Category Archives: Travelog Phd

Travelog PhD : Cabaran Dan Harapan

Salam buat semua pengunjung AMKTS

Saya pernah mencanang akan mewujudkan satu Blog baru bila saya mula mendaftar pengajian PhD. Kini hamper 5 bulan pengajian PhD saya berlalu barulah saya tergerak untuk mula menulis di Blog baru ini. Kelewatan ini adalah disebabkan terpaksa member masa untuk membangunkan semula Blog Persatuan Fakulti Pengurusan Maklumat yang telah di ceroboh oleh hackers. Sebenarnya bukan senang nak hacked blog tapi kelalaian exco yang terlepas memberi password kepada pelajar lain maka inilah padahnya.

Justeru itu saya akan mula mencatat pengalaman perjalanan PhD saya di http://travelogphd.blogspot.com. Saya akan mula mencatat segala suka duka dalam membuat PhD untuk saya yang jahil ini. Doa restu abah dan mak, isteri, anak-anak serta rakan taulan adalah pendorong dan kekuatan pada saya untuk meneruskan cabaran PhD. Doakan saya mampu merempuh halangan ini dan harapan saya agar catatan perjalan ini ada noktahnya apabila tamat pengajian pada tempoh yang ditetapkan. Amin

Advertisements

Scribd – Dokumen Digital

Promosi Blog dengan Scribd

Profile

Scribd adalah sebuah web @ laman sesawang dari sekian banyak web penyedia layanan promosi dokumen  secara percuma. Scribd secara bebas dapat digunakan oleh siapa saja asalkan mahu menjadi ahlinya. Scribd membenarkan sesiapa saja yang ingin mempromosikan dokumen dalam bentuk MS Word, MS Power Point, MS Excel, file pdf dan Rich Format text(RTF) dengan penambahan  .doc, .docx, .ppt, .pptx, .xls,xlsx, .pdf,.ps, .txt dan .Rtf

Saya sangat teruja untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang sedang mengikuti pengajian PhD bagaimana Scribd membantu dalam menyimpan semua artikel yang kita gunakan untuk literature review. Lebih menarik semua ini kita adakan dalam satu Blog khusus untuk topik PhD kita. Ini akan saya tunjukkan nanti bila saya memulakan PhD saya nanti. Tunggu ya..

Lo…Yang dipromosikan adalah dokumen, bukan blognya?  Tapi kalau judul materinya Promosi Blog? Iya betul. Melalui dokumen yang kita promosikan, kita sisipkan nama blog/website kita. Alasannya, jika ada orang yang membuka dokumen kita dan membaca isinya, Dan mereka menganggap bermanfaat, maka orang tersebut akan berusaha untuk mengunjungi blog/website kita. Atau melalui dokumen yang kita promosikan melalui scribd kita arahkan orang untuk mengunjungi blog/website kita secara langsung. Nah daripada saya panjang lebar menjelaskan, lebih baik langsung saja pada langkah-langkah pendaftaran dan penggunaann scribd yang dapat anda lihat pada slide dokument di bawah ini.

[Nota : Saya berminat untuk memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat untuk belajar buat Blog dan Scribd. Soal bayaran cukuplah sekadar lepas makan minum, penginapan dan duit minyak saya. Tuan/Puan boleh hubungi saya di 016-3987048 @ e-mail saya :- Albakri@johor.uitm.edu.my. ]

Documents

Groups

Profile

PhD – Khabar dari Melbourne, Australia

Seorang sahabat semasa bertugas di UiTM Sarawak telah pun berlepas ke Melbourne , Aus melanjutkan pelajaran di Deakin University , Melbourne. Tuan Hj. Abdul Jabbar telah menunaikan fardu Haji dalam usia yang muda [nota; Haji Muda]. Beliau  masih bujang  dan belum berpunya. Saya doakan beliau cepat bertemu jodoh [ nota: maaf kalau dia sudah berpunya].
Kami sering bertanya khabar walaupun jauh beribu batu. Kemudahan ICT memudahlkan kami berdailog, berbincang dan bertukar fikiran. Sesekali kami berbual menerusi Yahoo Messanger. Saya amat tertarik sepotong ayat doa yang beliau kirimkan untuk panduan saya agar beroleh Universiti yang baik serta Supervisor yg bertimbangrasa [nota: sehingga kini saya belum membuat keputusan Universiti mana yang saya pilih dan calon Supervisor saya]. Doanya cukup indah dibaca ..

“Ya Allah, Berilah aku Universiti dan tempat belajar yang baik,supervisor yang baik,tempat tinggal yang baik,kemudahan belajar yang baik, pensyarah yang baik, rakan yang baik, jiran yang baik dan rezeki yg baik”

Doa dari sahabat e-mail Pn. Raja Adzrin, Perth Australia

“Akhirnya saya berdoa, “Wahai Tuhan kami, tambahkanlah ilmu kami dan luaskanlah kefahaman kami. Lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah urusan kami. Ya Allah, keluarkanlah kami dari kegelapan ragu, dan muliakanlah kami dengan cahaya pengertian, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu, berilah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau berikan cahaya kepada matahari dan bulan, dan mudahkanlah bagi kami pintu-pintu kurniaMu wahai yang Paling Pengasih” Amin….

Di sini saya ingin menambah keberkatan doa. Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Terbukti dalam apa hal terutama mencari panduan hidup kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar dipermudahkan segala urusan. Alhamdulliah, menurut Hj. Jabbar beliau dipermudahkan dalam segala hal semasa membuat PhD.

Saya doakan beliau berjaya di dunia dan akhirat..

Bermulanya Travelog Phd

Surat tawaran biasiswa PhD

Sukar sekali untuk menggambarkan perasaan gembira bila menerima surat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat PhD. Walaupun saya menerimanya agak lewat berbanding dengan rakan yang lain kerana pertukaran status penempatan daripada Split Programme [Nota: Program Berkembar bersama University of Melbourne, Aus.]  ke Local  [ Dalam Negara] atas bantuan dan sokongan  Dekan [Nota : Prof. Madya Dr. Adnan Jamaluddin].

Pada mulanya hati saya memang kuat dan teruja untuk melanjutkan pelajaran di Luar Negara , namun setelah mengambil banyak perkara terutama soal keluarga lantas  saya melupakan hasrat itu. Lebih dari itu sebenarnya kami terlalu gembira dapat tinggal berdekatan dengan Mak & Abah di Tampin [Nota: Kami tinggal di Tmn.Gunung Mas dan Mak/Abah di Tampin Jaya]. Ada ketenangan dan kedamaian di sini, disamping dapat bersolat berjemaah, membaca Surah Yassin berjemaan setiap Khamis malam dan menghadiri kuliah subuh setiap pagi Ahad bersama Ust. Idris . Terlalu sukar untuk dilepaskan peluang sebegini. Inilah hasil berkat penghijraan dari UiTM Swk ke UiTM Segamat. Apakah peluang-peluang beramal sebegini akan dapat saya nikmati jika saya berhijrah ke Luar Negara..sudah tentu Alllah Swt tahu yang terbaik untuk hambanya yang sentiasa berdoa memohon dipermudahkan perjalanan hidupnya.

Saya amat bersyukur kehadirat Allah S.w.t di atas rezeki yang dikurniakan  ini. Doa yang sentiasa saya panjatkan kepada Allah Swt selepas setiap solat telah dimakbulkan. Syukur Alhamdulliah…Inilah berkat tidak putus-putus doa memohon pertolongan kepada allah swt.

Kini apa yang perlu dilakukan ialah melakukan proses penempatan Universiti, menduduki IELTS sekurang-kurangnya mendapat band 5 dan yang penting ialah mencari supervisor yang dapat menolong , membantu dan membimbing agar matlamat memiliki PhD dan bergelar DR tercapai.

Seluruh keluarga gembira bila berita ini disampaikan. Inilah hadiah tahun baru hijrah dan hadiah buat Mak & Abah. Abah & Mak cukup gembira dan saya dapat melihat kedua-duanya mengalirkan air mata gembira yang tak dapat disembunyikan. Insyallah, peluang ini tidak akan dipersiakan. Ini perjuangan maruah diri dan keluarga kerana Mak & Abah pasti gembira jika dalam ramai anak-anaknya ada seorang yang berjaya menyambung pelajaran hingga ke peringkat PhD.

Mulai hari ini seluruh mental , fizikal , rohani & jasmani akan memberi tumpuan yang lebih ke arah persiapan untuk memulakan pengajian  di peringkat PhD. Persiapan yang rapi penting agar semuanya berjalan lancar. Buat rakan-rakan, doakan saya berjaya. Saya juga mendokan rakan-rakan berjaya dalam apa jua yang dilakukan. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sentiasa memberikan galakan, sokongan dan doa .

Rakan-rakan Phd

211120083512Salam buat semua rakan pengunjung Alam Maya…

Kesibukan tidak boleh diberikan alasan untuk tidak menulis dalam blog ini. Namun itulah alasan yang ingin saya beri kerana lama menyepi. Kesibukan tugas hakiki sebagai pensyarah sedikit sebanyak mencuri masa saya untuk mecatat sesuatu untuk tatapan penggunjung. Malah bulan 12  cukup memenatkan kerana terpaksa mengikuti pelbagai krusus.

Mood saya masih lagi ingin bercerita kisah perjalan PhD. Sepanjang krusus PhD saya berkesempatan bertemu ramai rakan-rakan samada yang baru ingin mengambil PhD , sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD dan hampir tamat viva PhD. Kesemua ini begitu signifikan pada saya yang bakal menerima surat tawaran untuk mengikuti pengajian PhD. Bertemu dengan Laila rakan sekuliah semasa Krusus PhD Research Method menggambarkan kami akan mendahului rakan sekelas yang lain. Di waktu yang sama saya juga berjumpa rakan dari UiTM Sarawak yang sedang mengikuti pengajian PhD seperi yusri dan Ibrahim Morsidi. Bertemu dan bertanya khabar banyak bercerita sekitar pengalaman mengharungi proses menghadapi liku-liku sebagai calon PhD.

Saya berdoa akan semua rakan-rakan PhD akan berjaya. Buat Laila insyaallah anda akan berjaya melanjutkan pelajarah di peringkat Phd. Yang lain saya doakan selamat berjaya.

PhD Tips :- “The road not taken”

Hari ini 19hb. Nov 2008, merupakan hari ke tiga kami berkampung di ILQAM UiTM Shah Alam. Terlalu banyak ilmu baru, strategi , idea, kaedah dan tips-tips yang diberikan kepada kami sebagai persediaan awal sebelum melangkah semula ke menara gading menjadi pelajar PhD.

Rata-rata penceramah memberikan galakan yang positif dan sentiasa meniupkan semangat agar terus berjuang. Hari ini Dr. Hanim merupakan penceramah kegemaranku. Beliau mengambil masa 7 tahun untuk melengkapkan PhD beliau secara part-time lantaran tidak mendapat biasiswa. Apa yang menarik daripada ceramah beliau ialah kata-kata beliau iaitu ” The road not taken”.

Langkah yang kemas dan tersususn ke arah PhD

Allah SWT itu Maha Agung dan Penyayang. Langkah untuk bersedia memulakan PhD nampaknya terarah dan tersusun. Bermula dengan cita-cita, niat dan tekad untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD hinggalah mengisi borang permohonan, temuduga dan kini mengikuti krusus membuat Research Proposal untuk PhD. Nampaknya semua ini kuasa yang maha agung Allah SWT yang tidak mempersiakan doa saya ketika berdoa memohon pada yang Esa niat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD.

Hari ini [17hb Nov. – 21hb Nov 2008]saya memulakan  langkah seterusnya iaitu menghadiri krusus Research Proposal [ Kaedah Penyelidikan ] untuk calon PhD anjuran ILQAM UiTM. Kami di datangkan barisan penceraman yang cukup terlatih dan berpengalaman dalam penyediaan Kaedah Penyelidikan. Terasa diri ini amat kerdil dalam dunia penyelidikan. Perkongsian Ilmu ini amat berguna sebagai persediaan awal sebelum memulakan cabaran sebagai calon PhD. Banyak ilmu baru dipelajari dan timbul rasa takut lantaran diri ini masih belum bersedia ke arah PhD ini. Namun saya bulatkan tekad dan nekad. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Janjiku satu iaitu inilah hadiah terbaik untuk emak dan abah yang selama ini banyak berkorban. Di sudut hati mak dan abah tersirat ingin melihat anak-anaknya berjaya dan bukan wang ringgit yang di pinta sebagai balasan . Setidak-tidaknya ada juga zuriatnya yang berjaya belajar hingga ke peringkat PhD. Doaku agar Allah SWT panjangkan umur mak dan abah agar sempat melihatku naik ke atas pentas menerima PhDku. Saya tekad akan memberikan 100% komitmen pada pengajian PhD ini walau berapa besar pun dugaan yang akan datang. Allah SWT  lah  yang akan menjadi pendengar segala rintihan saya nanti. Ya Allah, permudahkanlah urusan pengajian PhD ini. Berilah laluan yang mudah dalam mengharungi urusan seterusnya.

Travelog PhD – Antara Harapan Dan Cabaran

Memempunyai PhD dan bergelar Dr. tidak pernah terlintas di hati saya. Apatah lagi minat ke arah itu belum terbuka. Bagi saya mendapat Sarjana dan menjadi pensyarah sudah memadai. Setidak-tidak mendapat kenaikan pangkat ke DM 52 dan dapat anjakan. Itu sudah cukup. Inilah antara harapan saya sebelum ini.

Terasa asing dan tidak layak rasanya untuk saya memohon biasiswa melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di usia yang menjangkau 39 tahun serta tanpa ilmu yang cukup. Terus terang saya katakan bahawa saya cukup jahil dalam bidang penyelidikan, kaedah penyelidikan apatah lagi persediaan membuat PhD . Apabila iklan biasiswa diiklankan saya masih lagi mengaru-garu kepala samada untuk memohon atau pun tidak. Hasrat di hati ada namun kekuatan dan semangat itu belum cukup kuat. Maka di sinilah bermulanya travelog PhD : Antara harapan Dan Cabaran.

Di mana agaknya saya mendapat kekuatan untuk membuat PhD dan bagaimana kekuatan itu datang. Saya bagaikan seorang insan yang sedang lemas terkapai-kapai  mencari sesuatu untuk berpaut. Sudah tentu saya memerlukan satu dahan kayu yang kuat untuk saya berpaut agar tidak lemas di bawa arus sungai yang deras. Justeru saya kembali ke jalan Allah dan saya yakin pada Allah swt lah saya berpaut memohon pertolongan agar diberi kekuatan, petunjuk serta dipermudahkan segala kesukaran.

Saya sedar saya belum cukup persiapan untuk mengharungi cabaran sebagai calon PhD. Tidak banyak penyelidikan dibuat serta tidak banyak kertas kerja yang pernah di persembahkan di dalam  mahu pun di luar negeri. Namun memandangkan usia telah menjangkau 38 tahun [Nota: Salah satu syarat untuk mendapat biasiswa PhD UiTM mestilah berumur dibawah 40 tahun ketika memohon ]dan peluang itu perlu saya ambil sebelum terlambat. Maka saya bertekad untuk menghantar borang permohonan melalui online e-biasiswa. Berkat doa kepanya, Allah S.W.T telah memberi kekuatan dan jalan untuk saya memohon biasiswa PhD ini.

Selepas itu setiap hari saya selepas solat saya tidak putus-putus berdoa agar Allah S.W.T memudahkan urusan permohonan ini dan memberi kejayaan terhadap permohonan untuk mendapatkan biasiswa Phd ini. Saya gagahkan diri ini untuk bangun sepertiga malam untuk bersolat tahjud , taubat dan hajat agar dipermudahkan segala urusan permohonan ini. Inilah yang tidak pernah saya lakukan dalam hidup saya apabila ingin memohon sesuatu hajat kecali soalat hajat. Kali ini semagat saya cukup berbeza. Inilah agaknya cabaran untuk saya memperolehi PhD.  Akhirnya saya tersenarai dalam ditemuduga. Saya bersyukur dan menitiskan air mata tanda gembira dan bersyukur dengan pertolongan Allah S.W.T. Nampaknya Allah S.W.T memperkenankan doa saya. 

Kecerian jelas terpacar di wajah saya kerana harapan untuk mendapatkan biasiswa PhD itu semakin jelas. Lantas saya berjumpa mak dan abah memohon agar mendoakan kejayaan saya. Abah dan Mak bersungguh-sungguh solah hajat dan berdoa agar saya berjaya di dalam temuduga nanti. Dengan sedikit persiapan dan doa kepada Allah SWT saya ke UiTM Shah Alam untuk menyahut cabaran PhD. Ketika saya sampai di ruang legar bilik temuduga saya lantas membaca surah Al-Insyaraah [Alam Nasyrah : Melapangkan – Surat yang ke 94 : 8 ayat] . Lantas hati saya cukup tenang dan redha apa juga keputusan yang akan diterima. Justeru apabila nama dipanggil , saya melangkah dengan hati yang tenang dan bersemangat. Walaupun keputusannya agak positif namun saya tidak mahu mengharap sehingga surat hitam putih dikeluarkan oleh pihak bahagian latihan & biasiswa UiTM. Jika keputusannya positif bermakna inilah nikmat yang Allah S.W.T berikan keatas hambanya yang selalu memohon dan meminta pertolongan  kepadanya. Namun jika sebaliknya saya rehda dengan ketentuan Ilahi. Allah SWT tahu jawapannya dan ada hikmah disebaliknya. Saya terus berdoa “Ya Allah, permudahkanlah urusan permohonan ku ini. Berikanlah kejayaan dalam temuduga ku ini”. Amin..

Nota : Dikesempatan ini saya ingin memberi  penghargaan kepada insan-insan yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat kedua ibu bapa yang terlalu banyak berkorban untuk saya, isteri serta anak tersayang, keluarga, Dr. AJ Dekan [Fakulti Pengurusan Maklumat], Dr. Kamil [Pengarah UiTM Johor], En. Abu Bakar , En. Zainal , En. Husrul serta semua yang membantu tetapi tidak saya nyatakan nama kalian. Semoga Allah SWT akan membalas budi baik kalian.

%d bloggers like this: