Category Archives: Perpustakaan Desa

Memperkasakan Perpustakaan Desa melalui Web 2.0

Salam buat semua..

Setiap hari ramai yang bertanya bila saya nak memulakan pengajian  PhD. Saya jadi rimas dengan soalan-soalan begini kerana ianya menambahkan ketakutan dalam diri saya. Ikhlas saya beritahu bahawa saya belum bersedia. Saya masih tercari-cari tajuk yang sesuai. Saya ditawarkan bidang Perpustakaan Desa sebagai topik kajian PhD saya. Saya sendiri tidak tahu mengapa saya memilih bidang Perpusatakaaan Desa semasa memohon biasiswa tempohari. Mungkin saya fikir tidak ramai yang memilih bidang ini . Namun akhirnya di bilik temuduga hampir 7 orang memilih bidang ini dan kesemuanya berjaya dalam temuduga.

Research Proposal saya sering bertukar tajuk. Saya mahu mencari sesuatu topik  yang saya minati. Saya tidak putus berdoa apabila menghadapi saat-saat sukar. Hanya Allah sajalah maha mendengar dan mampu menolong. Akhirnya dua minggu sebelum saya membentangkan research proposal saya sebagai syarat  kemasukan ke program pengajian PhD , saya menemuinya di IID 09 UiTM Johor.

“Improvement Of Rural Library Through The Application Of Web 2.0” adalah tajuk PhD saya.  Saya cukup teruja dengan tajuk ini. Lantas saya cepat melakukannya melalui Blog IMS. Saya yakin konsep ini dapat dilaksanakan di seluruh lebih 1,000 perpustakaan desa di Malaysia. Saya sudah ada kerangkanya untuk saya persembahkan kepada Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia. Doakan agar usaha saya ini berjaya.

Saya akan mempunyai Blog khusus untuk perjalanan PhD saya. Saya akan lancarkan sebaik saya mendaftar sebagai calon PhD nanti. Anda akan dapat mengikuti pahit manis perjalanan PhD saya nanti menerusi Blog “Travelog PhD : antara harapan dan cabaran.

 

%d bloggers like this: