Category Archives: E-Kuliah

Kelebhan Bulan Rejab

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)

 Berpuasa d Bulan Rejab

Orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan:

1. Mereka yang memperbanyakkan puasa sunat pada bulan-bulan Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dalam bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih tetapi kerana hadis-hadis yang menganjurkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Ini adalah sunnah.

3. Mereka yang berpuasa sunat dalam keseluruhan bulan Rejab kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih. Ini BUKAN sunnah.

4. Mereka yang berpuasa secara berterusan daripada bulan Rejab, Syaban, Ramadhan dan enam hari bulan Syawal. Mereka tidak berhenti kecuali pada 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.

5. Mereka yang melarang apa-apa bentuk puasa sunat dalam bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dalam bulan Rejab sebagaimana yang disebut dalam kategori pertama dan kedua di atas. Yang dilarang ialah puasa sunat kerana fadilat Rejab yang bersumber dari hadis yang tidah sahih.

6. Mereka yang mengqadha puasa Ramadhan yang lepas dalam bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama untuk mengqadha dalam bulan Rejab kerana fadilat-fadilatnya yang bersumber dari hadis yang tidak sahih. (Hafiz Firdaus).

Sumber: http://www.yussamir.com

 KESAHIHAN FADHILAT AMALAN DI DLM BULAN REJAB DAN LAIN-LAIN 
 
Bulan Rejab merupakan salah satu bulan dari 12 bulan-bulan Islam. Bulan Rejab mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah kepada orang Islam dimana berlakunya peperangan Tabuk, pembebasan Al-Aqsa dari tangan tentera Salib dan juga ada orang Islam yang berpendapat bahawa bulan inilah berlakunya peristiwa Isra’ dan mi’raj Nabi Muhammad saw. Tidak kurang juga ramai yang melihat bulan Rejab ini sebagai satu bulan spiritual dimana mereka mempertingkatkan ibadat sunat khususnya ibadat puasa.

Tarikan dan seruan yg ditiup kedalam jiwa umat Islam Nusantara terutamanya untuk melakukan ibadat kebanyakkannya dipengaruhi oleh penyebaran beberapa hadis-hadis yg mengandungi Fadilat-Fad! ! ! ilat beribadat didalam bulan ini. Jelas terlihat dari segi jualan buku-buku kecil yg mengandungi fadilat-fadilat bulan Islam begitu laris dipasaran menjelang bulan Rejab. Begitu juga dizaman era Internet ini (ICT), e-mail dan maling list yg di forwardkan mengandungi ‘cut & paste’ dari fadilat-fadilat Rejab yg terkandung didalamnya. Rata-rata tarikan fad’il (fadilat-fadilat) inilah merupakan faktor penarik kepada kebiasaan orang awam untuk melakukan ibadat sunat. Injeksi faktor ini dapat kita lihat dengan jelas penerapannya didalam budaya Melayu-Islam seperti rangkap-rangkap sya’ir dibawah ini:[1]

Rejab bulan menabur benih
Sya’ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya’ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya’ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya’ban bulan muhibbah
Ramadan dili! ! ! mpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya’ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita: -mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah (exaggerate) oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapa didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan peribadatan? Disini kita ingin membawa beberapa penjelasan dari ulama’-ulama’ muktabar dan kontemporari mengenai kesahihan fadilat yg terdapat didalam bulan itu sendiri, dan apakah sebenarnya fadilat yg terkandung didalam Rejab.
Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ didalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9:
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.”

Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan “diantaranya empat bulan yg di hormati” ialah:
“Empat bulan Haram – Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab”[2]

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecualilah jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).

Apakah terdapatnya kesahihan fadilat khas berpuasa didalam bulan Rejab?

Disini nyatakan pandangan para ulama’ mengenai kesahihan fadilat Rejab.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a. Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.

Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yg sahih dan beliau melihat bahawa hadis-hadis yg didatangkan mengenai fadilat didalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:[3]
“Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi fadilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yg qath’i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta keatas Nabi Muhammad saw, dan banyak hadis-hadis timbul mengenai fadilat bulan Rejab, dimana statusnya antara Dha’if dan Mawdhu’, dan tidak thabit dari pembawanya (naqal).”

Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
“Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya : Penjelasan yg datang didalam Fadilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadis menyebut mengenai Fadilat-Fadilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya. Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu”

b. Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.

Fadilat Rejab secara umumnya berada didalam Fadilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman Allah didalam surah Taubah:36 dan terdapat juga Hadis Sahihin mengenai Hijatul Wada’, didalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab. Dimasa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, pep! ! ! erangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada Allah swt.

c. Berpuasa hari pertama atau yg lain sama sahaja fadilatnya.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
“Amalan Saleh didalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir. Berkata Ibnu Hajar : ‘Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan’. ”

Beliau memetik beberapa hadis da’if dan palsu, diantaranya ialah:

i.
“Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu” – hadis ini Dha’if.

ii.
“Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan” – hadis ini Dha;if.

iii. Terdapat sebuah hadis yg panjang mengandungi fadilat berpuasa rejab menurut hari, dan didalamnya terkandung matan :
:”Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku” – Hadis ini palsu.

d. Tidak ada solat khas didalam Rejab.

Daripada Hadis yg tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :

“Barangsiapa yg solat Magrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, Allah akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya, dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab.” – Itu adalah hadis Mawdhu’

e. Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:

Mengenai fadilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya didalam Islam. Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku dibulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
“Ini adalah manusia yg prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama didalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya didalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini. Adalah lebih aula didalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yg berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mngingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan <?xml:namespace prefix = st1 ns = “urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags” />Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M). Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan. Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra’ dan Mi’raj iaitu pengajaran darinya, dimana orang Islam menganggapnya berlaku didalam bulan Rejab. Allah yg Maha Mengetahui.”

2] Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi

a. Fadilat Rejab sama dengan fadilat bulan-bulan haram yg lain

Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat didalam 3 bulan-bulan Haram yg lain. Katanya [4]:
“tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah swt telah menyebut didalam kitabnya – didalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram….Itulah bulan-bulan yg mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”

b. Hadis-Hadis mengenai fadilat Rejab kebanyakkannya lemah dan palsu.

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
“Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab – “Rejab bulan Allah. Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadis in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadis ini Palsu! …. yakni penipu..Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Disitu ada hadis yg mengatakan terdapat Fadilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan didalam Hadis yg memasukkan pe! ! ! rkara yg berlebih-lebihan….”

c. Ganjaran yg dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.

Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri. Katanya :
“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yg besar diatas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yg pedih keatas dosa kecil? Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadis yg bohong.”

d. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadis yg Palsu

Dr Yusuf Qardhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadis yg diberikan kepada kita. Tidak ada alasan yg boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yg banyak dipasaran mengenai taraf sesuatu hadis. Kata beliau :
“Ulama’ telah memberi amaran contohnya keatas Hadis Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya…sesungguhnya telah datang hadis :”Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..”(Riwayat Muslim didalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb……….”

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan. Kenyataan ini dapat di lihat didalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
“Ibnu Hajar didalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadis-hadis yg melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yg berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad(niat) yg bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yg dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yg dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yg diletakkan dan tidak mengapa baginya. Maka jika ianya di khaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu dialam hadis Nabi saw bersabda :”Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”. ! ! ! – riwayat Muslim. Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainya yg didalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cederung menegahnya, dan sebagaimana yg dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi didalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan.
2. Menjadikan ia seperti kefarduan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal.
3. Kerana puasa ini mempunyai fadilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah saw, : berkata Ibnu Dihya : “Puasa adalah amalan kebajikan”., Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar.”
4] Dr. Sayid Saabiq
Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq didalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
“Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadilat yg berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram”.

Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].
Hadis-hadis fadilat Rejab yg palsu atau dhaif

Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh hadis-hadis palsu berkenaan dengan fadilat Rejab:[7]

a. Barang siapa yg mengerjakan solat Magrib pada permulaan malam Rejab kemudian dia mengerjakan 20 rakaat dengan membaca surah Al-Fatihah dan Qul Hu Allahhu Ahad pada tiap-tiap rakaat satu kali dan dia memberi salampada solat ini dengan 10 salam, maka tahukah kamu apa ganjaranya?

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Diriwayatkan oleh Al-Jauzaqanniy dari Anas, kemudian beliau berkata hadis ini adalah Palsu.

b. Barang siapa yg melakukan solat pada malam Nisfi Rejab 14 rakaat dengan membaca Alhamdu 1 kali pada rakaat, Qul Hu Allahhu Ahad 20 kali, Qul A’uuzu Birabbil Falaq 3 kali, Qul A’uuzu Birabbin Nas 3 kali kemudian apabila dia selesai bersolat hendaklah ia berselawat keatas ku 10 kali kemudian dia bertasbih, bertahmid dan bertahlil 30 kali, maka Allah akan mengutuskan kepadanya 1000 malaikat.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Dalam ! ! ! sanadnya terdapat beberapi Rawi yang majhul.

c. Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan.

-Hadis sangat Dhaif.

*Diriwayatkan oleh Al-Khathiib dari Abi Dzar.
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama: Al-Furaat bin As-Saaib, dia adalah seorang rawi yg Matruk.
*Ibnu Hajar Al-Asqalaaniy telah menjelaskan bahawa para ahli hadis telah sepakat, bahawa hadis ini diriwayatkan dari jalan Al-Furaat bin As-Saaib, sedangkan rawi ini adalah seorang yg Dhaif.

d. Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpu! ! ! asa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Tidak disahkan hadis ini kerana rawi yg bernama Abaan merupakan rawi yg Matruk.
*Selain dari itu ada rawi yg bernama Amar bin Al-Azhar yg sangat suka memalsukan hadis.

e. Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu)
*Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.

f. Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga.

-Hadis ini Mawdhu’ (palsu) *Dalam Kitab Al-Laaly dijelaskan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Hussain bin Ali. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Mawdhu’.
Bagaimana beramal didalam bulan ini?

a. Shiekh Mahmud Al-Sya’rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan ‘am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :
“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain”

Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.
b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
“Bulan Muharam dari segi syara’ dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya’ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber’itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah.”

Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda : ((Seafdal-adfal berpuasa selepas ramadan ialah dibulan Allah Al-Haram)). Maka adalah baik bagi berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya’ban dimana Nabi saw berpuasa dengannya”

c. Seorang Ulama’ Islam dari negara Syria yg terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakkan iman empat mazhab (Syafiie, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai ! ! ! terdapatnya amalan berpuasa sunat didalam bulan-bulan haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. kata Dr Wahbah Zuhaily[10] :
“Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat disisi Mazhab Maliki dan Syafiie, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa dibulan Haram, pada mereka itulah puasa yg afdal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah saw : ((Seafdal solat ialah pertengahan malam, dan seafdal puasa selepas bulan Ramadan ialah di bulan Allah Al-Haram)). Seadal puada dibulan haram ialah Hari Al-Asyura’, sebagaimana diantaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa didalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.”
d. Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry didalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab[11] juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa dibulan-bulan haram,! ! ! kata nya:
“Mengenai sunat berpuasa dibulan Rejab dan Sya’ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan hanbali………
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh.”
e. Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa didalam bulan Rejab itu sunat atau bid’ah, beliau telah menjawab [12]:
“Berpuasa didalam bulan adalah maqbul dan mustahab, keatas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah saw bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Beliau banyak berpuasa didalam bulan Sya’ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah … Beliau berpuasa dan berbuka disetiap bulan, seperti riwayat mengatakan : ((Beliau berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Beliau berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa)) (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud). Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yg kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan 6 hari didalam bulan Syawal, dan menamakannya “Al-Ayam Al-Baidh”, selepas berbuka, mereka a! ! ! kan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal….Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A’id. INI TIDAK DATANG DARI NABI SAW, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan didalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yg ingin ber’iitiba’ dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikur Nabi saw dimana tidak berpuasa sepenuhnya didalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya didalam Sya’ban. Dan ini adalah yg lebih utama. Wa Billahi Tawfiq.”

Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan haram, tetapi tidak lah sepenuh bulan Rejab dan Sya’ban, kera! ! ! na ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama’ Salaf.
Puasa-Puasa sunat yg lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya’rawi didalam fatwanya[13] menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai :”Puasa yg orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah”

Puasa-puasa sunat (suka rela! ! ! ):
“1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji.
2. Hari Asyura’, disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
3. 6 hari didalam bulan Syawal.
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15.
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu.
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya’ban atau dengan banyaknya. ”

Para Fuqaha’ berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia mas! ! ! ih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqada’kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.[14]
Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu’ (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya’rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
– hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muharam (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
– berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (Hanafiah – Al-Zuhaily)
– Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya’ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
– berpuasa pada hari Assyura’ (10 Muharam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na’uzubillahhu min zalik).

Dalam mempertingkat amalan-amalan kita kepada Allah swt, sering kali kita disajikan dengan pelbagai-bagai amalan yg kelihatan banyak fadilatnya. Malah ada juga kedapatan beberapa fadilat-fadilat yg sangat rapuh dalilnya, bahkan ia menjadi pegangan sebahagian umat Islam pada hari ini. Bagi persoalan-persoalan seperti fadilat Rejab atau bulan-bulan yg lain, kita mesti kembali kepada ‘role model’ atau contoh kita, iaitu Rasulullah saw sebagaimana firman Allah swt didalam surah Al-Ahzab ayat 21:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” [Al-Ahzab – 21].

Akhir kata, Selamat menyambut kedatangan bulan-bulan Haram sebagaimana yg telah diajarkan oleh Rasulullah saw.

Advertisements

ESQ 2 : Perkataan syukur yang dilupai

Salam hormat buat semua pengunjung AMKTS terutama anak-anak di UiTM Johor yang saya kasihi.

Beberapa orang pelajar baru semester satu berjumpa dengan saya dan mengeluh kerana tidak berminat mengikuti kursus yang ditawarkan. Saya berkata pada mereka ini. Tak bersyukurkah rezeki yang Allah beri kepada anda. Kita merancang tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersyukurlah apa yang telah Allah kurniakan…

Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat kolej
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat Masuk Universiti
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah

Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta’ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?

Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..

Fikirkan, kita hidup di Malaysia..negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman)

Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:

“Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!”

Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa…lalai..

Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, ”kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!” Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na’uzubillah..

Sahabat serta pelajar sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..Ini juga peringatan buat saya hamba yang khilaf. Wallahu’alam..

E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 6

1 Teknik Ampuh Menarik Trafik Dengan Cepat!


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

“Saya sungguh tak percaya, blog dia begitu cepat mendapat trafik dan pengunjung yang kekal. Ramai pulak tu..”.

Itulah kata-kata yang terdetik di hati saya apabila melihat satu hasil yang begitu cepat diterima oleh seorang usahawan internet yang berjaya. Tidak perlu saya sebutkan namanya di sini. Cukup saya menggelar dirinya sebagai Mr. A.

Mr. A sudah lama berkecimpung di dalam usaha membuat duit di internet dengan melakukan beberapa cara. Incomenya beribu-ribu sebulan, bukan RM tapi USD. Setelah lama ‘bermain’ di arena antarabangsa, maka beliau merasakan sudah tiba masanya untuk menabur ilmu dan bakti kepada anak bangsa.

Beliau memulakan langkah dengan mudah seperti mana yang saya nyatakan di dalam Pelan Tindakan Blog pada Pakej Kit Blogger. Dari situ beliau perkenalkan dirinya dan kemudian berkongsi cerita kejayaannya. Beliau mula membantu para newbie yang baru mula ingin berjinak-jinak untuk membuat duit di internet.

Langkah seterusnya, beliau membina blog dan hasilnya… Begitu ramai yang mengunjungi blognya setiap hari sehingga sekarang. Baik, apakah satu teknik ampuh itu?

Jayakan diri anda dahulu di dalam bidang pilihan dan kemudian baru membina blog untuk berkongsi kepakaran anda!

Ya, anda usaha dahulu di dalam sesuatu topik atau bidang sehingga berjaya, kemudian baru membina blog untuk berkongsi ilmu dengan mereka yang ‘dahagakan’ jalan petunjuk kejayaan. Mungkin setahun? Dua tahun? Atau kurang dari itu untuk anda capai kejayaan terlebih dahulu? Namun percayalah, inilah teknik ampuh yang begitu efektif sekali untuk menarik trafik dengan cepat dan untuk menulis dengan penuh keyakinan sekali.

Anggaplah tempoh usaha untuk mencapai kejayaan di dalam bidang anda itu sebagai satu proses mengumpul ilmu dan pengalaman untuk digunakan pada blog anda kelak. Namun, jika anda adalah seorang yang telah berjaya atau pakar di dalam bidang tertentu, maka masa untuk memiliki blog sudah tiba!

Kejayaan? Jangan salah faham, kejayaan bukan hanya pada kewangan, tapi lebih daripada itu seperti kepakaran yang tinggi di dalam sesuatu perkara. Akhir kata, jika anda sudah berjaya, kejayaan inilah teknik yang begitu ampuh (berkesan) sekali untuk membina keyakinan orang dan seterusnya membina pengunjung setia ke blog anda.


Salam Sayang,

Bakry M @ Pak Teh
  

E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 5

Unsur 3K memberikan kejayaan yang membanggakan kepada seorang anak muda!


Assalamualaikum & Salam sejahtera.

3K adalah: Kesabaran, Kesungguhan, Konsisten

Tanpa melakukan 3K ini, mungkin seorang anak mudah ini tidak akan dikenali, tidak akan berjaya di dalam impian dan kehendaknya.

Anak muda ini mula menulis blog pada Julai 2005 dan memilih topik perniagaan internet dan juga mengenai keusahawanan. Beliau terus menulis secara konsisten dan begitu bersungguh-sungguh sekali sehingga menghasilkan beberapa post yang ditulis berdasarkan pemikirannya dan juga pembacaan yang dilakukan. Beliau tetap fokus pada topik pilihannya.

Awal september 2005, beliau membeli satu domain name dan kini nama domain itu telah mula dikenali oleh rakyat Malaysia. Daripada blog free, kemudian beliau telah mempunyai blog rasmi dengan nama domain dot com sendiri. Terus dan terus menulis. Terus melakukan beberapa teknik (ada diajar di dalam Pakej Kit Blogger) secara konsisten dan sabar. Kini, sudah lebih setahun beliau masih kekal pada penulisan blognya. Sudah ramai yang mengenalinya.

Siapakah beliau? Anda cuba teka. Itu tidak penting, tetapi pengajaran di sini adalah:

Kesabaran
Penulis blog tersebut begitu bersabar di dalam mengekalkan blognya walaupun apa sahaja badai yang melanda. Blognya sudah berkali-kali dipecah-masuk (hack), namun beliau tetap sabar. Tak cukup kawan, lawan juga ada, namun beliau tetap sabar.

Berkat sifat sabar, hari berganti hari, kita bilangan tulisan beliau di blognya mencecah ratusan artikel! Antara top ten di enjin carian bagi keyword tertentu dan dikenali oleh penggiat bidang yang sama. Sehari selembar benang, akhirnya menjadi kain.

Kesungguhan
Topik yang dipilih untuk blog beliau adalah minatnya dan cita-citanya. Maka untuk mengekalkan blognya, perlunya kesungguhan di dalam menguruskan blog tersebut. Beliau begitu bersungguh-sungguh di dalam mendapatkan ilmu mengenai blogging samada teknik ataupun teknikalnya. Terus menerus belajar dan mencari dengan kesungguhan yang tinggi.

Konsisten
Beliau minat apa yang beliau lakukan. Sebab itu blognya tetap wujud dan dikemaskini secara konsisten. Blognya dibina bukan semata-mata suka-suka atau sekadar cuba-cuba atau trial and error. Beliau akan terus konsisten mengekalkan blognya agar terus berkembang dan berjaya memberikan hasil yang setimpal atas usahanya!

Tip 5 kali ini amat panjang. Jika anda hayati “cerita” di atas, seorang anak muda dengan 3K-nya, maka anda akan faham bahawa, untuk mengekalkan atau mendapatkan blog yang berjaya bukanlah senang atau kadang-kadang tidaklah sesusah mana jika… Jika ada kesungguhan, kesabaran dan konsisten.

Saya tinggalkan anda untuk memikirkan apakah “pengajaran” di sebalik cerita di dalam tip ke-5 ini.

Salam Sayang,
Bakry M @ Pak Teh
  

E-Kulaih 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 2

Langkah Pertama Yang Membawa Kejayaan Blog

Assalamualaikum  & Salam sejahtera, 

Tip ke-2 kali ini lebih hebat berbanding tip yang pertama kerana tanpa melakukan tip ini, yang pertama tak akan tercapai. Hebat sangatkah tip kedua ini? Teruskan membaca.

Kebanyakan orang begitu gopoh di dalam melakukan sesuatu untuk mencapai apa yang diingini. Bila apa yang dilakukan tidak berjaya, maka mulalah menyalah orang lain atau terus berputus-asa. Di manakah silapnya? Silapnya adalah di langkah pertama!

Kesilapan di langkah pertama:

1. Tidak tahu asas-asas blog

2. Tidak menentukan topik blog yang ‘menguntungkan’

3. Tiada pelan tindakan yang tersusun

Tidak tahu asas-asas blog
Pelik tapi benar. Ramai yang tahu membina blog, namun tidak tahu apa itu blog dan perkara–perkara asas berkaitan blog. Umpama memakan sesuatu tetapi tidak tahu apa yang dimakan tersebut. Sudah tentu ia bahaya bukan? Begitu juga blog, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan memiliki blog yang menguntungkan, anda perlu tahu asas-asas blog yang penting.

Melalui Pakej Kit Blogger, anda akan mendapat satu ebook asas mengenai blog dan pelbagai tips yang efektif dan praktikal di dalamnya, sebagai panduan asas kepada anda sebelum menghasilkan blog sendiri.

Tidak menentukan topik blog yang ‘menguntungkan’
Di dalam Pakej Kit Blogger, pembaca (pembeli) akan ditunjukkan bagaimanakah cara mencari topik yang niche atau menentukan hidup atau mati blog mereka. Panduan lengkap bergambar dan langkah demi langkah yang jelas akan memberikan kefahaman mendalam kepada mereka mengenai cara mencari topik yang sesuai.

Pendek kata, antara sebab utama mengapa blog ‘mati’ di pertengahan jalan adalah kerana salah menentukan topik yang kurang mendapat sambutan atau kurang permintaan.

Tiada pelan tindakan yang tersusun
Bahasa mudahnya adalah, tidak ada perancangan yang teratur, tersusun dan profesional. Pengalaman saya dan apa yang saya perhatikan, salah satu sebab ‘gagalnya’ kebanyakan blogger baru adalah kerana membina blog tanpa dimulai dengan perancangan yang baik. Pendek kata tiada Pelan Tindakan yang bersistematik.

Untuk itu, dalam Pakej Kit Blogger saya sertakan bersama Pelan Tindakan Blog yang menggariskan langkah demi langkah yang tersusun agar blog yang dihasilkan benar-benar terhasil daripada perancangan yang rapi, dan memberikan keputusan yang membanggakan.

Salam SayangIkhlas,
Bakry M @ Pak Teh

E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 4

3 Cara Mudah Mendapatkan Idea Menulis Blog

Assalamualikum & Salam Sejahtera.

Tip ke-3 pada dua hari yang lepas adalah tergantung sebenarnya (tidak lengkap) dan saya sengaja melakukan sebegitu. Mungkin ada yang tertanya, bagaimana untuk mendapatkan idea menulis? Ya, itulah yang kurangnya pada tip ke-3.

Pada tip siri ke-4 ini, saya akan memberikan 3 cara efektif dan mudah untuk mendapatkan idea menulis yang berkaitan dengan topik blog anda. Tiga cara tersebut adalah:

1. Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog

2. Melawat blog yang sama bidang dengan anda

3. Forum yang berkaitan dengan topik blog

Melawat laman web yang berkaitan dengan topik blog
Untuk cara ini, saya memberikan salah satu cara saya (psst, rahsia ni). Lawati laman web direktori artikel seperti http://ezinearticles.com. Di sana terdapat begitu banyak artikel-artikel yang berlainan kategori, maka pilihlah artikel yang berkaitan dengan blog anda.

Baca beberapa artikel dan daripada pembacaan itu pilih salah satu tajuk artikel yang paling menarik minat anda dan tulis kembali mengikut cara dan gaya anda di blog. Ingat, jangan tiru bulat-bulat artikel tersebut, sebaliknya anda menulis daripada kefahaman selepas anda membaca artikel di laman web itu tadi.

Melawat blog yang sama bidang dengan anda
Anda lakukan lawatan ke beberapa blog lain untuk membaca apa yang ditulis mereka. Dari pembacaan itu, biasanya akan timbul dua perkara di fikiran anda:

1. Mengulas perkara yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis di blog tersebut

2. Mendapat idea atau sesuatu tajuk yang tertentu sebaik sahaja membaca tulisan-tulisan mereka. Perkara kedua ini secara biasanya akan berlaku.

Forum yang berkaitan dengan topik blog
Inilah salah satu cara saya juga. Teknik yang selalu saya guna pakai. Caranya sungguh mudah iaitu anda masuk ke forum yang berkaitan dengan topik blog anda. Selidik dan perhatikan apakah topik panas yang sedang dibincangkan, atau apakah masalah yang sering dipersoalkan oleh ahli forum. Atau sekurangnya, apa sahaja topik dan masalah di forum tersebut. Pilih satu topik dan masalah dan tulis satu artikel di blog anda.

Akhir kata bagi tip 4 ini, pastikan blog anda hidup!

Salam Sayang,
Bakry M @ Pak Teh

E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 7

‘K’ Yang Hilang. Unsur Pelengkap Kepada 3K!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Sebelum ini anda telah diceritakan mengenai seorang anak muda bersama ‘teknik’ 3K-nya. Namun, beliau kini mendedahkan satu lagi K yang rata-rata blogger tidak memilikinya! Katanya lagi, K ini langsung tidak diambil kira di dalam aktiviti ‘blogging’ atau membuat duit di internet itu sendiri. Apakah K itu? Pentingkah unsur K tersebut?

Sebelum kita menyambung cerita mengenai K yang hilang itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih jika anda membaca kesemua 7 siri newsletter mengenai blogging dan membuat duit di internet melalui blog. Siri tips ini tidak akan lengkap tanpa Pakej Kit Blogger bersamanya.

Baik, anak muda itu tadi menyatakan bahawa, jika sesiapa sahaja mempunyai satu unsur K ini dan ditambah lagi dengan K yang lain, mereka akan tidak ada masalah jika mereka menghadapi kegagalan di dalam mencuba dan tidak mudah putus asa jika mereka menghadapi masalah.

Katanya anak muda itu lagi, unsur K yang hilang itu adalah satu “bahan bakar” kepada unsur 3K sebelum ini. Dengan 1 K yang itu, maka sesiapa sahaja akan memiliki Kesabaran, Kesungguhan dan Konsisten. Baiklah, unsur K itu amat mahal untuk didedahkan di sini, namun anak muda itu tidak mahu melihat ramai yang terkungkur. K itu adalah:

KESEDARAN

Pasti anda (atau tidak) dan mungkin ramai yang menyatakan, “alah, kesedaran rupanya.. Macamlah aku tak tahu benda tu”. Satu sahaja yang ingin saya soalkan kepada mereka yang berkata begitu, “jika anda tahu, adakah anda ada kesabaran, kesungguhan dan sifat konsisten di dalam melakukan sesuatu?”. Jika ya, betullah anda sudah memiliki unsur kesedaran tersebut. Dan jika betul, maka insyaAllah anda akan memiliki satu blog yang berjaya.

Mengapa Kesedaran? Orang yang tahu atau sedar apa yang dia lakukan, tidak cepat putus asa, bersabar di dalam mendapatkan hasil, bersungguh di dalam usahanya sebab dia sedar apa yang dia lakukan perlukan kesungguhan. Di sedar dengan sebenar-benar sedar, jelas di hatinya.

Saya sengaja meletakkan unsur-unsur dalaman di dalam siri tip ini, kerana unsur sebegini amat jarang diketengahkan. Kebanyakan orang hanya menumpu pada teknik zahir sahaja, maka tidak pelik jika timbul tekanan pada diri sendiri kerana unsur zahir terlebih berbanding unsur dalaman. Sebab itulah tidak kekal lama di dalam usaha menjana pendapatan di internet akibat adanya ‘tekanan’ yang membuat diri bertambah keliru, hilang pertimbangan, cepat putus asa dan buntu.

Ketahuilah, anda akan mendapat kekuatan di dalam melakukan sesuatu termasuklah di dalam ‘blogging’ walaupun ia tampak mudah. Perkara kecil atau besar, ia mesti dilakukan dengan sebaik-baiknya kerana hasil yang dimahukan hasil yang baik bukan? Perkara kecil atau besar, anda mesti lakukan dengan sebaik-baiknya.

Maka, utamakan unsur dalaman beserta dengan unsur zahir (teknik promosi, pemasaran, hal teknikal) dan insyaAllah walau datang apa sahaja masalah, anda pasti menghadapinya dengan senyuman dan hati yang tenang. Kerana, anda sedar apa yang anda lakukan.

Kata akhir bagi tip ini adalah: “Orang yang sedar di dalam melakukan sesuatu adalah orang yang menggunakan fikirannya sebaik yang mungkin iaitu akal anugerah Ilahi. Dari kesedaran, wujud ciri kesabaran, kesungguhan dan konsisten dalam dirinya KERANA dia sedar apa yang dilakukan memerlukan kesungguhan, kesabaran dan usaha yang istiqamah (konsisten)”.  

Jumpa lagi di emel-emel yang akan datang.

Terima kasih.

Salam Sayang,
Bakry M @ Pak Teh

P/S: Siri 2,3,4,5,6 akan di uptade kemudiaan . Maaf atas segala kekurangan

E-Kuliah 2 : [Menjana lebih wang melalui Blog] siri 1

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera..,
       Saya baru mengikuti satu krusus pemantapan penasihat akademik oleh konsultan dari KL iaitu En. Zul. Antara ceramah beliau yang menarik hati saya ialah peranan pensyarah . Adakah pensyarah mahu menjadi sebagai pendayung atau peneropong. Kata-kaa beliau ada benarnya kerana selama ini saya cuma banyak menjadi pendayung kepada pelajar tetapi tidak memainkan peranan sebagai peneropong . Akhirnya pelajar bergraduan tanpa arah. Graduan masuk kelas cuma mahu lulus exam tanpa tahu matlamat ke mana akhirnya. Justuru itu saya mengambil inisatif menggunakan blog ini sebagai peneropong mengintai dan melatih pelajar mencari ruang dan peluang membuat duit. Sila ikuti kuliah saya yang saya petik dari beberapa laman Blog  :-  

Menjana lebih wang melalui Blog

Tahniah kerana anda mengikuti Kuliah Cyber saya bertajuk  “7 siri tips menjana pendapatan dengan blog”. Ini bermaksud anda melakukan satu langkah yang bijak di dalam menambah ilmu dan juga ingin mencapai impian anda di dalam menjana pendapatan di internet.

Baiklah, Kuliah siri pertama ini akan memberikan satu tip yang tidak ramai tahu atau tidak serius melakukannya walaupun ia senang. Tip tersebut adalah:

Mempelbagaikan sumber pendapatan melalui blog. Jangan hanya berharap dan tumpu pada yang satu. Namun lakukan secara fokus dan konsisten.

Ya, mudah. Tetapi hakikatnya ramai yang tidak melakukannya dengan serius atau dengan betul. Bagaimana?  

1. Sertai beberapa program affiliate yang terbaik samada dari segi produk dan komisen yang dibayar serta reputasi pihak penganjur program tersebut. Komisen bagi produk affiliate untuk produk digital biasanya 40-50% daripada harga produk. Maka utamakan komisen sebegitu jika anda inginkan hasil yang memuaskan dan setimpal daripada usaha anda.

Produk affiliate mestilah ada permintaan (dikehendaki ramai) dan masih relevan dengan keadaan semasa. Kebanyakan penganjur program affiliate hanya ingin ‘mempergunakan’ anda untuk memperbanyakkan jualan mereka tetapi memberikan anda komisen yang ‘sedikit’ dan tidak setimpal dengan usaha kuat anda.

2. Sertai program PPC seperti Google Adsense atau lain-lain. Untuk program jenis ini, pilih hanya satu sahaja kerana biasanya menjadi syarat program tidak boleh mencampurkan dengan mana-mana program PPC yang lain.

Konsep asas untuk mendapatkan bayaran yang memuaskan melalui program google adsense adalah kandungan (artikel) yang fresh dan ori, keyword bernilai tinggi, pemilihan ads yang berkesan dan sudah tentunya blog anda memiliki pengunjung yang ramai.

Untuk mengetahui teknik-teknik adsense secara praktikal, dapatkan ebook panduan di dalam bahasa melayu dengan klik pada link berikut:

http://smartusaha.com/adsense.html

3. Menjual ruang iklan samada secara menggunakan pihak tengah atau melakukannya sendiri. Untuk menggunakan pihak tengah, anda boleh mencuba di http://text-link-ads.com atau di http://adbrite.com. Namun, mereka mengenakan syarat-syarat tertentu yang biasanya jika blog anda masih lagi baru, kebiasaannya amat sukar untuk mendapat kelulusan mereka.

Jika permohonan anda tidak lulus, maka jalan kedua adalah menjual ruang iklan sama ada banner atau link di blog anda kepada sesiapa yang berminat. Saya telah melakukan kedua-dua cara dan hasil yang saya dapati amat memuaskan. Namun, sebelum anda menjual ruang iklan, utamakan teknik-teknik yang dinyatakan di dalam ebook Kit Blogger.

4. Menjual produk sendiri. Ini sudah semestinya anda lakukan, jika boleh. Gunakan sebaik mungkin blog anda untuk ‘mempromosikan’ produk anda sendiri.

Itulah 4 cara buat duit melalui blog dan jika anda menggabungkan kesemua cara tersebut dan melakukan secara fokus dan serius, anda dapat melipat-gandakan pendapatan anda di internet.

Nantikan E-Kuliah 2 siri 2 seterusnya! Jangan lupa selalu melawat Blog saya di ruang E-Kuliah dan sila beri sebarang komen jika sudi.

Salam Sayang,
Albakry aka Bakry.

E-Kuliah 1 :- [Rahsia Perniagaan E-book di Internet ] Siri 1

Seringkali pelajar saya bertanya apakah business yang paling senang untuk pelajar. Saya beritahu mereka perniagaan yang menggunakan internet kerana pasarannya luas dan tanpa sempadan. Oleh itu saya akan memulakan Kuliah pertama saya tentang Rahsia Perniagaan Digital.

Selamat datang ke hari pertama  kursus maya Rahsia Bisnes Digital dan terima kasih atas minat anda pada  mini kursus maya yang ringkas ini.

Saya takkan bertanya samada anda  pernah menjana pendapatan di internet atau tidak. Pada hakikatnya, rata-rata ramai yang sudah menjana pendapatan mereka di Internet.

Persoalannya ialah… bagaimana anda dapat melibatkan diri dalam fenomena menjana  pendapatan ini dan apakah situasi yang ideal untuk anda lakukannya?

Sehingga kini, mungkin ada beribu-ribu  cara untuk menjana pendapatan sampingan walaupun anda tinggal di negara kecil  seperti Malaysia tetapi masih dapat  mengumpul pulangan dalam dollar Amerika  dari negara Amerika Syarikat, Kanada,  UK dan semestinya juga dari Malaysia.

Sememangnya saya boleh terus menerus  bercerita cara demi cara, dimana ia akan berterusan siang dan malam tanpa henti.

Saya tahu bahawa anda akan teruja dengan pengetahuan baru yang bakal anda dapat dari e-kursus ini… dan inilah sebabnya kenapa saya mencipta ebook “Rahsia Perniagaan Digital”, yang mengandungi satu cara mendapatkan wang secara berulang kali dan dari beberapa saluran pendapat dengan  cara menjual satu produk informasi.

Secara ringkasnya, menjual produk informasi mempunyai banyak kelebihannya.

1. Keuntungan anda boleh mencecah sehingga 100%.

Produk informasi adalah produk digital dimana ia tidak akan habis dijual dan boleh di cetak semula kepada beratus-ratus atau beribu-ribu cetakan maya. Paling menyeronokkan ialah anda cuma perlu mereka cipta satu produk informasi dan terus menjualnya pada pelanggan. Ini adalah cara bagaimana anda dapat keuntungan sehingga mencecah 100%.

2. Anda boleh menjadikan proses  penjualan produk digital berjalan secara automatik atau separa automatik.

Bayangkan anda pergi pusat membeli belah selama 3 jam dan sekembali anda ke rumah, anda dapati ada 10 emel memberitahu anda bahawa penjualan produk  informasi telah terhasil semasa anda
sedang menikmati keseronokan membeli belah.

Jangan cakap saya mereka-reka sahaja – katakan yang ianya satu fakta kerana, percayalah… ia berlaku atas saya.

3. Produk informasi “anda” adalah senang untuk direka cipta.

Sememangnya ada alasan kenapa “anda” ada tanda ” ” di dalam baris tajuk kecil di atas. Untuk sesetengah orang, merekacipta satu produk info yang bermula dari akar umbi untuk dijual
pada pelanggan di internet, mungkin menjadi satu halangan yang besar.

Saya tidak mengatakan yang anda tidak mungkin dapat melakukannya tetapi apa yang saya aksudkan ialah bila anda mula mempelajari rahsia yang saya bongkar di dalamebook “Rahsia Perniagaan Digital”, anda tidak perlu risau lagi tentang merekacipta produk info/digital anda dari akar umbi lagi.

Anda sememangnya boleh senantiasa merekacipta sebarang produk informasi yang anda suka – ontohnya seperti ebook, produk perisian atau audio/video produk.

Tidak ada salahnya atau kemudaratannya  selagi anda tahu arah tujuannya.

Dengan sedikit kreativiti, anda akan dapat menghasilkan pendapatan dari internet yang lumayan satu hari nanti.

Dengan itu, saya berharap anda pelajari sesuatu yang berharga dari e-kursus Rahsia Bisnes Digital pada hari pertama ini.

Jumpa anda lagi dalam e-kuliah 1 siri ke 2 Rahsia Perniagaan Digital.

%d bloggers like this: