IID & PhD

Tugas dan amanah mengajar semester ini telah selesai. Alahai malasnya nak memeriksa kertas peperiksaaan ahir pelajar apatah lagi menyemak semua final report ETR 300 pelajar. Saya mahu menumpukan 2 perkara buat masa ini iaitu Projek IID dan pengajian PhD. Soal KIK saya serahkan pada rakan yang lain. Mereka lebih arif apa yang perlu dilakukan. Kebetulan Projek IID dan KIK mempunyai persamaan.

Saya seronok membuat 2 perkara ini kerana ianya adalah sebahagian penyelidikan PhD saya. Semua ini datang secara kebetulan ketika saya amat runsing memikirkan tajuk PhD. Setiap malam saya berdoa dan terus berdoa agar Allah swt mempermudahkan perjalanan PhD saya ini. Saya amat bersyukur padaNya kerana diberi petunjuk dan saya amat teruja dengan topik yang saya akan terokai ini.

iid dgn tetamu

Tetamu bergambar bersama pemenang Gold Medal

iid group 2

Bersama kumpulan pelajar

Siang tadi saya berjaya memujuk dan menyakinkan Tim. Pengarah Jaringan Industri dan Penyelidikan untuk membawa Projek IID Yahoo Groups mewakili Johor ke Shah Alam. Saya perlu memanfaatkan sebaiknya peluang dan ruang yang diberi. Saya berdoa agar Allah swt mempermudahkan segalanya. Akhirnya Fakulti Pengurusan Maklumat akan membawa dua produknya bertanding ke IID di UiTM Shah Alam 2010. Warga Fakulti dan rakan-rakan doakan kejayaan kami membawa pingat emas ke UiTM Johor. Sokongan dan Doa kalian adalah pembakar semanagat kami.

Posted on October 29, 2009, in Aktiviti Pelajar. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. good luck for ur PHD..
    all the best..
    we’ll make the facegroup superb to fight in shah alam

  2. Salam, tahniah atas kejayaan anda merangkul emas. Bukan kah semua pemenang dapat bertanding di Shah Alam?

Leave a comment