Blog Archives

Makan ikut sunnah Nabi

KITA berpantang dan mengawal tabiat makan apabila diserang penyakit. Lebih teruk jika doktor hanya membenarkan kita makan dalam kuantiti sedikit atau makanan tertentu.

Hakikatnya, amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.

Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w. Jika dikaji, amalan pemakanan baginda amat bertepatan dengan al-Quran bermaksud: “… makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…” (Surah al-A’raf, ayat 31).

Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia. Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti dikawal.

Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.

Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.

Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit. Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.

Nabi Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu makanan.

Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh atau melalui proses pemulihan. Dalam satu hadis daripada Siti Aisyah r.a, beliau berkata: “Jika Rasulullah diberitahu si fulan sakit dan tidak ada nafsu makan, baginda bersabda: Berikanlah kepadanya ‘talbiinah’! Kata baginda lagi, Demi Allah, ia mencuci perut seseorang seperti kamu membersihkan mukamu daripada kotoran!”

Talbiinah ialah sejenis makanan masyarakat Arab menyerupai bubur atau susu. Ia lembut dan tidak membebankan perut. Bagi kita di sini, mungkin oat dicampur susu sesuai sebagai makanan yang lembut dan tidak membebankan perut serta fungsi pencernaan.

Makanan ini juga kaya serat dan banyak membantu proses penghadaman.

Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat, manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit menjadi semakin serius.

Contoh peristiwa Nabi Muhammad s.a.w mengajar pemilihan makanan ketika sakit ialah sebagaimana hadis riwayat Ibnu Maajah dari Ummul Mundzir Qois al Anshoriyah, katanya:

“Suatu hari Rasulullah berkunjung ke rumah kami bersama Ali k.a yang ketika itu baru sembuh daripada sakit. Kami mempunyai buah daliah (sejenis buah-buahan di tanah suci), lalu Rasulullah mengambil dan memakannya dan Ali juga memakannya.

“Baginda berkata kepada Ali: Engkau baru saja sembuh daripada sakit.

“Lalu Ali berhenti memakannya. Kemudian saya buatkan masakan dari gandum dan saya berikan kepada mereka berdua, maka Rasulullah s.a.w bersabda: Ali, nah, ini lebih sesuai bagimu!”

Larangan Rasulullah kepada Ali yang baharu sembuh daripada sakit agar tidak memakan daliah sebagaimana dalam hadis di atas adalah kaedah pencegahan atau berpantang. Buah-buahan yang sifatnya mudah terurai mungkin memberi mudarat bagi mereka yang baru sembuh.

Ketika baru pulih daripada sakit, perut belum cukup kuat kerana ia sibuk bekerja menghakis sisa penyakit dari dalam perut dan badan.

Sebaliknya, Rasulullah menggalakkan Ali mengambil masakan daripada gandum kerana air daripada gandum itu dapat menguatkan tubuh.

Namun, baginda membenarkan pengambilan makanan yang tidak sesuai, tetapi dalam kuantiti sedikit sekadar menghilangkan keinginan.

Perkara menarik mengenai kaedah makanan seimbang yang diajarkan Rasulullah ialah baginda tidak membataskan pada satu jenis makanan saja. Contohnya, baginda menyeimbangkan makanan bersifat panas dengan sejuk.

Dari segi komposisi makanan, baginda tidak pernah mengambil susu dan ikan atau susu dan telur atau daging dan susu atau antara makanan yang kedua-duanya mempunyai sifat panas atau sifat dingin serentak.

Baginda juga tidak mengambil dua jenis makanan yang mempunyai sifat cepat dicernakan dan lambat dicernakan, serentak.

Rasulullah tidak mengambil makanan yang masih dalam keadaan panas atau makanan yang disimpan semalaman, makanan awet atau diasinkan seperti acar kerana semua itu memudaratkan kesihatan.

Kita juga patut mengelak mengambil makanan segera dan minuman berkarbonat, walaupun sedap, tetapi memudaratkan apatah lagi mengandungi perasa tiruan dan sintetik.

Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan.

Mengenai madu, Nabi mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan.

Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.

Selain jenis dan kuantiti makanan, satu aspek lain penjagaan kesihatan Rasulullah s.a.w ialah cara baginda duduk ketika makan, iaitu dalam posisi ‘mutawarikan’, iaitu meletakkan pinggul pada kedua-dua tumit dan menempatkan telapak kaki kiri di atas punggung kaki kanan.

Postur badan penting dalam menentukan kebaikan ketika pengambilan makanan. Contohnya, baginda melarang

makan sambil bersandar sebagaimana sabdanya bermaksud: “Saya tidak makan sambil bersandar.”

Baginda juga melarang minum sambil berdiri, kecuali jika dalam keadaan terpaksa. Baginda mempunyai disiplin khusus dari segi minuman.

Berdasarkan petunjuk Nabi s.a.w, makruh minum selepas melakukan olahraga atau sebaik selesai melakukan sesuatu kerja berat atau sebaik habis makan atau sebelum makan. Semua itu tidak baik untuk kesihatan. Sebaliknya, biarkan beberapa detik berlalu apabila selesai aktiviti berat atau makan, kemudian minum.

Rasulullah s.a.w mempunyai petua unik ketika minum. Dalam satu hadis dari Anas bin Malik bermaksud: “Rasulullah minum dengan tiga kali nafas. Baginda berkata: Hal itu lebih melegakan dan lebih menyihatkan.”

Maksud bernafas tiga kali ketika minum ialah dengan menjauhkan bekas atau cawan dari mulut, lalu bernafas atau seolah-olah menghisap air yang sedang diminum. Larangan bernafas di dalam gelas ketika minum ditemui dalam hadis bermaksud:

“Jika seseorang di antara kalian minum maka janganlah bernafas di dalam gelas minuman, tetapi hendaklah direnggangkannya dari bibir.”

Dan, pasti yang paling penting dan mungkin dilupakan kita apabila makan atau minum ialah membaca ‘basmalah’ (membaca Bismillah) dan mengucapkan ‘hamdalah’ (Alhamdulillah) apabila selesai. Ia banyak keberkatan dari segi kesihatan.

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Petikan daripada Blog Islam Itu Indah :- http://www.islamituindah.my

Garam : Amalan Pemakanan Rasulullah S.A.W

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

 

 HARGA GARAM MAKAN BUKIT HIMALAYA (Pink) – RM10.00 I peket (Penghantaran PERCUMA). Berminat hubungi 019 3343101 @ Beli Secara Online di www.successmall.net

Kandungan Garam bukit

.100% Asli – Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia:

Hydrogen, Lithium,Beryllium, Boron,Carbon, Nitrogen,Oxygen,Fluoride,Sodium,  Magnesium,Aluminum, Silicum, Phosphorus,sulfur,Chloride,Calcium,Scandium,Titanium,Vanadium,    Chromium,Manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,Selenium,Bromine, Rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,Silver, Cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,Praseodymium, Samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,Lutetium, Hafnium,tantalum, fungsten,rhenium. Osmium,iridium,platinum,gold ,mercury ,Thallium,Lead, bismuth,Polonium, Astatine, Francium, Radium, Actinium, Thorium, Protactinium, Uranium,Neptunium and Plutonium.

Maklumat di bawah adalah dari Natural Resources, Inc., pengarang buku, “Water & Salt, The Essence of Life” oleh Dr. Barbara Hendel, MD and Biophysicist, Peter Ferreira.

Cahaya matahari telah mengeringkan laut dahulukala yang wujud sejak berjuta-juta tahundahulu sehingga garam bukit terjadi. Garam bukit ini kelihatan jernih dan semulajadi . Ia terbentuk akibat berlaku tekanan. Semakin tinggi tekanan semakin sempurnalah bentuk dan strukturnya . Mengikut maklumat yang diperolehi garam bukit ini adalah satu-satunya berstruktur geometrik pernah ditemui . Antara warna yang biasa didapati adalah putih, pink , oren kemerah-merahan . Lagi banyak kesempurnaan geometri garam makin tinggi nilainya. Samalah seperti berlian .

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai ” Raja Garam atau emas putih ” kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja . Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya . Dari sudut geologi garam ini juga dikenali sebagai ” halite ” ( garam biasa ) yang berkomposisikan sodium klorida .NACL . 

Kuasa Garam Untuk Bertukar

Dari kaca mata sains , garam mempunyai nilai yang unik . Berbanding struktur kristal yang lain , struktur atom garam bukan berbentuk molekul tetapi berbentuk caj elektrik. Fakta ini membuktikan garam mampu berubah bentuk . Semasa kristal Kuarza direndam ke dalam air ia langsung tidak bertukar menjadi molekul walaupun ia berstruktur kristal .Sungguh pun kristal boleh membekalkan tenaga, corak frekuensi tenaga bergantung kepada corak air , yang dengan mudahnya terlarut . Kristal Kuarza berkeadaan kekal . Ia terlalu kaku untuk larut atau dikaitkan dengan polaritinya .

Apabila garam larut dalam air , ia mencair semasa itu terbentuklah sole ( so-lay ) . Sole adalah berupa bukan air bukan juga garam. Sebaliknya apabila berlaku proses penyejatan sole menjadi garam semula .Perubahan garam ini tidak menentukan yang ia tidak semestinya berlaku proses metabolise dalam badan kita . Kanji akan bertukar menjadi gula , protein akan menjadi asid amino dan lemak pula bertukar menjadi gliserin dan asid . Garam tetap garam . Ia secara terus dapat digunakan didalam sel badan dalam bentuk ion yakni sole .Semua makanan mesti berpecah mengikut polaritinya supaya badan dapat menggunakannya. Tetapi garam terus kekal dalam bentuk asalnya malah ia memasuki bahagian otak kita . Garam dan Aktiviti otakMalah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku .
Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya . Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif . Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .
Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan , dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan. Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ .Bagaimana Garam Boleh Bertukar Menjadi Sodium Klorida ?Dengan kewujudan perkembangan industri , garam asli telah mengalami pembersihan kimia dan berkurang menjadi kombinasi sodium dan klorida . Mineral penting dan jejak unsurnya telah dibuang menjadi tidak asli lagi. Walau bagaimana pun sodium klorida adalah tidak asli, terasing dan bahan kurang menyihatkan dan tiada persamaan dengan garam .
Sama dengan gula putih bertapis , garam suatu ketika dahulu dianggap emas putih ,telah bertukar menjadi racun putih ! Walau bagaimanapun , ada sebab penting terakhir dibiarkan bersama dengan unsur-unsur asli lain yang ditemui dalam badan kita . Sodium klorida adalah bahan yang bersifat agresif iaitu bio-kimia, dimana sentiasa mencari persamaan setara untuk menghasilkan kesannya.
 
Persamaan semulajadi seperti potassium, kalsium magnesium , dan mineral lain serta jejak unsur , menunjukkan dari segi sudut biofizikal , corak frekuensi tertentu. Corak ini menentukan corak struktur geometri dalam badan kita . Apabila struktur ini hilang kita adalah tanpa tenaga dan tidak hidup. Garam tidak sepatutnya digunakan sebagai penambah perisa dalam makanan , tetapi kerana corak vibrasinya yang sama seperti tubuh kita ! Emas Putih Kepada Racun PutihSebagaimana biasanya kegunaan garam didapur , begitulah juga hubungan jumlah penyakit dengan garam harian . Hidup adalah mustahil tanpa garam. Tetapi penggunaan garam boleh membunuh kita . Mengapa begitu??? Ini kerana garam biasa kita tidak mengandungi apa-apa yang sama dengan garam kristal yang sedang kita perkatakan di sini. Garam pada hari ini bukanlah garam biasa tetapi sodium klorida . 
Garam asli sepatutnya terdiri daripada bukan hanya dua tetapi lengkap dengan semua unsur semulajadinya . Ini ada persamaan dengan unsur yang dibina oleh badan kita dan semulajadinya ditemui wujud dari ” laut dahulukala ” dimana semua hidupan bermula.
Yang menariknya , darah kita berbentuk sole , mengandungi sama larutan garam sebagaimana laut dahulukala iaitu cecair terdiri dari air dan garam. Nisbahnya kepekatannya sama , sebagaimana wujud berakhirnya hidup laut dahulukala . Sole ini mengalir menerusi lebih dari 56,000 batu aliran air dan salur darah menerusi hidupan kita dengan desakan graviti , terapung , mengawal dan mengimbang tugas dalam badan kita.
 
Bagaimana Garam Membebankan Tubuh kita
Badan kita memerlukan 0.007 auns garam sehari . Sebahagian daripada kita mengalami kekurangan garam, walaupun kita terlebih penuh dengan sodium klorida. Apabila penggunaan garam kita kurang dari 0.007 auns sehari , berlaku ketagihan garam. Mengikut purata perkapita penggunaan garam harian di US adalah antara 0.4 hingga 0.7 auns. Walau bagaimanapun , badan kita hanya mampu mengumuhkan 0.17 auns hingga 0.25 auns sehari menerusi buah pinggang bergantung kepada umur , resam badan dan jantina.
 
Badan mengenalpasti garam biasa sebagai racun bersel dan bukan bahan semulajadi dan mahu memusnahkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk berkumuh. Dalam hampir semua produk pengawetan, garam digunakan sebagai salah satu proses mengawet. Jadi dengan menambah garam pada bahan yang sedia awet, badan menerima lebih garam dari jumlah yang sepatutnya dikumuhkan. Akibat Penggunaan Garam Biasa.Kesan menggunakan garam biasa telah membentuk keasidan edema yang tinggi atau lebihan cecair dalam tisu badan punca penyebab terjadinya selulit. Sebab itulah doktor melarang kita mengambil garam lebih. Untuk setiap .035 auns sodium klorida yang tidak boleh dimusnahkan oleh badan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan garam itu. 
Kalau kandungan masih terlalu tinggi pengkristalan semula berlaku semasa badan menggunakan semula protin lemak haiwan yang tidak dicernakan ( non-degradable ) biasanya terdapat dalam susu ) yang juga tidak berguna dan tidak dapat dilupus atau dimusnahkan . Protin inilah yang digunakan oleh badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan garam. Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah mengikat dirinya dengan sodium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang .
 
Inilah yang menimbulkan pelbagai jenis penyakit Artritis , gout ( sengal tulang ) , karang buah pinggang dan pundi hempedu ( gall bladder ) . Pengkristalan ini merupakan jalan penyudah keselamatan untuk sel badan dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan mahupun keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Dalam jangka masa panjang ia meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak dapat dikumuhkan.
Berminat Hubungi : 019 3343101 @ Beli Online di www.successmall.net
 
%d bloggers like this: