-rakan kita yang telah ditawan oleh Israel laknatullah.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah. Ikuti perkembangan talian hayat untuk gaza @ http://www.lifeline4gaza.org

Peralihan Pucuk Pimpinan Fakulti

Salam ukhwah buat semua

Pemimpin datang dan pergi namun organisasi tetap perlu meneruskan perjuangan. Pada tanggal 5 Mei 2010 genaplah dua tahun Prof.  MadyaDr. Adnan Jamaluddin menerajui Fakulti Pengurusan Maklumat sebagai Dekan . Walaupun tempohnya amat singkat iaitu sepenggal @  dua tahun namum beliau sebenarnya telah terlalu lama menjadi salah seorang peneraju utama  fakulti. Beliau telah menjadi Timbalan Dekan kepada 2 mantan Dekan iaitu Prof. Dato’ Dr. Raja Abdullah dan Prof. MAdya Dr. Laili Hashim iaitu hampir 15 tahun.

Beliau pernah sakit teruk namun bangkit untuk menerima tugas sebagai Dekan dengan penuh tanggungjawab. Saya sendiri menikmati jasa beliau apabila beliau mempermudahkan proses permohonan Biasiswa PhD saya. Saya yakin ramai pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat telah menikmati rezeki kenaikan pangkat , melanjutkan pelajaran serta pelung menjadi pensyarah sepanjang dua tahun pentadbiran beliau sebagai Dekan. Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik beliau sepanjang berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM.

Saya dan rakan di UiTM Johor mengucapkan selamat maju jaya , dimurahkan rezeki dan semoga Allah s.w.t mempermudahkan perjalanan kehidupan Dr. Adnan Jamadulldin samada di dunia dan akhirat. Untuk mengenang jasa beliau kami barisan pensyarah di UiTM Johor memberi sedikit cenderahati untuk menghargai jasa beliau.

Dua buah buku buat beliau iaitu Awaken Giant & The last Lecture.

Kini tugas beliau telah diserahkan kepada bekas Dekan iaitu Prof. Madya Dr. Laili Hasim. Semoga kepimpinan baru akan terus merancakkan kecemerlangan fakulti.

%d bloggers like this: