Salam Perpisahan buat pelajar Sem. 6 ,April 2009

Salam buat semua. Catatan ini khas saya tujukan kepada semua pelajar Sem. 6 , Diploma Pengurusan Maklumat UiTM Johor , April 2009. Ketika hendak memulakan catatan ini hati dan perasaan saya berasa sebak dan sedih kerana tugas saya telah selesai dan ini bermakna saya akan berpisah dengan kesemua pelajar semester 6 , April 2009. Selama tiga hari bermula 15 April 2009 hingga 17 April 2009 saya dengan tekun melihat dan mendengar setiap persembahan projek akhir ETR300 pelajar semester 6. Terlalu banyak yang ingin saya luahkan dan berkongsi dengan semua pelajar ini. Namun saya akan susun setiap bait-bait ayat agar kesemuanya dapat saya luahkan menerusi blog ini . Maaf jika bicara ini agak panjang khusus untuk kalian yang bakal meninggalkan UiTM Johor ini.Pertamanya, dikesempatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari buat semua pelajar part 6 yang mengambil subjek ETR300 andaikata saya ada terkasar bahasa dan perbuatan yang menyinggung perasaan kalian. Sebagai manusia dan hamba Allah saya adalah hamba yang lemah di sisi NYA dan tidak lari daripada membuat kesilapan. Tiada niat di hati saya untuk melakukan semua itu dan jika  ianya berlaku, adalah di luar kawalan diri saya. Mungkin ada ketikanya, saya dilihat terlalu tegas dan garang. Ada ketikanya di dalam kelas, saya dilihat sukar untuk senyum. Namun percayalah, semua itu berlaku tanpa dirancang dan diluar kawalan diri saya serta kelemahan saya. Ada kalanya saya terlalu penat dan letih. Ada kalanya masalah kelas sebelumnya mengganggu emosi saya lalu terbawa-bawa ke kelas kalian. Bukan mencari alasan tapi ianya hakikat. Sekali lagi saya memohon maaf kepada kalian jika ada yang terasa hati atau terasa disisihkan atau mulut saya ini terlalu celupar bila berkata-kata. Namun saya ikhlas dalam menyampaikan ilmu tanpa ada pilih kasih. Bukan niat untuk mencari salah tapi sebagai pendidik saya perlu menegur dan memperbetulkan mana yang salah. Niat saya adalah untuk memajukan bangsa saya sendiri yang semakin hari semakin ketinggalan dalam negara dan tanah akhirnya sendiri. Kehidupan masyarakat bumiputera semakin getir di buminya sendiri terutama orang Melayu. Bangkitlah anak-anak bangsaku untuk masa depan kalian yang lebih cerah. Belajarlah dari kesilapan lalu dan sentiasalah bertaubat agar kita kembali kelandasan yang betul dalam meraih kejayaan untuk keluarga , bangsa dann agama. Ingatlah pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita serta menjaga kita dari kecil hingga dewasa. Pengorbanan mereka terlalu besar dan janganlah sesekali melukai dan menghampakan harapan mereka. Bukan wang ringgit yang mereka pinta dari kalian. Mereka mahu sekadar kalian menjaga nama baik ibu bapa serta keluarga dan berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang. Saya sering melihat ibu bapa menitiskan air mata kegembiraan ketika saat anak-anak mereka naik ke pentas menerima diploma/ijazah di Dewan Sri Budiman ketika Istiadat Konvokesyen. Saya pasti kalian telah sebelah kaki ke arah itu. Ayuh di saat akhir 10 meter ke garisan penamat ini tetapkan matlamat dan berusahalah dengan lebih gigih agar matlamat dan impian itu tercapai. Jangan lepaskan peluang yang telah ada di depan mata kalian. Saya yakin kalian adalah anak-anak yang baik dan terpilih .  Saya juga ingin mengucapkan tahniah buat kalian semua yang akan menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Belajarlah bersungguh-sungguh selagi hayat dikandung badan.Merancanglah hidup kalian dengan teratur kerana” jika kita gagal merancang kita merancang untuk gagal”. 

Sepanjang 15 minggu mengendalikan subjek ETR300, saya amat seronok dan teruja. Tahniah kepada semua pelajar kerana memberikan komitment dan sokongan sepanjang program yang di adakan. Walaupun hajat untuk ke PD tidak kesampaian tetapi saya anggap ada hikmahnya. Pertama, saya dapat mendengar dan menilai kesemua persembahan projek kumpulan part 6. Keduanya pelajar part 6 sudah tentu gembira kerana wang RM50 yang perlu dibayar telah dipulangkan semua. Tetapi secara jujurnya, saya menyayangi kalian semua dan bangga kalian akhirnya hampir sampai ke garis penamat untuk bergelar graduan. Ada kalanya ketika saya tersedar di malam hari, ketika berdoa selepas selesai solat hajat saya tidak pernah lupa untuk berdoa agar kaliah dipermudahkan dalam urusan untuk memahami subjek ETR300 ini.Saya sentiasa berdoa agar kalian dapat menyiapkan projek akhir dengan baik agar saya dapat memberikan markah yang baik untuk kalian semua. Saya sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua agar sentiasa menjadi umat dan anak yang soleh & soleha. Saya menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan serta memaafkan kalian semua. Apakah ertinya sebuah kejayaan jika kita tidak bersyukur dan berterima kasih kepada pencipta iaitu Allah Swt serta penjaga kita iaitu ibu bapa kita serta guru yang mengajar dan memberi ilmu kepada kita. Berdoalah dan jangan sesekali meninggalkan solat tanda kita bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan. Pesan saya agar kalian sentiasa ingatkan Allah Swt. Ini kerana perjalanan kita masih jauh dan kita sememangnya memerlukan pertolongan Allah Swt agar kita selamat di dunia dan akhirat. Kadangkala kita terleka dan sering terlupa kepada Allah Swt. Namun andaikata suatu hari nanti kalian tergelincir dari landasan akibat lalai dan terleka atau kalian berada dalam kesusahan dan kesempitan hidup atau kalian mahukan pertolongan dan hajat atau kalian tiada tempat untuk mengadu dan merintih. Maka kembalilah ke jalan Allah kerana Allah sentiasa bersama kita waktu kita memerlukan pertolonganNYA. Tiada siapa dapat membantu dan menolong kita ketika kita menghadapi saat-saat kesukaran dalam kehidupan kecuali Allah yang maha pengampun, pengasih dan penyayang. 

Akhirnya saya berasa syukur kehadirat Allah Swt kerana kalian semua telah berjaya membuat pembentangan dengan baik. Saya mengambil masa selama 3 hari dan mengambil masa selama 25 jam untuk menyiapkan kesemua pembentangan projek akhir ETR300. Anda telah lulus dengan jayanya subjek ETR300. Cuma yang membezakannya ialah gred yang anda perolehi. Ada yang akan mendapat A, A-, B+,B, B- . Namun itu sekadar angka. Apa yang lebih penting ialah ilmu yang kalian perolehi dan gunakanlah ilmu ini sebaiknya untuk meneruskan kehidupan kalian nanti.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepad ketiga-tiga wakil kelas (class rep) iaitu DE61 ( Arul), DE62 ( Ct Azzah) & DE63 (Mel) kerana menjadi pembantu dan  orang perantaraan saya dalam menguruskan aktiviti kelas dan sebagai penyampai maklumat. Saya berdoa agar jasa baik kalian dibalas oleh Allah Swt . Terima kasih dan tahniah  juga pada semua jawatankuasa program gerak usahawan di PWTC dan jawatankuasa program bengkel kewangan yang berusaha menjayakan program ini dengan lancar dan berjaya. Semoga jasa anda diberi kebaikan oleh Allah Swt. 

Sepanjang pembentangan projek ETR300, saya dapat menilai dengan baik kesungguhan setiap pelajar dalam menjayakan projek masing-masing. Saya berdoa kepada Allag Swt agar saya berlaku adil kepada semua pihak. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian ketika kalian cuba menyembunyikan banyak fakta daripada saya. Mata saya cepat melihat kesalahan dan kesilapan yang kalian lakukan. Namun ada ketikanya malas untuk diulas serta ditegur kerana ianya telah dimaklumkan. Namun kalian masih membuat kesilapan yang serupa. Saya masih dapat mengawal tahap kesabaran saya . Ada ketikanya kesalahan itu terlalu terserlah maka saya akan melakukan provokasi dengan soalan yang bertubi-tubi. Ada yang mampu menepis dan ada yang  rebah dan menyerah bila diserang habis-habisan. Namun janganlah menganggap anda telah gagal kerana akhirnya saya memberi anda ruang dan peluang untuk memperbaiki dan membetulkan kesilapan itu. Syukur kerana Allah Swt telah membuka hati saya agar berlaku adil dan memberi peluang untuk kalian membetulkan segala kesilapan. Kalian semua amat istimewa di hati saya. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kumpulan yang menyediakan sarapan, makan tengah hari dan minum petang untuk saya sepanjang tiga hari pembentang ETR300 berlangsung. Sesungguhnya saya amat memerlukannya kerana saya perlu tamatkan setiap pembentangan mengikut jadual dan tiada masa untuk keluar minum keculi berehat waktu tengahari untuk solat zuhor. Kepada kumpulan yang menyediakan pisang, buah naga, nugget dan sosej serta memberi cendermata mug dan ayam mainan. Saya ucapkan berbanyak terima kasih. Saya sungguh terharu dengan pemberian ini. 

 

Cenderahati pelajar ETR300

Cenderahati pelajar ETR300

Saya mempunyai almari khas untuk meyimpan semua pemberian pelajar-pelajar kepada saya sepanjang karier menjadi pensyarah. Cuma pisang & buah naga tu kira simpan dalam perut ajelah.Mungkin kalian tertanya-tanya mengapa saya minta semua kumpulan mengambil gambar . Inilah dia gambar-gamabr ceria kalian yang dapat saya muatkan di blog ini untuk tatapan dan kenangan saya bersama kalian. Saya doakan kalian semua berjaya di dunia dan akhirat. Saya juga mengalu-alukan komen kalian di blog saya. Segala komen anda akan sentiasa tersimpan di blog ini dan menjadi memori indah buat saya.

Sekian Wassalam…Bakry, Segamat, April 2009

 Pelajar Sem 6 DIM, UiTM Segamat 

 Gambar Kumpulan Persembahan Part 6 DE1, DE2 & DE3      

G - Herbs Enterprise

G - Herbs Enterprise

Proteen Enterprise

Proteen Enterprise

Halal Farm Enterprise

Halal Farm Enterprise

Agro Corn Enterprise

Agro Corn Enterprise

Chili Chili Enterprise

Chili Chili Enterprise

Multi Nature Sdn.Bhd

Multi Nature Sdn.Bhd

 

 

 
 

 

 

 

Advance Aquaculture Enterprise

Advance Aquaculture Enterprise

 

 

 

 

A Smile Goat

A Smile Goat

Imtiyaz Group

Imtiyaz Group

Ad Dajajah

Ad Dajajah

One Step Agro Farm

One Step Agro Farm

Musfiziazniza Sdn Bhd
Musfiziazniza Sdn Bhd
Ketuk Ketak Enterprise

Ketuk Ketak Enterprise

Permata Bumi Sdn Bhd

Permata Bumi Sdn Bhd

 

Twilight Mushroom Enterprise

Twilight Mushroom Enterprise

Bizleech Group

Bizleech Group

 

Fresh Fruit Enterprise

Fresh Fruit Enterprise

Granddi Flora Enterprise

Granddi Flora Enterprise

 

Posted on April 17, 2009, in Aktiviti Pelajar, E - Catatan Penulis. Bookmark the permalink. 12 Comments.

  1. salam..
    en bakri, saya bagi pihak DIIM part 6 nak mintak maaf andai kami terbuat silap dan salah sepanjang en bakri mengajar kami..
    doakan kejayaan kami dalam final exam nanti yer..
    dan kejayaan kami akan datang juga..

    halalkan ilmu yang en bakri ajarkan pada kami..
    kata2 en bakri selama ni pun mmg betul, kami tak salahkan en bakri coz sume tu adalah nasihat dan tunjuk ajar kepada kami juga..

    terima kasih atas pengajaran en bakri..

    • salam. saya sentiasa memaafkan kalian semua. Malah saya doakan kalian semua berjaya di dunia dan beroleh keberkatan di akhirat.

  2. Assalamualaikum En. Bakri

    Sy menucapkan jutaan terima kasih atas segala ilmu yang telah diberikan en bakri kepada saya dan sahabat-sahabat yang lain

    andai ada tingkah laku yg mengguris hati en. bakri
    dengan rasa rendah dirinya saya dan pelajar isd6e1 memohon sejuta kemaafan

    halalkan segala ilmu yang diberikan pada kami
    kami mendoakan kebahagian en.bakri disisi keluarga tersayang…

    doakan kami untuk final exam nnt moga dapat mnjawab exam dengan tenang dan mudah

  3. salam..sir…saya pon nk mintk maaf andai kami pernah menyinggung perasaan sir ms mengajar kami… especially klw sir masuk d6e2 then sir nmpk sy tersangap2 ngantuk tu.. saye mintk maaf sir..sesungguhnya semua tu kejadian alam..he3… doakanlah kejayaan kami semua dalam final exam nnt…tq untuk segala ilmu yg sir bg kat kami selama kami berada di sini.. dan doakan juga kejayaan kami di masa hadapan dan berkati lah ilmu yg sir bg pd kami… 😦 we will miss u sir:(

  4. salamm en.bakri..
    saya dari d6e1.. ingin memohon beribu kemaafan andai kata kami penah membuat hati en,bakri terusik dengan tingkah laku kami di kelas..
    saya juga ingin mengucapkn ribuan terima kaseh kepada sir yang banyak support projek ayam kami..
    saya mohon agar dihalalkan kesemua ilmu yang sir pernah beri kepada kami sumer pelajar semster 6..
    semoga sir doakan kejayaan kami..
    insyaallah

  5. assalamualaikum en bakri….kami group yg buat serai wangi dr E1 ingin ucapkan trima kasih atas segala tunjuk ajar dan ilmu yg dicurahkan kpd kami…wpun kdang2 agak tension dgn kerja2 etr yg merupakan sbjek yg sgguh mcabar minda dan emosi kami, tp kami tabah, sabar dan teguh melakukannya sehingga selesai presentation tsebut……selain tu, kami susun jari jgak nk mntak maaf kat en bakri dgn ikhlas hati dan nurani….smoga ank en bakri mbesar dgn cute dan sht…bgtu juga utk en bakri dan istri….sekian…wasalam…..tata…
    -yat, as, aini, afzan, eiqa, nija-
    p/s:doakan kami utk exam ye……

  6. assalamualaikum cik bakry..
    saya NOOR FAEZAH BTE MUHAMED,DIIM part6..

    pertama sekali,saya nak mengucapkan terima kasih byk2 sbab ajar kami dalam sbjek ETR300 ni..
    kalau tiada cik bakry,tiada lah kami mengenal sbjek ni..
    walaupun kami baru prtama kali mengenal ETR300,kali sedaya upaya untuk memahami sbjek ni dgn lebih mndalam..

    kami ingin menyusun 10 jari kalau2 kami slalu menyakitkan hati cik bakry..
    mungkin kami dalam keadaan trtekan untuk menyiapkan final projek cik bakry dan final projek yg len..
    kami minta maaf skali lagi..

    kami brharap cik bakry mndoakan kejayaan kami dalam kehidupan kami..
    saya mndoakan semoga cik bakry diberi kebahgiaan d dunia dan d akhirat..
    saya brharap cik bakry dan keluarga sntisa d brkati Allah slalu,amin..

    akhir sekali saya ingin mmberikan serangkap pntun tuk cik bakry dalam loghat N9..

    PISANG OMEH DI BAWAK BELAYAR,
    MASAK SEBIJIK DI ATEH POTI,
    HUTANG OMEH BOLEH DIBAYAR,
    HUTANG BUDI CIK BAKRY SAYO SIMPAN DALAM HATI..

    maap yo..

  7. assalamualaikum cik bakry..

    saya NOOR FAEZH BTE MUHAMED,DIIM part6..

    prtama skali sy nk mengucapkan terima kasih byak2 sbab ajar kami dalam sbjek ETR300 ni..
    kami nk meminta maaf juga kalau2 kami ada menyinggung prasaan cik bakry..

    sy doakan smoga cik bakri dan keluarga d brkati Allah slalu,amin..
    cik bakry..doakan kejayaan kami..

    akhir skali,sy nk smpaikan pantun kt cik bakry dalam loghat negeri 9..

    PISANG OMEH DI BAWAK BELAYAR,
    MASAK SEBIJIK DI ATEH POTI,
    HUTANG OMEH SAYO BOLEH BAYAR,
    HUTANG BUDI CIK BAKRY SAYO SIMPAN DALAM HATI..

    maap yo..

  8. assalamualaikum en bakri..
    saya slh sorg wakil group d6e3 yg wt presentation pasal buah nanas..
    saya..NUR ELYANI BT ROSLI,
    saya ingin memohon seribu kemaafan jika ade salah dan silap sepanjang en bakri mengajar saya..
    samada termengumpat k, termrh yg x sngaja k, mohon ampun dan minta di halalkan segala ilmu yg dicurahkan sepanjang en bakri mengajar kelas kami..
    masa pembentangan etr, kami 1 group seronok sgt en bakri puji group kami…
    ikhlas atau mgkin kami group last.. itu kami xtaw la..
    yg penting kami dh selesaikan segala yg tlh ditugaskan dgn sempurna sekali…

    harapan saya..
    en bakri doakan lah kejayaan kami untuk final exam ini..
    mudah-mudahan kami dpt menjawab segala soalan dgn lancar n sempurna…AMIN…

    sedih la plk…xsngka dh tgl brp minggu lg je kami akn tamatkan pengajian diploma ini…
    semoga en bakri tidak lupa kt kami..
    jasa n pengorbanan serta tunjuk ajar semua lecturer DIIM akn kami jdkn panduan dan pengajaran utk menempuh kehidupan yg mendatang…
    INSYA’ALLAh…
    DOAKAN KAMI BERJAYA YEA…

  9. salam en.bakri…
    terima kasih ats tunjuk ajar en.bakri pd kami semua terutama pelajar D6E2..kami memohon maaf sekiranya kelakuan kami menyinggung perasaan en.bakri..doakan kejayaan kami semua..semoga kami dapat mencapai impian kami..segala jasamu tetap dikenang..insyallah..bile saya dah berjaye, saya belanje en.bakri eh..

  10. en.bakri: kadangkala percakapan dan perbuatan ada masanya tidak seiring. Apa yang diucapkan bukan seperti mana yang sengaja dilakukan..ia samalah seperti kita semua(pelajar part 6).

    pelajar part 6: Setiap kita di dunia ini tidak mahu..memilih jalan yg derita ..hakikatnya tanpa usaha keajiabpan tidak akan berlaku…good luck for the last final semester exam..

  11. nor azizah ISD6 E1

    assalamulaikum en. bakri .
    saya Nor Azizah Jamaludin dari ISD6 E1, AgroCORN Entreprise .
    saya nak ucapkan jutaan terima kasih kat en. bakri sebab bimbing kami, bagi tunjuk ajar selama saya kat sini .
    bagi saya en. bakri banyak bantu bukak minda org mlayu pelajar DIIM part 6 nih melalui subjek ETR .
    sedikit sebanyak saya ni mula sedar la akan ekonomi org melayu sekarang .
    saya rasa pelajar DIIM part 6 yg lain pun sedar akan hal ini .
    saya suka cara pengajaran en. bakri, menerap kan isu2 semasa walaupun kdg2 non stop saya tau en. bakri bersemangat nak membuka minda org melayu terutamanya kami .
    justeru itu terima kasih bnyak saya ucap kan .

    saya nak minta maaf kalau pernah terkasar bahasa or ade perbuatan saya yang tak kene di mata en. bakri .
    saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki .
    doakan saya berjaya .
    semoga en. bakri bahagia ngan isteri n anak2 tersayang .

    p/s: en. bakri jgn lupe saya 10 mrkah tau sebab organize seminar kat PWTC tu .
    walaupun tak sempurna and budget lambat dapat, saya minta maaf banyak2, saya dah cuba, tapi saya ni memang banyak kekurangan .
    terima kasih atas bimbingan .
    sekian, wassalam .

Leave a comment