Blog Archives

Rawatan Gigi

Saya masih ingat lagi ketika masih dibangku sekolah rendah cikgu sering mengatur jadual ke klinik gigi yang telah tersedia di sekolah. Rekod rawatan dan cabut gigi ada dalam simpanan doktor. Itu dulu…30 tahun yang lampau. Saya juga tidak ingat bila kali terakhir saya membuat rawatan di klinik gigi. Kalau nak cabut gigi biasanya guna kaedah sendiri iaitu goyang-goyang dan terus tercabut. Bila semakin berusia keadaan gigi terutama gusi mula berdarah. Makanan sering terselit dicelah-celah gigi. Mulut kadang kala berbau akibat sisa-sisa makanan yang terlekat di celah gigi.

Saya sudah beberapa kali merancang untuk membuat scaling iaitu membuang karang-karang yang ada di gigi. Seringkali faktor masa menjadi taruhan dan sikap bertangguh-tangguh membawa saya terus lupa untuk membuat rawatan gigi. Kesempatan berjumpa rakan lama, Kak Tipah yang bertugas sebagai kerani di Klinik Gigi UiTM Shah Alam telah menggerakkan hati saya kembali membuat rawatan gigi yang telah bertangguh sekian lama. Menurut Kak Tipah inilah masa yang sesuai kerana cuti semester keadaan klinik gigi agak lengang. Kalau di Klinik Kerajaan sudah tentu protokolnya agak birokasi dan akan menunggu masa giliran dan temujanji yang agak lama.

Akhirnya jam 2pm semalam saya bertekad untuk membuat rawatan gigi. Betul..proses membuat rawatan di Klinik Gigi UiTM agak mudah. Setelah Doktor gigi memeriksa tahap kesihatan gigi saya beliau memutuskan saya perlu membuat scaling sahaja iaitu membuang karang yang telah lama bersarang di celah-celah gigi. Prosesnya tak perlulah saya ceritakan..takut-takut nanti ada yang tak berani nak buat scaling. Cukuplah saya katakan selamat dan berbaloi. Kini gigi saya bersih dan cantik. Rawatan sususlan seterusnya ialah 21hb Jun nanti. Kebersihan mencerminkan perwatakan dan peribadi kita. Harga yang saya perlu bayar cuma RM15.00 sahaja. Kalau klinik swasta mungkin saya perlu keluar notr RM50 untuk rawatan dan layanan yang sama saya terima di Klinik Gigi UiTM. Terima kasih buat kakitangan Klinik Gigi UiTM .

Bakry, Puri Aiyu Shah Alam

Advertisements
%d bloggers like this: